Sessi TT pada 19 Januari 2011

Monday, January 10, 2011

Assalamualaikum...

Aku plan nak buat sessi TT pada 19hb nanti... Ni pon atas permintaan beberapa pembaca blog... elok sangat pada sesiapa yang nak tambah kenalan dalam bidang hartanah ni...

Tarikh : 19hb Januari 2011
Masa : 8:30malam
Lokasi : Cendol Wahab di Tmn Sri Rampai Setapak. ( parking luas. )
Bersebelahan Wangsa Maju Seksyen 1 ( alpha angle ; Jusco )


Semua dijemput hadir sama ada pembaca aktif ( tak byk mana pon) dan pembaca tak aktif ( a.k.a silent reader)..

Harap kita dapat gunakan peluang ni untuk berkongsi info2....

Dan sesiapa yg rasa nak join bole reply kat entri ni... so.. bole tgk berapa ramai yg sudi.. harap ada muka2 baru yang bole turun....

Sekian..
READ MORE - Sessi TT pada 19 Januari 2011

Resing Sampai Lebam

Thursday, January 6, 2011

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ni aku samapi awal kat Opis , jadi aku rajin2kan menaip entri ni... masalahnya bila mood ada... idea pulak tadak... huhu...
So untuk topik merapu pagi ni aku nak cerita sikit pengalaman hidup aku..

Seperti korang sedia maklum, kerja aku sekarang bukanlah kerja yang bergaji besar macam korang... dan masa aku mula2 kerja dulu ( kerja kilang kat kelana Jaya ) aku sendiri tade matlamat jangkamasa panjang.... apa yang ada dalam kepala otak aku... carik duit untuk beli kereta... maklum la... masa aku belajar lagi... kawan2 rapat aku sume dah pakai kereta... rasa macam terasing je...

Aku kerja bagai nak rak... dah le keje 7pg sampai 7mlm... pastu sambung overtime lagi.. kekadang sampai pkl 3pg baru balik rumah... Hujung minggu pulak mmg jarang sekali cuti.. memang belasah keje jugak... 4 bulan keje... dah cukup untuk deposit 1st kereta aku... kete sekenhen je pon... cap Honda.. seingat aku masa tu tahun 1999 kot..


Tahun berganti tahun... sampai la aku terjebak dalam dunia resing kete... atau lebih tepatnya "drag"... huraiannya... resing kete sepanjang 400 meter... drpd sebelum ni aku keje sampai 3pg... dah jadi aku resing smpi 3 pg... bersama teman2 baik masa tu... apa2 pon aku nak sebut jugak nama diorg kat sini.... Zul Kapten.. Nizam ( skrg dah layan hartanah jugak).. Mat Jun... Isma... Abg Polis... dan tak lupa seteru rapat aku dulu... Mie.. yg skrg dah berjaya tubuhkan satu nama yang bole dibanggakan... AVANTECH.. yg berpusat di Sri Kembangan... Aku respek Mie ni sebab dia berjaya memaksimumkan minat dia sehingga menjadi satu bisnes...


Ok.. cukup pasal drag... ketika tu.. hasil dari duit overtime yg bagi diri aku dah cukup banyak.. aku try la cari sumber pendapatan pasif... antaranya.. aku beli 2 ketul public phone... kongsi dgn kawan aku... belas2 ribu jugak.. pastu pasang kat Shah Alam Sek 18 ( kalo tak silap ).. dan satu lagi kat Sunway... aku rasa aku pernah cerita ni masa awal2 aku buat blog ni dulu...

Disebabkan mnotivasi kat tinggi... bisnes public phone aku tu gagal begitu sahaja setelah beberapa bulan aku merasa duit tu... bukan apa disebabkan sikap sesetengah rakyat 1 Mesia ni yg mmg selalu gatal tangan nak menjahanamkan benda2 mcm tu...pernah masa aku nak kutip duit... aku tgk beberapa budak muda tgh sumbatkan batang aiskrim dalam lobang masuk siling tu... nak aku tegur nanti ke longkang pulak aku... huhu.. so.. lama kelamaan aku naik 'fedap'..

Apa yang aku nak ceritakan ialah... masa tu tak terlintas dalam benak kepala otak aku untuk memiliki banyak rumah ( walaupon skrg bukan byk pon)... pada pemikiran aku.. dgn pekerjaan aku masa tu.. memang tak layak la nak beli rumah byk2... sebijik pon dah kira bersyukur kalo dapat.,...

Dan masa tu jugak jangan harap la aku nak pegi apa2 seminar pasal pelaburan... mungkin aku rasa dgn gaji dan overtime aku masa tu .. aku dah idup selesa... sehingga aku pindah kerja yang bagi aku lebih selamat... tetapi gaji pulak tak selebat kerja kilang dulu..... then baru aku rasa aku perlu bergerak jugak...

Dan seminar pertama yg aku pegi ialah.. seminar hartanah pada hujung tahun 2009... bermula dari itulah gaya pemikiran aku berubah... dan sehingga kini.. aku suka dgn perubahan hidup aku ini....

Dan kini.. setelah mendapat peluang bekerjasama dgn TuanBri dan Naza untuk menganjurkan seminar seumpama seminar yang aku pergi dulu... aku harap ada orang2 kita yang mungkin akan berjaya ( walaupon aku blom berjaya lagi)....


Ok la tu.. dah cukup merapu dah ni.... buang masa korang je...

Wassalam..

brobudin : byk lagi benda yg aku buat sebelum terjerumus dlm bidang hartanah ni... nanti ada masa aku cerita merapu lagi...
READ MORE - Resing Sampai Lebam

Penyelesaian Hutang Oleh Urus Insan

Assalamualaikum...

Aku copy&paste dari blog TuanBri
http://tuanbri.com/blog/2011/01/seminar-penyelesaian-hutang-hartanah/
Urus Insan Sdn Bhd di bawah kelolaan Saudara Zaidi Ismail akan mengadakan siri kelas menambah harta pada tahun 2011.
Siri Pertama bagi tahun 2011 :
“Penyelesaian Pinjaman Perumahan dalam masa 10 tahun atau kurang”
Tarikh : 8 (Sabtu) ATAU 9 (Ahad) Januari 2011 (Pilih 1 hari sahaja)
Masa : 10.00 am – 2.00 pm
Peserta : 15 sahaja bagi setiap sesi (Terhad)
Pendaftaran : urusinsan@gmail.com atau 012-3450329
TARIKH TUTUP : 6 Januari 2011



Seminar ini akan membincangkan :
1. Teknik Pakar Pembiayaan Hartanah
- Teknik terkini untuk memastikan hutang pembiayaan hartanah pelaburan dilangsaikan kurang daripada separuh ‘tenure’
- sepantas 6 tahun dengan hanya teknik mengubah cara membuat bayaran balik pinjaman bagi tujuan mendapatkan pendapatan maksima daripada pelaburan hartanah anda.
BONUS TAMBAHAN
2. Teknik Pelaburan Emas Separuh Harga Pasaran
3. Sesi Perancangan Kewangan secara “One to One” bersama Saudara Zaidi Ismail
SYARAT PENYERTAAN (untuk lebih efektif) :-
* Anda mempunyai minimum 5 Hartanah Pelaburan (optional)
* Anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai 5 hartanah masih boleh menyertainya.
YURAN PENYERTAAN :-
AHLI URUSINSAN = RM500
AHLI MILLIONAIRE INSIDE = RM300
BUKAN AHLI = RM1,000
PEMBAYARAN : URUS INSAN SDN BHD – RHB BANK A/C No 2-12479-0004178-4
Sila email :
1. Slip Pembayaran
2. ID urusinsan.net (ID Forumer)
3. Pilih satu tarikh pilihan (8-Sabtu ATAU 9-Ahad)
Lokasi :
Dewan Satu Solution Corporate Services
33-2, Jalan Dwitasik , Dataran Dwitasik
Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Nota : Belakang kedai Mamak Q-Bistro dan bertentangan dengan Smart Hotel
* Sila bawa bersama slip pembayaran anda sebagai bukti pembayaran untuk mengelakkan perkara berbangkit kelak.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusinsan@gmail.com atau telefon 012-3450329
p/s: Jumpa anda di sana!
Mulakan tahun anda dengan langkah yang berjaya!

brobudin: teruja tengok isi kandungan seminar ni..
READ MORE - Penyelesaian Hutang Oleh Urus Insan

Progres.. Jan 2011

Wednesday, January 5, 2011

Assalamualaikum...

Minggu ni merupakan sessi  terakhir bagi Langkah 3 untuk Batch Nov 2010 Program Hartawan Hartanah... dan minggu depan merupakan sessi pertama Langkah 3 Batch Dis 2010...Semoga korang dapat jalankan aktiviti2 yg diberikan dengan jayanya...


Kali ni aku cuma nak tulis pasal progress kawan2 sehaluan dgn kita....

Baru tadi aku dapat panggilan dari Udin... dia dah dapat penyewa untuk rumah ke2 nya di Shah Alam... dan yg bestnya... penyewa dia tu perempuan bujang a.k.a awek.... elok la tu.. Udin tu bujang lagi.... hahaha...

Dan semalam dapat berita yg kurang best dr WanEj8.. pasal problem loan rumah kat Shah Alam... aku pon kurang pasti problem sebenar.... nanti la kita jumpa ye Wan...

Semalam jugak.. Da'a call dan cakap loan rumah ke3 nya dah lulus... 90%... alhamdulillah.... ni yg buat aku jeles ni... nak kene beli rumah jugak... huhu...

Anas pulak rasanya kini dalam tempoh bertenang rasanya... dan skrg dah start layan emas pulak... semoga ko berjaya....


Bagi peserta seminar batch Dis 2010 yang sanggup datang jumpa aku 2 malam lepas.... aku sangat terharu... apa2 pon.. aku harap perbincangan malam tu dapat beri manfaat pada korang...

brobudin : Siapa la yg dapat offer dr TuanBri tu.. huhu...
READ MORE - Progres.. Jan 2011

Rumah Impian : Bah. 2

Monday, January 3, 2011

Assalamualaikum...

Kita sambung semula cerita pasal Rumah Impian... Kita tengok dari segi masa pulak... adakah perlu skrg korang beli rumah impian korang??.. atau pon tunggu dah nak bersara atau bersara baru buat rumah impian tu??... semua bergantung pada plan masing2... mungkin ada yg risau bila dah beli rumah flat .. nanti dah susah nak buat loan untuk rumah impian...


Katakan la korang nak duduk selesa skrg.... korang pon beli rumah teres 2 tingkat harga rm350k... dan dengan menggunakan teknik "Tanpa Cengkeram" yg korang belaja kat Seminar Hartanah Hartanah.... korang berjaya beli... buat loan maksimum 40thn.. installment setiap bulan rm1500 lebih kurang.... dah bole duduk selesa anak beranak kan.... Gaji bulanan rm4000 ( byk tu.. berganda dari gaji aku ).. so.. rm1500 dah bayar installment... tak termasuk kereta... makan.. anak2 sekolah.. petrol lagi....

Kawan opis korang namanya Abu Nawas ( AN ).. dia pon pegi seminar jugak.... ada anak bini jugak... dan nak duduk selesa mcm korang jugak... tapi plannya lain sikit... dia beli rumah bernilai rm350k jugak... tapi bukan teres... dia beli rumah flat... rm70k... dapat la beli 5 ketul... setiap bulan pon semestinya lebih kurang sama la bayaran nya pada bank... rm1500.....

Dgn mengikut syarat2 yg dia belajar dalam seminar tu... dia dapat ROI 8% dr setiap rumahnya tu...  bermakna sewa setiap rumah dia tu... rm460 setiap bulan... didarab dgn 5 ketul.. dapat la.. rm2300 setiap bulan...
rm2300 - rm1500 ( installment utk 5 ketul rumah tu )... ada baki rm800 setiap bulan.... hmm.. tapi AN pon nak duduk selesa macam korang....  dia pon cari rumah sewa.. teres jugak... rm1000 sebulan.... jadi.. dia kene tambah duit rm200 je dari gaji bulanan dia.... dapat duduk selesa mcm korang jugak...

Korang pon ckap kat AN.. ala.. ko duduk sewa rumah orang... rugi la.. rm1000 sebulan bayar rumah orang... baik beli je rumah sendiri....
AN pon tercabar dgn kata2 korang... dia pon beli lagi 5 bijik rumah rm70k.... korang pon pelik... knp la si AN ni.. lain yg korang cabar.. lain yang dia buat.....

Dengan 5 ketul yg baru beli tu... semestinya mcm yg awal td jugak.. ada baki rm800 sebulan  dari sewa.... jadi AN dah ada rm1600 sebulan pendapatan dari 10 bijik rumah sewanya... dan sebab AN masih lagi pegang cabaran korang tu.... dia beli jugak ruimah teres rm350k.... bayar bulanan rm1500....
DAh sama dgn korang... duduk rumah teres 2 tingkat.. harga rm350k.. dan bayaran bulanan rm1500...

Bezanya.. korang bayar guna duit gaji... yg memungkinkan korang susah dah nak beli rumah lain sebab komitmen dah tinggi.... tetapi AN bayar rumah teres dia guna duit lebihan sewa rumah2 flatnya... tanpa ganggu duit gajinya... dan memungkinkan dia bole beli rumah lagi.....

Hmmm... so mcm mana?... apa pulak strategi korang?.... Jom bincang lagi....

brobudin : Kira2 kat atas ni adalah secara kasar... nak detail.. korang buat kira2 sendiri...
READ MORE - Rumah Impian : Bah. 2