Nak buat apa dengan duit ??

Wednesday, November 24, 2010

Assalamualaikum...

Ni antara soalan yang masuk ke petisurat emel kuasahartanah@gmail.com
" Jika saya ada rm20000.. adakah perlu saya melabur dalam bank saja atau membuat pelaburan hartanah?"..

Sapa nak jawab soalan ni...??? huhu...
Kalo nak jawab soalan ni... kita kene tanya dulu beberapa soalan pada si tukang tanya ni....
kene tgk dr banyak aspek...
Apa matlamat ?
Keadaan kewangan si tukang tanya?
dan beberapa aspek lain...



Ok la.. senang cerita .. kita tgk ilmu hisab kat bawah ni..

Simpanan dalam institusi kewangan.
Kadar keuntungan : 7% setahun..
RM20000 x 7% = RM1400 setahun.

Jadi.. kita masukkan je ke dalam akaun... dapat RM1400 setahun... yum yum yum...

Buat Pelaburan Hartanah
Dengan RM20000 kita bole jadikan deposit untuk rumah yang berharga RM200000
Kita anggap kadar kenaikan nilai rumah tu adalah 3% setahun.
RM200000 x 3% = RM6000 setahun.

Untuk pengiraan ni.. tidak termasuk kos2 lain.. spt.. guaman.. maintenance.. cukai2... penalty...  dll...


Walaupun kiraan ni menunjukkan bahawa keuntungan pelaburan hartanah adalah tinggi.. kita kene ambil kira aspek2 lain... seperti.. kecairannya...  kos2 yg berkaitan.... dan lain-lain..


contohnya .. dari segi kecairan.. kalo simpan dalam akaun... bila2 masa kita bole pegi keluarkan duit tu... berbanding dengan hartanah... perlukan proses penjualan yang memakan masa yang lama... sama juga bila nak amik keuntungan...


Tetapi kalau hartanah kita tu mempunyai ciri2 pelaburan yg bagus... semestinya kita akan dapat hasil yang bagus... seperti lebihan duit dari sewaan setiap bulan....

jadi kalau nak jawab soalan yang kat atas sekali tu... kita kene lah jelaskan dulu matlamat dan tujuan kita dulu...

sebab adalah tidak sesuai membandingkan keduanya... sama juga seperti pelaburan emas... forex... bisnes... masing2 ada kelebihan dan kekurangan....

Dan untuk korang nak dapat penjelasan tentang matlamat pelaburan.... sila la pegi ke SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.

Kat seminar ni akan dijelaskan bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan anda....

Sekian..
READ MORE - Nak buat apa dengan duit ??

CashFlow bakal tergugat?? OPR oh OPR...

Tuesday, November 23, 2010

Assalamualaikum....

Bonus hari ni... aku baru jumpa keratan akhbar yg aku simpan masa kt kampung minggu lepas...
hanya sekadar info...

Kosmo bertarikh 16 november 2010.


sekian..
READ MORE - CashFlow bakal tergugat?? OPR oh OPR...

Nak Jadi JUTAWAN ?? Part 2

Assalamualaikum....

Nampaknya ada perbezaan pendapat tentang status Jutawan Hartanah dalam entri sebelum ni... terima kasih pada komen2 korang.... kita sambung lagi pasal nak jadi jutawan... hahaha... kalo baca entri sebelum ni... macam senang je nak jadi Jutawan Hartanah...( dalam konsep pelaburan hartanah )

Berbalik kita kepada nilai hartanah ( kita anggap sbg rumah ) yang mencecah nilai jutaan ringgit... kita amek contoh WanEJ6 ( bukan WanEJ8 )... yang mempunyai 5 buah rumah yang bernilai rm1 juta semuanya...
Dan pada sesetengah kita.. WanEJ6 ni telah pon menjadi Jutawan Hartanah... dan pandangan lain... WanEJ6 ni masih blom layak digelar Jutawan Hartanah..kerana masih ada hutang dengan pihak Bank... tak kisah la apa2 pon... setiap orang ada pemahamannya sendiri...

Yang perlu dijelaskan di sini... jika korang mempunyai nilai hartanah jutaan ringgit... harus diingat... korang juga mempunyai hutang bernilai jutaan ringgit... dan dengan ini pengurusan kewangan dan hartanah korang mesti lah dipantau dengan rapi...kesilapan dan kelalaian bole menyebabkan apa yang korang ada.. lenyap begitu sahaja......



Dari sudut pelaburan hartanah pula.... jika kita mengambilkira hutang yang bernilai jutaan ringgit tu... kita lihat semula... adakah kita yang membayar semua hutang itu?? ini seperti komen WanEJ8 dalam entri sebelum ni... yang mana dia menyatakan bahawa.. penyewa hartanah/rumah kita yang membayarnya.... itu pon kalau hartanah itu memenuhi syarat2 untuk pelaburan...

Kita lihat logik kat bawah ni:
WanEJ6 mempunyai hartanah bernilai RM1Juta yang DIBELI menggunakan duit BANK dan DIBAYAR oleh PENYEWA.

Jadi.. apa pendapat korang??.. adakah layak WanEJ6 bergelar Jutawan Hartanah?? hahaha...

Tak penting pon status tu.... yang lebih penting apa yang kita dapat dari hartanah yg bernilai jutaan ringgit tu... sebab kita tak dapat apa pon dari status Jutawan Hartanah tu... itu pon kalo layak la... cuma mungkin ia boleh dijadikan pembakar semangat kita....

ok la... cukup kali ini... sambung part 3 pulak nanti.... huhu...

p/s 1. WanEJ6 adalah watak rekaan semata2.. tade kene mengena dgn WanEJ8... huhu
     2. Sebarang komen amatlah dialu2kan... 
READ MORE - Nak Jadi JUTAWAN ?? Part 2

Nak Jadi JUTAWAN ??

Monday, November 22, 2010

Assalamualaikum...

Hampir seminggu tak update blog... maklumla.. cuti panjang... balik kampung...
sakit badan gara2 nak tumbangkan lembu korban pon tak hilang lagi.... huhuhu....

Kali ni tade apa yang nak di ceritakan sangat.. maklum la... kepala otak dalam mood cuti lagi... nak kene tune balik.... haha...

Seperti tajuk entri kali ni.... mesti ada kalangan korang yang teruja... ( perkataan "teruja" ni rasanya mula digunapakai masa rancangan Fear factor tgh glamer dulu...)... bole ke jadi Jutawan Hartanah dalam masa kurang dari  5 tahun??... hmmm.... apa pendapat korang?? Agak2 boleh tak?...
                                           Sdr Ali.. Jutawan Muda..

Mula2 kita jelaskan dulu.. apa maksudnya Jutawan Hartanah....??
Mudah saja.. ianya bermaksud.. memiliki hartanah yang bernilai lebih dari RM1 Juta..

Tak kisah la..
Ada 1 unit hartanah yg bernilai RM1 Juta... atau
Ada 5 unit hartanah yg bernilai RM200K setiap satu... atau
Ada 10 unit hartanah yg bernilai RM100k setiap satu.....

Yang penting dapat ke kita mencapai angka tu?...
Rasanya ramai antara korang yg bergaji tinggi... ( yg pastinya tinggi dari aku yg keje sbg kuli ni)....

Agak2.. korang bole tak beli rumah yg bernilai RM200k.. 1 unit setiap tahun??.. 5 tahun dah 5 unit... dah jadi Jutawan Hartanah.... huhuhu....

Aku sendiri ada kawan2 yang dah berjaya mencapai tahap Jutawan Hartanah ni.... dan yang pasti diorang bukan buat dalam masa 5 tahun.... tapi HANYA DALAM MASA KURANG DARI 1 TAHUN.... wowowooow.... dasyat betul diorang ni.... keje apa la..... hahaha... kalo korang nak tau.. diorang ni bukan la kerja sebagai Doktor.. Majistret..  atau Lawyer... atau seangkatan dgnnya... Mereka adalah di kalangan pemegang Ijazah dan Diploma ... yang rata2 bekerja sbg Jurutera atau Juruteknik...


Hmm.. Kalo diorang bole buat dalam 1 tahun... kenapa korang tak bole buat??...

Yang penting kene ada ilmu dalam bidang ni ....  mesti ada ilmu dan baru la bole bertindak....
Masalahnya.. org kita ni agak susah nak melabur dalam ilmu.... kita lebih suka dpt keuntungan segera.... tu pasallah.. ramai yang terkena dgn skim2 cepat kaya..... huhuhu....

Ok la.. cukup untuk entri kali ni.... aku sambung lagi dalam entri berikutnya....

Kalo korang nak sama2 tahu mcm mana diorang ni bole buat dalam masa 1 tahun... korang bole datang ke minitalk Seminar Hartawan Hartanah... bole register kat link ni SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.. yuran RM10 je utk 3 jam talk...

Sekian

p/s: Korang jangan anggap seminar tu MLM atau seangkatan dgnnya.. sebab seminar ni lebih kepada perkongsian ILMU....
READ MORE - Nak Jadi JUTAWAN ??

Apa jenis hartanah yg sesuai? Part 2

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni kita sambung semula topik sebelum ni... yang belum habis dibincangkan...
Kita dah tahu ada 4 jenis hartanah..

HR - High rise Residential
HC - High rise Commercial
LR - Landed Residential
LC - Landed commercial

Kali ni kita tengok pula potensi setiap jenis dari sudut kadar sewa dan kenaikan nilai pasaran.

Rujuk gambarajah kat bawah ni..
Setiap jenis hartanah ni mempunyai kelebihan dan kekurangan masing.... Cuba kita ambil contoh HR.. iaitu high rise residential... walaupon kadar sewa dan kenaikan nilai pasaran nya tidak beberapa tinggi... tetapi hartanah jenis ni tidak lah mahal harganya berbanding dgn jenis2 yang lain... senang cerita.. mampu dimiliki oleh golongan2 pertengahan dan bawahan....

Kita lihat pula LC- landed commercial... mempunyai kadar sewa dan kenaikan nilai yang tinggi.... tetapi hartanah jenis ini... korang sendiri tahu.. harganya cukup meresahkan jiwa kita...

Kalo dari segi kemasukan penyewa pula... kita buat contoh.. HR - Ansuran bulanan rm500... berbanding LC - ansuran bulanan rm5000... cuba bayangkan kalau tiada penyewa selama 3 bulan... huhu...

Jadi... kita perlulah memahami tentang potensi2 jenis hartanah yang kita nak beli.... jangan main sebat je... tinggi pulangan.. tinggi la risikonya..... huhu..

Lain2 faktor.. korang bole kongsi kat sini....

Esok pagi aku nak balik kampung... dan di kesempatan ni aku nak ucapkan.. "Selamat Menyambut Hari Raya Korban"..

p/s : gambarajah kat atas tu adalah secara umum... bukan untuk semua kawasan mempunyai ciri2 mcm tu..
kalo korang nak ubah pon bole jugak...  huhu...
READ MORE - Apa jenis hartanah yg sesuai? Part 2