Bumi Lot...

Wednesday, November 7, 2012

Assalamualaikum...

Ada pertanyaan dari seorang hamba Allah....

Seorang Mualaf yang beristerikan Melayu.... Isterinya tidak bekerja....
Mualaf ini ingin membeli rumah yang dia sewa sekarang....
Rumah itu berstatus Bumi Lot yang masih dalam master title dan juga hakmilik sementara...

Soalan mudahnya...
Bolehkan dia membeli rumah itu... Ya/Tidak
Jika Ya... bagaimana caranya....

Harap korang dapat memberi pendapat korang...
Jangan segan nak kasi pendapat... tak perlu tunggu jd otai.. then baru nak kongsi info...

Wassalam..

Mesti ramai antara korang yg layan citer ni kan... 


p/s: Kalo korang malas nak beri pandangan.. aku lagi malas nak menaip entri... hehehe...

Gambar tidak kene mengena dengan entri... saja tepek... aku pon tk pernah tengok ... huhu...
READ MORE - Bumi Lot...

Cukup ke duit korang nak kawin???

Monday, November 5, 2012

Cerita kopipes...

Kali ni cerita pasal cara menguruskan wang dan risiko dengan Plan PrudentialBSN takaful..
Korang mungkin salah seorang darinya...

Kenapa perlu medical card?

Bermula dengan cerita Ahmad. Ahmad berumur 25 tahun dan seorang engineer di PJ. Gaji RM2500 sebulan. Cukup makan cukup pakai. Ahmad menyimpan RM500 sebulan untuk target kahwin
5 tahun lagi. So akan ada RM30K 5 tahun kemudian.

Cukup 5 tahun, Ahmad sudah ada RM30K. Tetiba hidup tidak seindah diduga. Ahmad mengalami tekanan darah tinggi. Berjumpa dengan doktor pakar, Ahmad memerlukan
pembedahan untuk arteri. Arteri Ahmad tersumbat kerana kolestorol. Biasala orang bujang, asyik makan di mamak sahaja dan sibuk berkerja exercise pun kurang.

Pembedahan memerlukan RM50K. Mana nak cari ya? Ahmad pun terpaksa keluarkan savings perkahwinannya RM30K. Dan berhutang dengan kawan kawan dan saudara mara RM20K.
Alhamdullilah, semuanya ok. Tetapi kahwin tak dapat. Hidup sekarang berhutang. Ini yang anda mahu?



Bagaimana jika ada medical card?

Ahmad menyimpan RM300 untuk perkahwinan dan RM200 untuk insurance medical card. Cukup 5 tahun Ahmad ada RM18,000. Masalah pembedahan RM50K selesai dengan medical
card. Medical card Ahmad mempunyai limit sebanyak RM750,000. Ahmad mendapat perubatan terbaik tanpa perlu risau berapa kos nya.

Selesai pembedahan, Ahmad mampu melangsungkan perkahwinannya dengan RM18K. Cukup ke RM18K.
RM200 sebulan yang Ahmad gunakan untuk medical card bukan sekadar bayaran. RM200 sebulan adalah sekali bersama simpanan dan pelaburan. 5 tahun bersama Prudential
Ahmad mempunyai RM10K savings di dalam plan medical cardnya. Ahmad boleh mengeluarkan wang ini. RM18K + RM10K = RM28K :)
Kahwin dapat. Sekarang dah sihat. Hutang pun takde :)

Apa yang Ahmad dapat dengan RM200 sebulan bersama Prudential Medical Card plan?
Pampasan RM100K jika berlaku kematian
Pampasan RM100K jika mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal * sila msg saya jika ingin tahu apa 36 penyakit kritikal
Pampasan RM100K jika kematian disebabkan kemalangan atau cacat.
Medical Card.
Perlindungan sebanyak RM750,000 untuk bayaran perubatan.
penyakit biasa seperti demam panas, h1n1, dengue, sakit mata, jatuh tangga, yang menyebabkan di hospitalkan. semua akan dicover bukan sekadar penyakit kronik.

Ahmad juga akan mendapat RM300 sehari jika diwadkan kedalam hospital sebagai allowance. Contoh 7 hari = 7 x 300 = RM2100
Allowance bukan untuk membayar bil. Ini adalah wang anda. Gunakan untuk doa selamat atau sebagainya.
Jika mendapat Ahmad mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal, Ahmad tidak perlu lagi membayar RM200 sebulan.
Prudential akan bayarkan dan perlindungan Ahmad akan masih berterusan sehingga umur 80tahun.

Prudential Medical Card plan adalah bersama savings dan pelaburan. Ahmad akan mempunyai RM150K apabila umur 55 tahun.
simpanan ini flexible dan boleh dikeluarkan pada bila bila. Seperti Ahmad mengeluarkan RM12K pada umur 30tahun untuk perkahwinannya.

Semua di atas ditulis di dalam policy document dan properly contracted as black and white. Ini adalah pelaburan terbaik dan selamat untuk anda semua.

Moral :.. kalo korang bijak.. korang akan segera hubungi aku untuk dapatkan plan takaful... hahahaha..
READ MORE - Cukup ke duit korang nak kawin???

Sharing dan terus sharing...

Assalamualaikum....

Pagi Isnin yang agak cerah kan....  sesuai untuk memulakan tugas dengan hati yang penuh semangat...
Tapi kenapa kebanyakan orang cakap... 'monday blues'... kenapa??.. Sepatutnya hari Isnin la yang best.. sebab baru llepas cuti 2 hari... kepada yang bekerja la...

Kepada yang berniaga atau kerja tidak ikut masa.... rasanya.. sama je je kan hari apa pon... dan selalunya akan sibuk di hujung minggu....

Macam aku sendiri... Jumaat malam lepas jumpa client untuk serahkan polisi serta kad medikal PrudentialBSN... sambil2 sharing2 pasal hartanah bersama 6 orang rakan... ada beberapanya yang baru je berjinak2 dengan hartanah... dan sanggup datang dari jauh untuk sharing ilmu... ada yg matanya merah menyala.. mungkin letih kerja... dan pulak.. lepak malam tu hampir pukul 12...

Tapi aku percaya sekurang2nya ada perkara yang mereka belajar.... Amar dan Shahrul pon sempat jugak kongsi pengalaman dia... terima kasih banyak2...

Sabtu pagi pulak.. sempat bersarapan dengan kawan sekerja lama... Dah berstatus kontraktor sekarang... cerita main ratus2 ribu dah sekarang... syok betul aku dengar... dan dia sharingkan peluang dalam bidang tu kepada aku... memang sangat menarik...
Sambil tu.. dia minta tolong buatkan plan PrudentialBSn untuk wife dia...

Hampir tengah hari pulak.. aku ke Jalan Ampang.. untuk mengintai Seminar Pemantapan Dealer GSR.. iaitu Syarikat menjual Emas dan Perak... huhuhu... banyak jugak yang bertanya kt FB pasal GSR ni... antara soklan yang glamer " Ni sykt emas macam yang kene serbu tu ke?"...
Jawapannya.. tidak sama sekali... GSR ni Syarikat yang menjual emas... tiada keuntungan.. tiada dividen.. tiada hibah atau seangkatan dengannya.... Sama je seperti kedai2 emas kat luar nun... cuma GSR menawarkan harga emas yang rendah tanpa kos upah.... Menarik kan..
Aku bukanlah peserta Seminar tu.. sebab dah pegi dulu... cuma aku pergi untuk jumpa rakan2 yang lain dalam GSR...



Yang bestnya.. aku sempat berbual2 dengan CEO aka bigboss GSR.... dan dia banyak kongsikan strategi2 dan plan pemasaran dia masa hadapan... memang teruja aku mendengarnya... patut la dia dah berjaya di usia yang muda...

Bigboss pon sempat tunjukkan prebiu website baru GSR yang akan beroperasi dalam masa terdekat... memang terbaek la... Memang seperti yg aku harapkan.....

Ok la.. dah panjang ni... boring baca... kita sambung next entri pulak...

Wassalam...
READ MORE - Sharing dan terus sharing...