Showing posts with label Ilmu Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Hartanah. Show all posts

Info : Pembiayaan Islamik

Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum...

Entri pendek je kali ni.... baru lepas collect LO kat Bank.... sambil submit 2 application lagi utk client ...

Cuba tengok kat nombor2 tu...

berapa kali ganda tu??
 
Itu adalah bayaran kembali berdasarkan "ceiling rate" selama tempoh bayaran semula...

Apa pendapat korang???

siapa pemilik bangunan belakang tu??

brobudin : hubungi kami untuk memulakan pelaburan hartanah anda... haha..
READ MORE - Info : Pembiayaan Islamik

Info : Penyewa

Thursday, April 7, 2011

Assalamualaikum...

Malam tadi aku berjumpa dengan partner aku.. Wanej8.. dan juga seorang partner baru... untuk membincangkan progres projek yang kitaorang planning sebelum ni....

kat mana tempat yang ada ujipandu kete ni??


Kata sepakat telah dipersetujui oleh trio kami.. ( bukan Trio yg hangat skrg tu)... dan sekarang dalam proses membina satu site internet khas untuk projek itu... tunggu je la...

Buat masa sekarang.. sesiapa yang berminat untuk mengetahui khidmat dan pakej kami... korang bole hubungi :
bro budin - 019-3099990 atau
bro wan - 012-3423628...
Korang juga boleh emel pada aku.. shahbudin@shahbudin.com
Seorang lagi partner kami.. akan diperkenalkan tak lama lagi... dlm proses orentasi...

Ok... cukup utk promosi...

Kita cerita pulak pasal penyewa...sebab banyak jugak soalan yang aku dapat berkenaan dengan kerenah penyewa... dan soalan yang paling glamer.. " macam mana nak tahu bakal penyewa tu jenis yang bayar on time?"... payah nak jawab tu.... dan soalan yang tak kurang glamer jugak " penyewa yg mana lagi bagus.. pompuan bujang... lelaki bujang atau family?".... kalo AE jawab... rasanya mungkin pompuan bujang... hahaha..

Untuk soalan2 mcm ni... memang aku sendiri tiada jawapan.... tapi korang boleh rujuk buku2 berkenaan hartanah... ada juga yang menceritakan bagaimana untuk mendapatkan penyewa yg bagus... atau pon sekurang2nya... dapat menapis sedikit bakal penyewa yang brmasalah....

So.. rajin2 la membaca.... haha.... dan perkara ni adalah merupakan antara risiko2 dalam pelaburan hartanah yang korang kene hadapi.... yang penting korang kene tabah.... jangan sebab penyewa bermasalah... korang nak jual rumah tu.. dengan alasan.. susah nak uruskan penyewa.... hahaha... sebab ada antara rumah yang aku deal... owner nak jual sebab penyewa tak bayar sewa rumah... huhu...

ok.. cukup untuk mengelakkan blog ni bersawang....

jumpa lagi di lain entri..

wassalam..

brobudin: Malam tadi masa meeting kat Bangsar.. ada sebijik VW Scirocco kaler hijau pisang... kluar awek lingkungan 20-an dr sebelah penumpang.... tunggu pemandu plk kluar... tgk2... yang kluar lelaki dlm lingkungan 50-an... duduk menom berhampiran kami.... anak dgn ayah kot..... huhu.. yg aku nak ceritakan sebenarnya.. aku teruja dgn VW tu.... huhu...
READ MORE - Info : Penyewa

Kes : Penilai Hartanah

Tuesday, March 29, 2011

Assalamualaikum...

Kali ni kita kongsi lagi satu kisah member kita.... iaitu pembelian rumah flat dia kawasan Petaling Jaya... area mana?.. tak perlu la diceritakan...

Member kita telah buat kerja2 awal.. antaranya harga pasaran flat tu.... dia bertanyakan melalui pegawai bank... dan pegawai bank mengesahkan bahawa Penilai panel bank dapat memberi nilai seperti yang member kita ni harapkan... huhuhu.. masyuk2.....



Setelah proses permohonan pinjaman dilakukan... member kita ni telah memberi lawyer kegemarannya untuk memulakan tugas2 dokumentasi...

Dan alhamdulillah... permohonan pinjaman dia dah lulus.... dan bank pon tugaskan penilai untuk menyediakan laporan.... dan member kita ni dapat panggilan dari pegawai bank dan menyatakan penilai tu tak dapat memberikan harga seperti yang diberi sebelum ni... nilai yang diberi adalah lebih rendah.... huhu...

Member kita ni pon segera hubungi penilai tu... dan penilai tu cakap.. "bos" dia yg tidak luluskan nilai sebelum ini.... huhu...

Memandangkan member kita ni dah ada ntah berapa bijik rumah.. dan yg pastinya LTV nya pasti tak lebih 70%... sudah pasti deposit yang perlu disediakan agak tinggi.... agak tak best bagi orang yang sebelum ini beli rumah secara percuma......

Ok.. cerita sampai kat situ je... cerita seterusnya aku belum dapat lagi.....

Apa pendapat korang.. atau nasihat korang pada member kita ni... apa perlu dia buat??.. batalkan pembelian?? teruskan??? atau cara2 lain??...

Wassalam..

brobudin : moralnya... hati2 jugak dgn penilai.... perit jugak kalo kene mcm ni..
READ MORE - Kes : Penilai Hartanah

Proses : Draft SnP??

Thursday, March 3, 2011

Assalamualaikum...

Kita sambung topik entri sebelum ni... sebab ada yang bertanya.. dokumen apa lagi yang perlu untuk memohon pinjaman bank....



Dokumen yg lainnya ialah... emm.. mcm2 org panggil dokumen ni... ada yang panggil LOI ( Letter Of Intent )... Letter Of Purchase... Surat Setuju Pembelian... memacam lagi la.... iaitu surat yang menunjukkan persetujuan pembelian antara pembeli dan penjual... tak kira la melalui ejen atau secara terus dengan pemilik... dan semestinya kalau melalui ejen... mereka akan menyediakan surat ini ... Dalam surat ini .. akan dinyatakan alamat hartanah... harga.. deposit... dan beberapa perkara lagi...
Dan surat ini diperlukan oleh pihak bank bagi membuktikan pembelian itu memang berlaku dan alamat hartanah tersebut diperlukan untuk proses seterusnya oleh bank...

Dokumen yang seterusnya ialah... Sale And Purchse Agreement ( SnP atau SPA )... yang bole diperolehi dari penjual/ejen.... Dokumen ini diperlukan untuk pihak bank melihat butiran lengkap penjual.. geran hartanah.. dan bebrapa maklumat lain yang terkandung dalam dokumen itu....

2 dokumen diatas ni bole juga digantikan dengan hanya 1 dokumen.. iaitu draft SnP antara penjual dan pembeli baru... yang mana draft ni disediakan oleh firma guaman yang korang lantik... didalam dokumen ni akan menyatakan maklumat2 yang diperlukan oleh pihak bank...

Tetapi aku lebih sarankan untuk memilih 2 dokumen yg pertama itu.. kerana ia tidak memerlukan khidmat guaman lagi... ye la... belom tentu permohonan pinjaman kita tu lulus lagi.... betul tak... kalo kita dah suruh peguam buat draft snp untuk buat permohonan pinjaman.. dah tentu la caj telah dikenakan atas kerja diorang tu... melainkan la kalo diorang memang tak caj apa2...

Jadi kita bole minta hantar dulu LOI dan SnP asal penjual untuk buat permohonan.... dan bila dah lulus.. baru la lantik peguam dan mulakan kerja...

Mungkin cara ni berbeza dengan cara orang lain... terpulang pada korang....

Sekian

Wassalam..

brobudin: Ada lagi dokumen2 sokongan lain yang korang bole guna untuk yakinkan pihak bank... kita sambung nanti...
READ MORE - Proses : Draft SnP??

Proses: Dokumen Permohonan Pembiayaan Perumahan

Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum..

Kita sambung pulak proses permohonan pembiayaan perumahan... tapi sebelum buat permohonan tu adalah lebih baik korang sediakan dokumen2 yg perlu dulu...

Bukan apa.. ini untuk memudahkan kita dan juga officer bank tu.... cuba la korang yg jadi officer bank... dan client yg datang dah lengkap dokumen2nya.... kan senang hati.... dah tak perlu nak mintak itu.. mintak ini...



Dan kita sebagai pemohon pulak.. tak perlu la nak kene pegi bank berulang kali sebab ada dokumen2 yg kita tak bawak.... sekali datang je.. officer tu dah bole proceed utk proses...

Berikut adalah dokumen2 asas yang perlu korang hantar bersama borang permohonan..
1. Kad Pengenalan - Kalo bole korang photostat siap2...
2. Surat Pengesahan Bekerja oleh Majikan
3. Slip gaji - 3 bulan terkini - photostat siap2 jugak
4. Penyata Bank yg gaji korang masuk - Yg ni korang tandakan kat tempat gaji korang masuk tu.. senang officer tak tercari2 dah...
5. Penyata KWSP - Nak senang.. korang register online punya.. so bole print bila2 masa..
6. Penyata pendapatan tahunan( EA Form) - photostate siap2 jugak...

Ini adalah dokumen2 asas yang perlu bagi mereka yg makan gaji... ada lagi dokumen2 sokongan yang lain.. nanti kita sambung pada entri seterusnya...

Aku buat entri ni bukan apa.. sebab masih ada lagi antara korang yang pegi redah je masuk bank... pastu dah kene ulang2 datang sebab dokumen tak cukup.... bazir masa woo..

ok la.. itu saja utk entri yg sume orang dah tau... hahaha

brobudin: sume org dah tau??.. emm.. rasanya ramai yang tak tau.....
READ MORE - Proses: Dokumen Permohonan Pembiayaan Perumahan

Proses: Apa nak buat bila dah closed deal?

Friday, February 25, 2011

Assalamualaikum...

Seorang demi seorang yang dah dapat deal rumah yang bagus... seronok pulak aku tgk... dan bila dah dapat deal tu... timbul pulak soalan-soalan seterusnya.....



"Bro.. apa nak buat ni??.. Booking dah bayar..  Surat Persetujuan Pembelian dah dapat.."... huhu... Aku pon cakap... korang pegi kedai gambar... beli frame... pastu letakkan surat tu dlm frame.... gantung kat dinding rumah.... kan cantik tu... hahhaa.....

Huhu... kalo dah close deal... apa lagi... pegi la submit loan.... sediakan dokumen2 berkenaan... dah pegi ke bank yg korang dah survey sebelum ni.... dan aku rasa.. kalo peserta2 seminar... kitaorang dah kasi nota berkenaan perkara2 yang harus dilakukan selepas pembelian.... rujuk balik nota tu....

Lepas tu.. timbul pulak soalan ni.. " Mana satu nak pegi dulu??.. Submit loan atau jumpa lawyer?"...  Kalo nak jawapan aku... senang je...  pegi submit loan dulu.... tapi pastikan dokumen2 berkaitan tu korang dah sediakan...

Bila nak jumpa lawyer??.. Kenapa??... Aku akan ceritakan dalam entri berikutnya....

Wassalam..

brobudin: takde ke pelawaan makan2 dr korang2 yg dah berjaya beli tu??.. hahaha.. tak dapat ayam goreng.. ayam penyet pon bole la....
READ MORE - Proses: Apa nak buat bila dah closed deal?

Apa jenis hartanah yg sesuai? Part 2

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni kita sambung semula topik sebelum ni... yang belum habis dibincangkan...
Kita dah tahu ada 4 jenis hartanah..

HR - High rise Residential
HC - High rise Commercial
LR - Landed Residential
LC - Landed commercial

Kali ni kita tengok pula potensi setiap jenis dari sudut kadar sewa dan kenaikan nilai pasaran.

Rujuk gambarajah kat bawah ni..
Setiap jenis hartanah ni mempunyai kelebihan dan kekurangan masing.... Cuba kita ambil contoh HR.. iaitu high rise residential... walaupon kadar sewa dan kenaikan nilai pasaran nya tidak beberapa tinggi... tetapi hartanah jenis ni tidak lah mahal harganya berbanding dgn jenis2 yang lain... senang cerita.. mampu dimiliki oleh golongan2 pertengahan dan bawahan....

Kita lihat pula LC- landed commercial... mempunyai kadar sewa dan kenaikan nilai yang tinggi.... tetapi hartanah jenis ini... korang sendiri tahu.. harganya cukup meresahkan jiwa kita...

Kalo dari segi kemasukan penyewa pula... kita buat contoh.. HR - Ansuran bulanan rm500... berbanding LC - ansuran bulanan rm5000... cuba bayangkan kalau tiada penyewa selama 3 bulan... huhu...

Jadi... kita perlulah memahami tentang potensi2 jenis hartanah yang kita nak beli.... jangan main sebat je... tinggi pulangan.. tinggi la risikonya..... huhu..

Lain2 faktor.. korang bole kongsi kat sini....

Esok pagi aku nak balik kampung... dan di kesempatan ni aku nak ucapkan.. "Selamat Menyambut Hari Raya Korban"..

p/s : gambarajah kat atas tu adalah secara umum... bukan untuk semua kawasan mempunyai ciri2 mcm tu..
kalo korang nak ubah pon bole jugak...  huhu...
READ MORE - Apa jenis hartanah yg sesuai? Part 2

Strategi : Part 1

Friday, November 12, 2010

Assalamualaikum...

Sekarang ni blogger2 hartanah dok sibuk cari jalan cemana nak elak d/payment 30% untuk hartanah ke 3 dan seterusnya...

Antara nya :
Faridzaswadi
AbangEnsem
MatJoe
Syahman



Jadi kita kupas sikit isi2 yang terkandung dalam idea2 otai2 di atas....

Hari ni kita amibil satu contoh penyelesaian...
Harga Beli : RM100,000
Pinjaman Perumahan Bank 70% : RM70,000
Deposit dari poket kita 10% : RM10,000
Mana lagi 20% ??.. Kita ambil pembiayaan peribadi.. : RM20,000


ROI 8% dr harga beli : RM667 <-- Sewa yang sepatutnya korang dapat dr rumah.
Ansuran bulanan Pinjaman perumahan : RM364 ( 30thn ; BLR -1.6 )
Ansuran bulanan Pembiayaan peribadi : RM233 ( 20thn, Fixed 9% )
Jumlah ansuran bulanan : RM364 + RM233 = RM597


Cash Flow = RM667 - RM597 = RM 70 ( +ve cash flow )

Pengiraan di atas tidak termasuk kos maintenance dan kos2 sampingan lain..

Jadi.. dari kira2 di atas... dgn menggabungkan 2 jenis pinjaman... kita masih boleh membeli rumah dgn PERCUMA... dan mendapat +ve cashflow setiap bulan....

Sekarang terpulang pada kita untuk memilih cara ini atau pilih cara2 lain seperti yang dinyatakan dalam blog2 kat atas nun...

Setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya.

Sekian

p/s: Sila betulkan aku kalo kira2 di atas ada kesalahan...
READ MORE - Strategi : Part 1

ROI 8% From What ? Part 2

Wednesday, November 10, 2010

Assalamualaikum..

Ketemu lagi pada entri kali ni....

Aku dapat pertanyaan dari pembaca... " Bro.. susah tu nak dapat 8% ROI dr market value.... kalo dr harga beli ada la jugak... tu pun susah nak dapat.."

Macam dalam entri aku sebelum ni la... kan aku dah nyatakan... untuk perkiraan ROi 8% dr nilai pasaran mmg jarang2 kita dapat...
jadi kali ni.. kita cerita sikit... cemana nak kasi pusing2 sikit perkiraan tu kalau kita amik ROI dr harga beli..


Kita guna perkiraan sebelum ni..

Kondo Harta.
Harga pasaran : RM120k
Harga beli : RM90k
Jumlah Pinjaman : RM108k ( 90% from Harga pasaran )
Bayaran bulanan : rm560 ( berdasarkan pinjaman rm108k ; 30thn ; BLR-1.6 )
Maintenance: rm60
Jadi bulanan : rm560 + rm60 = rm620.

Harga beli : 8% rental = rm600 - rm620 = -rm20 ( - cash ) 

Kalo ikut kan kiraan di atas... kita akan menghadapi -ve cash flow sebanyak rm20 sebulan...


Kalo korang perasan... pinjaman kita bernilai rm108k.. dan harga belian kita adalah rm90k.. yang memberi lebihan rm18k... betul tak?...

Dgn rm18k ni.. apa yang korang bole buat?.. beli Plasma 42 inci baru?... Tukar injin kereta anda kepada Tebo atau Bitek...?.. Pergi bercuti?...  Beli Iphone 4 atau blackberry ?..
Masa ni la.. korang kene jaga emosi korang... jgn gelap mata hilang arah tujuan bila dapat duit tu...

Memandangkan korang menghadapi -ve cashflow skrg ni... apa kata korang simpan duit rm18k tu dalam akaun...

Kita kira pulangan dari simpanan korang tu sbyk 7% setahun...
rm18k x 7% = rm1260 setahun...
dan bahagi kepada 12 bulan = rm1260 / 12 bulan = rm105...

Ok.. sekarang korang ada rm105 sebulan hasil dr pulangan simpanan rm18k tu...
Jadi perkiraan bayaran bulanan kat atas tadi dah jadi macam ni :

rm600 ( sewa ) - rm620 ( instalment + maint )+ rm105 ( pulangan simpanan )= rm85 ( +ve cash )

Haaa.. skrg dah bertukar menjadi +ve cashflow....

Jadi.. moralnya kat sini... korang kenelah berdisiplin dan jangan emosi bila dapat duit macam tu... elakkan -ve cashflow bila membeli rumah...


jadi.. skrg ni korang dah bole buat kira2 sendiri.. dan buat pilihan ROI 8% tu dari apa... pastikan buat kiraan dgn betul..

sekian..
READ MORE - ROI 8% From What ? Part 2

ROI 8% From What ?

Tuesday, November 9, 2010

Assalamualaikum...

Perkara ni aku dah pernah tulis sebelum ni.. tapi bila aku cari2 balik dlm entri yg lepas2... tak jumpa pulak...

Disebabkan ramai yg dok tanya.... so.. aku buat la entri baru ni..

Ok.. Ramai yang dok kata... ROI 8%.... Rental return 8%....
8% daripada apa?....
Adakah dari harga pasaran?.. atau dari harga beli? atau dari perkiraan lain?
Bagi aku... ada 3 jenis...
1. Harga Pasaran
2. Harga Beli / Jualan
3. Jumlah Pinjaman

Kita buat 1 contoh...
Kondo Harta.
Harga pasaran : RM120k
Harga jualan : RM90k
Jumlah Pinjaman : RM108k ( 90% from Harga pasaran )
Bayaran bulanan : rm560 ( berdasarkan pinjaman rm108k ; 30thn ; BLR-1.6 )
Maintenance: rm60
Jadi bulanan : rm560 + rm60 = rm620.

Kita kira 8% pa utk ketiga3 jenis diatas..
1. Harga pasaran : 8% Rental = rm800 - rm620 = rm180 ( + cash )
2. Harga beli : 8% rental = rm600 - rm620 = -rm20 ( - cash )
3. Jumlah pinjaman : 8% rental = rm720 - rm620 = rm100 ( + cash )

Dari contoh di atas... korang bole pilih sendiri... Rental 8% tu drpd apa...

Dari pengalaman aku yg cetek ni... 1st.. aku akan cari yg kadar sewa 8% dari harga pasaran... dan semestinya agak susah untuk dapat rumah dalam kategori ni...

Kalo aku tak dapat dr kategori harga pasaran tu... aku akan amik perkiraan dr jumlah pinjaman...
dan kalo tak dapat juga.. baru aku pilih dari perkiraan harga beli..

Benda ni lebih kurang macam soalan dalam cerita Nujum Pak Belalang... iaitu soalan Tok Nujum Negeri Masai kepada Tok Nujum negeri Beringin rendang....
1 - banyak-banyak
2 - sikit-sikit
3 - jarang-jarang
4 - kadang -kadang


Apa-apa pon... perkiraan yang korang guna  atau bakal guna nanti akan mempengaruhi cash flow korang...

dan semestinya masih ada jalan untuk memanipulasi perkiraan2 di atas... yang akan aku sambung pada entri akan datang...

Sekian...
READ MORE - ROI 8% From What ?

Kenapa Hartanah??

Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum...

Memandangkan minggu ni aku kurang sihat... so.. tade la byk sangat aku buat entri minggu ni....

Tapi mengenangkan nnti korang dah tak jenguk sini.... jadi.. aku rajinkan diri aku menaip pagi2 ni....



Macam tajuk entri kali ni...  " Kenapa Hartanah?"

Mesti ada diantara korang atau kawan2 kita bertanyakan soalan ni....
" Kenapa ko beli rumah banyak2?... kenapa tak invest dalam emas?"
" bro.. dari ko beli rumah... baik ko invest dlm unit trust.."
" Kenapa ko tak buat bisnes? Kan lagi best jadi boss.."

Dan macam2 soalan lagi.... betul tak?....

Jadi.. untuk membuatkan entri kali ni pendek... dipersilakan korang memberi alasan2 korang sendiri...
setiap orang mungkin berbeza alasannya kan...

Alasan aku??... tunggu entri berikutnya... tu pon kalo ada antara korang yg kongsi alasan korang kat entri ni....huhuhu

wassalam...
READ MORE - Kenapa Hartanah??

Apakah Ejen Hartanah??

Wednesday, October 13, 2010

Assalamualaikum....

Hari ni kita bincang sikit pasal ejen hartanah.... Siapa ejen hartanah???.. Ala.. orang2 yang menjadi orang tengah di antara pemilik hartanah dan pembeli... kalo korang tengok iklan2 jual rumah tu.. korang akan perasan... property negotiator la.. property agent la... dan ada jugak yang letak no ejen... yg menunjukkan diorang berdaftar dgn mana2 syarikat ejen hartanah.... yg tak berdaftar pon ada... huhu...


Apa yang aku nak cerita kat sini ialah... apa peranan ejen2 ni... sudah tentulah... mencari rumah2 yg hendak dijual.. dan pastinya mencari pembeli2 yang berpotensi....

Dari mana income ejen2 ni??.. Yaa... pastinya dari hasil penjualan hartanah yang berjaya..... dan semestinya tiada income jika tiada jualan dibuat....

Yg nak aku tekankan ialah... sudah pastinya ejen2 ni akan berusaha membuat satu urusniaga atau penjualan tak kisah la pada harga berapa pon selagi penjual dan pembeli besetuju.... betul tak???  ye la.. jika urusniaga berjaya... bermakna ada la komisyen untuk ejen ni... kalau tak berjaya... tiada la komisyen yang dapat melainkan kerugian masa dan petrol... dan mungkin duit tol... kalo 10 kali bawak buyer.. sume tak jadi disebabkan harga... dah berapa bayak ejen tu buang masa dan semua tu... walaupon hanya sebab buyer mintak kurang rm1000 dan ejen tak mo kasi ....huhuhu

bagi aku... sebagai pembeli.... aku ada kuasa tentukan harga yang aku nak... tapi mengikut perkiraan la jugak... bukan main mintak je... at least below 20% harga pasaran.... huhu.. bukan senang nak dapatkan harga ni sebab rata2 skrg ni rumah2 yg nak dijual sekitar harga pasaran...

Dan ini lah peranan ejen2 hartanah ni.... untuk dapatkan harga yg kita mahukan.... sebab ini lah mata pencarian diorg... diorg akan sedaya upaya akan dapatkan persetujuan dari penjual untuk harga yang kita mintak... sebab kalo perbezaan harga rm2~3 ribu tu... tak byk perbezaan komisyen yg ejen dapat... so.. dari tak dapat langsung.... lebih baik dapat walaupon kurang sedikit... betul tak....???

Jadi... sebagai seorang pembeli... jangan lah korang risau atau segan nak berurusniaga dgn ejen2 hartanah... yang penting.. korang tahu apa hak korang.... apa yang perlu korang tanya... dan tak semestinya korang pegi view rumah dgn ejen... korang mesti kene beli rumah tu.... ingat.. duit korang.. ikut suka hati korang la nak beli ke idak...

Untuk skill2 negotiation tu... kenalah rajin membaca blog2... ebook2.. atau hadiri kelas2 berkaitan hartanah... sebab tak semua kita bole dapat dgn percuma...

Ok la... aku pon tak pasti korang faham ke idak apa yang aku tulis hari ni... sebab topik ni aku sambung2 taip dlm masa 3 hari ni... mgkn pening skit....

Sekian... wassalam..
READ MORE - Apakah Ejen Hartanah??

Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan : Bahagian 2

Friday, October 8, 2010

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat semua.... minggu ni walaupon tak sibuk sangat... tapi tiap2 malam ada temujanji... huhu...
Cuma malam tadi appointment cancel.. so aku bawak Qila dan Eby pegi jusco... beli barang2 dapur... huhu..

Kita sambung semula topik sebelum ni... mengenai ciri-ciri keutamaan loan yg perlu diambilkira... nampaknya... tade sesapa antara korang yang nak kongsi pendapat... hmm... ni yang buat aku malas nak menulis... boleh diibaratkan macam... " korang berniaga buah dokong... orang yg dtg tengok cuma rasa sebijik... tapi tak beli ... dan tak komen apa2 pon.. sedap ke idak buah dokong tu.. "...
cemana perasaan korang??.. haha..

Macam mengemis pulak aku ni... suruh korang letak komen... hahaha... takpe la... tanak komen takpe... no problem...  aku cuma nak buat blog ni lebih pada perbincangan... tade la asyik dr pandangan aku je... korang mesti ada pandangan korang masing2....


Ok la... kita fokus pada topik.... pada pendapat aku yg baru dalam bidang hartanah ni.... aku akan susun mengikut keutamaan mcm kt bawah ni..
1. Valuation
2. MOF
3. Rates / Tenure

Valuation - penting sebab katakan la.. korang beli rumah rm100K... bank value kan rumah tu rm90k... kan dah banyak duit korang kene tambah.... sebab bank amik kira mana yg lebih rendah.... so.. 90k.. dgn MOF 90%... dpt loan 81k... harga beli rm100k - loan rm81k... dah kene kluar duit rm19k....  berbanding dgn kalo bank value sama dgn harga beli... value rm100k.. loan 90k... jadi cuma kluarkan rm10k je....

MOF ( margin of finance ) - dah dapat value yg kita nak... baru tengok pulak MOF nya.... ada bank yg 90%.. ada yg 80%.... jadi secara matematik mudahnya... kene cari MOF yg tinggi...

Rates dan Loan tenure pulak aku letak pada paras yg sama.... kerana perkara ni la yg akan tentukan berapa ansuran bulanan korang nanti.... dan tidak melibatkan pengeluaran duit(deposit) .. tidak seperti valuation dan MOF... yg akan melibatkan pengeluaran duit awal...

Ok... itu ulasan ringkas yg aku bole kasi....

sesapa ada pendapat lain??? jgn segan2... tidak semestinya pendapat aku ni betul... so.. mari kita bincang sesama...

Wassalam..
READ MORE - Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan : Bahagian 2

Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan

Wednesday, October 6, 2010

Assalamualaikum...

Semoga korang sume dalam keadaan sihat sejahtera...

Kali ni aku nak tulis sikit pasal pinjaman perumahan... atau omputih kata.. Home Loan...
Tapi kali ni aku nak lebih dari perbincangan.... tade la asyik aku je membebel dan syok sendiri kat sini...

Dan sekurang2nya... korang bole ambil bahagian dalam perbincangan.... dapat menyumbang pendapat2 bernas korang.... tade la asyik jadi silent reader je.... jadi la reader yg menyumbang... huhu...

Ok la... dalam membuat loan ni... mesti ada ciri2 yang korang akan consider.. betul tak... takkan main redah amik je loan dr mana2 bank...

So.. kat sini aku senaraikan ciri2 asas loan yg akan aku pertimbangkan kalo nak apply.... korang bole tambah kalo rasa ada yg tertinggal...
1. Rates = contoh BLR -1.8... setiap bank mungkin berbeza ... ada yg BLR -1.6..
2. Margin Of Finance (MOF) = ada yg offer 90%.. ada yg offer 90% + 5%... dan macam2...
3. Tenure = tempoh pinjaman... ada bank offer umur sampai 70thn... ada yg smpi 65thn...
4. Valuation = value yang semestinya berbeza walaupon bank yg sama tetapi cawangan yg lain.. atau officer yg lain....

Jadi... yg mana satu keutaaman korang??? Huhu.. Aku senaraikan tidak mengikut keutamaan aku.... so.. apa kata korang komen dgn menyusun 1 -4 mengikut keutamaan korang... dan jelaskan sekali sebabnya....

Dgn perbincangan ni.. rasanya kita bole tengok pandangan org lain dari sudut pandangan masing2...

Harap dapat kerjasama dari korang semua... jangan malu2 nak tulis pendapat korang...

Sekian...

Wassalam..
READ MORE - Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan

Pendapatan dari hartanah

Friday, October 1, 2010

Assalamualaikum...

Minggu ni jadual aku agak padat... dgn melayan kerja active income dan melayan kawan2 yg berminat dalam hartanah.... huhuhu.... hujung minggu ni jugak ada acara yg berlangsung kt tempat aku kerja.... dan aku terlibat dlm pengurusannya... walaupon hanya tukang tarik2 cable... biasa la... keje kuli memang la camni...


Entri kali ni.... kita cerita sikit pasal pendapatan yg bole dijana melalui hartanah atau lebih tepat lagi... rumah atau kedai2... Terbahagi kepada 2....
1. Sewa
2. Kenaikan Harga

Untuk pendapatan yg datangnya dari sewa.... mungkin banyak... sikit.... tade langsung... atau -ve... huhu... bergantung pada beberapa faktor... antaranya.. kadar sewa sesuatu tempat... jumlah loan.... tempoh pembayaran loan.... tu pasal... dalam pelaburan hartanah... sume perkara ni diambil kira untuk mengelakkan -ve cashflow..... tetapi tak juga -ve cashflow ni tak bijak... kerana ia juga bergantung pada tujuan kita beli sesuatu hartanah tu....

Untuk kenaikan harga pasaran pula.... lebih pada konsep... beli dan jual.... memandangkan trend pasaran hartanah di Malaysia... konsep beli dan jual kerap digunapakai oleh pelabur... yg selalunya dilakukan pada hartanah baru ( pembelian dr developer)... kalo korang perhatikan... ketika harga ketika pelancaran dan ketika projek siap... mempunyai kenaikan yg agak tinggi...

Lihat juga pakej2 yg disediakan oleh developer2 ketika pelancaran.... contohnya... penawaran deposit rm500... dan pembayaran bulanan bermula ketika projek siap.... ini yg membuatkan para2 pelabur tegar berebut2 membeli.... dgn hanya rm500..... dan ketika projek hampir siap... pelabur2 ni mula menjual unit2 mereka pada harga pasaran ketika itu pula.... yg mendatangkan keuntungan sehingga berpuluh2 ribu... dgn hanya melabur rm500....

tetapi semua ni tetap ada risikonya.... kita perlu memandang dari setiap faktor2 untuk mengelakkan kerugian... jadi... carilah ilmu secukupnya....

Sekian utk kali ini...
Wassalam...
READ MORE - Pendapatan dari hartanah

Apa jenis hartanah yg sesuai?

Tuesday, September 28, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni kita cerita pasal jenis hartanah yg sesuai untuk kita buat pelaburan.... kalo ikutkan... sebenarnya.. jawapannya adalah bergantung pada diri kita sendiri mengikut keadaan kewangan dan target kita sendiri....
Sebab setiap org ada target masing2... yg pastinya tak semestinya sama...

Mula2.. kita bahagikan jenis2 hartanah dulu...

1. Highrise Residential (HR)- yang mana rumah untuk kediaman.. spt.. flat.. condo... jenis yg bertingkat2 tu la..
2. Highrise Commercial ( HC) - bertingkat2 jugak... cuma dibina utk office.. kedai.. untuk tujuan komersial...
3. Landed Residential (LR)- ni rumah kegemaran org kita... contoh.. teres... banglo...
4. Landed Commercial (LC)- ini pulak lot2 kedai .. office.... dan seangkatan dgnnya..

So.. apa pilihan korang?.. mesti pilihan kita tak sama kan... ye le.. macam aku tulis tadi... pemilihan bergantung pada keadaan....
Setiap jenis hartanah di atas ni.. ada kelebihan... dan ada kekurangan nya..
Apa dia?... kita bole bincang2 kat sini... huhu... sebab aku nak buat kerja aku dulu....
Korang bole nyatakan pilihan korang... dan bole huraikan sekali sebabnya...
AKu harap ada la yg akan letakkan komen kt entri ni.... jadilah pembaca yg menyumbang... huhu...
pada WanEJ8.. kalo ko baca entri ni.. aku harap ko org pertama yg buat komen... hahha... ni kira paksa rela...

sekian...
READ MORE - Apa jenis hartanah yg sesuai?

Beli dan Urus dengan baik..

Tuesday, August 3, 2010

Assalamualaikum...

Topik kali ni aku cuma nak ucapkan tahniah pada Wan sebab dah berjaya beli rumah ketiganya... mmg laju betul ngko ni.... buat aku tak senang duduk... nak kene beli rumah jugak ni.... Loan Wan ni pon dah lulus... 3 hari je dah tahu result.. cepat betul officer tu buat keje...

Maman pulak dgr cerita bertungkus lumus bersihkan rumah kat Bangi Sabtu lepas sebab ada penyewa nak masuk hari Ahadnya.... kira ok la tu.. dpt amik kunci awal.... dapat duit pon awal...

Nizam pulak baru je lepas cat rumah kt Flora... skrg ni tgh melayan panggilan2 telefon dr bakal2 penyewa nya.... selamat melayani ragam2 manusia....

Untuk rumah Udin kat Selayang pulak.. masih dlm proses apply loan.. semoga lulus la.. maklum la rumah pertama... perasaannya lain mcm sikit... huhuu...

Ada 1 ~ 2 unit lagi dalam pemerhatian aku... dan dalam proses negotiation... Unit2 ni untuk member2 yg mintak hari tu... kene ikut giliran.... huhu... aku pon kene cari unit2 yg bagus untuk korang ni.. tk bole main sapu je.... kalo bole nak memaksimumkan duit yg korang akan dapat...

Aku punya kes pon skrg ni masih menunggu kelulusan dr pihak bank... ada 2 kes yg aku hantar... dan semalam pulak aku dapat lagi 1 unit yg menarik... dah buat appointment dgn owner malam esok... kali ni bank mana pulak la aku nak apply... huhuhu...

Kita beralih pulak pada Unit Trust.... kalo sesiapa ikut... korang mesti tahu kenaikan indeks2 selepas abis WC baru2 ni.... sesiapa yg invest cash masa tu.. mesti tersenyum gumbira sekarang.... tahniah!!!... bole tambah lagi... hahaha...

Ok la... itu je utk pagi ni.... lain kali sambung lagi...

Wassalam..
READ MORE - Beli dan Urus dengan baik..

Rumah Kos Rendah...

Tuesday, July 13, 2010

Assalamualaikum....

Jumpa lagi kali ni.... minggu ni agak sibuk jugak la... sebab semester baru dah bukak.. so.. berduyun2 la student berlegar2 mencari kelas.... huhuhu....

Nak cerita pasal hujung minggu lepas.... hari sabtu Qila dpt jemputan dr Mak saudaranya di Pudu... katanya ada hal... ada kumpul2 kt rumah dia... aku agak mesti ada talk pasal MLM atau seumpamanya...

Nak tak nak.. aku layan je la.. hantar qila pegi... sampai je.. aku tak masuk rumah... aku lepak kat kedai abg ipar aku... Qila je yg naik ....

Lepas 1 jam.. baru aku naik... betul sangkaan aku... mmg talk MLM... Score A... hmm... muda lagi tgk budak yg kasi talk tu... dan katanya... kereta Accord baru yg aku tgk kt parking masa sampai tu.. dia yg punya... mmg dia berjaya la buat Score A tu... tahniah pada dia...

pkl 5.. aku ajak Qila balik.. ada hal lain nak buat... talk tu tak abis pon lagi... huhuhu... aku bukan tak suka MLM.. tapi aku rasa aku ni tak sesuai utk MLM... dulu2 mcm2 dah aku join... cukup la....

Hari Ahadnya pulak... aku merempit pegi view rumah.... 1st.. aku pegi view kt area Bt. Caves... low cost jugak... huhuh... jumpa dgn owner... penyewa pon ada kt rumah... rumah nmpk ok je... tingkat 3... masa aku tanya dlm tepon.. owner kata sewa rm450... tp bila tanya depan penyewa tu.. dia kata rm370... huhu... area tu kadar sewa sekitar rm400... harga jual ok la... cuma bila aku mintak SnP.. dia kata tak jumpa... tgh cari lagi... uhu... takpe la.. aku cakap dah jumpa nnti bole emelkan je...

lepas tu aku merempit ke Selayang pulak... rumah ni aku dah tanya bank.. value dlm rm65k... harga bukak rumah ni mmg best.... cuma rumah ni tingkat atas sekali.. tingkat 4... ada penyewa rm350... rumah mmg cantik... unit tepi skali... kawasan pon ok... tepi petronas.. bus stop pon dekat... kedai2 pon dekat jugak... area pasar borong je...

Ni aku deal dgn ejen... aku suruh ejen tu fax kan Snp rumah tu... nak tgk detail dulu... huhu.. lepas tu balik rumah.... cadangnya... petang tu nak pegi Flora.. nak pasang tombol pintu... tapi penyewa pulak keje... wife dia je ada... risau aku nak pegi... nak ajak Qila... Qila pulak kluar dgn kakak dia..... so.. tangguh minggu seterusnya...

Dan semalam.. aku ada YM dgn Nizam... dia cerita pasal hal pemilikan rumah kos rendah... katanya lawyer ada kasi tau pasal prosidur yg dikuatkuasa utk pembelian rumah kos rendah... aku tak pasti lagi detailnya...

Nnti aku try cari maklumat pasal hal ni... mmg tak best kalo benda ni betul... uhuhu...

ok la... cukup utk kali ni....

Wassalam..
READ MORE - Rumah Kos Rendah...