Cerita Margin Of Financing ( MOF ) datang lagi...

Friday, October 29, 2010

 Nampaknya sekali lagi cerita pasal MOF % akan jadi bualan para pelabur hartanah...

 
Business Times, 29 October, 2010

Bank Negara Malaysia may make it harder for Malaysians to buy more than two houses as it seeks to stem speculative buying that is pushing up property prices.

Sources said the central bank would be meeting with banks next week to discuss plans for a mortgage cap whereby loans would be limited to a portion of the property value.

"The expectation is a cap of about 70-80 per cent. We think a directive will be issued to cap,” said two sources with knowledge of the meeting."

Earlier, Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz said it was prepared to take pre-emptive action and that it has wide-ranging instruments to prevent a property bubble.
“We want to promote house ownership, but we want it to be done in an orderly manner and we don’t want speculative activities,” she told reporters on the sidelines of the Global Islamic Finance Forum in Kuala Lumpur yesterday.



She acknowledged that there may be pockets of bubbles forming in parts of Malaysia, but believes Malaysian banks are dealing with this through their own risk management process.

Areas like the Klang Valley and Penang have reported strong property demand.
In June this year, some 147 double-storey terrace houses just outside of Kuala Lumpur priced from RM1.75 million each were sold out in just five hours.

Rising property prices have been fuelled by low borrowing costs, the continuing promotions by developers and expectations of a recovering economy.
More money is also flowing into Asia from developed economies where interest rates are low as investors seek higher returns elsewhere.

But this is not unique to Malaysia. Regulators in China, Hong Kong and Singapore have imposed measures to cool their property markets.

Zeti also said that “massive” financial literacy programmes would be rolled out as a pre-emptive measure.
These would be aimed at those aged below 30 to help them better manage their finances at the start of their careers.
READ MORE - Cerita Margin Of Financing ( MOF ) datang lagi...

Bersantai Bersama Otai-Otai

Assalamualaikum...

Entri khas dibuat untuk mengumumkan perjumpaan...


Aku dapat panggilan dr member satu batch dalam property investment... yang merupakan org penting Real Estate Tycoon Club dr Freemen...

Dia ajak kumpul2 bersama2 4 org Otai yang lain pada hujung minggu ni...

Aku pon dah lama tak jumpa dgn diorang ni... rasa teruja nak jumpa pon ada.. bole le belajar dari diorang ni...
Kalo ikutkan.. dah ada 6 org termasuk aku yg sahkan kehadiran...

Jadi.. kalo korang ada masa terluang dan berminat nak dengar cerita2 atau tips2 dr diorang ni.. bole la turun sekali....

Lokasi : Keramat AU1 / Setiawangsa ( kaw2 sekitar )
Masa : 12:30pm..
Tarikh:  31 Oktober 2010 ( Ahad )

Sesapa yg free dah nak join... bole calling2 aku nanti...

Sekian...
READ MORE - Bersantai Bersama Otai-Otai

Progres.. Okt 2010

Assalamualaikum...

Cukup 1 minggu aku tak buat entri... huhu... bukan tade idea.... atau sibuk kerja... cuma aku nak tgk komen utk entri sebelum ni cecah 5 komen... hahha... akhirnya Am telah mencukupkannya....


Kali ni cerita progres member2 yg layan hartanah...

Mula2 kita cerita pasal Anuar... proses pembelian rumah pertama dia kat Sunway tu dah pon selesai... bank dah kluarkan duit... hohoho... masyuk le tu... Alhamdulillah... dan terima kasih sebab belanja satay malam tu... walaupon aku harapkan pizza... hahaha... gurau2 je....
Rumah ke 2 dia kat sunway jugak.. gagal.. owner tak jadi jual pulak... isk2... 

Cerita pulak pasal Da'a dan Mim yg dapat unit kt Shah Alam... harga jauh lebih murah dr aku dapat.... tapi malangnya... ada syarat2 yg membuatkan diorg tak beli unit2 tu... huhu... tapi diorg usaha jugak dan dapat unit yang lain.... di tempat yang sama....
Untuk Da'a... rumah pertama dia kat Bdr mahkota cheras tu .. loan dah lulus... dan rumah kedua kt Shah Alam pon .. baru semalam banker call... dah lulus jugak.... Alhamdulillah.. Tahniah...
Ikutkan Da'a ni dah ada rumah sebelum ni.... so.. dah kira bole masuk kategori Tuan Rumah Kedaung la ni...
skrg tgh carik yg seterusnya... lawan tokey ni...
Kes Mim pulak leceh sikit... setelah gagal utk rumah yg aku cerita td... Dia dapat jugak cari unit di tempat yg sama... cuma owner nya bersyarat2 pulak... aku pon tak pasti apa status sekarang... dan rumah satu lagi pon masih tunggu dokumen2 dari ejen.... takpe Mim.. byk bersabar... hasilnya lumayan... huhu..

Untuk kawan sekampung aku.. Zainudin... rumah keduanya .. loan dah lulus... dan unit ni dah pecah rekod aku... dapat cash yg tinggi  dr rekod tertinggi aku.... syabas.... kalo korang kenal Zainudin ni... korang pon tak sangka dia bole buat.... tak perlu aku ceritakan kat sini... nnti ada masa.. kita kumpul2... bole borak2 dgn member aku dari kecik ni...

Fauzi pulak ..  ikutkan info yg aku terima dr dia... dia dah dapat 1 unit kt Bangi... syarat2 pon cukup... rasanya tgh kumpul dokumen untuk apply loan.... semoga berjaya.... Ini bukan rumah pertama dia... pon akan mendapat title Tuan Rumah Kedaung jugak nanti...

Untuk Wan pulak.. setelah aku ceritakan progres kawan2 yg lain... dia dah tak bole duduk senyap... hahaha... cuma ada masalah sikit pada komitmen dia... takpe.. nanti kita cari jalan cemana nak settlekan problem tu...

Anas pulak dah jadi ketagih beli rumah.... huhuhu... skrg tgh target yang no.3... bole tahan laju jugak mamat ni... cuma nasihat aku... try dapatkan ilmu lagi... untuk melancarkan perjalanan....

Nizam nampaknya masih mencari2 rumah seterusnya.... semoga berjaya.....

Aku?... Loan rumah aku yg terkini pon dah lulus... Alhamdulillah.... dah target aku untuk tahun 2010 dah pon tercapai... tu pasal korang kene set kan target korang.... target jangkamasa pendek dan panjang.... baru la ada usaha....

Ok la... tetiba mood aku tade nak teruskan menaip....

Jumpa lagi dalam entri akan datang....
READ MORE - Progres.. Okt 2010

Kenapa Hartanah??

Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum...

Memandangkan minggu ni aku kurang sihat... so.. tade la byk sangat aku buat entri minggu ni....

Tapi mengenangkan nnti korang dah tak jenguk sini.... jadi.. aku rajinkan diri aku menaip pagi2 ni....



Macam tajuk entri kali ni...  " Kenapa Hartanah?"

Mesti ada diantara korang atau kawan2 kita bertanyakan soalan ni....
" Kenapa ko beli rumah banyak2?... kenapa tak invest dalam emas?"
" bro.. dari ko beli rumah... baik ko invest dlm unit trust.."
" Kenapa ko tak buat bisnes? Kan lagi best jadi boss.."

Dan macam2 soalan lagi.... betul tak?....

Jadi.. untuk membuatkan entri kali ni pendek... dipersilakan korang memberi alasan2 korang sendiri...
setiap orang mungkin berbeza alasannya kan...

Alasan aku??... tunggu entri berikutnya... tu pon kalo ada antara korang yg kongsi alasan korang kat entri ni....huhuhu

wassalam...
READ MORE - Kenapa Hartanah??

Pengurusan Kewangan

Tuesday, October 19, 2010

Petikan ni aku amik dari Blog AE... sebab aku bersetuju dengan apa yg ditulis... dan AE telah kasi lampu hijau untuk copy n paste kat blog sesapa...



" P/S : Buat korang yang ada blog, mungkin korang boleh copy paste entri aku ni supaya lebih ramai yang akan dapat menilai peri pentingnya perkara ini kepada generasi akan datang, insyaallah"


Apa yang aku nak ?
Aku nak ‘satu peruntukan dana untuk memasukkan subjek pengurusan kewangan dalam syllabus pendidikan negara kita’.

Kenapa aku nak?
Sebab aku tengok banyak masalah yang wujud kat negara ni kebanyakannya disebabkan oleh satu benda yang kita panggil ‘duit’. Family berpecah belah sebab tamakkan duit, ibu bapa bercerai-berai sebab tak cukup duit, penjenayah melakukan jenayah sebab takde duit sedangkan bagi aku kalau diberi pendidikan dari awal tentang cara menguruskan duit, dah tentu semua ini dapat dikurangkan.

Banyak mana dana yang diperlukan?
Terlalu banyak dana yang diperlukan kerana satu syllabus tambahan perlu digubal bagi peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Semua ini memerlukan peruntukan yang besar terutamanya bagi penghasilan buku teks yang baru, kursus untuk guru-guru yang terpilih dan 1001 macam keperluan lagi.

Kenapa ianya penting?
Peringkat Rendah :
Anak-anak kecil perlu diperkenalkan tentang pengertian ‘wang’ supaya putera-puteri kecil kita ini tahu betapa bernilainya setiap ringgit dan sen yang mereka perolehi. Secara tidak langsung, sifat menabung dapat dipupuk dari usia seawal 7 tahun lagi.

Peringkat Menengah :
Golongan remaja perlu difahamkan tentang konsep pelaburan supaya mereka dapat memaksimumkan wang tabungan mereka yang telah mereka kumpul semenjak peringkat sekolah rendah lagi. Untuk itu, status jutawan amat mudah untuk mereka kecapi kerana mereka telah terdedah dengan konsep pelaburan dan ‘compounded interest’ seawal usia ini. Bukankah lagi awal mereka menabung, lagi sedikit jumlah yang perlu disimpan untuk mengecapi angka 1 juta di dalam akaun mereka?

Peringkat Pengajian Tinggi :
Di peringkat ini, barulah barisan cerdik pandai kita ini diperkenalkan dengan advance module tentang konsep pelaburan di samping pemahaman tentang peri pentingnya mereka menjauhi skim cepat kaya dan bahayanya ‘money laundering‘ terhadap masyarakat. Selain daripada itu, di peringkat ini juga perlulah diterapkan konsep keusahawanan dalam diri mereka supaya mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji sebagaimana yang dialami oleh generasi kita sekarang.

Kesan terhadap kerajaan :
Memang ianya tidak akan menguntungkan parti politik pemerintah meraih lebih banyak sokongan kerana impaknya tidak akan diperolehi immediately tetapi sekurang-kurangnya generasi akan datang pasti akan merasai kesannya dan bersyukur terhadap apa yang kerajaan sebelumnya telah lakukan.

Apa pun, ini cuma impian aku terhadap bajet tahun depan dan harap-harap ianya akan menjadi kenyataan demi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih maju.
READ MORE - Pengurusan Kewangan

MRT - Mass Rapid Transit

Thursday, October 14, 2010

Assalamualaikum...


Dengan terbinanya... MRT ni nanti... dijangkakan nilai hartanah di kawasan persekitarannya akan meningkat 10% hingga 15%....

Tapi laluannya masih dalam perbincangan.... berikut adalah laluan2 yang telah dicadangkan...
So.. sekarang dah bole intai2 rumah di lokasi2 yg berkaitan....

READ MORE - MRT - Mass Rapid Transit

Apakah Ejen Hartanah??

Wednesday, October 13, 2010

Assalamualaikum....

Hari ni kita bincang sikit pasal ejen hartanah.... Siapa ejen hartanah???.. Ala.. orang2 yang menjadi orang tengah di antara pemilik hartanah dan pembeli... kalo korang tengok iklan2 jual rumah tu.. korang akan perasan... property negotiator la.. property agent la... dan ada jugak yang letak no ejen... yg menunjukkan diorang berdaftar dgn mana2 syarikat ejen hartanah.... yg tak berdaftar pon ada... huhu...


Apa yang aku nak cerita kat sini ialah... apa peranan ejen2 ni... sudah tentulah... mencari rumah2 yg hendak dijual.. dan pastinya mencari pembeli2 yang berpotensi....

Dari mana income ejen2 ni??.. Yaa... pastinya dari hasil penjualan hartanah yang berjaya..... dan semestinya tiada income jika tiada jualan dibuat....

Yg nak aku tekankan ialah... sudah pastinya ejen2 ni akan berusaha membuat satu urusniaga atau penjualan tak kisah la pada harga berapa pon selagi penjual dan pembeli besetuju.... betul tak???  ye la.. jika urusniaga berjaya... bermakna ada la komisyen untuk ejen ni... kalau tak berjaya... tiada la komisyen yang dapat melainkan kerugian masa dan petrol... dan mungkin duit tol... kalo 10 kali bawak buyer.. sume tak jadi disebabkan harga... dah berapa bayak ejen tu buang masa dan semua tu... walaupon hanya sebab buyer mintak kurang rm1000 dan ejen tak mo kasi ....huhuhu

bagi aku... sebagai pembeli.... aku ada kuasa tentukan harga yang aku nak... tapi mengikut perkiraan la jugak... bukan main mintak je... at least below 20% harga pasaran.... huhu.. bukan senang nak dapatkan harga ni sebab rata2 skrg ni rumah2 yg nak dijual sekitar harga pasaran...

Dan ini lah peranan ejen2 hartanah ni.... untuk dapatkan harga yg kita mahukan.... sebab ini lah mata pencarian diorg... diorg akan sedaya upaya akan dapatkan persetujuan dari penjual untuk harga yang kita mintak... sebab kalo perbezaan harga rm2~3 ribu tu... tak byk perbezaan komisyen yg ejen dapat... so.. dari tak dapat langsung.... lebih baik dapat walaupon kurang sedikit... betul tak....???

Jadi... sebagai seorang pembeli... jangan lah korang risau atau segan nak berurusniaga dgn ejen2 hartanah... yang penting.. korang tahu apa hak korang.... apa yang perlu korang tanya... dan tak semestinya korang pegi view rumah dgn ejen... korang mesti kene beli rumah tu.... ingat.. duit korang.. ikut suka hati korang la nak beli ke idak...

Untuk skill2 negotiation tu... kenalah rajin membaca blog2... ebook2.. atau hadiri kelas2 berkaitan hartanah... sebab tak semua kita bole dapat dgn percuma...

Ok la... aku pon tak pasti korang faham ke idak apa yang aku tulis hari ni... sebab topik ni aku sambung2 taip dlm masa 3 hari ni... mgkn pening skit....

Sekian... wassalam..
READ MORE - Apakah Ejen Hartanah??

Jalan - Jalan beli rumah...

Monday, October 11, 2010

Assalamualaikum....

Minggu lepas merupakan minggu yg agak sibuk bagi aku.... dan aku amik kesempatan hujung minggu untuk berehat.... qila pulak kene kerja pada hari ahad.... emm... so aku amik kesempatan tu untuk pegi ronda2 shopping rumah... lebih kurang window shopping le... tengok2 rumah je...


Berbekalkan buku cek dan gaya yg agak kemas la ( bagi aku)... heheh... ye la.. nak pegi jumpa seller2 ni.. mesti kene kemas2 skit... baru nampak berduit sket walaupon tidak... kene kasi diorg yakin yg kita datang tgk rumah bukan main2...

Memandangkan target area aku skrg ialah Shah Alam... so... aku ronda2 Shah Alam... emm..
Sapai sana dalam pukul 11 pagi.. tapi sebab aku tak jumpa jalan masuk ke rumah tu... membuatkan owner tunggu 30minit.. huhu.. takpe la... kene la diorg berkorban skit... nak jual rumah katakan...

Sampai je.. aku terus naik ke tingkat owner tu tu tunggu.... emm... rumah baru siap... memang dara lagi la... lokasi bagi aku agak bagus.... dan proses negotiation pun bermula... yang last2 sekali owner kasi harga terakhirnya... yang aku rasa ok...

Dgn deposit yg rendah.. dan ambil alih rumah awal membuatkan deal ni bertambah menarik..... ditambahkan lagi dgn rumah tu tade utang dgn bank... owner beli cash... huhu.. byk duit betul owner tu...

Bila soal selidik.. rupa2nya... dia pon investor jugak... dan mmg kenal dgn otai2 property... emm.. penjualan rumah tu membuatkan dia dapat profit lebih 40%... cuma dalam masa 2tahun.... bestnya...

Lepas tengok2 rumah tu... aku tengok pulak satu unit yang lain.... yang bagi aku lebih menarik.... huhu... rasa macam nak angkut 2 bijik sekali je.... hahaha......

Jam dah pukul 12.30 dah... aku pegi singgah rumah bujang aku dulu... saja lawat kawan2 lama.... sambil dah janji nak jumpa kawan aku pasal sms dia yg mengatakan ada rumah nak jual kat kawasan yg strategik.... bila selidik2... rupanya rumah tu projek baru... yg baru je nak start..... official launching pon belum lagi... aku melawat tapak nya.... developer pon developer yg bagus........

Untuk rumah ni... aku still pending dulu.. sebab nak kene sediakan 10%.... hmm.. itu yg berat skit... 10% pastu kena peram sampai rumah siap.... huhu... akan aku pertimbangkan dulu....

cukup pasal cerita aku.... kita cerita pulak pasal kawan2 lain....

Maman... hari sabtudia turun KL... view 2 bijik rumah... kat Bangi dan kat Damansara..... mengikut katanya.... dia akan angkut 2-2 unit tu... huhu... ni yg buat aku tak bole duduk diam je... huhu....

Da'a dan Mim yg bermasalah sikit dgn term rumah yg diorg nak beli telah pon dibincang bersama2 aku... dan aku dah tunjukkan pro & con nya.... jadi.. buat lah pilihan yg bijak.... yg bersesuian dgn target korang....

Da'a jugak dah pon submit loan utk unit yg lain... kat Cheras.... moga2 loan ko berjaya.... dan aku rasa akan berjaya.. insyaAllah.... banyak2 la berdoa...

Nizam pulak... setelah turun menom2 dgn aku minggu lepas... nampaknya tade update apa2 progress pada aku... mungkin nak buat suprise kot... sebab dah lama membeku mamat ni..

Cukup la sikit2... pada korang yg aku tak update kan progress korang tu... lain kali la... tetiba rasa malas nak menaip lagi...

sekian...
READ MORE - Jalan - Jalan beli rumah...

Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan : Bahagian 2

Friday, October 8, 2010

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat semua.... minggu ni walaupon tak sibuk sangat... tapi tiap2 malam ada temujanji... huhu...
Cuma malam tadi appointment cancel.. so aku bawak Qila dan Eby pegi jusco... beli barang2 dapur... huhu..

Kita sambung semula topik sebelum ni... mengenai ciri-ciri keutamaan loan yg perlu diambilkira... nampaknya... tade sesapa antara korang yang nak kongsi pendapat... hmm... ni yang buat aku malas nak menulis... boleh diibaratkan macam... " korang berniaga buah dokong... orang yg dtg tengok cuma rasa sebijik... tapi tak beli ... dan tak komen apa2 pon.. sedap ke idak buah dokong tu.. "...
cemana perasaan korang??.. haha..

Macam mengemis pulak aku ni... suruh korang letak komen... hahaha... takpe la... tanak komen takpe... no problem...  aku cuma nak buat blog ni lebih pada perbincangan... tade la asyik dr pandangan aku je... korang mesti ada pandangan korang masing2....


Ok la... kita fokus pada topik.... pada pendapat aku yg baru dalam bidang hartanah ni.... aku akan susun mengikut keutamaan mcm kt bawah ni..
1. Valuation
2. MOF
3. Rates / Tenure

Valuation - penting sebab katakan la.. korang beli rumah rm100K... bank value kan rumah tu rm90k... kan dah banyak duit korang kene tambah.... sebab bank amik kira mana yg lebih rendah.... so.. 90k.. dgn MOF 90%... dpt loan 81k... harga beli rm100k - loan rm81k... dah kene kluar duit rm19k....  berbanding dgn kalo bank value sama dgn harga beli... value rm100k.. loan 90k... jadi cuma kluarkan rm10k je....

MOF ( margin of finance ) - dah dapat value yg kita nak... baru tengok pulak MOF nya.... ada bank yg 90%.. ada yg 80%.... jadi secara matematik mudahnya... kene cari MOF yg tinggi...

Rates dan Loan tenure pulak aku letak pada paras yg sama.... kerana perkara ni la yg akan tentukan berapa ansuran bulanan korang nanti.... dan tidak melibatkan pengeluaran duit(deposit) .. tidak seperti valuation dan MOF... yg akan melibatkan pengeluaran duit awal...

Ok... itu ulasan ringkas yg aku bole kasi....

sesapa ada pendapat lain??? jgn segan2... tidak semestinya pendapat aku ni betul... so.. mari kita bincang sesama...

Wassalam..
READ MORE - Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan : Bahagian 2

Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan

Wednesday, October 6, 2010

Assalamualaikum...

Semoga korang sume dalam keadaan sihat sejahtera...

Kali ni aku nak tulis sikit pasal pinjaman perumahan... atau omputih kata.. Home Loan...
Tapi kali ni aku nak lebih dari perbincangan.... tade la asyik aku je membebel dan syok sendiri kat sini...

Dan sekurang2nya... korang bole ambil bahagian dalam perbincangan.... dapat menyumbang pendapat2 bernas korang.... tade la asyik jadi silent reader je.... jadi la reader yg menyumbang... huhu...

Ok la... dalam membuat loan ni... mesti ada ciri2 yang korang akan consider.. betul tak... takkan main redah amik je loan dr mana2 bank...

So.. kat sini aku senaraikan ciri2 asas loan yg akan aku pertimbangkan kalo nak apply.... korang bole tambah kalo rasa ada yg tertinggal...
1. Rates = contoh BLR -1.8... setiap bank mungkin berbeza ... ada yg BLR -1.6..
2. Margin Of Finance (MOF) = ada yg offer 90%.. ada yg offer 90% + 5%... dan macam2...
3. Tenure = tempoh pinjaman... ada bank offer umur sampai 70thn... ada yg smpi 65thn...
4. Valuation = value yang semestinya berbeza walaupon bank yg sama tetapi cawangan yg lain.. atau officer yg lain....

Jadi... yg mana satu keutaaman korang??? Huhu.. Aku senaraikan tidak mengikut keutamaan aku.... so.. apa kata korang komen dgn menyusun 1 -4 mengikut keutamaan korang... dan jelaskan sekali sebabnya....

Dgn perbincangan ni.. rasanya kita bole tengok pandangan org lain dari sudut pandangan masing2...

Harap dapat kerjasama dari korang semua... jangan malu2 nak tulis pendapat korang...

Sekian...

Wassalam..
READ MORE - Ciri-Ciri Pemilihan Pinjaman Perumahan

Mari membeli rumah!!!

Tuesday, October 5, 2010

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari tiada update kt blog ni... akhirnya aku kembali... huhhu... seperti yg aku tulis sebelum ni... aku terlibat dgn majlis di tempat kerja aku... huhu... semalam baru abis majlis tu.....

Tade idea nak tulis sebenarnya.. tapi aku nak update jugak... sekurang2nya... ada le benda baru yg bole korang baca... hahha...


Kepada sesiapa yg dah daftar dan membuat bayaran penuh untuk seminar langkah 2... insyaAllah kita akan bertemu pada awal bulan November nanti... sebulan je dari sekarang.... dalam masa sebulan ni sebenarnya... kitaorang akan menyediakan kelengkapan... dan mengemaskini modul2 untuk seminar tu nanti.... kita berjumpa nanti...

Kita cerita pulak pasal progress member2 yg dah pon berada dalam bidang hartanah ni....
WanEJ8 sekarang tgh sibuk mendapatkan loan terbaek untuk rumah terbarunya... rumah ke berapa?.. rasanya tiba masanya aku tidak mendedahkannya di sini.... huhu....
Abg Nizam kita pulak nampaknya agak kesejukan... tu la... lenkali selalu la datang lepak2 dgn budak2 hartanah... baru sentiasa panas..... ni lama sgt berkurung.... dah sejuk....
Pada korang yg akan menceburi bidang ni.. pasti korang akan lalui pengalaman Nizam ni... itu pasal aku selalu nk buat sessi minom2 atau TT.... sebab nak kekalkan momentum korang.....
Anas pulak dalam misi memburu rumah seterusnya.. setelah permohonan loan untuk rumah sebelum ni dah berjaya dgn jayanya...... tahniah.....korang ni pakai enjin jet ke hapa.... laju sgt....
Maman pulak.. dah lama aku tk dengar berita... dia dah pro pasal hartanah ni.... jadi dah tak perlu tanya aku lagi dah.... kalo tepon pon... bincang hal lain je...
Kes Zainudin pulak... skrg ni... masih dalam proses penyediaan SnP.. lawyer baru je dapat kesan kompeni yg menguruskan perihal rumah yg dia beli... sebab pemaju asal dah pon gulung tikar... huhuhu...
Untuk yang aku tak sebutkan disini.... teruskan usaha korang.... guna ilmu yg korang dah ada....

Aku??... minggu lepas baru submit permohonan loan..... dan minggu ni rasanya nak submit lagi.... rasa mcm ketagih pulak .... asyik membeli je.... mesti la best... beli rumah dapat duit..... so kene la aku beli rumah banyak2.... hahaha....


Ok la... cukup utk cerita kosong kali ni.....

Sekian...
READ MORE - Mari membeli rumah!!!

Pendapatan dari hartanah

Friday, October 1, 2010

Assalamualaikum...

Minggu ni jadual aku agak padat... dgn melayan kerja active income dan melayan kawan2 yg berminat dalam hartanah.... huhuhu.... hujung minggu ni jugak ada acara yg berlangsung kt tempat aku kerja.... dan aku terlibat dlm pengurusannya... walaupon hanya tukang tarik2 cable... biasa la... keje kuli memang la camni...


Entri kali ni.... kita cerita sikit pasal pendapatan yg bole dijana melalui hartanah atau lebih tepat lagi... rumah atau kedai2... Terbahagi kepada 2....
1. Sewa
2. Kenaikan Harga

Untuk pendapatan yg datangnya dari sewa.... mungkin banyak... sikit.... tade langsung... atau -ve... huhu... bergantung pada beberapa faktor... antaranya.. kadar sewa sesuatu tempat... jumlah loan.... tempoh pembayaran loan.... tu pasal... dalam pelaburan hartanah... sume perkara ni diambil kira untuk mengelakkan -ve cashflow..... tetapi tak juga -ve cashflow ni tak bijak... kerana ia juga bergantung pada tujuan kita beli sesuatu hartanah tu....

Untuk kenaikan harga pasaran pula.... lebih pada konsep... beli dan jual.... memandangkan trend pasaran hartanah di Malaysia... konsep beli dan jual kerap digunapakai oleh pelabur... yg selalunya dilakukan pada hartanah baru ( pembelian dr developer)... kalo korang perhatikan... ketika harga ketika pelancaran dan ketika projek siap... mempunyai kenaikan yg agak tinggi...

Lihat juga pakej2 yg disediakan oleh developer2 ketika pelancaran.... contohnya... penawaran deposit rm500... dan pembayaran bulanan bermula ketika projek siap.... ini yg membuatkan para2 pelabur tegar berebut2 membeli.... dgn hanya rm500..... dan ketika projek hampir siap... pelabur2 ni mula menjual unit2 mereka pada harga pasaran ketika itu pula.... yg mendatangkan keuntungan sehingga berpuluh2 ribu... dgn hanya melabur rm500....

tetapi semua ni tetap ada risikonya.... kita perlu memandang dari setiap faktor2 untuk mengelakkan kerugian... jadi... carilah ilmu secukupnya....

Sekian utk kali ini...
Wassalam...
READ MORE - Pendapatan dari hartanah