Musim menuai...

Friday, May 14, 2010

Assalamualaikum....

Kalo dulu2... masa menuai padi.. mesti petani2 sume seronok... ye la... hasil titik peluh bakal diorg dapat.... sama jugak masa aku kecik2 dulu.... menoreh getah kt Felda... masa hari amik duit kt pejabat Felda... mmg seronok.. tambahan pulak hari amik duit tu sama dgn hari pekan sehari.... huhuhu....

Dan skrg ni pulak... adalah masa menuai hasil dr pembelian rumah... rasanya... bagi yg sama dgn batch aku masa kursus property investment dulu... mesti korang pon dah dapat hasil.. atau akan terima hasil dlm masa terdekat.... syabas aku ucapkan... kita berjaya membuktikan yg kita bole beli rumah secara percuma... dan bole dpt untung... sehingga yg ada untung hampir rm30k utk sebijik rumah... tahniah aku ucap kan...

harap korang masih lagi mempunyai mindset yg sama seperti lepas kursus tu... jgn la.. dpt duit.. korang enjoy smpi licin.... hahha... baik korang guna duit tu utk beli rumah lagi.... dan dpt untung lagi... dan lagi... dan lagi...

Bagi yg nak guna duit untung tu utk settlekan hutang2... aku nasihatkan... OD kan dulu duit tu... then baru settlekan hutang2... atau nak beli apa2....

senang cerita... korang OD kan je duit tu... pastu baru pikir nak buat apa... nak beli rumah ke... nak langsaikan hutang ke... apa2 je la....

Utk yg skrg tgh hangat memburu rumah... masa menuai korang akan tiba.... masa tu.. korang akan rasa puas hati dgn apa yg korang lakukan skrg.... jadi.. berusaha lah...

dan nampaknya... dlm sebulan dua akan datang... korang akan bersaing dgn batch2 sebelum korang dlm pemburuan rumah... hahaa... dont worry... persaingan sihat... tolong menolong..... banyak rumah2 kt luar nun...

ok... sekian utk kali ini....

wassalam...

READ MORE - Musim menuai...

Aktif vs Pasif...

Sunday, May 9, 2010

Salam Sejahtera,

Apakah Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Apakah Pendapatan Pasif:
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
(Kurang 10% orang mengggunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & ‘menginternet’ di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah.
Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Nasihat
saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif,
masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya
senaraikan diatas tadi. Semoga kita sama-sama berjaya didalam
pendapatan pasif kita. InsyaAllah


credit to blog cikgu mior...
READ MORE - Aktif vs Pasif...

Balance Transfer Card Credit..

Note: This is just an illustration how we can Rempit with Balance Transfer (BT)…however the content of this illustration mostly is based on fact…not just cite dongeng…but few other Rempit technic with BT might be possible…this is just one of the simple way

Katakan Mr A baru saje dpt OD RM20k.

Financial status Mr A:

* ade hutang 2 CC….total 10k
* hujung bulan takde simpanan…so emergency cash hanyalah OD
* plan nak beli rumah sendiri…sbb dh penat menyewa

MR A berhasrat nak settlekan semua hutang CC…dlm masa terdekat, Mr A nak juga beli rumah…payment bulanan CC yg telah dpt dijimatkan tu nak wat saving…sambil kuar duit bln2 utk byr rumah sendiri, instead of menyewa…dlm masa yg sama, Mr A nak juga ade emergency cash

Solution?

Kalau Mr A guna 10k dari OD utk wat full settlement, tinggal lagi 10k dlm OD…MR A nak beli apt harga 80k..deposit 10% = 8k…campur kos2 yg lain tambah lagi 2k…total 10k cash dari OD kena guna utk beli rumah…alamak! OD dah kosong…takde backup cash walaupun boleh saving RM500 sebulan…cancel, takleh proceed…tak memenuhi criteria

Ade solution lain?

dengan BT, mungkin hasrat Mr A ni dpt dikecapi.

Bagaimana?

1. Apply CC baru untuk BT, atau guna CC lain yg sedia ada..kalau 1 CC tak dpt Credit Limit 10k, BT ke 2 CC. Cari yg 0% for 12 mths.
2. Sekarang Mr A dh dpt BT…0% for 12 mths for 10k…so bulan2 Mr A byr RM500 utk BT…byr guna OD.
3. Mr A terkejut…CC dh settle, tapi OD masih penuh…sbb 1st payment BT next mth baru start…apa lagi, Mr A pun book satu apartment.
4. Mr A pun beli apt harga 80k…downpayment + bla bla bla, lesap 10k dari OD utk rumah…tapi Mr A masih ade 10k.
5. Mr A cukup bertuah…rupenya dia guna teknik beli rumah free yg dia belajar dari otai2 sblum dia apply OD dulu…nampaknya perancangan Mr A bukan calang2 walaupun modal kecik

6 bln berlalu……..apa yg terjadi pada Mr A?

to be continue….

credit to B-H site....
READ MORE - Balance Transfer Card Credit..

Lawyer...

Friday, May 7, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita pasal lawyer pulak....

Memandangkan... dah ada antara kawan2 yg join kursus baru2 ni dah dpt rumah... dan dlm proses nak beli.... so.. aku cerita skit pasal lawyer....

Untuk pembelian rumah.... ada 2 perjanjian kene buat.....
1. SnP agreement - antara kita dgn seller
2. Loan agreement - antara kita dgn bank

Utk proses agreement ni... kita perlukan lawyer utk buat...

Utk SnP... ciri2 lawyer yg kita bole appoint adalah bebas... iaitu.. tidak perlu jadi panel bank yg kita pinjam. kalo panel bank pon bole jugak...

Utk Loan ... ini mesti lah dr senarai panel bank tersebut...

Kita sebagai pelanggan berhak meminta lawyer yg kita mahu.... tp mesti memenuhi ciri2 kt atas... atau kalokita nak serahkan je pada bank utk carikan lawyer pon bole...

Permasalahannya di sini ialah... ke'efisen'nan lawyer2 itu sendiri.... kalo diorg buat kerja bagus dan laju.... bermakna.. cepatlah selesai urusan2 tu.. dlm erti kata lain.. cepat la kita dpt duit ( kalo ada lebihan mark up la).... tapi kalo lawyer tu kerja lembab... keadaan akan jd sebaliknya....

ye le... berdasarkan pengalaman aku... lawyer yg bank appointkan utk aku... kerja lembab betul... nak siapkan draft SnP pon lebih sebulan... pastu... bila kita dah sign sume... ada silap pulak... nak kene buat semula.... nak buat semula pulak... makan masa lama lagi... aku plk jadi tension...
Nak buat cemana... terpaksa la... tunggu... rumah2 lain yg lewat dibeli pon... dah settle... isk.. isk.. sakit hati pon ada...
Ini la pengalaman aku bila guna lawyer yg kita tidak tahu reputasinya....

berbanding dgn lawyer yg kita tahu dr kawan2... di rekomen kan oleh kawan2... 2 bijik rumah aku aku serahkan tugas pada lawyer ni.... mmg kerja diorg bagus... cepat... lawyer pon org Melayu... jadi senang nak borak2... explaination diorg pon bagus... kasi nasihat pasal pembelian property... apa yg perlu buat... apa yg perlu di elak....

So.. kesimpulannya... kalo korang ada kenal lawyer yg mmg korang tahu mcm mana kerja diorg... lebih baik la.. korang serahkan kerja SnP agreement tu pada diorg.... pasal lawyer Loan agreement tu... slalunya... lawyer Snp akan kasi kawan2 diorg jugak mengikut bank mana korang buat loan... ye la kan.. loan agreement mesti la panel pada bank korang tu... jadi urusan lawyer akan jadi senang sbb antara lawyer tu diorg dah kenal... senang nak follow up....

kalo sesapa antara korang...atau ada sedara mara .. kawan2 korang yg nak membeli rumah dan perlukan lawyer yg bagus... bole hubungi aku... aku kasi contact lawyer tu... yg best nya... cara pembayaran lawyer fee... bole kaw tim....

Ok... itu saja utk kali ini....

wassalam...
READ MORE - Lawyer...

Mindset lagi.....

Monday, May 3, 2010






LANGKAH ( 1 ) :

Miliki Fikiran & Set Minda Jutawan.

¨ Belajar dan berfikir seperti Jutawan > Jutawan fikir tak sama orang biasa sebab itu mereka “bertindak” lain dan hasilkan “Result” yang lain.

¨ Jutawan mempunyai “Kepercayaan” berlainan dan mereka nampak peluang apabila orang lain nampak sebagai masalah

¨ Jutawan nampak belajar daripada pengalaman di setiap kegagalan sebaliknya orang biasa nampak hanya kegagalan

¨ Apabila Anda miliki minda Jutawan, anda akan sedar ada banyak PELUANG Buat DUIT$$ di mana-mana dan setiap hari keliling anda.

LANGKAH ( 2 )

TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN DENGAN JELAS

¨ Jutawan sentiasa buat keputusan untuk menjadi Kaya.

¨ Berapa banyak duit yang anda nak buat ??? Apa jawapan Anda ??

¨ Jika Gaji Anda RM2,000 sebulan, anda setkan untuk jadi RM20,000, bukan kena kerja 10X ganda tapi guna strategy yang berbeza.

LANGKAH ( 3 )

CIPTA PLAN KEWANGAN

¨ Matlamat sahaja tidak cukup dan perlu ada pelan. Kalau tidak ia ibarat mimpi. Dengan pelan, matlamat anda boleh jadi nyata.

¨ Contoh jika ingin dalam akaun Bank RM1juta untuk suatu jangka, anda perlu ada pelan berapa yang anda perlu simpan atau labur.

¨ Ramai orang tidak pernah capai matalamat mereka kerana tiada pelan kewangan dan tak tahu macamana nak buat.

¨ Ramai yang hanya kerja kuat dan harap satu hari nanti akan jadi ok.

KITA HARUS PEKA DENGAN PELUANG DI DEPAN KITA KERANA SETIAP PELUANG YANG DATANG TAK AKAN BERJAYA JIKA KITA TAK AMBIL DAN BUAT DENGAN SEPENUH HATI


Credit to hazrin blog...
READ MORE - Mindset lagi.....