SoalJawab peguam

Thursday, December 9, 2010

Assalamualaikum...

Kelab Hartawan Hartanah akan menganjurkan Sesi SoalJawab bersama peguam yang merangkumi perkara2 yang kita perlu tahu mengenai perihal guaman sebelum, semasa  dan selepas membuat pembelian rumah.


Butirannya :
Seminar Ringkas “Perundangan dalam Hartanah” siri No 1.
Tarikh : 19 Disember 2010
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan Seminar Satu Solution, Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Peguam : partner daripada sebuah firma guaman yang terkemuka di Shah Alam.

Bayaran : 15 yang pertama – RM25
15 yang kedua – RM35
selepas 30 – RM50
Tempat terhad. Hanya 50 peserta sahaja dibenarkan untuk menghadiri seminar ringkas ini.
Untuk penyertaan, sila hubungi :
Fauzi – 013 394 0980
Faisal – 019 923 7272

untuk lebih detail.. sila ke SoalJawab bersama Peguam.

sekian..
READ MORE - SoalJawab peguam

Jumpa Hari Sabtu ni.. !!!

Assalamualaikum semua...


Sekadar pengumuman...

Disebabkan ada beberapa sessi Seminar Ringkas Hartawan Hartanah yang telah dibatalkan sebelum ni.. dengan ini... Kami telah menetapkan satu lagi sessi pada :
Tarikh : 11 Disember 2010 ( sabtu )
Waktu : 10 pagi
Lokasi : Bilik Seminar Satu Solution di Pejabat Satu Solution, Dataran Dwitasik, Bdr Sri Permaisuri, Cheras.

Sesiapa yang berminat bole hubungi aku 012-2471339 atau emel pada aku kuasahartanah@gmail.com untuk pertanyaan dan penyertaan...

Terima Kasih..
READ MORE - Jumpa Hari Sabtu ni.. !!!

Tegangkan Rantai dan Masak Nasi Goreng

Wednesday, December 8, 2010

Assalamualaikum...

Yang seringkali diceritakan oleh TuanBri di Seminar Hartawan Hartanah ..yg pastinya seringkali aku dengar memandangkan aku tukang jaga muzik di setiap kali sessi minitalk diadakan...

Cerita 1 :
Seorang Apek yang seringkali menyuruh anaknya untuk menolongnya di bengkel motor... dan memandangkan anaknya masih muda... kerja yang diberikan ialah sekadar menegangkan rantai motor dan menukar tayar... setelah 2 tahun anak Apek tu melakukan kerja yang sama saban hari.... apa yang berlaku???


Cerita 2 :
Seorang anak dara yang tinggal bersama keluarganya.... Ibunya seringkali menyuruhnya memasak nagi goreng kegemaran ayahnya.... Ibunya mengajar ramuan2 yang diperlukan..... setelah 2 tahun berlalu dengan si anak dara ni boleh dikatakan setiap hari membuat nasi goreng itu.... apa yang jadi??


Sambung Cerita 1:
Sudah pasti anak apek tu dah terrer tegangkan rantai dan tukar tayar... pejam mata pon selambe je... dah tau mana ckru yg perlu dibuka atau dilonggarkan....

Sambung Cerita 2 :
Anak dara tadi dengan pantas bole masak nasi goreng tu dgn rasa yang sama.... dia dah tau berapa byk garam.. cili... nasi.. dan rencah2 lain...

Agak-agak korang bila diorang ni tinggalkan kerja tu selama 2 tahun.... kalo disuruh buat kerja yang sama selepas itu.... apa akan jadi??
Dah tentu terkial2 nak buat... anak apek tu dah menggelabah nak cari skru mana nak bukak.... dan si anak dara tu pulak.. terpaksa bertanyakan ibunya.. berapa sukatan rencah2 yg diperlukan.....

So... cuba kita apply dalam kehidupan kita yg aku khususkan dalam bidang hartanah... Kalo korang dah berjaya beli rumah dengan Rm0 sekali... korang haruslah teruskan selalu.... untuk menjadi terrer dalam bidang ni.... kalo korang  beli 1.. pastu duduk diam 2~3 tahun.... lepas tu.. dah lupa dah selok belok beli rumah... terpaksa la belajar semula...

Apa yang perlu untuk kekalkan momentum ni??... Pastinya kita perlu bijak dalam mengatur masa dan pergaulan... dari segi masa... luangkan sedikit masa untuk mengkaji perihal2 hartanah... perkara2 terbaru.... dan apa2 lagi la yg berkaitan...
dari segi masa.... bergaul lah dengan orang yang sama minat dengan kita.... contoh.. kalo kita minat pelaburan hartanah... bergaullah dgn org yang minat hartanah jugak.... baru la kita punya semangat sentiasa ada.... bukannya tak bole bergaul dengan kawan2 yg tak sama minat dengan kita... tapi cuba had kan....
sebab katakanla... kita bergaul dengan kawan2 yang suka memancing... bole katakan tiap2 hari lepak sama2... dah tentunya kawan2 kita tu akan cerita pasal memancing je... apa akan jadi pada kita??.. nak cerita pasal pelaburan hartanah.. kawan2 plk tak layan... so.. terpaksalah kita cerita jugak pasal memancing.. dan lama kelamaan... kita pon akan ikut memancing jugak...

korang mesti pernah dengar ayat " Kalau nak berjaya... berkawan lah dengan orang2 yang dah berjaya"...
so.. kalo nak berjaya dalam bidang hartanah.. carilah kawan2 yg dah berjaya dlm bidang hartanah... kalo nak berjaya dlm bidang kamera... cari kawan2 yg berjaya dlm bidang kamera... kalo minat emas.. cari kawan2 yg berjaya dalam emas....

Apa yang aku tulis ni bukanlah nak mengatakan bahawa.. kita perlu kawan dengan yg sama minat dgn kita je... yg minat tak sama.. tak bole kawan..... huhuhu... apa yang aku nak tekankan ialah.. bagaimana kita nak kekal kan momentum kita dalam sesuatu bidang tu untuk kita berjaya....
Berkawanlah dengan semua orang walaupon tak mempunyai minat yang sama .. kerana setiap yang Allah jadikan tu ada hikmahnya....

sekian...

Budin : sesiapa yang masih berminat untuk menyertai Seminar ringkas tu... masih bole berbuat demikian dengan melayari website Seminar Hartawan Hartanah . kami akan membuat beberapa sessi lagi memandangkan beberapa sessi yang lepas telah dibatalkan atas sebab2 tertentu.. korang jugak bole emel aku kat kuasahartanah@gmail.com untuk pertanyaan mengenai seminar ringkas ni...
READ MORE - Tegangkan Rantai dan Masak Nasi Goreng

Action !!!

Monday, December 6, 2010

Assalamualaikum...

Action!!! arah Director Ahmad Nisfu pada Bujang Lapok bertiga.... memang tak kering gusi kalo tengok cerita ni.. walaupon berkali2 mengulangnya....


Bukan apa.. sebenarnya entri kali ni aku nak cerita sikit pasal Action.. atau dalam bahasa 1 M'sia nya.. Bertindak... hmm..

Aku sendiri ada ahli keluarga dan juga kawan2 disekeliling aku.... yang mana pastinya aku dah menceritakan pasal selok belok pelaburan hartanah yang telah aku ceburi... yang mana ilmu pasal pelaburan hartanah ni sudah ada pada mereka dan pastinya juga pada korang yang mengikuti blog aku yg tak seberapa ni... yang ada kawan2 aku cakap... " ko ni... buat apa la buat blog syok sendiri tu".. hahaha... syok sendiri pon syok sendiri la...  ada aku kesah... hahaha..

Perkara yg penting setelah ada ilmu ialah.. Action.. iaitu tindakan untuk melaksanakan ilmu yg dah ada tu... kerana ilmu tanpa amal... tidak akan mendatangkan hasil... seperti tanah yang luas dan subur.. tapi tidak diusahakan....

Bila aku tanya... kenapa tak start lagi??.. banyak betul alasan yang aku terima... antara yg popular...
1. Tade masa
2. Tade modal..
3. Belum masanya lagi
4. Takut buat hutang
5. "tahun depan lah" - Ni dah nak masuk tahun depan.. aku tengok cemana...
6. Komitmen tinggi
7. Nak beli rumah untuk duduk sendiri dulu...
Dan alasan2 lain lagi...

Sebenarnya.. semua ni atas diri sendiri... cuba kita renung semula... bila kita nak kan sesuatu tu... mesti bersungguh2 kita usahakan.. dari segi masa dan duit.... contoh macam henpon atau pon kereta... bersungguh2 kita cari duit nak dapatkan benda tu...

Cuba perkara yang sama kita apply kat hartanah... pasti kita sungguh2 jugak nak atasi semua alasan kat atas tu... hmmm... cuna nak atau tanak je...

ok la.. aku pon tatau apa aku mengarut ni.... cuma yang aku nak tekankan ialah... ACTION tu penting untuk kita berjaya.....

Dan untuk yang belum ada rumah... tahun depan adalah masa yg terbaik untuk korang beli.. sebab rumah pertama bole dapat 100% loan.... jadi bersedialah dgn ilmu yg cukup dari sekarang.....

sekian entri yg ntahapapantah ni....

maaf ye.. next entri aku tulis elok2 sikit...
READ MORE - Action !!!

Pintu Rezeki...

Wednesday, December 1, 2010

Assalamualaikum...

Promosi Seminar dulu.... sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang pelaburan hartanah... bole daftar untuk Seminar Hartawan Hartanah - Langkah 1 di sini SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.

ok la.. entri kali ni sekadar nak share info dan kajian yg aku terima dari kawan aku... Ingat.. hanya sekadar kajian dan pendapat peribadi....

Kali ni kita fokus pada area Shah Alam... iaitu di sekitar UITM... kenapa UITM???.. sebab ia merupakan antara sebab yang mempengaruhi pembangunan di sekitar area Shah Alam...

Di sekitar tahun 2000 dahulu kalo tak silap aku... masa tu aku tinggal kat sek 10... kawasan yang pesat membangun adalah seksyen 2... sebab masa tu pintu utama UITM adalah menghala ke seksyen 2... dengan medan selera yg sentiasa padat dengan student2 UITM... mungkin masa ni abangensem dah start invest dalam hartanah kot... huhu... masa tu rasanya seksyen 7 masih lagi tidak dibangunkan... yang merupakan pintu belakang UITM....



Setelah pintu belakang UITM ni siap sepenuhnya... akses yg lebih mudah dr Federal highway... kita dapat lihat seksyen 7 pesat membangun macam cendawan  yg tumbuh lepas hujan... kini kalo kita tanya orang pasal nak beli rumah kat seksyen 7.. pasti nya oarang akan cakap... " huh... area tu mahal la... payah nak dapat harga murah... "...
Apa dah jadi dengan seksyen 2??.. agak sepi kan....

Sekarang kita lihat pula senario kat UITM Puncak Alam... dan mesti korang perasan pasal harga hartanah kat Puncak Alam dah pon naik... tidak seperti sebelum ini... tiada pelabur yang sudi membeli... bank2 pon tanak kasi loan untuk hartanah kat area tu... rumah2 yg tiada penghuni melambak2...

Kini.. Puncak Alam dah mula dapat perhatian... yang prospek penyewanya adalah student UITM... dan nak dapat rumah yg murah2 pon dah payah... dah ada McD... Econsave... huhu.. rugi tak beli dulu masa murah2.... hahaha....

Mengikut cerita kawan aku... kini projek pintu belakang UITM Puncak Alam tengah dibuat... kat mana??.. katanya menghala ke Bandar Saujana Utama... huhuhu... yang mana.. kalo korang tengok peta... Saujana Utama ni lebih hampir dengan Pusat Bandar berbanding Puncak Alam... Dan harga hartanah di Saujana Utama ni... masih lagi dalam level mampu milik....

Persoalannya.. adakah senario Seksyen 2 dan 7 akan berlaku di situ?.. huhuhu... Terpulang pada korang pulak untuk buat kajian...

Itu saja untuk kali ini...

p/s: cerita ni merupakan kajian member aku je... jangan korang ambil serius sangat..... buat kajian sendiri... pastikan korang tahu apa yang korang buat.. jangan ikut cakap orang je...
Apa2 yang silap dalam cerita diatas.. tolong betulkan...
READ MORE - Pintu Rezeki...