Nak Jadi JUTAWAN ??

Monday, November 22, 2010

Assalamualaikum...

Hampir seminggu tak update blog... maklumla.. cuti panjang... balik kampung...
sakit badan gara2 nak tumbangkan lembu korban pon tak hilang lagi.... huhuhu....

Kali ni tade apa yang nak di ceritakan sangat.. maklum la... kepala otak dalam mood cuti lagi... nak kene tune balik.... haha...

Seperti tajuk entri kali ni.... mesti ada kalangan korang yang teruja... ( perkataan "teruja" ni rasanya mula digunapakai masa rancangan Fear factor tgh glamer dulu...)... bole ke jadi Jutawan Hartanah dalam masa kurang dari  5 tahun??... hmmm.... apa pendapat korang?? Agak2 boleh tak?...
                                           Sdr Ali.. Jutawan Muda..

Mula2 kita jelaskan dulu.. apa maksudnya Jutawan Hartanah....??
Mudah saja.. ianya bermaksud.. memiliki hartanah yang bernilai lebih dari RM1 Juta..

Tak kisah la..
Ada 1 unit hartanah yg bernilai RM1 Juta... atau
Ada 5 unit hartanah yg bernilai RM200K setiap satu... atau
Ada 10 unit hartanah yg bernilai RM100k setiap satu.....

Yang penting dapat ke kita mencapai angka tu?...
Rasanya ramai antara korang yg bergaji tinggi... ( yg pastinya tinggi dari aku yg keje sbg kuli ni)....

Agak2.. korang bole tak beli rumah yg bernilai RM200k.. 1 unit setiap tahun??.. 5 tahun dah 5 unit... dah jadi Jutawan Hartanah.... huhuhu....

Aku sendiri ada kawan2 yang dah berjaya mencapai tahap Jutawan Hartanah ni.... dan yang pasti diorang bukan buat dalam masa 5 tahun.... tapi HANYA DALAM MASA KURANG DARI 1 TAHUN.... wowowooow.... dasyat betul diorang ni.... keje apa la..... hahaha... kalo korang nak tau.. diorang ni bukan la kerja sebagai Doktor.. Majistret..  atau Lawyer... atau seangkatan dgnnya... Mereka adalah di kalangan pemegang Ijazah dan Diploma ... yang rata2 bekerja sbg Jurutera atau Juruteknik...


Hmm.. Kalo diorang bole buat dalam 1 tahun... kenapa korang tak bole buat??...

Yang penting kene ada ilmu dalam bidang ni ....  mesti ada ilmu dan baru la bole bertindak....
Masalahnya.. org kita ni agak susah nak melabur dalam ilmu.... kita lebih suka dpt keuntungan segera.... tu pasallah.. ramai yang terkena dgn skim2 cepat kaya..... huhuhu....

Ok la.. cukup untuk entri kali ni.... aku sambung lagi dalam entri berikutnya....

Kalo korang nak sama2 tahu mcm mana diorang ni bole buat dalam masa 1 tahun... korang bole datang ke minitalk Seminar Hartawan Hartanah... bole register kat link ni SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.. yuran RM10 je utk 3 jam talk...

Sekian

p/s: Korang jangan anggap seminar tu MLM atau seangkatan dgnnya.. sebab seminar ni lebih kepada perkongsian ILMU....
READ MORE - Nak Jadi JUTAWAN ??

Apa jenis hartanah yg sesuai? Part 2

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni kita sambung semula topik sebelum ni... yang belum habis dibincangkan...
Kita dah tahu ada 4 jenis hartanah..

HR - High rise Residential
HC - High rise Commercial
LR - Landed Residential
LC - Landed commercial

Kali ni kita tengok pula potensi setiap jenis dari sudut kadar sewa dan kenaikan nilai pasaran.

Rujuk gambarajah kat bawah ni..
Setiap jenis hartanah ni mempunyai kelebihan dan kekurangan masing.... Cuba kita ambil contoh HR.. iaitu high rise residential... walaupon kadar sewa dan kenaikan nilai pasaran nya tidak beberapa tinggi... tetapi hartanah jenis ni tidak lah mahal harganya berbanding dgn jenis2 yang lain... senang cerita.. mampu dimiliki oleh golongan2 pertengahan dan bawahan....

Kita lihat pula LC- landed commercial... mempunyai kadar sewa dan kenaikan nilai yang tinggi.... tetapi hartanah jenis ini... korang sendiri tahu.. harganya cukup meresahkan jiwa kita...

Kalo dari segi kemasukan penyewa pula... kita buat contoh.. HR - Ansuran bulanan rm500... berbanding LC - ansuran bulanan rm5000... cuba bayangkan kalau tiada penyewa selama 3 bulan... huhu...

Jadi... kita perlulah memahami tentang potensi2 jenis hartanah yang kita nak beli.... jangan main sebat je... tinggi pulangan.. tinggi la risikonya..... huhu..

Lain2 faktor.. korang bole kongsi kat sini....

Esok pagi aku nak balik kampung... dan di kesempatan ni aku nak ucapkan.. "Selamat Menyambut Hari Raya Korban"..

p/s : gambarajah kat atas tu adalah secara umum... bukan untuk semua kawasan mempunyai ciri2 mcm tu..
kalo korang nak ubah pon bole jugak...  huhu...
READ MORE - Apa jenis hartanah yg sesuai? Part 2

Strategi : Part 1

Friday, November 12, 2010

Assalamualaikum...

Sekarang ni blogger2 hartanah dok sibuk cari jalan cemana nak elak d/payment 30% untuk hartanah ke 3 dan seterusnya...

Antara nya :
Faridzaswadi
AbangEnsem
MatJoe
Syahman



Jadi kita kupas sikit isi2 yang terkandung dalam idea2 otai2 di atas....

Hari ni kita amibil satu contoh penyelesaian...
Harga Beli : RM100,000
Pinjaman Perumahan Bank 70% : RM70,000
Deposit dari poket kita 10% : RM10,000
Mana lagi 20% ??.. Kita ambil pembiayaan peribadi.. : RM20,000


ROI 8% dr harga beli : RM667 <-- Sewa yang sepatutnya korang dapat dr rumah.
Ansuran bulanan Pinjaman perumahan : RM364 ( 30thn ; BLR -1.6 )
Ansuran bulanan Pembiayaan peribadi : RM233 ( 20thn, Fixed 9% )
Jumlah ansuran bulanan : RM364 + RM233 = RM597


Cash Flow = RM667 - RM597 = RM 70 ( +ve cash flow )

Pengiraan di atas tidak termasuk kos maintenance dan kos2 sampingan lain..

Jadi.. dari kira2 di atas... dgn menggabungkan 2 jenis pinjaman... kita masih boleh membeli rumah dgn PERCUMA... dan mendapat +ve cashflow setiap bulan....

Sekarang terpulang pada kita untuk memilih cara ini atau pilih cara2 lain seperti yang dinyatakan dalam blog2 kat atas nun...

Setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya.

Sekian

p/s: Sila betulkan aku kalo kira2 di atas ada kesalahan...
READ MORE - Strategi : Part 1

Macam mana bole beli rumah banyak-banyak?

Thursday, November 11, 2010

Assalamualaikum...


Soalan yang selalu aku dengar dan dapat dari pembaca2 dan kawan2 aku....

" macam mana korang bole beli rumah banyak-banyak macam tu?.. loan bole dapat ke? "


Teringat aku masa sessi Seminar Hartanah yang baru berlalu.... soalan2 ni jugak diajukan oleh peserta pada speaker2 jemputan...

" Sdr Ali.. macam mana U beli rumah sampai lebih dari 100 bijik?"
" SdrAbangEnsem... macam mana U bole berjaya ada rumah yg banyak ?"

Soalan ni jugak la yang aku ajukan pada Otai2 yang terdahulu dari aku... masa aku mula2 nak ceburi bidang hartanah ni....

Apa jawapan yang aku dapat??... " Ko beli 1 bijik dulu... lepas tu baru tanya aku lagi..." jawab salah seorang Otai... Lepas aku dah berjaya beli... aku tanya lagi.... dan jawapan yang lebih kurang sama jugak aku dapat... " ko beli lagi sebijik... lepas tu jumpa aku..."... Dan... setelah berjaya beli lagi.... aku tanya sekali lagi... dan jawapan yg sama jugak aku dapat....

tetapi lepas tu.. aku dah tak tanya dah... sebab.. aku rasa aku dah bole teruskan membeli rumah.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi....

bila dikenang semula... kenapa jawapan2 Otai tu mcm tu... baru aku tahu... yang mana semua cara2 dan skil2 dlm pelaburan hartanah ni akan datang sendirinya dalam perjalanan kita.... pengalaman itu sendiri akan mengajar kita bagaimana nak teruskan pelaburan....

Kepada korang2 yg dah berjaya kt luar sana tu... cuba korang imbas semula apa yang korang buat.. dan dari mana korang belajar..... mungkin ada sedikit tip dari aku... tapi kebanyakannya dari pengalaman dan usaha korang sendiri.... skrg korang mesti dah rasa bahawa tak mustahil korang bole beli rumah banyak2 kan.... hahaha....

jadi lepas ni... kalo korang tanya aku soalan mcm kat atas tu.... jawapan aku adalah sama seperti kat atas tu jugak......

Sekian entri yg ntahapapantah ni....
READ MORE - Macam mana bole beli rumah banyak-banyak?

ROI 8% From What ? Part 2

Wednesday, November 10, 2010

Assalamualaikum..

Ketemu lagi pada entri kali ni....

Aku dapat pertanyaan dari pembaca... " Bro.. susah tu nak dapat 8% ROI dr market value.... kalo dr harga beli ada la jugak... tu pun susah nak dapat.."

Macam dalam entri aku sebelum ni la... kan aku dah nyatakan... untuk perkiraan ROi 8% dr nilai pasaran mmg jarang2 kita dapat...
jadi kali ni.. kita cerita sikit... cemana nak kasi pusing2 sikit perkiraan tu kalau kita amik ROI dr harga beli..


Kita guna perkiraan sebelum ni..

Kondo Harta.
Harga pasaran : RM120k
Harga beli : RM90k
Jumlah Pinjaman : RM108k ( 90% from Harga pasaran )
Bayaran bulanan : rm560 ( berdasarkan pinjaman rm108k ; 30thn ; BLR-1.6 )
Maintenance: rm60
Jadi bulanan : rm560 + rm60 = rm620.

Harga beli : 8% rental = rm600 - rm620 = -rm20 ( - cash ) 

Kalo ikut kan kiraan di atas... kita akan menghadapi -ve cash flow sebanyak rm20 sebulan...


Kalo korang perasan... pinjaman kita bernilai rm108k.. dan harga belian kita adalah rm90k.. yang memberi lebihan rm18k... betul tak?...

Dgn rm18k ni.. apa yang korang bole buat?.. beli Plasma 42 inci baru?... Tukar injin kereta anda kepada Tebo atau Bitek...?.. Pergi bercuti?...  Beli Iphone 4 atau blackberry ?..
Masa ni la.. korang kene jaga emosi korang... jgn gelap mata hilang arah tujuan bila dapat duit tu...

Memandangkan korang menghadapi -ve cashflow skrg ni... apa kata korang simpan duit rm18k tu dalam akaun...

Kita kira pulangan dari simpanan korang tu sbyk 7% setahun...
rm18k x 7% = rm1260 setahun...
dan bahagi kepada 12 bulan = rm1260 / 12 bulan = rm105...

Ok.. sekarang korang ada rm105 sebulan hasil dr pulangan simpanan rm18k tu...
Jadi perkiraan bayaran bulanan kat atas tadi dah jadi macam ni :

rm600 ( sewa ) - rm620 ( instalment + maint )+ rm105 ( pulangan simpanan )= rm85 ( +ve cash )

Haaa.. skrg dah bertukar menjadi +ve cashflow....

Jadi.. moralnya kat sini... korang kenelah berdisiplin dan jangan emosi bila dapat duit macam tu... elakkan -ve cashflow bila membeli rumah...


jadi.. skrg ni korang dah bole buat kira2 sendiri.. dan buat pilihan ROI 8% tu dari apa... pastikan buat kiraan dgn betul..

sekian..
READ MORE - ROI 8% From What ? Part 2