Loan.. Low cost.. Kelas... projek baru...

Friday, July 30, 2010

Assalamualaikum..

Maaf.. skrg ni agak jarang aku menaip cerita2 baru... agak sibuk sikit... nak menaip ni nak kene ada feeling.. baru bole taip panjang2...

Dalam minggu ni tade la byk sangat progress yg aku buat... cuma nak settlekan pasal booking dgn ejen hartanah pasal rumah member aku kt Selayang tu... ye la.. duit booking baru semalam aku kasi pada ejen tu... dan aku kasi 1 set dokumen member aku tu utk apply loan kat bank kawan ejen tu.. RHB kot... aku mintak dia masuk maksimum value... aku cakap la yg aku dah check value dgn bank lain... bole up sampai 60k~65k...
Dia kata.".. oo ye ke.. tp kenapa owner nak jual murah je?".. aku biar je dia jawab soklan tu sendiri... yg penting dah booking dgn harga yg aku mintak... huhuhu...

Yg lain pulak... Officer dr Public Bank datang opis aku hari rabu lepas. aku submit 2 loan utk aku dgn Qila... utk aku.. aku masuk utk rumah kt Shah Alam... dan utk Qila aku submit utk rumah kt K.L... aku suruh officer tu masuk utk maksimum jugak..
AKu mintak rm120k utk rumah Shah Alam... dan 90k utk rumah kt KL... dan aku selitkan jugak kawan aku punya utk rumah kt Selayang.... Senyum je officer tu dpt 3 kes.. tak sia2 dtg opis aku...

dalam minggu ni jugak... aku pegi settlekan semua bil2 maintenance rumah2 aku... huhuhu... letih jugak memusing.... pastu pegi settlekan cukai2 yg patut... lega skit dah settle sume ni....

Skrg ni jugak aku tgh tunggu disburstment dr bank.. utk rumah Qila kt Dsara Damai... mmg lambat betol kes ni... sabo je la... gara2 tersilap amik lawyer.... mmg serik...
Skrg ni.. apa2 kes.. aku akan kasi pada lawyer yg aku biasa hantar je... keje pon cepat.....

Hujung minggu ni aku plan nak balik kampung kt Pahang... sebelum Ramadhan menjelma... dan plan nak mencekik durian kt dusun... huhuh.. ntah la jadi ke idak.. byk keje2 tertangguh lagi ni nak buat...

2 hari lepas... member Opis aku ada ceritakan pasal perihal pemilikan rumah kos rendah... dia dapat info dr pegawai di SUK... mmg ada beberapa syarat utk pemilikan ni... terima kasih Pok Am sebab sudi kongsi info... nnti aku tanyakan member2 aku mcm mana cara nak manipulate masalah ni... setiap masalah mesti ada penyelesaiannya... sesiapa yg rasa nak tahu pasal perihal ni.. nnti kita bole menom2 sambil borak2... akan aku sampaikan apa yg aku dpt dr Pok Am... atau Pok Am bole turun sekali... hehehe.... sekali sekala.. turun la Pok Am.. jgn segan2...

Untuk Wan dan Nizam... pasal projek baru tu... nnti kita plan betul2.. duduk semeja.. baru bole cerita dgn clear... kita kaji dulu pro n kontra nya....

Dan untuk yg bertanyakan pasal kelas coaching tu.. huhuhu.. bersabar dulu... aku tgh fikirkan cara yg lebih efektif lagi... memandangkan jadual aku yg agak padat skrg ni... agak payah nak buat kelas coaching yg mcm aku cakap hari tu... tapi aku tgh fikirkan cara lain.... bersabar ye...

Ok la.. itu je utk kali ni.... lain kali sambung lagi....

Wassalam..

ok la.. cukup dulu untuk kali ni...
READ MORE - Loan.. Low cost.. Kelas... projek baru...

Subsale... Subsale... Beli.. Beli..

Monday, July 26, 2010

Assalamualaikum..

Maaf dah lama tak menaip... agak sibuk 2 minggu lepas.... pagi ni aku rajin2kan diri aku untuk menaip... walaupon aku tatau nak taip apa... huhu...

Kali ni yg ada dalam kepala otak aku ialah cerita pasal progress aku hujung minggu lepas...

Petang Jumaat lepas.. ada la sempat aku menapis 3~4 listing rumah yg aku rasa berpotensi... setelah diambilkira beberapa aspek... cuma 2 appointment je yg aku buat... 1 rumah kt KL dan 1 lagi kt Shah Alam.. jauh tu... diluar kawasan jajahan tu... huhu.. takpe... disebabkan deal yg agak menarik.. aku redah juga... huhu..

Hari Sabtu... dalam pukul 10pg... owner rumah kt KL tu call aku... diorg dalam perjalanan ke rumah tu... aku pon set la pkl 11pg... Tepat pukul 11.. aku sampai ke flat tu... aku rempit je dgn vespa aku... Owner tu dtg dgn suami dan anak dia...

Aku tgk kawasan tu baru jugak... tapi pelik kenapa rumah tu pattern lama... rupa2nya rumah tu baru siap thn 2008... terbengkalai lama... tu pasal bangunan fesyen lama...
Cuma lokasinya mmg sgt menarik minat aku... sume kemudahan dekat.... kadar sewa pon menarik... owner pun setuju utk amik deposit rendah...
Ni gambar permandangan dr rumah tu...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Petangnya pulak aku henjut ke Shah Alam... terima kasih pada wanej8 sebab sudi turun padang dgn aku kali ni.... Tahniah juga pada dia sebab sebelah paginya dia dapat deal yg bagus kt Shah Alam jugak.... Rumah yg aku view tu kosong.. tade org duduk... owner baru je bersihkan dan cat baru... nmpak cantik la... mmg aku ebrkenan sangat.. cuma harga yg diorg kasi tu harga mati... tapi kalo ikutkan perkiraan awal.. mmg lulus la ciri2 yg aku nak... moga2.. berjaya la kali ni... mau try angkut kedua2 unit ni..
Ni pulak gambar unit kt Shah Alam tu..
Photobucket

WanEj8 = Model rumah subsale... hahaha
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Hari ahad pulak.. aku tak kemana2... duduk rumah je... keluarga wife aku berkumpul... ok la.. dapatla aku berehat sikit...

Tapi tgh fikir jugak pasal deal utk kawan aku.. unit kt Selayang dgn Dsara... huhu.. tak settle lagi hal negotiation... hadus... kene cargas ni... member2 lain pon tgh tunggu giliran jugak... tapi aku nak settle kan deal utk member aku ni dulu...

Ok la.. kepala tgh serabut bile kenangkan pasal deal2 ni.... aku nak prepare dokumen2 dulu... serabut... serabut...

Wassalam...
READ MORE - Subsale... Subsale... Beli.. Beli..

kadar BLR terkini..

Monday, July 19, 2010

Ini je yg terkini aku jumpa....


Photobucket
READ MORE - kadar BLR terkini..

Kenaikan Harga Petrol.. diesel.. Gula.. Gas LPG..

Friday, July 16, 2010







Harga Petrol , diesel, gula, gas LPG:

~ Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
~ Petrol RON 97 – RM2.10 seliter
~ Diesel – RM1.75 seliter.
~ Gula – RM1.90 sekilogram
~ Gas LPG – RM1.85 sekilogram





Harga Gas pulak :

~ Tong 14KG – dari RM24.50 ke RM25.90 (kenaikan RM1.40)
~ Tong 12KG – dari RM21.00 ke RM22.20 (kenaikan RM1.20)
~ Tong 10KG – dari RM17.50 ke RM18.50 (kenaikan RM1.00)


Ini Petikan Berita...

Business Times Online, 15 July, 2010

KUALA LUMPUR: The government has announced new prices for fuel, cooking gas and sugar, effective midnight.

The new price for RON 95 petrol will be RM1.85 per litre from RM1.80 per litre previously.

For RON 97, the new price starts at RM2.10 per litre, and will be reviewed monthly.

Diesel will be priced RM1.75 per litre from midnight.

For LPG (cooking gas), the new prices are RM18.50 for 10kg, RM22.20 for 12kg and RM25.90 for 14kg.

Sugar prices, meanwhile, have been increased to RM1.90 per kg from RM1.65 per kg.
READ MORE - Kenaikan Harga Petrol.. diesel.. Gula.. Gas LPG..

Minda Kaya vs Minda Miskin... Motivasi lagi..

Thursday, July 15, 2010

Artikel Pilihan: Minda Kaya vs Minda Miskin
Oleh: Irfan Khairi

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.


Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil


Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!"

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!

Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan
Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.


Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci


Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain


Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!


Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!
READ MORE - Minda Kaya vs Minda Miskin... Motivasi lagi..

BLR naik lagi.. .Adakah masa sesuai untuk membeli rumah..?

Assalamualaikum...

Selamat Hari Khamis.... huhu... disebabkan masa sekolah dulu.. subjek kegemaran aku adalah matematik... so.. hari ni kita belaja sikit matematik.. kita buat kira2...

Ok.. aku buat kira2 ni disebabkan ada yg tanya pada aku. " adakah tidak sesuai kita beli property ( di dlm blog ni pembelian property utk investment) pada keadaan BLR yg semakin meningkat..."... Mesti ada antara korang tertanya2... dan pasti ada yg risau...

Ok.. lagi info... mengikut sejarah kadar BLR di Malaysia dr tahun 1989 ~ 2009... Purata BLR adalah sekitar 8%... ( dlm 10 thn kebelakangan ini.. purata BLR 6.3%)...

Dan seperti yg kita sedia maklum.. utk pelaburan.. kadar sewa adalah 8%. 8% dari apa? aku dah pernah tulis pasal ni sebelum ni..
1. Bank Value
2. Loan Value
3. Purchase Value.
( Nak detail.. bole baca tajuk lepas2)

Bagi aku.. Tahap yg selamat adalah 8% dr Loan value... semestinya kalo dpt 8% dr bank value lagi bagus.....

Elakkan 8% dr purchase value.. kecuali dlm keadaan tertentu... ( nnti bila2 aku cerita)

Dan sekarang BLR sudah naik ke 6.3%... dan offer dr bank2 tempatan adalah sekitar -1.6.( selepas ni dipanggil nilai X ). Jadi perkiraan mudah... jumlah interest yg dikenakan sekarang adalah sekitar 4.7%. Betul tak?

so.. adakah sesuai beli rumah sekarang dgn nilai interest 4.7% ini? Dr segi kiraan mudah.. sudah tentu la jawapannya.. masih sesuai... interest 4.7%... berbanding kadar sewa 8%...

Ok.. lihat contoh pengiraan dibawah...

Cth 1.
Loan Value = RM100k
Loan Tenure = 30 thn
Loan Interest = 7%
Loan Monthly Installment = RM665
Rental Return ( 8% ) = RM666

Cth 2.
Loan Value = RM100k
Loan Tenure = 20 thn
Loan Interest = 5%
Loan Monthly Installment = RM660
Rental Return ( 8% ) = RM666

Cth 3.
Loan Value = RM60k
Loan Tenure = 30 thn
Loan Interest = 7%
Loan Monthly Installment = RM400
Rental Return ( 8% ) = RM400

Cth 4.
Loan Value = RM60k
Loan Tenure = 20 thn
Loan Interest = 5%
Loan Monthly Installment = RM396
Rental Return ( 8% ) = RM400

Dari contoh2 di atas... kita bole rumuskan :

Jika tempoh pinjaman 30thn, interest maksima yg still bole di cover adalah 7%....
Berbanding utk tempoh pinjaman 20thn... yg kadar interest maksima adalah 5%...

Jadi terpulang la pada korang.. sama ada mahu terus membeli rumah skrg atau tidak... pasti kan pilihan kira mengambil kira sume faktor...

Dari segi teknik yg kita gunakan utk beli rumah.. masih bole dimanipulasikan... nnti kalo kita kumpul2... kita cerita.....

Lupa nak kasi tau... bagi aku... sekarang ni masih sesuai untuk membeli rumah... huhuhu... korang cemana pula??..

Sekian..

p/s ; rental return dlm pengiraan diatas tidak mengambil kira kos2 lain seperti maintenance.. cukai2...
READ MORE - BLR naik lagi.. .Adakah masa sesuai untuk membeli rumah..?

Kadar baru BLR baru...

Tuesday, July 13, 2010

Assalamualaikum...

kadar BLR baru bagi Bank2... kenaikan 0.25%... kebanyakan berkuatkuasa pd 13hb Julai 2010...

Photobucket
READ MORE - Kadar baru BLR baru...

Rumah Kos Rendah...

Assalamualaikum....

Jumpa lagi kali ni.... minggu ni agak sibuk jugak la... sebab semester baru dah bukak.. so.. berduyun2 la student berlegar2 mencari kelas.... huhuhu....

Nak cerita pasal hujung minggu lepas.... hari sabtu Qila dpt jemputan dr Mak saudaranya di Pudu... katanya ada hal... ada kumpul2 kt rumah dia... aku agak mesti ada talk pasal MLM atau seumpamanya...

Nak tak nak.. aku layan je la.. hantar qila pegi... sampai je.. aku tak masuk rumah... aku lepak kat kedai abg ipar aku... Qila je yg naik ....

Lepas 1 jam.. baru aku naik... betul sangkaan aku... mmg talk MLM... Score A... hmm... muda lagi tgk budak yg kasi talk tu... dan katanya... kereta Accord baru yg aku tgk kt parking masa sampai tu.. dia yg punya... mmg dia berjaya la buat Score A tu... tahniah pada dia...

pkl 5.. aku ajak Qila balik.. ada hal lain nak buat... talk tu tak abis pon lagi... huhuhu... aku bukan tak suka MLM.. tapi aku rasa aku ni tak sesuai utk MLM... dulu2 mcm2 dah aku join... cukup la....

Hari Ahadnya pulak... aku merempit pegi view rumah.... 1st.. aku pegi view kt area Bt. Caves... low cost jugak... huhuh... jumpa dgn owner... penyewa pon ada kt rumah... rumah nmpk ok je... tingkat 3... masa aku tanya dlm tepon.. owner kata sewa rm450... tp bila tanya depan penyewa tu.. dia kata rm370... huhu... area tu kadar sewa sekitar rm400... harga jual ok la... cuma bila aku mintak SnP.. dia kata tak jumpa... tgh cari lagi... uhu... takpe la.. aku cakap dah jumpa nnti bole emelkan je...

lepas tu aku merempit ke Selayang pulak... rumah ni aku dah tanya bank.. value dlm rm65k... harga bukak rumah ni mmg best.... cuma rumah ni tingkat atas sekali.. tingkat 4... ada penyewa rm350... rumah mmg cantik... unit tepi skali... kawasan pon ok... tepi petronas.. bus stop pon dekat... kedai2 pon dekat jugak... area pasar borong je...

Ni aku deal dgn ejen... aku suruh ejen tu fax kan Snp rumah tu... nak tgk detail dulu... huhu.. lepas tu balik rumah.... cadangnya... petang tu nak pegi Flora.. nak pasang tombol pintu... tapi penyewa pulak keje... wife dia je ada... risau aku nak pegi... nak ajak Qila... Qila pulak kluar dgn kakak dia..... so.. tangguh minggu seterusnya...

Dan semalam.. aku ada YM dgn Nizam... dia cerita pasal hal pemilikan rumah kos rendah... katanya lawyer ada kasi tau pasal prosidur yg dikuatkuasa utk pembelian rumah kos rendah... aku tak pasti lagi detailnya...

Nnti aku try cari maklumat pasal hal ni... mmg tak best kalo benda ni betul... uhuhu...

ok la... cukup utk kali ni....

Wassalam..
READ MORE - Rumah Kos Rendah...

OPR Naik lagi.... 2.75%

Friday, July 9, 2010

Assalamualaikum...

Sehari dua ni banyak cerita pasal kemelesetan ekonomi gelombang kedua akan berlaku... ada yg menyatakan Malaysia takkan kene efek ni... dan ada yg kata Malaysia akan kene jugak... Tun Mahathir pon berpendapat kemelesetan berganda ni akan berlaku di Malaysia...

Bank Negara dah umumkan kenaikan 2.75% OPR... dan tak mustahil... BLR juga akan ikut naik...
So.. bagi sesapa yg ada guna teknik2 manipulasi kemudahan kewangan... hati2 la... pastikan kenaikan ni tidak akan menjadi beban yg berat....

Petikan dr NST

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia has decided to raise the overnight policy rate (OPR) by 25 basis points to 2.75 per cent.

The floor and ceiling rates of the OPR corridor are correspondingly raised to 2.50 per cent and 3.00 per cent respectively, the central bank said in a statement today.

"The Monetary Policy Committee considers the new level of the OPR to be appropriate and consistent with the current assessment of the growth and inflation prospects," Bank Negara said.


"The stance of monetary policy continues to remain accommodative and supportive of economic growth," it said.

Bank Negara said global recovery had continued in the second quarter, supported by robust and broad-based growth in most emerging economies, in particular Asia, and a moderate recovery in the advanced economies.

"Nevertheless, volatility in the international financial markets has increased following concerns over the ongoing sovereign debt crisis in several advanced economies," it said.


"These developments have raised uncertainties on the potential impact on the international financial system and the global economic activity. Going forward, while the assessment is for the global recovery to continue, there is increased risk that the global growth momentum could moderate."

On the domestic economy, Bank Negara said recent trends in industrial production, financing activity, labour market conditions and external trade indicated that economic activity had remained robust in the second quarter.

"Going forward, while external developments may result in some moderation in the pace of growth, the domestic economy is expected to remain strong with continued improvements in private consumption and investment, and augmented by public investment spending," it said.


"Domestic inflation recorded modest increases in April and May, mostly on account of supply factors. Prices are expected to rise at a gradual pace in the coming months, in line with the continued improvement in domestic economic conditions and taking into account possible adjustments in administered prices."

Overall, inflation is, however, expected to remain moderate going into 2011, the central bank said. - Bernama

Read more: OPR up 25 basis points to 2.75pc http://www.nst.com.my/nst/articles/OPRup25basispointsto2_75pc/Article/#ixzz0t8zXjkd7
s
READ MORE - OPR Naik lagi.... 2.75%

Pulau Perhentian

Assalamualaikum...

Off topic.... Cuma nak upload gambar2 kt Pulau Perhentian.... Tak byk amik gambar... gambar lebih kurang aje....

layanzz....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
READ MORE - Pulau Perhentian

Terima Kasih...

Thursday, July 8, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak ucapkan terima kasih pada yg sudi datang malam tadi... walaupon hujan, korang masih sudi datang untuk kongsi2 maklumat... terima kasih pada Wan.. nizam.. anas.. Anuar...

Info yg kita sembang2 malam tadi amat berguna... taerima kasih sekali lagi sebab sudi share... ada yg kasi no contact valuer... ada yg kasi no contact officer bank... ada yg kasi no contact lawyer yg bagus....

Dan malam tadi pon kitaorang ada bincangkan pasal area2 property yg berpotensi... perbincangan tendang arah dan sudut pembangunan kawasan2 tertentu... bincang pasal area2 yg bakal naik dan kongsi2 info pasal market value dan rental return dia kawasan2 tertentu...

serba sedikit... kita dah bole agak kawasan mana yg kita bole beli sekarang... dan di mana kawasan yg tidak sesuai walaupon kawasan tu pesat membangun... aku pon dah terangkan serba sedikit pasal kawasan2 yg bole mendapat untung yg agak tinggi bagi sesapa yg nak kumpul modal di peringkat awal....

ada juga dibincangkan tentang teknik2 negotiation... mcm mana nak dapatkan harga yg kita mahu.... dn byk lagi....

bagi yg baru nak start... mungkin agak blur malam tadi... jangan risau... kelas asas property investment ni... akan berlangsung dalam masa terdekat....

dan bagi yg tak dapat hadir malam tadi.... no problem... ada masa.. kita kumpul lagi...

ok la... setakat ini dulu...

Wassalam...
READ MORE - Terima Kasih...

TT malam ni!!!

Wednesday, July 7, 2010

Assalamualaikum...

Apa2 pon.. aku update dulu... malam ni ada sessi menom2.. sesapa rasa ada soalan2 atau rasa nak menceburi bidang hartanah ni... bole le turun malam ni... tempat macam biasa...
Tarikh : 7 Julai 2010
Masa : 8:30pm
Tempat : Restoran Taqwa, Tmn Gombak Ria ( dekat2 dgn Tmn melewar)

jadi.. sesapa yg ada masa terluang.. bole le turun malam ni... kita kongsi2 cerita... bila kerja berkumpulan ni.. baru syok.. semangat lain macam sikit berbanding keje sorang2...

Ok la.. kita cerita lain pulak.. cerita property investment kita simpan malam ni..

Minggu lepas Jumaat malam... aku bertolak ke Pulau perhentian.. ikut program tempat keje aku... naik bas.. Qila dgn Eby ikut sekali... ok la... cuma badan agak letih skit.. maklum la perjalanan jauh...
snorkeling pon idak... cuma sekejap je mandi pantai... lepas tu mandi kolam renang je... maklum la.. eby tu penakut skit... tanak mandi laut...

Balik ke KL.. pkl 2:30 pagi baru sampai.. lewat skit... ada sebijik Bas rosak... huhuu...

masa kt Pulau tu.. bertalu2 sms masuk.. ramai yg tanyakan soalan... maaf la.. aku bukan tanak balas.. cuma coverage kt sana tak kuat... so.. soalan2 tu kita diskas2 malam ni....

Malam tadi pulak.. ada penyewa baru masuk ke unit aku kt Flora... yg lama dah kluar... dpt sewa rumah teres kt puchong.. dah cukup kawan2 katanya nak menyewa teres... no problem.. lagi pon dah dekat 3 tahun diorg menyewa dgn aku...payment pon cantik.. rumah pon still ok...

Penyewa malam tadi pon ok.. duit deposit awal2 dah masukkan ke akaun aku... kerja pon kt sekitar Damansara je... Suami isteri dan ada anak sorang....

Hujung minggu ni.. aku nak view sabijik rumah kt area Gombak ni jugak.. Harga dan rental rate macam dah ok... cuma nak diskas perkara2 penting dgn owner je... kalo setuju.. kira ON...

Ok la.. cukup utk kali ni...

Jumpa malam nanti..

Wassalam..
READ MORE - TT malam ni!!!

Public Mutual Unit Trust

Friday, July 2, 2010

 Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalam Skim Unit Amanah Public Mutual, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya.
Telefon : 019-3099990
Emel : shahbudin@shahbudin.com

 Berikut adalah 3 funds utama yang menjadi pilihan aku untuk clients aku..
1. Public Islamic Sector Select Fund
2. Public Islamic Optimal Growth Fund
3. Public Islamic Equity Fund.

Dan berikut adalah carta 1 tahun bermula 11/1/2010 hingga 10/1/2011.



Dipetik dr site BJ...


Tentu ramai di antara kita yang mempunyai persepsi berbeza mengenai Unit Amanah , ada yang telah berpuashati tak kurang juga yang terasa tertipu dek kerana nilai yang di laburkan ternyata menunjukkan angka negatif.

Sebenarnya isu-isu sebegini memang sudah kerap sangat berdesing di telinga pakcik , kadang pakcik langsung tak salahkan pelabur, cuma terkilan dengan perunding yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Oleh itu pakcik menyeru la kepada semua pelabur supaya tidak mudah melatah apabila mengalami kerugian. Cuba perhatikan beberapa soalan di bawah ini. Andainya jawapannya tidak berpihak kepada anda maka langkah drastik diperlukan di sini. Apakah langkah drastik itu? , nanti dulu….

Apakah Objektif kita membuat pelaburan?

Sebenarnya objektif sangat penting sebelum kita memulakan pelan perancangan pelaburan kita. Sudah pasti perancangan 3 hingga 5 tahun dan seterusnya di perlukan di sini. Bermaksud pelan pelaburan di perlukan di Unit Amanah sepert Pelan Persaraan , Pelan Pendidikan Anak , Pelan bagi menyediakan dana bagi menghadapi kegawatan akan datang dan lain-lain lagi perancangan jangka masa sederhana ke panjang.

Objektif inila yang perlu kita semai sebelum kita membuat pelaburan kerana produk anda yang tentukan Unit Amanah hanyalah platform atau vehicle bagi merealisasikan objektif anda itu.

Pendek kata , ini adalah satu platform utk menyimpan duit dan bukannya utk menjana keuntungan segera!!!!!.

Sebab itu ada masa kita terdengar teriakan yang mengatakan “ Ala tak bagus la company ni…aku dah setahun masuk tak de untung” atau “penipu besar la company tu , kata dialah yang terbaik tapi smp sekarang aku rugi”

Sebagai Perunding Unit Amanah , pakcik bukan la nak mempertahankan atau menegakkan benang yang basah , cuma pakcik perlu memperbetulkan beberapa perkara yang pakcik rasa berlakunya “miss understanding” di sini. Di sini la mind set kita perlu di tukar.

Berbalik kepada komplen-komplen di atas. Kemungkinan besar mengapa keuntungan belum mampu di jana adalah kerana anda membeli semasa pasaran berada di kemuncaknya dan nilai seunit berada di tahap yang tinggi dan belum pun sempat ia mampu memberikan pulangan , kejatuhan harga seunit pula berlaku ekoran dari berlakunya kegawatan atau pasaran merundum.

Usah panik !!! , anda perlulah berbalik kepada objektif anda. Kerugian hanya di atas kertas “paperloss” lebih-lebih lagi usia pelaburan anda baru setahun jagung. Seharusnya di saat kejatuhan ini la anda mengambil peluang dengan membuat penambahan terutamanya bagi mereka yang merancang utk pelan persaraan atau pendidikan anak.

Dan yang paling penting seharusnya anda meyakini akan syarikat-syarikat gergasi yang terlibat didalam transaksi perniagaan anda , cuba semak portfolio pelaburan anda atau semak dimanakah duit anda di laburkan. Bukan satu atau dua syarikat bukan? , pastinya mereka bukan calang-calang ? apatah lagi sekiranya anda memilih pelaburan islamik , bagi pakcik ianya adalah lebih terjamin.

Untuk itu pastinya anda sudah mengetahui akan langkah drastik yang perlu anda ambil bukan?
READ MORE - Public Mutual Unit Trust