Tutorial Hartanah... Untuk Newbie...

Sunday, December 30, 2012

Assalamualaikum...

Awal pagi Ahad ni terasa rajin pulak nak buat entri.... Rasanya dah lebih sebulan aku tak update blog ni kan.... maklumla sejak ada medium FB.. banyak berkongsi kat FB je...

Cerita sikit pasal progress baru2 ni.... Ada 3 org lagi peserta seminar lalu yang dah jumpa unit untuk dijadikan pembelian pertama mereka.... nampaknya ada yg boleh cashout sehingga rm26k hanya dengan deposit rm500 je.... memang sangat menarik....

Dalam 3 unit tu.... sehingga kini... hanya 1 kes je yang dah lulus loan.... yang 2 kes lagi masih tercari2 loan.... hujung tahun ni mcm payah je nak lulus sedangkan kes diorg ni 'direct case' je.... ye la... rumah pertama... dan gaji diorg pon memang layak..... Banker yg uruskan pon hangin je sebab HQ decline kes2 tu.....

Tu belum lagi kes2 lain yang aku hantar.... kes kawan2 yang mintak tolong kat aku utk uruskan permohonan loan diorg..... yang tak disangkakan lulus... boleh lulus pulak..... rezeki masing2....
Ada yang kene appeal... baru lulus.... huhuhu... penat2.... Apa2 pon kita tengok awal tahun 2013 nnanti pulak cemana.....

Dalam masa yang sama jugak bulan 12 ni.... ada beberapa deal yang terlepas sebab lambat bertindak... sayang betul.... tambahan deal2 menarik untuk medium kos.... lambat sikit je... dah kene kebas....
Nasib la ada beberapa deal low cost yang berjaya ditawan....

List yang menunggu deal2 menarik dah bertambah2.... harap korang bersabar..... InsyaAllah... akan ada nnti untuk korang...

Sambil2 tu.. aku nak promote sikit pasal Program Pelaburan Hartanah anjuran KuasaHartanah.... kali ni kita buat Tutorial 1 hari.... khas untuk newbie2 atau yang baru nak masuk dalam bidang hartanah.....

Lokasi sekitar Kuala Lumpur dan akan diadakan bulan Januari nanti.. Akan diberitahu kelak.... aku tengah dapatkan bilik seminarnya....

Yuran penyertaan semestinya sangat MURAH ... hahaha.... promosi untuk yang terawal ni.... sessi seterusnya .. korang takkan dapat harga tu...... jadilah yang terawal ye.... tempat terhad tau...

Ok lah.... cukup untuk kali ni....

wassalam...
READ MORE - Tutorial Hartanah... Untuk Newbie...

Bumi Lot...

Wednesday, November 7, 2012

Assalamualaikum...

Ada pertanyaan dari seorang hamba Allah....

Seorang Mualaf yang beristerikan Melayu.... Isterinya tidak bekerja....
Mualaf ini ingin membeli rumah yang dia sewa sekarang....
Rumah itu berstatus Bumi Lot yang masih dalam master title dan juga hakmilik sementara...

Soalan mudahnya...
Bolehkan dia membeli rumah itu... Ya/Tidak
Jika Ya... bagaimana caranya....

Harap korang dapat memberi pendapat korang...
Jangan segan nak kasi pendapat... tak perlu tunggu jd otai.. then baru nak kongsi info...

Wassalam..

Mesti ramai antara korang yg layan citer ni kan... 


p/s: Kalo korang malas nak beri pandangan.. aku lagi malas nak menaip entri... hehehe...

Gambar tidak kene mengena dengan entri... saja tepek... aku pon tk pernah tengok ... huhu...
READ MORE - Bumi Lot...

Cukup ke duit korang nak kawin???

Monday, November 5, 2012

Cerita kopipes...

Kali ni cerita pasal cara menguruskan wang dan risiko dengan Plan PrudentialBSN takaful..
Korang mungkin salah seorang darinya...

Kenapa perlu medical card?

Bermula dengan cerita Ahmad. Ahmad berumur 25 tahun dan seorang engineer di PJ. Gaji RM2500 sebulan. Cukup makan cukup pakai. Ahmad menyimpan RM500 sebulan untuk target kahwin
5 tahun lagi. So akan ada RM30K 5 tahun kemudian.

Cukup 5 tahun, Ahmad sudah ada RM30K. Tetiba hidup tidak seindah diduga. Ahmad mengalami tekanan darah tinggi. Berjumpa dengan doktor pakar, Ahmad memerlukan
pembedahan untuk arteri. Arteri Ahmad tersumbat kerana kolestorol. Biasala orang bujang, asyik makan di mamak sahaja dan sibuk berkerja exercise pun kurang.

Pembedahan memerlukan RM50K. Mana nak cari ya? Ahmad pun terpaksa keluarkan savings perkahwinannya RM30K. Dan berhutang dengan kawan kawan dan saudara mara RM20K.
Alhamdullilah, semuanya ok. Tetapi kahwin tak dapat. Hidup sekarang berhutang. Ini yang anda mahu?



Bagaimana jika ada medical card?

Ahmad menyimpan RM300 untuk perkahwinan dan RM200 untuk insurance medical card. Cukup 5 tahun Ahmad ada RM18,000. Masalah pembedahan RM50K selesai dengan medical
card. Medical card Ahmad mempunyai limit sebanyak RM750,000. Ahmad mendapat perubatan terbaik tanpa perlu risau berapa kos nya.

Selesai pembedahan, Ahmad mampu melangsungkan perkahwinannya dengan RM18K. Cukup ke RM18K.
RM200 sebulan yang Ahmad gunakan untuk medical card bukan sekadar bayaran. RM200 sebulan adalah sekali bersama simpanan dan pelaburan. 5 tahun bersama Prudential
Ahmad mempunyai RM10K savings di dalam plan medical cardnya. Ahmad boleh mengeluarkan wang ini. RM18K + RM10K = RM28K :)
Kahwin dapat. Sekarang dah sihat. Hutang pun takde :)

Apa yang Ahmad dapat dengan RM200 sebulan bersama Prudential Medical Card plan?
Pampasan RM100K jika berlaku kematian
Pampasan RM100K jika mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal * sila msg saya jika ingin tahu apa 36 penyakit kritikal
Pampasan RM100K jika kematian disebabkan kemalangan atau cacat.
Medical Card.
Perlindungan sebanyak RM750,000 untuk bayaran perubatan.
penyakit biasa seperti demam panas, h1n1, dengue, sakit mata, jatuh tangga, yang menyebabkan di hospitalkan. semua akan dicover bukan sekadar penyakit kronik.

Ahmad juga akan mendapat RM300 sehari jika diwadkan kedalam hospital sebagai allowance. Contoh 7 hari = 7 x 300 = RM2100
Allowance bukan untuk membayar bil. Ini adalah wang anda. Gunakan untuk doa selamat atau sebagainya.
Jika mendapat Ahmad mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal, Ahmad tidak perlu lagi membayar RM200 sebulan.
Prudential akan bayarkan dan perlindungan Ahmad akan masih berterusan sehingga umur 80tahun.

Prudential Medical Card plan adalah bersama savings dan pelaburan. Ahmad akan mempunyai RM150K apabila umur 55 tahun.
simpanan ini flexible dan boleh dikeluarkan pada bila bila. Seperti Ahmad mengeluarkan RM12K pada umur 30tahun untuk perkahwinannya.

Semua di atas ditulis di dalam policy document dan properly contracted as black and white. Ini adalah pelaburan terbaik dan selamat untuk anda semua.

Moral :.. kalo korang bijak.. korang akan segera hubungi aku untuk dapatkan plan takaful... hahahaha..
READ MORE - Cukup ke duit korang nak kawin???

Sharing dan terus sharing...

Assalamualaikum....

Pagi Isnin yang agak cerah kan....  sesuai untuk memulakan tugas dengan hati yang penuh semangat...
Tapi kenapa kebanyakan orang cakap... 'monday blues'... kenapa??.. Sepatutnya hari Isnin la yang best.. sebab baru llepas cuti 2 hari... kepada yang bekerja la...

Kepada yang berniaga atau kerja tidak ikut masa.... rasanya.. sama je je kan hari apa pon... dan selalunya akan sibuk di hujung minggu....

Macam aku sendiri... Jumaat malam lepas jumpa client untuk serahkan polisi serta kad medikal PrudentialBSN... sambil2 sharing2 pasal hartanah bersama 6 orang rakan... ada beberapanya yang baru je berjinak2 dengan hartanah... dan sanggup datang dari jauh untuk sharing ilmu... ada yg matanya merah menyala.. mungkin letih kerja... dan pulak.. lepak malam tu hampir pukul 12...

Tapi aku percaya sekurang2nya ada perkara yang mereka belajar.... Amar dan Shahrul pon sempat jugak kongsi pengalaman dia... terima kasih banyak2...

Sabtu pagi pulak.. sempat bersarapan dengan kawan sekerja lama... Dah berstatus kontraktor sekarang... cerita main ratus2 ribu dah sekarang... syok betul aku dengar... dan dia sharingkan peluang dalam bidang tu kepada aku... memang sangat menarik...
Sambil tu.. dia minta tolong buatkan plan PrudentialBSn untuk wife dia...

Hampir tengah hari pulak.. aku ke Jalan Ampang.. untuk mengintai Seminar Pemantapan Dealer GSR.. iaitu Syarikat menjual Emas dan Perak... huhuhu... banyak jugak yang bertanya kt FB pasal GSR ni... antara soklan yang glamer " Ni sykt emas macam yang kene serbu tu ke?"...
Jawapannya.. tidak sama sekali... GSR ni Syarikat yang menjual emas... tiada keuntungan.. tiada dividen.. tiada hibah atau seangkatan dengannya.... Sama je seperti kedai2 emas kat luar nun... cuma GSR menawarkan harga emas yang rendah tanpa kos upah.... Menarik kan..
Aku bukanlah peserta Seminar tu.. sebab dah pegi dulu... cuma aku pergi untuk jumpa rakan2 yang lain dalam GSR...



Yang bestnya.. aku sempat berbual2 dengan CEO aka bigboss GSR.... dan dia banyak kongsikan strategi2 dan plan pemasaran dia masa hadapan... memang teruja aku mendengarnya... patut la dia dah berjaya di usia yang muda...

Bigboss pon sempat tunjukkan prebiu website baru GSR yang akan beroperasi dalam masa terdekat... memang terbaek la... Memang seperti yg aku harapkan.....

Ok la.. dah panjang ni... boring baca... kita sambung next entri pulak...

Wassalam...
READ MORE - Sharing dan terus sharing...

Beli rumah ... deal guna telefon je....

Wednesday, October 31, 2012

Assalamualaikum....

Kadang2 aku teringat balik beberapa deal rumah yang pernah aku beli dulu.... Tambahan masa mula2 aku terjun dalam bidang ni....

Masa mula2 dulu.. semangat bukan main... mana ke idaknya... bayar seminar riban2 woo... pilihan terhad masa tu.... takkan nak duduk senyap je lepas bayar riban2.... aku bukannya jenis banyak duit.... huhuhu... Masa tu dalam seminggu memang aku akan view rumah lebih dari 3 bijik...

Antaranya yang jelas dalam kepala otak aku... ialah deal rumah flat kat Sunway PJ.... Awal tahun 2010...



Ini lah satu-satunya deal yang aku buat melalui telefon je... tak jumpa pon owner.... cuma dengar suara je... huhuhu.... Jumpa iklan dia kat mudah...

Bukan takmo jumpa.. tapi owner ni jenis sibuk tahap gaban Z potong 18.... dia lebih senang deal guna telefon je...

Harga pon sangat la murah... walaupon masa tu aku tak tahu harga yang aku dapat tu sangat murah... sebab aku main agak2 je MV.... maklum la... baru je lepas seminar.. takde contact valuer n banker lagi masa tu... Tapi bila valuer datang rumah.... rupa2nya harga aku dapat over 50% off dr MV... huhuhu....

Takpe la.. yang penting aku still dapat apa yang aku target kan...

Yang best nya pulak... owner ni taknak amek deposit langsung... dia kata tunggu je duit loan tu kluar... sebab aku lebihan kat situ....

Sebagai manusia biasa... aku nak jugak selamat... risau2 owner berubah fikiran sebelum sign Snp....
Aku call nak letak deposit.... dia berkeras taknak.... dia kata.. dia jenis pegang pada janji... dan dalam masa yang sama dia cakap memang ada banyak call dari pembeli lain.... tapi disebabkan aku yang tanya dulu... so dia reserved kan untuk aku....

Pujuk punya pujuk... akhirnya dia setuju terima... aku kasi la 2% dari harga beli... tak sampai rm1k...
Dan disebabkan kesudian aku memberi deposit... owner terus kasi kunci rumah untuk aku ambil alih awal... syok.. memang syok....

Sehingga sekarang .. unit tu masih lagi aku simpan.... walaupon sewanya agak rendah berbanding dengan market sekarang.... yang penting.. ia memenuhi target aku....
Mungkin lepas ni aku nak naikkan sewa ikut pasaran... hahahaha....

Korang pulak cemana???...  Mesti korang pon ada deal2 yang korang rasa unik atau best  kan......

Ok la... itu je utk dikongsikan hari ni....

Wassalam...
READ MORE - Beli rumah ... deal guna telefon je....

Lokasi Panas !!!

Tuesday, October 30, 2012

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak ceritakan seklai lagi pasal 'lokasi' hot untuk pelaburan hartanah... memandangkan ramai yang emel,sms tak kurang jugak yang call tanya pasal perkara ni....

Jika kita lihat ke dalam faktor 'lokasi' ni.... korang rasa2.. apa elemen2 pentingnya??.. Apa yang membawa maksud 'hot' tu pada korang??

Macam mana korang tahu sesuatu lokasi tu 'hot'?? Mungkin korang boleh ukur dgn jangkasuhu kot... hahaha...



Rasanya korang sendiri boleh tentukan di mana lokasi korang nak labur... tidak semestinya kawasan itu hot atau tidak... sebab korang belum tentu boleh beli di kawasan yang hot... betul tak?? Ramai orang kata area Bukit Bintang... atau KLCC tu sangat 'hot'... tapi korang mampu ke nak beli kat area sana??? Hahaha...

Yang penting korang kene faham dulu asas pada pelaburan... terutamanya dari segi pelaburan hartanah...

Ianya kembali kepada " MATLAMAT".... Apa yang korang nak daripada pelaburan korang tu... Apa strategi yang korang nak guna... Apa kemampuan yang korang ada.... Berapa banyak yang korang nak.... Dan beberapa aspek lagi....

Ia bukannya bergantung sepenuhnya pada lokasi semata-mata....

Untuk menentukan lokasi mana yang korang nak invest... beberapa perkara perlu korang lihat... dan juga bergantung pada kemampuan korang jugak... ianya sangat subjektif...

Ada orang yg kata lokasi A tak bagus.... tetapi ada jugak yang dok balun lokasi tu sebab baginya tempat tu sangat bagus.... betul tak???

Pernah tak kawan2 korang cakap " Ko beli kat situ... eeeiii... ngeri siyut situ.. sunyi je... jauh dari town pulak tu... tak rugi ke?"... Sedangkan korang dah buat puluh2 ribu RM kat situ dan terima cashflow tiap2 bulan dari hartanah area tu....

Di sini kita dapat lihat bahawa... sebelum korang terjun ke bidang pelaburan hartanah ni... adalah lebih baik korang cari dulu ilmu.... InshaAllah.. berkat dari ilmu tu.. korang akan nampak jelas apa 'MATLAMAT' korang dalam bidang hartanah ni....

Sekarang ni.. banyak seminar2 atau woksyop2 hartanah yang ada berbanding 2-3 tahun lepas.... Anjuran seminar oleh orang melayu pon dah banyak... pilih mana berkenan...
Dulu aku pegi seminar yg dalam bahasa omputih tau... buat2 faham je la.... huhuhu....

Tade MASA??... Hahaha... itu jawapan paling popular....

Takpe.. Kalo korang rasa nak Personal Coaching dengan aku... korang boleh hubungi aku untuk detail... call/sms/whatsapp - 019-3099990 atau PM aku kat FB Bro Budin...
HANYA KEPADA YG SERIUS SAHAJA!!!...

Ok lah... aku nak buat quotation untuk prospek2 PrudentialBSn pulak.....

Sekian...
Wassalam..
READ MORE - Lokasi Panas !!!

Mood raya lagi....

Monday, October 29, 2012

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari tak buat entri... maklum la cuti raya... kalo cerita pon.. cerita pasal raya je....

Selain cerita pasal raya... cerita2 hangat lain... semestinya cerita jalan jammed... masa perjalanan balik kampung dah jadi 2-3 kali ganda dari biasa... hahahaha... biasa la tu... baru la ada feel balik raya kan....

AES pon antara topik hangat jugak skrg ni.... mesti korang pon dah ikut had kelajuan skrg kan.... tapi masih ada yg kene saman jugak... posting gambar kete kene saman... huhuhu...

Cerita yang baru hangat sejak pagi tadi ialah kekalahan Chelsea kepada Man Utd.... Tapi ini aku tanak komen... agak sensitip... hhuhuhuhu...

kesian..


Berbalik kepada topik hartanah... minggu lepas dapat tugas untuk jualan 1 unit flat kos rendah kat area Shah Alam... harga pon menarik.... sesuai untuk pelaburan... sesapa berminat boleh hubungi aku... call.. emel.. whatsapp atau PM aku kt FB... jangan sms tau... hehehe...

Ok la.. entri pendek je... amek mood ...

Wassalam...
READ MORE - Mood raya lagi....

Ragam Penyewa Season Finale

Tuesday, October 23, 2012

Assalamualaikum....

Pepagi ni dok tengok status FB partner aku pasal kete yg baru dibelinya... huhuhu.. BMW... tahniah... maju lagi bro.... Nanti buleh bawak kawan2 test drive... aku nak 'touge' kt genting...



Malam tadi pulak.. aku cancel kan 1 deal rumah yang dapat ahad lepas.... memandangkan owner nya yang sangat cerewet... semua nak ikut cakap dia je... so.. aku cancel kan je... banyak lagi rumah lain yg lagi best...

Betul tak??? kalo korang memang dalam bidang hartanah... mesti betul kan...

Petang ni.. ada appointment dengan client PruBsn kat area Gombak... tapi jumpa untuk tujuan lebih kepada peluang2 bisnes... aku nak menuntut dengan otai bisnes ni...

Malam pulak ada sessi Peluang Kerjaya sebagai Perunding Takaful PrudentialBsn kat opis agensi.... Nak bantu kawan2 yang inginkan pendapatan tambahan melalui kerjaya ni... Kalo ada antara korang yang nak tau jugak peluang tu.. cepat2 PM aku kt FB : Bro Budin... Sempat lagi aku selitkan nama korang untuk sessi malam ni...



Hari ni jugak nak kene daftarkan sorang lagi dealer baru untuk GSR... Harap dapat cepat settle... boleh la dia terus start bisnes jual emas... sementara graf kat tepi tu mencanak balik....


Ada lagi beberapa kerja nak kene buat hari ni... dah malas aku nak taip.... sebab aku nak sambung cerita pasal ragam penyewa tu.....

Ok.. kita sambung..
Tempoh 3 hari yang diberi... bermakna hari Jumaat tu.. penyewa baru perlu masukkan separuh dari jumlah yg sepatutnya dia kene bayar.... kalo tidak.. rumah tu akan diberi kepada penyewa lain..

Masuk hari kedua.. Owner call aku.... penyewa baru tu call dan kasi tahu..... dia dah masukkan sejumlah wang dalam akaun owner... lebih dari yg dijanjikan.... Alhamdulillah... nampak tanda awal kesungguhan penyewa ni...
dan lagi.. penyewa tu mintak izin untuk pasang tiles kat rumah tu... kos semua.. penyewa tu yang tanggung... sebab sebenarnya.. penyewa tu memang kene construction... huhuhu...
Rasa macam best pulak...

Begitulah cerita pasal ragam2 penyewa... itu baru sikit ragamnya... macam2 ragam lagi yg ada kat luar sana tu...

Ok la.. cukup untuk kali ni...
jumpa lagi dalam entri seterusnya... ada berita yang agak best untuk didengar.. aku tengah siasat kesahihannya...

Wassalam..

p/s: Aku pernah halau penyewa yang banyak pusing2.... huhu
READ MORE - Ragam Penyewa Season Finale

Turun Padang... 2 deal berjaya diikat..

Monday, October 22, 2012

Assalamualaikum...

2 hari tadak entri.... biasa la... aku memang jenis sibuk masa weekend.... Tambahan pulak ada Final bola kt Shah Alam... wakalupon aku tak pegi stadium... tapi terkena jugak la tempias2 jammed.... hehehe...

Apa2 pon tahniah kepada kedua-dua team dengan aksi malam tu... 5 gol tercipta......

Pagi sabtu tu aku pegi ke opis agensi Prudential kat Phileo... ada training pasal produk... ye la kan... walaupon dah biasa dengan produk yang ada.. tapi masih kene pegi jugak sebab masih ada detail2 pasal produk yang belum aku faham... Dalam training tu.. dapat la jumpa dengan ejen2 yang otai... dengar diorang punya pendapat... memang best...

Sambil2 bawak ejen baru berada dalam rangkaian aku... nak kene train ejen2 baru ni pasal produk PrudentialBsn... semoga diorang dapat membantu orang ramai dalam menangani kewangan masa depan...

Sementara tu jugak.. aku bawak balik polisi beberapa client aku.... dalam minggu ni nak kene hantar pada diorang... beserta medikal kad....

Petangnya pulak sessi lepak kat rumah mertua... sambil2 tu borak2 dengan biras yang juga ejen prudential... kongsi2 info...

Hari Ahad pulak.. sessi turun padang untuk hartanah pulak... Ada member datang kutip aku kt rumah pepagi lagi... ada beberapa unit nak pegi tengok... Aku bawa segala kelengkapan perang... huhuhu... tak tinggal senjata kegemaran aku.... hehehe...

Senjata kegemaran aku..


Semua unit kat area Damansara... aku ceritakan yg menarik je la ye.... nak cerita semua panjang sangat...  ada 1 unit ni deal dengan owner... actually.. bukan owner sebab rumah tu sebenarnya rumah kawan husband dia.... disebabkan husband dia tak layak.. so husband dia gunakan nama kawan dia untuk dapatkan unit tu...

Setelah beberapa tahun.. bila difikirkan kalo2 apa2 terjadi pada penama tu.... susah pulak nak dptkan rumah tu nnti... Jadi akak tu decide nak jual je.... Rumah dlm keadaan ok.. ada penyewa .. pompuan bujang...
Setelah nego2... dapat lah 1 harga yg agak menarik... tapi memang kental betul jiwa akak ni.. ye la... orang lama.. pengalaman luas...
Tanya pada client... client setuju utk amek unit tu....



Unit seterusnya pulak... kitaorg sampai awal dr owner... sempat la borak2 dgn jiran2 kat situ... pasal pengurusan.. pasal kadar sewa... nampaknya jiran2 kat situ adalah owner rumah.. bukan penyewa... tu pasal la tengok rumah diorg banyak reno... sempat jugak aku tanya harga diorg beli... ada sorang tu baru beli awal tahun... harga boleh tahan la dia beli.. emm.. mcm mana la dia boleh beli dgn harga mcm tu... takpe.. dah nasib dia..

Bila owner sampai... terus pegi tengok rumah... wow.. rumah dan reno..  memang menarik la.... terus aku ajak pegi menom2 utk diskas pasal harga... akhirnya owner kasi harga terakhir... yang memang menarik... dan persetujuan pon dimeterai....

Sessi nego2..


Nampaknya.. dalam minggu ni nak kene settlekan pasal loan pulak... dah la ada beberapa kes yg lain lagi nak kene settle jugak... tapi takpe.. 'I love my Job'... dapat bantu orang beli rumah dan dapat duit puluh2 ribu...

Ok la.. nak buat keje dulu...

Sekian
Wassalam..

p/s: ragam penyewa season finale akan dtanag dalam entri seterusnya... hehehe..
READ MORE - Turun Padang... 2 deal berjaya diikat..

Ragam Penyewa Part 3

Friday, October 19, 2012

Assalamualaikum....

Semalam aku tak buat entri pon... sebab semalam habiskan masa bersama keluarga tercinta... ye lah kan... Ulangtahun  kelahiran aku.... jalan2 sikit....

Tq kepada wife sebab hadiahkan apple TV kat aku... nampaknya terpaksa lah meng'upgrade'kan version firmware kt gajet2 apple aku yg lain.... barulah boleh communicate dgn apple tv... huhu...



Ok.. Sebelum aku sambung cerita pasal penyewa tu.... aku cerita aktiviti2 aku sikit....

Salah seorang client yang loan rumah dia dah pon lulus nak cancelkan... Atas sebab tak sesuai untuk investment.... Yupp.. rumah yg dibeli tu mmg tak sesuai.... Mula2 aku ingatkan dia beli untuk nak duduk sendiri lepas kawin nanti.... rupa2nya untuk investment.... memang kurang sesuai... nasib baik aku belum suruh lawyer start buat kerja...

Disebabkan cancel.. dia minta aku carikan rumah yang sesuai dengan dia dgn tujuan pelaburan...
Emm... inshaAllah... akan diusahakan...

Ok la... sambung cerita pasal penyewa tu...

Pertemuan dengan penyewa baru... 9hb kat area Selayang... Aku ikut sekali.. Jumpa kat kedai makan dekat2 dengan rumah sewa tu je..
Dah kenal2 nama... baru bukak pasal cerita rumah.. owner pon tunjukkan dokumen untuk pengesahan yang rumah tu milik dia...

Then baru bukak pasal sewa dan deposit... masuk je bab ni.. penyewa tu kata yang dia dah bayar deposit beserta sewa oktober pada penyewa lama sebab penyewa lama cakap dia yang uruskan rumah tu.... hohohoho.... apa dah jadi???

Dalam otak aku pulak fikir.. betul atau tidak statement dia ni... masa owner call hari tu .. dia kata belum kasi lagi pada sesapa... tup2.. bila jumpa.. kata dah kasi pada penyewa lama pulak... takpe.. biarkan dia bercerita dulu...

Owner dah pandang2 aku... tak tahu nak buat apa... hmmm... aku pon mula bercakap...
Mula2 cakap ayat2 simpati la sikit kpd owner n penyewa baru tu sebab kene tipu dgn penyewa lama....
Then.. aku pon cakap.. yg tertipu tu.. kita letak ke tepi dulu... kita clearkan yang akan datang...

Aku beri cadangan .. penyewa baru tetap kene bayar deposit n sewa oktober... dan mintak dia cari balik penyewa lama utk dptkan balik duit dia...
Sebab.. owner tetap kene bayar bank n owner sendiri pon dah tertipu dgn penyewa lama....

Penyewa baru setuju .. tapi mintak nak bayar semua tu bulan 11 nnti....
Hahaha... takkan nak biar orang berak depan rumah kita kali kedua kot!!...
kali ni nada suara tegas sikit... tegas dgn sopan...
" Macam ni.. bukan kami tak percaya pd Encik.. tapi untuk keselamatan pihak owner.. Apa kata encik sediakan separuh dari bayaran tu dalam masa 3 hari.. kalau dalam tempoh tu tak boleh.. bermakna owner akan kasi rumah tu pada orang yang boleh sediakan semua tu..."" dalam masa yang sama.. encik boleh carik balik penyewa lama tu utk dapatkan duit encik"..

Penyewa tu pon kata OK... dia akan usahakan... Lepas kira2 berapa yg perlu dia sediakan.. Aku pon balik...

Emm... Agak2 korang.. apa jadi selepas 3 hari tu??? hahahaha.... semestinya aku akan cerita dalam entri seterusnya.... hahaha... Penat woo.. nak menaip....

Sekian

Wassalam..

p/s : meiap 1 hal.. carik idea pon 1 hal...




READ MORE - Ragam Penyewa Part 3

Ragam Penyewa Part 2

Wednesday, October 17, 2012

Assalamualaikum....

Mata agak kuyu pagi ni sebab malam tadi balik rumah pukul 2 pagi.. Tapi badan rasa semangat je... huhu... Malam tadi jumpa client hartanah kat Sup UK Bangi... Sharing2 pasal hartanah dan juga kepentingan Takaful... bagus.. ada antara yg hadir dah pon ada takaful...
Apa yg aku perhatikan.. area Bangi ni dh pesat membangun.. kawasan2 tepi jalan utama dah naik kedai2... dulu masa aku praktikal tahun 1999... kiri kana jalan.. semak samun je... skrg ni .. meriah dengan kedai2... Patut la harga rumah kat sini dah tak larat nak kejar... huhuhu...



Lepas tu pulak.. aku ke BTHO untuk collect dokumen client Takaful sambil collect sekali dokumen dan info 1 unit flat yang nak dijual... Tak sempat lagi aku nak belek2 dokumen tu... kejap lagi kot... pastu dah boleh update dalam listing...

Ok.. kita sambung cerita semalam...

5hb Oktober.. Itu tarikh penyewa tu berjanji akan masukkan duit sewa bersama sewa2 tertunggak tu... emm.. lumayan....
Sampai je tarikh tu.. owner check akaun dia... dan.. tiada transaksi berlaku... owner call penyewa... tidak berjawab.... huhu... try sms... pon tidak berbalas.... owner bersabar lagi 1 hari....

Keesokannya.. owner call lagi.... tiada berjawab.... owner minta aku call pulak... aku pon cuba call..... 1st.. tak berjawab..... call kali kedua.... hp dah off.... emmm.... ni mesti kes penyewa lari ni....

Pada hari berikutnya.. owner sendiri pegi turun ke rumah tu.... dan dapati rumah terkunci dan ada orang kat dalam... dan orang tu tak mau buka pintu dengan alasan suami dia takde kat rumah... owner faham... dan terus cari rumah ketua blok...

Bila jumpa ketua blok.. baru lah tahu cerita sebenar... rupa2nya.. penyewa hari tu dah pon pindah awal bulan 10... huhuhu.... dan penyewa yg ada tu adalah penyewa yang baru masuk yg dibawa oleh kenalan penyewa lama....

Dan berita yg kurang best... bukan kurang best... tapi memang tak best..... penyewa lama tinggalkan tunggakan maintenance 11 bulan.... huhuhu...

Owner pon pergi semula ke rumah tersebut dan meminta no telefon dr penyewa baru tu... wife dia kasi...

Bila owner call... penyewa baru tu baru je masuk 4hb Okt.... hmmm.... dan disebabkan penyewa tu di luar kawasan... temujanji pon dibuat pada malam 9hb okt.....

Apa cerita yg ada dalam pertemuan tu???... haaaaaa..... Ada cerita yg lagi tak best......

Nak tau....??? Tunggu entri seterusnya.... hahaha.....

Sekian
Wassalam..

p/s: aku nak sambung buat proposal takaful pulak.....
READ MORE - Ragam Penyewa Part 2

Ragam Penyewa Part 1

Tuesday, October 16, 2012

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit pasal sharing2 info ni.... mesti kebanyakan korang berfikir macam ni..
' ala.. aku ni baru je dlm bidang ni... nak sharing pon.. benda2 basic.. benda yg org ramai dah tau'

Betul tak???... Aku pon dulu mcm tu... tapi cuba korang fikir balik.. masa korang mula2 dalam bidang hartanah dulu... apa yg korang tau??.. Banyak benda yg tak tau jugak kan... sama jugak dengan orang kat sekeliling korang tu... bukan semua yg tahu... dan ada yg tak tahu langsung...
Ada yg dalam pemikiran diorg yg rasa mmg tak layak langsung beli rumah.. tapi bila korang sharing2 info pasal hartanah ni.. sekurang2nya boleh kasi kesedaran pd org2 macam tu yg diorg pon boleh beli rumah jika betul tekniknya kan...

Kesimpulannya.. jangan la segan2 nak sharing info... tak kisah la otai ke.. newbie ke...
Tade syarat pon nak sharing2 ni... percayalah.. lagi banyak kita sharing... lagi banyak ilmu kita dapat...

Kali ni aku nak sharing sikit pasal kes kawan kita dengan flat sewaannya... cerita yg kurang best... ye la kan.. takkan cerita benda yg best je...

Kisah unit kat Selayang... Baru handover kunci Ramadhan lepas... Tapi member kita ni agak bz dan tak sempat lagi jumpa dengan penyewa sedia ada... sehingga lah lepas raya.. bulan 9 baru la sempat jumpa...
Penyewa yg dah berkeluarga.... Borak2 punya borak.. si penyewa kata.. dia masih belum bayar sewa bulan 8 n 9 kpd owner lama sebab owner lama suruh kasi pada owner baru...

Seronok la rasanya member kita ni... bincang punya bincang.. dapatlah naikkan sewa unit tu rm50 dr sewa dulu... bila ditanya pasal bil maintenance.. penyewa cakap mmg dia bayar setiap bulan.. tiada tunggakan...

Dan utk sewa bulan 8 n 9 tu.. penyewa akan bayar sekali dengan sewa bulan 10... Yo lah.. baru lepas raya katanya..

Jadi member kita ni pon setujulah... ye lah kan.. kita niat nak tolong orang dengan sediakan tempat berteduh.... lagi pon.. dlm 2 minggu je lg masa tu utk dptkan jumlah bayaran tu sume...

Hmmm.. letih pulak aku menaip... stop sampai sini dulu....
kalo nak tahu cerita seterusnya... tunggu entri seterusnya... hahaha... 
Jangan marah aaa... 

Sekian..
Wassalam..

p/s : hahaha.. antara strategi utk korang follow blog ni.... hahaha...



READ MORE - Ragam Penyewa Part 1

Dokumen Asas Permohonan Loan

Monday, October 15, 2012

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin untuk semua... mesti ada antara korang yg tersangkut dalam jammed pagi2 ni kan... jangan marah2.. jangan bad mood.... cuba korang senyum 5 saat.. sambil istigfar.... mesti lega rasanya... hilang stress... huhuh...

Ok la.. mcm pernah yg aku cakap.. kalo korang belek2 blog ni ... korang akan dapat faham flow pelaburan hartanah ni... dari setting target.. hingga lah korang beli rumah...

Tapi aku tau... tak sume korang rajin nak belek2... berapa ratus topik yg ada kat blog ni... letih tu nak belek2..



So.. kali ni .. disebabkan ramai pulak yg tanya aku kt FB.. berkenaan dokumen yg perlu untuk memohon loan rumah.... hmm.. mgkn korang rasa benda basic sangat kan... tapi sebenarnya ramai lagi yg tak tau dan tak ambil kisah benda ni... bila nak beli rumah.. baru la nak amek tahu... takpe.. aku faham kesibukan mereka... Ala.. benda2 ni bukan pakai selalu pon... betul tak...

Ok.. kat bawah ni aku senaraikan dokumen2 asas yg perlu ada...
1. Copy IC..
2. Slip Gaji.. 3 bulan terakhir..
3. Penyata Akaun gaji ( 3 bulan ) - Akaun tempat gaji korang masuk..
4. Penyata KWSP
5. EA Form
6. Surat Pengesahan Jawatan dari Majikan
7. SPA rumah yg korang nak beli ( yg lama-dptkan dr owner @ draft SPA )

Ingat... list kat atas ni adalah dokumen asas yg perlu ada.. kalo korang berniaga / ada income lain/ banyak komitmen/ dll... ada lagi dokumen2 sokongan yg perlu korang sediakan... nnti kita cerita dalam entri2 seterusnya...

Mesti nnti akan ada persoalan2 berbangkit... Nak hantar kt siapa?.. bank mana?.. Bank mana yg bnagus??.. Bank mana yg senang lulus?...

Semua tu akan diceritakan nanti... inshaAllah...

Ok la.. itu saja utk kali ni...

Shahbudin Basri
Wealth Planner - Prudential
Property Consultant - Gold Realty
019-3099990
FB - Bro Budin

READ MORE - Dokumen Asas Permohonan Loan

Hari untuk rehat....

Sunday, October 14, 2012

Assalamualaikum...

Dalam keadaan kesihatan yg agak kurang memuaskan... aku ambil keputusan untuk berehat je hari ni... kalo ada aktiviti pon.. kat sekitar area gombak je...



Malam tadi ada majlis kecil kt rumah.. meraikan hari ulangtahun mak mertua aku... adik beradik wife sume berkumpul kat rumah aku.... riuh rendah rumah dgn anak2 sedara aku... hahaha... happening2...

Sambil2 tu.. sempat explain pada abang ipar berkenaan Prudential Takaful.. dan dia setuju utk ambil untuk anak dia...

Dan dapat jugak offer utk jualkan 1 unit apartment kt Cheras... detail belom dapat lagi... harap dapat tolong orang jualkan rumah diorg...

Minggu depan nampaknya agak bz sikit.. ada beberapa kes apply loan nak kene handle.. ada yg nak refinance pon ada... sambil2 tu nak kene follow up balik 1 loan yg declined.. nak kene buat plan B utk application tu....

Nnti kalau ada masa terluang.. aku akan buatkan ruangan list rumah untuk dijual kat tepi blog ni... senang korang nak tengok listing yg ada.... mana la tau ada kawan2 atau sedara mara yg nak cari rumah...

Ok la... nak telan paracetamol dulu.....

Wassalam..
READ MORE - Hari untuk rehat....

Saturday, October 13, 2012

Assalamualaikum....

Dah lama aku tak update blog ni kan... sunyi sepi je... rasanya semenjak tamat Seminar hartanah yg lepas....

Alhamdulillah... berkat dr usaha peserta2... dah ada yg berjaya dapat deal yang bagus... nampaknya.. sume org dok target cashout lebih dr rm20k.... huhuhu
Masa aku mula2 dalam bidang ni dulu.. dapat rm10k tu rasanya dah best sangat dah... haha...

Ok la.. sebab ramai yg dok emel n PM aku kat FB utk aku menulis semula blog ni.... so.. aku akan cuba aktifkan semula....

Memandangkan agak bz sikit dgn kerjaya baru ni... mungkin agak kurang la aku turun TT... InshaAllah.. kalo berkesempatan.. aku turun jugak....

Skrg ni boleh katakan tiap2 hari aku balik lewat malam.. berjumpa dgn client... maklum la.. kebanyakan client2 aku ni free waktu malam je... so.. kene layan kan la...

Ok.. ini lebih kurang mukaddimah utk aku aktifkan semula blog ni.. doakan semoga aku dapat kongsikan info2 yg berguna kat sini selalu... dan kalo boleh.. jangan la korang dok baca je... komen2 la sikit...  bertambah seronok nak menulis kalo org lain rajin komen...  tad la mcm syok sendiri je.. hahaha...

Ok la... cukup utk kali ni... kalo nak tanya apa2.. boleh emel atau PM je aku kt FB terus.... FB : Bro Budin... Kalo berkesempatan.. aku akan balas....

Wassalam....
READ MORE -

SEMINAR PELABUR LUARBIASA

Monday, May 14, 2012

Assalamualaikum..

Berakhirnya Seminar Pelabur LuarBiasa semalam.... setelah 2 hari berkongsi ilmu dan info tentang hartanah. Juga teknik2 bagaimana menjana pendapatan dari hartanah...



Semangat Luarbiasa oleh peserta setelah selesai seminar semalam.... Ada peserta yg berjaya menjejak sebuah hartanah yang berpotensi untuk pelaburan dengan cashout melebihi rm30k.... Semoga berjaya...

Entri pendek je... badan agak lemau...

p/s: Sesiapa yang berminat nak ikut jejak langkah diorg... korang boleh emelkan Nama dan No telefon korang pada kuasahartanah@gmail.com... pihak KuasaHartanah Solution akan update aktivi2 terkini nanti..

READ MORE - SEMINAR PELABUR LUARBIASA

Istimewa untuk pembaca BLOG ni..!!

Thursday, April 5, 2012

Assalamualaikum...

Dalam minggu ni aku banyak terima call.. sms.. dan juga emel bertanyakan tentang Woksyop Kuasa Hartanah... Ada yang call dr luar Lenbah Klang.. Dan tanya bila nak buat di tempat mereka...

Buat masa ni.. Pihak KuasaHartanah masih lagi menumpukan kawasan Lembah Klang... tapi akan buat jugak kat luar kawasan.. cuma bukan masa terdekat...



Dan untuk sessi seterusnya.. boleh rujuk kat bawah ni.. :
Program : Woksyop Kuasa Hartanah
Tempat : Seksyen 6 Shah Alam
Tarikh : 15hb April 2012
Waktu : 9pg hingga 12 t.hari

Istimewa buat pembaca blog ni... Korang bole hadir secara PERCUMA!!!..

Cuma korang perlu daftarkan nama dgn cara2 kat bawah ni... Kalo korang tak daftar dan dtg walk-in.. aku tak jamin korang akan dapat tempat kalau penyertaan dah penuh..

SMS ke 0123423628/013-3790256
Nama-Emel-Lokasi-Blog
Cth: Polan-Polan@yahoo.com-Ampang-Blog
 Atau
Emel ke kuasahartanah2yahoo.com
Nama-No HP-Lokasi-Blog
Cth: Polan-012-3456789-Ampang-Blog
 Atau
Call Wan 012-3423628...

YANG PENTING KORANG MESTI CAKAP YANG KORANG TAHU DARI BLOG KUASAHARTANAH.... then baru dapat PERCUMA...

Ok la... itu je untuk kali ini...

Wassalam..

p/s: Jangan daftar kalo korang taknak datang tau... kasi peluang pada yg betul2 serius...
READ MORE - Istimewa untuk pembaca BLOG ni..!!

Mereka dah tahu!!.. Korang??

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum..

Sessi pertama 'Woksyop Kuasa Hartanah' telah pon diadakan pada 25hb Mac lepas... Alhamdulillah.. sambutan yang  baik dari peserta2...



Harap dengan pelaburan RM10 mereka tu.. dapat membuka minda tentang dunia pelaburan hartanah...
Masing2 dah pon kira apa yang mereka perlukan... dan bole ambil langkah2 untuk mencapai target mereka...

Minta maaf atas kekurangan masa wksyop tu... tekak aku tak sihat sangat.. mungkin banyak sangat makan kambing dan air sejuk sehari sebelum woksyop tu... maklum la.. ada kenduri kat rumah... Cuaca panas dan air ais adalah ramuan yg bagus utk mendapat sakit tekak.. huhuhu...

Untuk sessi seterusnya... lokasi mungkin berubah... dan pihak penganjur bercadang nak buat kat area Setapak/Bt caves/Gombak/Sentul.... lokasi telah pon dikenalpasti dan dalam proses rundingan...

Untuk memberi kelebihan pada peserta sessi pertama.... Untuk sessi kali ini.. yuran telah dinaikkan kepada rm20 untuk seorang... Yuran sebenar ialah rm50.. masih rendah lagi sebenarnya... dan sedikit kelebihan kepada yang bertindak segera...

10 org pertama yang mendaftar dan membuat pembayaran.. korang hanya perlu bayar RM10..

Sessi seterusnya dijadualkan pada 8HB APRIL 2012.. Waktu 9:30pg-12tgh hari... Sarapan pagi disediakan!!

Boleh daftar ikut langkah dibawah :
Cara Daftar :
SMS
WKH-Nama-Emel-Lokasi-Bil Peserta dan hantar ke 012-3423628
Cth : WKH-Polan-polan@yahoo.com-Sentul-1
@
Emel
WKH-Nama-No HP-Lokasi-Bil Peserta dan emel ke kuasahartanah@gmail.com
Cth : WKH-Polan-0123456789-Sentul-1

Bayaran Booking "SEAT" Boleh Dibuat Ke Akaun:-
CIMB
KUASAHARTANAH SOLUTION :1207-0000809-10-8

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Wan 012-3423628
 Sekian.. Wassalam..
p/s: Sila korbankan 3 jam pada tarikh tersebut... mungkin dapat mengubah hidup anda ...
 
READ MORE - Mereka dah tahu!!.. Korang??

Nak jadi tokey emas??

Thursday, March 22, 2012

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak kongsi peluang untuk menjadi Penjual/Tokey/Pengedar logam berharga iaitu Emas dan Perak.. Mesti korang tau kan.. Emas/Perak ni merupakan salah satu cara kita meyimpan selain dari simpan kat bank..

Kenapa perlu menyimpan dalam bentuk emas/perak??.. nanti kita kongsikan dalam entri yang lain..

Kepada korang yang dah untuk puluh2 ribu masa beli rumah tu... elok le bahagikan sebahagian pada emas/perak ni... 

Daftar segera kat sini --> Daftar Gold Silver Resources

Berbalik pada peluang menjadi pengedar emas/perak... Kalo korang tengok kat sebelah kanan tu.. aku dah letakkan button untuk mendaftar sama ada sebagai ahli biasa ( Free ) atau sebagai Pengedar (dealer).. Untuk kompeni apa???.. untuk Syarikat Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR).. Korang bole baca serba sedikit latar belakang kompeni ni di akhir entri ni nanti..



Mesti korang tertanya2 apa dia Free member dan juga Dealer.... ok... aku story sikit..
1. Free Member - Untuk pengetahuan korang.. segala urusan jualbeli mesti melalui online.. sesiapa yg berminat nak beli produk GSR mesti mendaftar sebagai Free Member.. dan korang akan bole buat order melalui ruangan order nnti... step2 pembayaran akan diterangkan kat situ nanti... harga produk yang korang nak beli boleh rujuk kat website.. Barang akan diposkan terus ke alamat korang nanti..

2. Dealer - Sama juga seperti Free member.. cuma Dealer akan mendapat diskaun harga dalam bentuk komisen yang akan diberi setiap bulan bergantung pada jumlah dan jenis pembelian... Sangat sesuai untuk korang2 yg nak berniaga emas/perak.. atau menyimpan sendiri secara konsisten... berikut adalah antara kelebihan2 sebagai dealer..

Hak Eklusif Pengedar GSR
PRODUK  BARANGAN  EMAS 916 & 999
-Keuntungan Jualan Emas 916     :  RM10 /gram
-Keuntungan Jualan Emas 999     : RM15/ gram
-Keuntungan Rangkaian Jualan    : RM1.50/gram
-Jualan Semula Syarikat                 : RM4.00/gram
-Keuntungan Belian Semula          : 14-15%
-Kos Penghantaran Produk Emas : Percuma
Memiliki Website Pengiklanan    : Percuma
 
PRODUK SILVER :
-Keuntungan Jualan                                   : 2-3 % Silver
-Keuntungan Rangkaian Jualan               : 0.6% – 1.00%
-Keuntungan Belian Semula Sehingga   : 16- 21%
-Kos Penghantaran Silver melebihi 1kg :  Percuma
Memiliki Website Pengiklanan              :  Percuma
Ok.. Itu ringkasan kepada yang berminat menjadi Dealer..
Berapa Yuran nak jadi  Dealer?? Yurannya ialah Rm1000 sahaja.. dan korang akan dapat kelebihan2 kat atas tadi... dan dengan bayaran rm1000 tu.. beberapa alatan bantuan pemasaran akan diberi.. antaranya :
1.Yuran Seumur Hidup
2.Kos Penghantaran PercumaEmas
3.Website Marketing Percuma
4.Kos Penghantaran Melebihi 1kg Percuma – Silver
5.1 Buku Resit Pembayaran
6.Flayer  GSR 100 pcs
7.Card Member GSR
8.Jaket GSR
9.Bussines Card 300 pcs
10.Khairat Kematian : RM500 ( 2 Tahun Pertama)
Ok lah... dan panjang lebar sangat... kepada korang yang berminat.. bole segera mendaftar dengan menekan butang kat sebelah kanan tu.. atau korang boleh lawat website ni --> Gold Silver Resources Sdn Bhd .. korang boleh scroll ke bawah dan akan nampak butang untuk mendaftar... korang juga boleh tengok produk2 yang ada dijual.. beserta harga...

Kalo korang malas nak daftar.. tetapi berminat nak beli produk2 tu... korang bole hubungi aku melalui info aku yg kat sebelah kiri atas tu... aku boleh orderkan untuk korang...

Mula lah menyimpan emas/perak walaupon sedikit...

Sekian..

PROFAIL SYARIKAT
Nama              : GOLD SILVER RESOURCES (M) SDN BHD
Singkatan       : GSR
Ditubuhkan   : 16 November 2011. 
TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT :
1.Mengeluar Pelbagai Produk Berasaskan Emas dan Perak
2.Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar SAH.
3.Memberi Pendidikan dan Kesedaran pentingnya menyimpan emas dan perak kepada rakyat Malaysia.
 
Ibu Pejabat:
Pusat Perniagaan Worldwide   
Jalan 13/50
Seksyen 13, 40675 Shah Alam Selangor






 
READ MORE - Nak jadi tokey emas??

Nak beli KLCC??

Wednesday, March 21, 2012

Assalamualaikum...

Kebanyakan soalan yang aku terima sama ada melalui sms atau emel.. adalah bertanyakan tentang LOKASI HOT hartanah... hhmmm... Mesti kebanyakan kita berfikiran begitu juga kan... Mesti nak buat pelaburan hartanah di kawasan yang pesat membangun....

Dan macam mana kalau aku jawab... "Nak tau lokasi HOT... hmm.. beli la kat kawasan Bukit Bintang atau sekitar KLCC..."...



Cemana??.. Korang nak ikut tak cakap aku??... huhu...

Apa pendapat korang ???
Bole komen kat bawah..

p/s: Sesiapa yang berminat nak sertai 'Woksyop kuasa Hartanah" ahad ni... masih ada beberapa kekosongan.. bole daftar ikut step kat bawah ni..
Tarikh : Ahad, 25/3/2012
Masa: 8.30 Pagi - 1.00 Ptg
Tempat: Bilik Seminar Bailtul Mukhtar (ict dot my) ,
5U-8, Pusat Daerah Sek 6, Jln Cenderawasih 6/7, Shah Alam.
Yuran: Rm 10.00 -( pelaburan rm10 yg mungkin membuka jalan ke arah pengukuhan kewangan anda.)
YURAN SEBENAR IALAH RM50 DAN AKAN DIKENAKAN UNTUK SESSI SETERUSNYA!!..

Pembayaran bleh di buat ke acc: CIMB KUASAHARTANAH
1207-0000809-10-8
Sila SMS -nama-email-jum.bayaran-masa bayaran- ke"012-3423628" selepas anda membuat bayaran
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Wan 012-3423628
READ MORE - Nak beli KLCC??

Sepatu baru untuk mu Si Hitam

Tuesday, March 20, 2012

Assalamualaikum...

Entri pendek je sebab dalam mood sedih lagi.... huhu..

Rim bling2 yg telah tobek digeget oleh lobang2 jalanan...
Kejadian ketika hening pagi buta dalam perjalanan Kelantan - KL.... dekat area Bukit 7... kawasan hutan woo...
Apa lagi terus keluarkan skill team F1 untuk tukar kepada tayar spare... dikala gerimis dalam tiada terang bulan... huhu..
Terima kasih pada sekumpulan anak muda yang berhenti dan memberikan pertolongan.....

Jadi selepas itu.. Bukit 7 - KL.. 80kmh je... maklum la tayar spare....
kat bawah ni hasilnya.....

Sepatu baru untuk Si Hitam... dari bling2.. ke JDM..
Ini saja untuk kali ni....

p/s: macam nak buat rumah je kat area tepi jalan kawasan hutan tu... buat homestay untuk orang2 yg mengalami kes seperti aku.. tapi takde tayar spare.... huhuhu...
READ MORE - Sepatu baru untuk mu Si Hitam

Senyum !!

Tuesday, March 13, 2012

Assalamualaikum...

Lega rasanya bila 2 lagi kes belian rumah Client Kuasahartanah dah selesai.. Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami...



Bila tengok muka client senyum je tengok cek atas nama diorang... sayu je hati aku... ye la.. seronok dapat beri khidmat pada orang ni... tambahan pulak client sangat puas hati... mana tak puas hatinya.. beli rumah... dapat duit... puluh2 ribu pulak tu... mesti la gumbira...

Cuma nasihat aku pada korang2 sume yg dah terima hasil tu... Gunakanlah hasil tu dengan betul... Aku pon dah beri cadangan pada korang.. apa nak buat dengan hasil tu.... korang fikir2 kan lah ye...

Sekarang ni list client yang berminat nak ambil full package KuasaHartanah dah bertambah... cuma seperti yang aku kasi tahu... buat masa sekarang ni.. aku hold dulu sebab nak tumpukan perhatian pada Woksyop Kuasa Hartanah yg akan diadakan hujung bulan ni... Harap kepada yg nak ambil full package tu dapat lah datang dulu woksyop ni... mungkin korang akan berubah fikiran utk lakukan sendiri pelaburan hartanah korang... Dan yang penting.. korang tahu apa objektif sebenar korang nak ceburi bidang ni.... bukan main ikut trend orang je...

Ok la.. berikut sekali lagi aku letakkan detail pasal Woksyop Kuasa Hartanah tu... Sila daftar.. RM10 je..
" Workshop Kuasa Hartanah "

Tempat : Bilik Seminar Baitul Mukhtar ( Ict Dot My )
5U-8, Pusat Daerah Seksyen 6,
Jalan Cenderawasih 6/7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tarikh : Ahad , 25 March 2012

Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Yuran : Rm 10.00 SAHAJA!!!!!!!!!!

Akaun Pembayaran CIMB Kuasahartanah : 1207-0000809-10-8

Selepas Anda Membuat Pembayaran Sila SMS :

Nama-Email-Jumlah Pembayaran-Masa Pembayaran- Ke "012-3423628"

* Sila berikan Email Anda..Kerana E-Tiket Kami Akan Emailkan Kepada Anda
*Keutamaan Diberikan Kepada Sesiapa Yg Telah Membuat Pembayaran Dahulu Dan Telah Membuat " Pre-Registration" Kepada Kami
READ MORE - Senyum !!

Pendaftaran Woksyop Kuasa Hartanah

Monday, March 12, 2012

" Workshop Kuasa Hartanah "

Tempat : Bilik Seminar Baitul Mukhtar ( Ict Dot My )
5U-8, Pusat Daerah Seksyen 6,
Jalan Cenderawasih 6/7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tarikh : Ahad , 25 March 2012

Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Yuran : Rm 10.00 SAHAJA!!!!!!!!!!

Akaun Pembayaran CIMB Kuasahartanah : 1207-0000809-10-8

Selepas Anda Membuat Pembayaran Sila SMS :

Nama-Email-Jumlah Pembayaran-Masa Pembayaran- Ke "012-3423628"

* Sila berikan Email Anda..Kerana E-Tiket Kami Akan Emailkan Kepada Anda
*Keutamaan Diberikan Kepada Sesiapa Yg Telah Membuat Pembayaran Dahulu Dan Telah Membuat " Pre-Registration" Kepada Kami

CEPAT!!!!!!! TEMPAT ADALAH TERHAD

Mulakan Langkah Anda Mendalami ELMU Hartanah Dengan Menghadiri Workshop Kami

ELMU Hartanah Adalah ELMU Utk Semua..Bukan Untuk Golongan Pelabur Sahaja

" BELI RUMAH DAPAT DUIT "
 
READ MORE - Pendaftaran Woksyop Kuasa Hartanah

10sec Car..

Friday, March 2, 2012

Tersebutlah kisah sebuah bengkel kereta diberi nama B.. Bercita2 untuk memodifikasi sebuah jentera VTEC yang mampu menamatkan 0-400m dibawah 10saat..



Maka bertungkus lumus lah pomen2 bengkel B tu buat kerja dan kajian bagaimana utk hasilkan jentera seperti yang diinginkan tu... berbulan2 masanya... bermacam2 formula digunakan... berpuluhribuan duit telah habis dilaburkan... berpuluh kali sudah jentera itu dimodifikasi.. tetapi tetap gagal..

Di atas kesabaran mereka.. akhirnya mereka berjaya menghasilkan jentera idaman itu berdasarkan pengalaman2 kegagalan mereka sebelum itu....

Dan untuk menghasilkan jentera ke 2 berprestasi yang sama... mereka hanya memerlukan masa yang singkat sahaja dengan meniru formula dari kereta pertama tadi...

Maka berduyun2 lah pemilik2 kereta bernadikan VTEC ke bengkel itu untuk menjadikan jentera mereka berprestasi seperti itu... dengan bayaran tertentu.. mereka dapat prestasi yg mereka mahukan.. tanpa perlu proses try n error lagi... yg mungkin akan menelan kos jauh lebih besar...

Tamat cerita...

Begitu lah juga dalam bidang lain... adalah lebih baik kita belajar atau ikut jalan dari orang2 yang telah berjaya.. tanpa perlu kita cuba2 sesuatu yang tidak pasti hasilnya...

Mungkin kita terpaksa untuk sediakan sedikit modal atau pengorbanan untuk dapatkan ilmu dari orang2 yg telah berjaya ini... tetapi ianya lebih baik daripada kita mencuba sesuatu yg kita tidak tahu....

Kepada yang nak layan Emas/Perak... belajarlah dari mereka yang telah berjaya dalam bidang Emas/Perak..
Yang mahu ke bidang Saham... rujuk pada pakar2 saham..

begitu juga pada bidang2 yang lain....

Janganlah untuk menjimatkan sedikit wang untuk pelajari bidang itu.... kita kehilangan lebih banyak wang....

Dan untuk korang yang nak ceburi bidang pelaburan hartanah.. boleh sertai Woksyop Kuasa Hartanah dengan membuat Pra-Pendaftaran di sini --->>  Woksyop Kuasa Hartanah
Mungkin dengan bayaran RM10 tu nanti.. korang dapat apa yang korang inginkan....

SMS WKH-Nama-Emel-Lokasi-Bil Peserta - Ke 012-3423628

atau Email Semua Butiran  Kepada kuasahartanah@gmail.com --->>a) Nama..  b)No HP..  c)Lokasi
READ MORE - 10sec Car..