Showing posts with label Maklumat Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Kewangan. Show all posts

Nak buat apa dengan duit ??

Wednesday, November 24, 2010

Assalamualaikum...

Ni antara soalan yang masuk ke petisurat emel kuasahartanah@gmail.com
" Jika saya ada rm20000.. adakah perlu saya melabur dalam bank saja atau membuat pelaburan hartanah?"..

Sapa nak jawab soalan ni...??? huhu...
Kalo nak jawab soalan ni... kita kene tanya dulu beberapa soalan pada si tukang tanya ni....
kene tgk dr banyak aspek...
Apa matlamat ?
Keadaan kewangan si tukang tanya?
dan beberapa aspek lain...



Ok la.. senang cerita .. kita tgk ilmu hisab kat bawah ni..

Simpanan dalam institusi kewangan.
Kadar keuntungan : 7% setahun..
RM20000 x 7% = RM1400 setahun.

Jadi.. kita masukkan je ke dalam akaun... dapat RM1400 setahun... yum yum yum...

Buat Pelaburan Hartanah
Dengan RM20000 kita bole jadikan deposit untuk rumah yang berharga RM200000
Kita anggap kadar kenaikan nilai rumah tu adalah 3% setahun.
RM200000 x 3% = RM6000 setahun.

Untuk pengiraan ni.. tidak termasuk kos2 lain.. spt.. guaman.. maintenance.. cukai2... penalty...  dll...


Walaupun kiraan ni menunjukkan bahawa keuntungan pelaburan hartanah adalah tinggi.. kita kene ambil kira aspek2 lain... seperti.. kecairannya...  kos2 yg berkaitan.... dan lain-lain..


contohnya .. dari segi kecairan.. kalo simpan dalam akaun... bila2 masa kita bole pegi keluarkan duit tu... berbanding dengan hartanah... perlukan proses penjualan yang memakan masa yang lama... sama juga bila nak amik keuntungan...


Tetapi kalau hartanah kita tu mempunyai ciri2 pelaburan yg bagus... semestinya kita akan dapat hasil yang bagus... seperti lebihan duit dari sewaan setiap bulan....

jadi kalau nak jawab soalan yang kat atas sekali tu... kita kene lah jelaskan dulu matlamat dan tujuan kita dulu...

sebab adalah tidak sesuai membandingkan keduanya... sama juga seperti pelaburan emas... forex... bisnes... masing2 ada kelebihan dan kekurangan....

Dan untuk korang nak dapat penjelasan tentang matlamat pelaburan.... sila la pegi ke SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.

Kat seminar ni akan dijelaskan bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan anda....

Sekian..
READ MORE - Nak buat apa dengan duit ??

Pengurusan Kewangan

Tuesday, October 19, 2010

Petikan ni aku amik dari Blog AE... sebab aku bersetuju dengan apa yg ditulis... dan AE telah kasi lampu hijau untuk copy n paste kat blog sesapa...



" P/S : Buat korang yang ada blog, mungkin korang boleh copy paste entri aku ni supaya lebih ramai yang akan dapat menilai peri pentingnya perkara ini kepada generasi akan datang, insyaallah"


Apa yang aku nak ?
Aku nak ‘satu peruntukan dana untuk memasukkan subjek pengurusan kewangan dalam syllabus pendidikan negara kita’.

Kenapa aku nak?
Sebab aku tengok banyak masalah yang wujud kat negara ni kebanyakannya disebabkan oleh satu benda yang kita panggil ‘duit’. Family berpecah belah sebab tamakkan duit, ibu bapa bercerai-berai sebab tak cukup duit, penjenayah melakukan jenayah sebab takde duit sedangkan bagi aku kalau diberi pendidikan dari awal tentang cara menguruskan duit, dah tentu semua ini dapat dikurangkan.

Banyak mana dana yang diperlukan?
Terlalu banyak dana yang diperlukan kerana satu syllabus tambahan perlu digubal bagi peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Semua ini memerlukan peruntukan yang besar terutamanya bagi penghasilan buku teks yang baru, kursus untuk guru-guru yang terpilih dan 1001 macam keperluan lagi.

Kenapa ianya penting?
Peringkat Rendah :
Anak-anak kecil perlu diperkenalkan tentang pengertian ‘wang’ supaya putera-puteri kecil kita ini tahu betapa bernilainya setiap ringgit dan sen yang mereka perolehi. Secara tidak langsung, sifat menabung dapat dipupuk dari usia seawal 7 tahun lagi.

Peringkat Menengah :
Golongan remaja perlu difahamkan tentang konsep pelaburan supaya mereka dapat memaksimumkan wang tabungan mereka yang telah mereka kumpul semenjak peringkat sekolah rendah lagi. Untuk itu, status jutawan amat mudah untuk mereka kecapi kerana mereka telah terdedah dengan konsep pelaburan dan ‘compounded interest’ seawal usia ini. Bukankah lagi awal mereka menabung, lagi sedikit jumlah yang perlu disimpan untuk mengecapi angka 1 juta di dalam akaun mereka?

Peringkat Pengajian Tinggi :
Di peringkat ini, barulah barisan cerdik pandai kita ini diperkenalkan dengan advance module tentang konsep pelaburan di samping pemahaman tentang peri pentingnya mereka menjauhi skim cepat kaya dan bahayanya ‘money laundering‘ terhadap masyarakat. Selain daripada itu, di peringkat ini juga perlulah diterapkan konsep keusahawanan dalam diri mereka supaya mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji sebagaimana yang dialami oleh generasi kita sekarang.

Kesan terhadap kerajaan :
Memang ianya tidak akan menguntungkan parti politik pemerintah meraih lebih banyak sokongan kerana impaknya tidak akan diperolehi immediately tetapi sekurang-kurangnya generasi akan datang pasti akan merasai kesannya dan bersyukur terhadap apa yang kerajaan sebelumnya telah lakukan.

Apa pun, ini cuma impian aku terhadap bajet tahun depan dan harap-harap ianya akan menjadi kenyataan demi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih maju.
READ MORE - Pengurusan Kewangan

Pembiayaan Peribadi-I MBSB

Monday, August 2, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni aku cerita sikit pasal personal loan ( PL ) .... ye la.. sebab produk ni antara produk yg popular ... ramai yg amik.... so kita bincang2 la pasal PL ni...

Bole dikatakan semua institusi kewangan kt Mesia ni ada offer PL ni... ye la .. antara produk yg wajib utk menarik pelanggan2... rasanya paling popular ialah offer dr Bank Rakyat... dan keistimewaan PL ni memihak pada kakitangan kerajaan.... sebab interest yg rendah berbanding offer utk kakitangan swasta.. yg mencecah 12%.. ada yg tinggi lg dr itu... huhuhu...

Kali ni kita cerita pasal PL untuk pekerja gomen...
Kalo kita rajin survey... mcm2 offer ada dr pelbagai institusi... ada yg mencecah rm200k... ada yg offer hingga 3.3%.... ada yg flat rate.... macam2 la...

Yang pentingnya ialah.. kenapa kita nak buat PL ni?.. utk joli2?.. utk settle hutang ?.. gali lobang tutup lobang?... terpulang la pada diri kita sendiri... harap2 jgn sampai menyusahkan diri kelak...

Ok.. kali ni aku tak ceritakan la... pasal teknik2 PL + OD ke.. PL + ASB ke... sebab panjang sgt nak cerita... so aku cerita pasal mcm mana nak guna PL ni utk mengurangkan komitmen kita... ye la korangkan nak shopping rumah... komitmen mesti kena jaga...

Kita tgk contoh..:

Keadaan skrg.
Gaji rm2000
Komitmen yg kita ada skrg..
Kereta = rm650 ; int 5.25%; Baki Rm25k
PL lama = rm200 ; int 5% ; Baki rm10k
PTPTN = rm150 ; Baki rm10k
Kad kredit = Min Payment rm350 ; Outstanding rm8k

Ok.. dr komitmen kita tu.. jumlahnya adalah rm1350
So.. komitmen kita adalah 1350/2000 = 67.5%
Dgn komitmen mcm tu.. mmg agak susah nak dapatkan pinjaman.... kalo tak silap.. CIMB punya limit 75% termasuk loan yg akan dipohon...

Jadi.. kita kene la cari jalan...
Buat PL rm60k. Flat rate 4.99% selama 20thn. Ansuran = rm500 sebulan.

Dapat je duit tu... kasi settle sume komitmen yg ada tu...
rm25k + 10k + 10k + 8k = rm53k..
So settle la komitmen yg 67.5% tu.... sebab sume baki hutang kita dah settle.. 60k-53k= ada balance 7k... buat modal... huhu..

So.. skrg komitmen kita mcm mana?
komitmen baru;
PL = rm500 sebulan == Ini je komitmen yg ada...

so.. 500/2000 = 25%

Dgn komitmen rendah ni... peluang utk buat loan beli rumah tu agak cerah...
Siap ada balance 7k.. bole buat dpayment rumah...

Huhu.. bukan apa.. kadang2 ada org yg risau nak buat PL tinggi2... itu terpulang la.. benda ni bergantung cara dan tujuan kita nak buat PL... mcm aku cakap tadi la.. jgn smpi menjerat diri.... gunakan kemudahan PL ni utk memudahkan perjalanan kita masa hadapan...

Minggu lepas aku borak2 dgn ejen PL MBSB... tanya pasal komitmen yg diorg ambil kira.. mudah aje rupanya... berbeza dgn tenpat lain...

[Gaji kasar ( average 3 bulan) X 0.6 ] - total deduction dlm slip gaji.
Cth :
[2000 X 0.6]- 250 ( epf.. socso..) = rm950..

So.. Rm950 ni la yg diorg amik kira sbg maksimum ansuran bulanan nnti...
Kalo ikut jadual.. dgn rm950 ni... bole dpt pinjam rm115k... huhuhu.. mcm2 bole buat..

MBSB ni adalah Anak syarikat KWSP... dan kata ejen tu lagi.. tak lama lg MBSB ni akan jadi Bank... tu pasal diorg tgh promote gile2 skrg...
Gambar kt bawah ni adalah jadual ansuran utk MBSB.. promosi aidilfitri katanya.. huhu.. puasa pon belom lagi...

Photobucket

Photobucket

So.. sesiapa yg berminat bole la cargas buat... tapi ingat.. pastikan tujuan dan cara kita tu tak membebankan kemudian hari....

Sekian..
READ MORE - Pembiayaan Peribadi-I MBSB

Kenaikan Harga Petrol.. diesel.. Gula.. Gas LPG..

Friday, July 16, 2010







Harga Petrol , diesel, gula, gas LPG:

~ Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
~ Petrol RON 97 – RM2.10 seliter
~ Diesel – RM1.75 seliter.
~ Gula – RM1.90 sekilogram
~ Gas LPG – RM1.85 sekilogram





Harga Gas pulak :

~ Tong 14KG – dari RM24.50 ke RM25.90 (kenaikan RM1.40)
~ Tong 12KG – dari RM21.00 ke RM22.20 (kenaikan RM1.20)
~ Tong 10KG – dari RM17.50 ke RM18.50 (kenaikan RM1.00)


Ini Petikan Berita...

Business Times Online, 15 July, 2010

KUALA LUMPUR: The government has announced new prices for fuel, cooking gas and sugar, effective midnight.

The new price for RON 95 petrol will be RM1.85 per litre from RM1.80 per litre previously.

For RON 97, the new price starts at RM2.10 per litre, and will be reviewed monthly.

Diesel will be priced RM1.75 per litre from midnight.

For LPG (cooking gas), the new prices are RM18.50 for 10kg, RM22.20 for 12kg and RM25.90 for 14kg.

Sugar prices, meanwhile, have been increased to RM1.90 per kg from RM1.65 per kg.
READ MORE - Kenaikan Harga Petrol.. diesel.. Gula.. Gas LPG..

OD - ASB Individu Dimansuhkan ????

Thursday, June 24, 2010

Dipetik dr geng overdraft dlm FB...

Tidak pasti sejauh mana kesahihannya.....


"berita buruk!!!!

aku dah cek di RHB bank dan aku sendiri dah tgk surat dari PNB bertarikh 22/6/2010 yang di emailkan ke officer RHB tu...

start 1 julai 2010 OD individu tidak ada lagi..boleh aplly tp individu tu ada syarikat TUNGGAL bukan kongsi..

so saper2 nak buat baik cepat,sama ada diorg terima atau tidak kena push officer tu..
kat tempat aku dah 'tutup kedai' tak nak buat..aku ingat sebelah KL boleh cuba

aku ada tanya juga klu buat daftar niaga SSM boleh aplly ker? officer tu kata plak dia tak buat OD tuk syarikat klu individu dia buat.

so siapakah yg boleh buat OD tuk syarikat dia tak pasti rasanya semua OD melalui Individu sebelum nie..so dia akan dapatkan maklumat lanjut dari HQ RHB pasal polisi baru nie..

so camner nak mintak PNB bubar balik benda nie..sama2lah kita tulis surat ramai2
katakan kita tidak setuju SIJIL ASB di sekat sehingga tidak boleh buat OD
klu aku sorang yg buat memang tak jalan so..kengkawan marilah ramai2 kita buat surat dan buatlah ayat camner pun janji fokus utama kita tidak setuju

Amanah Saham Nasional Berhad
Kaunter Utama Kuala Lumpur
Tingkat 1 Balai PNB
201 A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Phone: 03-2050 5500
Fax: 03-21618852
READ MORE - OD - ASB Individu Dimansuhkan ????

Credit Card : Public Bank Balance Transfer ; 1.5% upfront for 12 mth Plan

Tuesday, June 22, 2010

Ini sesuai utk sesapa yg ada ada sejumlah duit.. tapi takmo settlekan baki kad kredit sekaligus utk tujuan menggunakan sejumlah duit tu utk dijanakan.. dilaburkan.. atau apa2 lah...


Apply for a PB Credit Card today and enjoy, RM60 Guaranteed CASH BACK for new Principal Cardholder.

* No processing fee
* NO other banks’ statements
* MORE savings & MORE flexibility

Plan A : No interest will be chargeable on the Approved Transfer Amount, 0% for 6-month instalment plan.

Plan B & C : A ONE-TIME interest charge of 1.5% for 12-month instalment plan and 5% for 24-month instalment plan on the Approved Transfer Amount will be charged upfront upon the posting date of approved balance transaction.

Terms and conditions apply. Make sure you read the T&C.

For more detailed info, please visit http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/cards/bt.html

READ MORE - Credit Card : Public Bank Balance Transfer ; 1.5% upfront for 12 mth Plan

"Toron"

Monday, May 17, 2010

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin.... selamat bekerja utk semua...


Kali ni.. aku cuma terangkan teknik penggunaan biasa untuk menambahkan saving dgn mggunakan OD - ASB. benda ni dah lama org gunakan dah... mesti ada antara korang yg dah expert.... so.. sesiapa yg dh terrer tu... bole abaikan topik ni....

Peringatan.. kira2 yg aku akan tunjukkan nnti... adalah utk pengguna OD yg tidak menggunakan duit OD utk perbelanjaan... OD khas utk membina saving sahaja...

So.. katalah En SB ada sijil ASB rm20k... kalo dia biarkan sahaja rm20k itu... bermakna dia akan dpt div rm1400 setahun.. ( ikut 7% ).. so.. simpanannya akan jadi rm21400...

dgn teknik toron OD - ASB...

En SB OD kan sijil itu.. dan terima Rm18k...
Dia mengeluarkan 70% dr nilai tersebut.. dan dimasukkan ke ASB...
18000 X 70% = 12600..
Bermakna .. En Sb akan dikenakan interest OD... spt ilustrasi di bawah...



Katakan lah.. En SB membayar interest OD tu pada hujung tahun...
Dia masih mempunyai keuntungan... rm1750..
Bermakna.. simpanannya skrg menjadi rm21750... berbanding dgn tidak menggunakan OD.. rm21400..

Ini tidak termasuk dgn penggabungan teknik memasukkan gaji bulanan ke akaun OD.. dn teknik penggunaan CC... yg akan meminimakan interest OD...

Ok.. cukup utk hari ni...

wassalam..
READ MORE - "Toron"

Aktif vs Pasif...

Sunday, May 9, 2010

Salam Sejahtera,

Apakah Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Apakah Pendapatan Pasif:
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
(Kurang 10% orang mengggunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & ‘menginternet’ di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah.
Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Nasihat
saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif,
masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya
senaraikan diatas tadi. Semoga kita sama-sama berjaya didalam
pendapatan pasif kita. InsyaAllah


credit to blog cikgu mior...
READ MORE - Aktif vs Pasif...

Balance Transfer Card Credit..

Note: This is just an illustration how we can Rempit with Balance Transfer (BT)…however the content of this illustration mostly is based on fact…not just cite dongeng…but few other Rempit technic with BT might be possible…this is just one of the simple way

Katakan Mr A baru saje dpt OD RM20k.

Financial status Mr A:

* ade hutang 2 CC….total 10k
* hujung bulan takde simpanan…so emergency cash hanyalah OD
* plan nak beli rumah sendiri…sbb dh penat menyewa

MR A berhasrat nak settlekan semua hutang CC…dlm masa terdekat, Mr A nak juga beli rumah…payment bulanan CC yg telah dpt dijimatkan tu nak wat saving…sambil kuar duit bln2 utk byr rumah sendiri, instead of menyewa…dlm masa yg sama, Mr A nak juga ade emergency cash

Solution?

Kalau Mr A guna 10k dari OD utk wat full settlement, tinggal lagi 10k dlm OD…MR A nak beli apt harga 80k..deposit 10% = 8k…campur kos2 yg lain tambah lagi 2k…total 10k cash dari OD kena guna utk beli rumah…alamak! OD dah kosong…takde backup cash walaupun boleh saving RM500 sebulan…cancel, takleh proceed…tak memenuhi criteria

Ade solution lain?

dengan BT, mungkin hasrat Mr A ni dpt dikecapi.

Bagaimana?

1. Apply CC baru untuk BT, atau guna CC lain yg sedia ada..kalau 1 CC tak dpt Credit Limit 10k, BT ke 2 CC. Cari yg 0% for 12 mths.
2. Sekarang Mr A dh dpt BT…0% for 12 mths for 10k…so bulan2 Mr A byr RM500 utk BT…byr guna OD.
3. Mr A terkejut…CC dh settle, tapi OD masih penuh…sbb 1st payment BT next mth baru start…apa lagi, Mr A pun book satu apartment.
4. Mr A pun beli apt harga 80k…downpayment + bla bla bla, lesap 10k dari OD utk rumah…tapi Mr A masih ade 10k.
5. Mr A cukup bertuah…rupenya dia guna teknik beli rumah free yg dia belajar dari otai2 sblum dia apply OD dulu…nampaknya perancangan Mr A bukan calang2 walaupun modal kecik

6 bln berlalu……..apa yg terjadi pada Mr A?

to be continue….

credit to B-H site....
READ MORE - Balance Transfer Card Credit..

Hakikat Kewangan Kita

Friday, April 30, 2010




Macam ni la hakikat kewangan kita.... cuma yg tak sama antara kita ialah... sebanyak mana yg masuk dlm tangki... dan byk mana yg keluar dr paip tu....

Kalo masuk byk dr kluar ok la... lama2 tangki bole penuh....

tp.. kalo kluar lg byk.... maknanya... akan kering la tangki tu....

renung2kan....
READ MORE - Hakikat Kewangan Kita

7 Common Money Mistakes People Make

Monday, April 26, 2010

Ni aku copy dr B-H website....


Dipetik dari tulisan Azizi Ali,

1. Not saving part of their income – 10% is a good start, and must save on consistent basis.
2. Not having a reserve fund – At least 3 months of living expenses.
3. Raiding their saving - To avoid this, allocate certain percentage of your income as “play” money.
4. Over-relying on salesman – If you don’t buy, the salesman earn no commission.
5. Rushing to invest – No matter how good an investment may be and how grand they may appear, take your time. Do your homework first.
6. Not willing to cut losses – If you can make money 8 times out of 10, that’s a fantastic achievement. Don’t forget to sell the losing two.
7. Not educating themselves about money – Read up on money matters. Ask the real experts. The more you know about it, the wealthier you will be.

B-H said (follow the above sequence),

1. Monthly cashflow -ve, then you need restructure. Cashflow +ve but having problem to save consistently, then apply for loan ASB or any other similar investment that could motivate you to save consistently.
2. No cash at all but need to have reserve cash?…then PL might be the way to have it. Even some people doesn’t like using PL as a platform, but some people move forward really fast with it…it is good to have cash in hand.
3. Hmm…in BH, there is no term “play” money…what we have is “Kedekut Taik Idung Masin”…but if you really need the “play” money, BT (Balance Transfer) might be the good choice to manipulate it.
4. This is normal. Salesman doesn’t know what is OD. Not aware on the interest rate…even it is their company product. So select your salesman. Go for salesman that really could help you…because their attitude could really impact your financial plan, especially when applying loan, etc.
5. No need to rush. Don’t just because other people already have 200k in their ASB, you would like to do the same thing with only 15k cash in hand. “Ukur baju di badan”.
6. This statement probably suitable for Forex-ian, but applicable to other investor too. For example, you won a bid for lelong house with 40k hammer price. But then, no bank offering you loan for the house. The choice is, to apply PL for 40k, OR burn the 5% deposit. If you go for PL, you will get the house, but your ROI might be smaller, nothing or probably -ve.
7. If your are reading this, you are on one of the platform to educate you about money and financial…even we’re not the real expert, but good as a start…BH concept is simple…SHARING…the more you share, the more knowledge you earn, and soon we all will become expert…insyaAllah.

credit to B-H site...
READ MORE - 7 Common Money Mistakes People Make

Islamic Financial Planning

Friday, April 23, 2010

Assalamualaikum...

Selama 2 harilepas aku mengikuti kursus Islamic Financial Training... byk info aku dapat dr kursus tu... sebagai seorang Islam.. tak salah kalau aku cakap yg kita semua perlukan kursus2 seperti itu...

Antara perkara2 yg ditekankan adalah... Zakat.. Faraid.. Wasiat...Islamic Investment... dan byk lagi...
Kalo kita sentuh pasal zakat.... byk pulak jenis2 zakat ni... apa yg perlu diambil kira... mcm mana nak kira... bila perlu dikira.... mmg byk yg perlu kita tahu...

Kalo dr segi investment pula... apa yg kita perlu elakkan... apakah ciri2 investment yg haram...

kalo sentuh dr segi insurans pula... apakah ciri2 insurans yg dibenarkan dalam Islam?... mmg banyak info aku dapat dr kursus tu...

Kesimpulannya... kalau ada kursus2 seperti tu kt tempat korang... silalah sertai... kebanyakan kita hanya mengejar dan memikirkan mcm mana nak buat duit.. tanpa hiraukan batas2 hukum Islam....

ok la.. aku cerita pulak pasal apa aku buat dalam seminggu lepas... huhu....
Hari sabtu lepas aku join program reunion sony ( tmpt aku keje seblm ni)... kat Kuantan... ramai jugak bekas2 rakan sekerja aku yg join... tak lupa juga ex-bos aku... member2 rapat aku... reza.. Nuar.. Pokya.. Bad... memang happening la dapat kumpul2 mcm tu.... buat member2 yg tak dpt hadir.. Wan sahid.. kamarol.. aery... koho2 la keje tu.. sesekali berehat la... hahahaa...
Best jugak dpt borak2 dgn kawan lama... aku borak2 dgn pokya.. tak silap aku hampir ke 5 pagi... ye la .. tukar2 cerita... Pokya pon dah buat bisnes sendiri... bagus2... aku suka kawan2 aku berjaya...

Dan lepas balik dr Kuatan tu.. jadual malam aku agak penuh.. setiap malam jumpa orang.. kawan2 lama.. kawan2 sekolah... maaf la pada sesiapa yg aku tak dapat luangkan masa utk jumpa lagi...
begitu juga pada yg sms... call.. .. maaf byk2 kalo aku tak dpt reply atau jawab... mggu ni aku agak sibuk... kebanyakan bertanya pasal property... bagus2.. cuma buat masa skrg ni aku tak dpt layan korang sgt.. sebab aku tgh fokus pada satu kerja aku ni... disamping fokus pada member2 aku yg baru lepas kursus property investment tu...
harap korang tak rasa hati... dan harap juga korang faham situasi aku...

Dan pada member2 aku yg join kursus tu... jgn lupa homework tu... dan syabas pada yg dah berjaya siapkan homework tu... apa yg korang rasa lepas kursus tu?... huhu... mesti tak senang duduk kan.... asyik fikir nak gerak beli rumah... hahha... ingat cakap aku... dapatkan konfiden dulu.... dah dpt konfiden tu... senang je nak bergerak nnti.... ingat... kita punya Race still On... aku tunggu2 ni.. siapa antara korang yg beli rumah secara PERCUMA dulu... Nizam dah ada target tu... cuma blom cukup konfiden lagi nak closed deal... kalo closed tu... aku kira2.. bole profit sekitar rm10k... Pak Din pon hari tu ada dpt offer baik..... bole profit sehingga rm18k... ( kalo tanak rumah tu... kasi aku ye Pak Din)...

ingat... jgn tamak sgt... dapatkan 1st rumah dulu utk dptkan konfiden... sebab langkah pertama ni mmg agak sukar... dah berjaya atasi langkah pertama ni... langkah seterusnya mmg laju je.... percayalah....

Ok la... cukup utk kali ni.... ada keje skit...

Wassalam..
READ MORE - Islamic Financial Planning

Overdraft Part 2

Tuesday, April 13, 2010

Assalamualaikum..

Malas betul aku nak menaip hari ni.... huhu.... mata ngantuk aje... Cuaca panas terik... alhamdulillah... baru lepas hujan lebat... tak la panas sgt....

kali ni aku nak sambung skit pasal OD...

Kelebihan OD... cemana aku nak explain ye....
sebenarnya kelebihan OD ni bergantung pada tujuan kita juga.... Kalo mmg duit tu kita tanak guna... mmg utk simpanan... tak perlu la buat OD... simpan je dlm akaun simpanan kita tu.... tak payah pening2 kepala...

Dgn OD ni mcm2 kita bole manipulasi... mcm aku cakap td la.. bergantung pada tujuan atau apa kita nak buat dgn dit kita tu...
Mmg bagus utk buat bisnes... utk bina simpanan... untuk buat investment... utk clearkan hutang... mcm2 lagi la...

tapi disiplin kene kuat.... sabar perlu tinggi....

isk22... dah jadik malas nak menaip pulak...

aku taip skit lagi...
apa yg bank akan kasi bila dah siap sume proses?..
kita akan dapat:
1. Akaun semasa la..
2. Buku cek - Penting utk yg main property..
3. Kad ATM
4. Online banking - ni pon penting utk monitor akaun...

Untuk cara2 menggunakan OD ni... next time aku explain...
jari jemari dah malas nak menaip... huhuhu..

Wassalam...
READ MORE - Overdraft Part 2

Overdraft

Monday, April 12, 2010

Assalamualaikum...

kali ni aku nak cerita skit pasal OVERDRAFT.. atau org slalu sebut OD...
aku cerita serba ringkas je la ye...

OD yg aku akan cerita ni adalah OD bersandarkan Sijil ASB... byk OD2 lain... OD Rumah... OD FD.... lain2 la....

Jadi aku pilih platform ASB sbg tool utk dapatkan kemudahan OD ni....

Kemudahan ni dah lama org guna... cuma tak semua tahu adanya kemudahan OD ni dan kelebihannya....

So.. mula2 sekali saya ceritakan langkah2nya dulu...
1. Mesti ada simpanan ASB... minimum rm12k...
2. Pegi ke PNB... utk tukarkan simpanan buku tu kepada bentuk Sijil ASB.... sekejap je siap...
3. Pegi Bank CIMB atau RHB... jumpa officer... cakap nak buat OD- ASB...
4. Isi2 borang... pastu tunggu la Offer letter (kalu lulus)....
5. Bukak akaun semasa... pastu tunggu limit OD release...

Itu secara ringkasnya la.... nak detail... letih pulak aku nak taip....

Dan kenapa perlu buat OD ni?.. haaa.... byk kelebihannya.... terutama kalo kita ni jenis bisnes atau kaki invest....

memandangkan waktu makan dah nak hampir... aku nak pi makan dulu....

aku akan ceritakan kelebihan OD pada episod akan datang... hahaha....

wassalam...
READ MORE - Overdraft