Sana.. sini....

Monday, June 28, 2010

Assalamualaikum....

Badan rasa letih hari ni.... hujung minggu lepas agak byk kerja yg aku buat... dan ada bernda yg aku tak sempat buat.... cadangnya hari Sabtu pagi nk pegi kompleks mutiara kt Jln ipoh.... tapi mertua aku mintak tolong aku buatkan piping utk penapis air baru dia.... dia beli Bio Aura... layankan aje....

Siap buat piping pon dah nak dekat pukul 11... pkl 2 pulak aku ada kelas Unit Trust kt Bukit Tinggi Klang... huu.. jauh jugak woo.... aku turun dr rumah pkl 1.. smpi sana dah nak dekat pkl 3... sangkut jammed 2~3 tempat.... disamping pegi kelas tu... aku bawakkan skali spare part kete... ada buyer yg nak amik kt sana... bole la duit sikit...

Kelas yg aku pegi ni... ada 8 modul... ni modul yg ke-2.. sebab yg pertama aku tak dpt pegi... kelas kali ni berkisar tentang mindset... aku mmg suka kelas2 mcm ni.... tak ramai yg datang... dlm 5 org peserta je... dan tetiba pulak cikgunya suruh setiap org present plan memasing dlm Unit Trust.... yg dtg sessi lepas ok la.. sebab mmg dah diberitahu... yg aku baru join ni... main belasah je la present... sebenarnya... cikgu tu cuma nak tgk cara kitaorg bercakap kt depan... huhuhu... mcm2 gelagat yg timbul....

Balik dr kelas tu... aku singgah Shah Alam... rumah bujang aku dulu... memandangkan nak singgah semayang maghrib.... nasib baik member2 aku ada.... bole la tumpang solat .... lepas solat ada yg bukak mulut tanya pasal takaful... aku pon layan la... dapat la closed deal sorang.... ada sorang lagi yg mcm berminat... takpe... net time aku dtg aku cerita kt dia lagi.... untuk Unit Trust pulak... mmg le diorg berminat... tapi sume tak layak utk keluarkan EPF... huhuu....

Dismaping tu.. aku cerita jugak pasal property.... huhu... mmg bersemnagat diorg dgr cerita property ni... haha... sedar tak sedar dh nak dekat pkl 10mlm... aku pon cakap.. nnti kalo nak tahu pasal property... dtg la kelas pertama aku...

Aku smpi rumah pkl 11mlm... badan dah lesu.... layan bola jap... then tido....

Hari ahad pulak... bagun pagi2 je... tgk Qila demam lagi... so tade la apa2 kerja aku buat.. sbb plan nak kluar bawak Qila dn Eby jalan2.... memandangkan Qila blom sihat.. so duduk rumah je dulu... dan ada pulak call nak view rumah kt Flora... sebab hujung bulan ni penyewa aku tu nak kluar... aku suruh je dia terus pegi ke rumah tu... sbb penyewa aku tu masih ada lagi... bole tgk2 rumah... kalo jadi sewa bole deal nnti... dlm pkl 12.. dia call.. yg jadi nak sewa.. masuk mggu depan lepas rumah dah kosong...

Dlm pkl 3.. aku kene pegi Puchong pulak... Qila dah janji dgn seller Elken Water Filter... nak amik barang pkl 4... nasib baik Qila dah nampak sihat... terus je le kitaorg pegi sana... Qila beli Elken Bio Pure ken2... huhuhu... nmpknya... keje buat piping lagi la aku... tapi aku suka water filter ni sebab dia ada air panas dan air normal... so.. tak payah nak masak2 air lagi dah...

Lepas amik barang tu... kitaorg terus menuju ke 1Utama... saja jalan2 situ pulak... lagi pon mmg nak beli barang2 yg mertua aku pesan.... bole tahan ramai org.... pusing punya pusing... barang yg mertua aku pesan habis pulak.... kitaorg pon balik... dan singgah pulak kt Giant Bt caves.. nak beli barang2 utk pasang water filter dan branag yg dah abis kt Jusco 1Utama tadi...

Tgh tunggu Qila bayar barang... aku tgk2 ruangan jual kereta... aku pegi bhgn Honda... hahhaa... test2 duduk dlm Honda Stream baru tu.. model RSZ... best jugak... harga on the road rm158k... huhu... baik aku beli rumah... bole dpt untung... beli menatang ni... harga jatuh.... lagi pon.. aku tk perlu pon beli MPV lagi... nnti2 je la... bila ada duit terlebih nnti... tu pon kalo ada....

Smpi rumah dlam pkl 8 mlm... lepas semayang .. aku terus pasang Elken tu... nasib baik senang je pasangnya... dlm pkl 10.. world cup start.. dah bole merasa air elken tu.... huhuhu.... team pilihan aku blom main lagi... hahaha....

LEpas habis bola... terus tido... dah letih... huhuu.....

cukup utk kali ni...

Wassalam...


Lepas kelas Unit Trust....
READ MORE - Sana.. sini....

OD - ASB Individu Dimansuhkan ????

Thursday, June 24, 2010

Dipetik dr geng overdraft dlm FB...

Tidak pasti sejauh mana kesahihannya.....


"berita buruk!!!!

aku dah cek di RHB bank dan aku sendiri dah tgk surat dari PNB bertarikh 22/6/2010 yang di emailkan ke officer RHB tu...

start 1 julai 2010 OD individu tidak ada lagi..boleh aplly tp individu tu ada syarikat TUNGGAL bukan kongsi..

so saper2 nak buat baik cepat,sama ada diorg terima atau tidak kena push officer tu..
kat tempat aku dah 'tutup kedai' tak nak buat..aku ingat sebelah KL boleh cuba

aku ada tanya juga klu buat daftar niaga SSM boleh aplly ker? officer tu kata plak dia tak buat OD tuk syarikat klu individu dia buat.

so siapakah yg boleh buat OD tuk syarikat dia tak pasti rasanya semua OD melalui Individu sebelum nie..so dia akan dapatkan maklumat lanjut dari HQ RHB pasal polisi baru nie..

so camner nak mintak PNB bubar balik benda nie..sama2lah kita tulis surat ramai2
katakan kita tidak setuju SIJIL ASB di sekat sehingga tidak boleh buat OD
klu aku sorang yg buat memang tak jalan so..kengkawan marilah ramai2 kita buat surat dan buatlah ayat camner pun janji fokus utama kita tidak setuju

Amanah Saham Nasional Berhad
Kaunter Utama Kuala Lumpur
Tingkat 1 Balai PNB
201 A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Phone: 03-2050 5500
Fax: 03-21618852
READ MORE - OD - ASB Individu Dimansuhkan ????

Cerita lagi..

Wednesday, June 23, 2010

assalamualaikum...

aku jumpa tulisan ni kt blog Kumas...

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”



Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!



Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.



Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?



Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….



“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”



“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”



(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara )



Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!



Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….



“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”



“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”



Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.



Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”



(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).



Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”



Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.



Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.



Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.



Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.



Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.



Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.



Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.



Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.



(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali)
READ MORE - Cerita lagi..

Property Investment Minitalk - Terkini

Assalamualaikum...

Sesiapa rasa berminat nak pegi seminar 1 hari ni... bole contact aku...
Hari sabtu ni....

banyak info yg korang bole dapat.... tapi.. kene bayar skit la tu....

property minitalk
READ MORE - Property Investment Minitalk - Terkini

Credit Card : Public Bank Balance Transfer ; 1.5% upfront for 12 mth Plan

Tuesday, June 22, 2010

Ini sesuai utk sesapa yg ada ada sejumlah duit.. tapi takmo settlekan baki kad kredit sekaligus utk tujuan menggunakan sejumlah duit tu utk dijanakan.. dilaburkan.. atau apa2 lah...


Apply for a PB Credit Card today and enjoy, RM60 Guaranteed CASH BACK for new Principal Cardholder.

* No processing fee
* NO other banks’ statements
* MORE savings & MORE flexibility

Plan A : No interest will be chargeable on the Approved Transfer Amount, 0% for 6-month instalment plan.

Plan B & C : A ONE-TIME interest charge of 1.5% for 12-month instalment plan and 5% for 24-month instalment plan on the Approved Transfer Amount will be charged upfront upon the posting date of approved balance transaction.

Terms and conditions apply. Make sure you read the T&C.

For more detailed info, please visit http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/cards/bt.html

READ MORE - Credit Card : Public Bank Balance Transfer ; 1.5% upfront for 12 mth Plan

Jalan2 tengok rumah...

Monday, June 21, 2010

Assalamualaikum...

Berlalunya cuti 2 hari.... agak penat jugak... maklum la.... adik ipar bertunang kt rumah... nak kene kemas2 rumah le.... huhu..

sebenarnya byk perkara yg kene buat hari Sabtu lepas... tapi sume aku kene kansel kan... ye la kan... takkan nak tinggalkan majlis kt umah pulak... cari duit mmg la carik duit... tapi keluarga mesti diutamakan..

Pada hari yg sama sepatutnya... aku kene hadir kursus wajib takaful... tapi aku dah mintak ke tarikh lain.... yg ke2.. ada talk motivasi dr upline Unit Trust aku.... pon aku tk pegi,... yg ke 3.. ada permintaan dr Freemen utk jadi crew talk diorg kt PJ... pon aku tk dpt pegi... letih sgt lepas majlis tu....

Yg sempatnya cuma aku dpt view rumah kt Sunway... tu pon sebab appointment tu pkl 6 ptg... aku rempit je sebab bateri kete aku kong.... dan nak dijadikan cerita... minyak motor pulak abis lepas Tol NPE kt Kg Lindungan tu.... huhu.. betolak aku dekat 500meter... nasib baik ada sorang mamat motor baik hati tolong tolak...

Sampai je kt lokasi... owner rumah dah tunggu... rupanya ejen tu arrange utk jumpa terus dgn tuan rumah... ye le.. sebelum aku datang tu... dan ada sorang amoi Cina tgk... takpe la... aku tgk rumah tu... parking dpt sorang satu... rumah mmg cantik... luas jugak... kata tuan rumah 892sqft... tapi aku rasa tak sampai... dlm 850sqft je... SnP pulak owner tu tak bawak.... siap tgk rumah tu... aku dgn ejen tu pon turun bawah... takmo la ganggu tenant tu hari2 cuti mcm ni...

aku lepak dgn ejen tu kt parking je... borak2... kira bagus jugak la... ejen ni... nak tolong aku dptkan harga rendah... sebab aku explain kt dia yg aku ni investor... dan aku pon cakap semua yg aku nak.... dia kata no problem... ntah la... mgkn saja dia nak jaga hati aku kot... tp... dia pon tension jugak... sebab baru masa tu yg owner kasi tau yg rumah tu Bumi lot... huhu... takpe la... aku tunggu je berita dr ejen ni...

hari sabtu pulak.. awal2 lagi aku dh pegi cari kedai spare part... mau beli bateri... haha... sebab petangnya aku ada appointment dgn owner rumah kt Setapak... nak view rumah dia... aku pon pelik la.. knp la diorg ni nak jual rumah... nak guna duit?... ala.. rumah tu pon mmg dah bole buat duit tanpa jual.... penyewa pon dah ada bayar bulan2.... isk22....

Kali ni aku deal dgn owner berbangsa Singh... rumah aku tgk ok la.. stended rumah low cost... tapi rumah ni view cantik... tingkat tinggi.. view bandar KL tu.. ada balkoni.... angin bukan main kuat... rumah pon dijaga elok oleh penyewa dia...

Harga yg owner kasik pon agak menarik... cuma bila aku cerita pasal loan... dia tk setuju... huhu.. apa da..... dia kata takut ada problem masa depan... isk2... tak best betul.. takpe... kita carik yg lain... hahhaa...

Lepas tgk rumah tu... Aku sekeluarga pegi ke pizza.... Qila nak blanje makan Pizza... sempena Hari Bapa.. tq my love.... I love u so much... huhu...

Ok la... itu je utk kali ni... nak survey rumah lagi... huhu...


Ni gambar rumah kt Setapak... gambar rumah kt Sunway lupa nak amik...



Lorong rumah yg agak luas....



Permandangan dari balkoni...



Qila dan Eby masa kt Pizza Hut...
READ MORE - Jalan2 tengok rumah...

Survey... Turun Padang...

Wednesday, June 16, 2010

Assalamualaikum...

Nampaknya.. masing2 tgh bz cari rumah.... mudah.com dah jadi berat.... hahaha...
bagus2... itu yg kita mahu... terus mencari.. smpi le jumpa... dah jumpa... pon kene cari lagi... hahaha....

Dalam list aku skrg ada 2 buah rumah yg berpotensi... nak view dlm mggu ni jugak....
Kalo deal cantik.. bole angkut 2-2 skali.... huhu...

rasa mcm seronok pulak bila dah start shopping rumah semula.... mcm nak beli sume rumah2 yg kt iklan tu... hahha... tapi apakan daya.. gaji kecik... so.. kene pilih2 la jugak....

Kepada korang sume... selamat mensurvey rumah... byk aku tgk rumah2 yg ada potensi kt mudah.com tu... cuma bukan area aku je.... rajin2 la korang study area korang....

Ok..

wassalam...
READ MORE - Survey... Turun Padang...

Target !!!

Tuesday, June 15, 2010

Assalamualaikum...

Kembali bertemu.... tade apa yg nak aku tulis kali ni.... sekadar isi masa boring dan mood menulis yg ada ni....

Macam mana pencarian rumah korang?... ada yg masih mencari... ada yg dah dapat... ada yg tgh apply loan.... ada yg dah lulus loan.... bagus2... teruskan usaha korang...

bagi yg dah berjaya tu... jgn duduk diam plk.... cari la rumah lagi.... takkan seketul aje kot... hahaha...

apa2 pon.. aku skrg ni pon tgh mencari2 rumah yg sesuai aku nak beli.... dan semestinya.. beli secara FREE la.... kalo ada untung.. lagi bagus.... dan dah ada pon seketul utk aku view hujung minggu ni... mcm menarik je... open price pon menarik... rental pon menarik... huhuhu....
cuma nak cari 2~3 bijik lagi utk view hujung mggu ni... baru la berbaloi turun padang.... huhu.. target utk tahun ni tk dpt lagi ni.... dah pertengahan tahun dah... tinggal tk sampai 6 bulan je lagi...
ntah sempat ke idak.... harap2 dpt la target aku tu... nak kene kerja keras skit...

korang pulak mcm mana?... apa korang punya target utk tahun ni? mesti letak target... baru ada usaha ke arah tu.... target pulak... munasabah le skit... jgn pelik2.... dan bagi yg dah capai target tu... apa salahnya buat lebih sket... kira bonus la tu... hahaha... cepat dpt target... cepat la dpt financial freedom....

Ok.. selamat ber'property"...

Wassalam...
READ MORE - Target !!!

CCRIS

Friday, June 11, 2010

Dipetik dr B-H site...

FAQ (Frequently Asked Question) about CCRIS.

Q : My name is in CCRIS. What it’s mean?
A : Actually everyone who has loan with bank has their name in CCRIS. Regardless your payment record is good or not. So what bank will check in CCRIS is your payment history. Any overdue payment on your record.

Example of Good record:


Example of Bad record:



Based on my experience applying loan from 5 banks, bank definitely will check our CCRIS’s status together with our payslip, EA form, etc. It’s one of procedure in their system. One of bank officer did show me that he couldn’t click on submit button because his system locked it because of my bad record in CCRIS. It appears that I have overdue payment with other bank.

Q : With my bad record in CCRIS, how can I apply for loan?
A : Clear your overdue payment, make sure to pay your regular payment after that, and apply again for loan 3 months later.

Q : Why I only can apply again 3 months later?
A : Bank want to make sure that you’re really committed. If you apply loan again right after you clear your overdue payment, bank will considered that you did that just to get another loan.

Q : I can’t wait for another 3 months. How should I do?
A : If you have some cash that could cover all you outstanding loan, make full settlement. Within 40 days after you did full settlement, the loan record will be deleted from CCRIS. Or you can apply again using full settlement letter from bank.

Q : Bank that I’m applying loan can’t check which bank that I have overdue payment. So how to check my CCRIS?
A : Call every bank of your loan and check with them whether you have overdue payment. Or go to Bank Negara to get a full report.

Q : Any other way than above?
A : This really rare but some officer can submit your loan with your degree or other certificate. This happened to me because I can’t wait for 3 months after clear all my overdue payment. Don’t know how the officer did it, but don’t put your hope so much.
READ MORE - CCRIS

Alhamdulillah... berjaya

Assalamualaikum....

Pagi tadi... sedang aku asyik meng"edit" blog ni... dlm pukul 9:15am.. aku terima panggilan.... tgk nombor area Gombak....

Rupa2nya.. banker yg telefon.... dia cakap yang loan aku dah lulus.... rumah teres corner lot tu... alhamdulillah... berita yg baik utk aku.... cuma loan tu dpt 80% MOF je... sebab ada komen dari HQ.. yg menyatakan yg pemohon telah mempunyai bebarapa buah rumah... dan dengan ini pemohon dianggap investor ... tu pasal dapat 80% je... nasib baik still "no money down".... yuran guaman semua dimasukkan dalam loan...

Kira ok la... walaupon ada 3 buah rumah aku guna bank yg sama... still diorg kasi aku loan lagi.... bersyukur betul... ini percubaan pertama rumah berharga atas rm200k....

skrg nak buat proses guaman pulak....

Wassalam...
READ MORE - Alhamdulillah... berjaya

Loan..!!!

Wednesday, June 9, 2010

Assalamualaikum....

Maaf sebab lama tak update.... letih balik Kelantan tak hilang lagi... huhuhu....
Dah lama tak drive jauh... sengal2 badan dibuatnya... tambah pulak kene jadi jurugambar kt kenduri kawin sana... bertambah letih... gambar kawin ni pon tak sentuh apa2 lagi... malas betul nak meng'edit'.... nak kene ada mood.. baru bole buat... hahha...

Sekali lagi aku ucapkan tahniah ada yg dah berjaya membeli rumah.... bagi yg masih di peringkat mencari loan.... rajin2 la follow up officer bank... ingat.. bukan mudah2 je bank nak kasi lulus.. byk perkara yg diambil kira.... komitmen... rekod ccris...

mgkn ada antara korang yg begitu mudah dapat kelulusan... syabas... tapi itu tak bermakna.. rumah seterusnya mcm tu jugak... rumah pertama.. kedua... mgkn tiada masalah.... masuk rumah ketiga... mungkinkah bank akan luluskan dgn mudah...

Di peringkat loan ni la ... yg agak byk yg sangkut.... kenapa sangkut? komitmen tinggi? CCRIS tak bagus? Gaji kecik?... byk perkara kita kene amik kira... tp sebenarnya... kebanyakan sebabnya adalah dtgnya dari kita juga.... kita perlu mencari formula.. mcm mana nak dapatkan loan yg bagus...
Kalo tidak.. mcm mana org2 yg dah berjaya tu bole ada rumah smpi 20~30 bijik.... sedangkan bukan la bergaji besar pon.... tentu ada taktik dan tekniknya...

Jgn kita rasa selesa kalo diperingkat awal ni loan kita lulus dgn mudah... nnti disatu peringkat... akan terasa juga kepayahan nya.... masa tu baru kita mencari formula yg betul...

Mgkn rumah pertama kita ni.. kita dapat contact officer dr kawan... so.. mmg mudah la prosesnya... tapi smpi berapa bijik rumah kita nak apply kt officer yg sama... ada juga hadnya...

Jadi.. marilah sama2 kita berkongsi pengalaman... idea... pengetahuan... dlm bidang hartanah ni... tak semestinya kita pergi kursus yg beriban2... kita tahu semuanya... dan tak semestinya juga... kita berjaya membeli rumah tanpa ikut kursus2 beriban2 tu.. kita ni bagus... sebab bidang hartanah ni adalah platform yg terbuka... sesiapa saja bole berjaya...

So.. kalo kita masih tercari2... bertanya la pada yg tahu.... dan kalo kita dah berjaya... jgn lupakan yg masih mencari.... jgn lupakan org2 yg pernah membantu kita... walaupon sedikit info... tp tinggi nilainya.....

So... selamat mencari loan.... ingat.. carilah loan yg terbaek....

p/s: ntah apa la yg aku mengarut ni...
READ MORE - Loan..!!!

tahniah!!!

Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum....

Topik kali ni aku cuma nak ucapkan tahniah pada kawan2 yg dah berjaya membeli rumah secara PERCUMA...
Tak kisah la sama ada ada untung atau tidak... yang penting korang dah berjaya mengharungi satu proses lengkap cara2 membeli rumah secara PERCUMA ni...

Ada yg untung sikit... ada yg untung banyak... ada yg untung sehingga hampir RM25k... itu rezeki masing2... pada aku tak kisah la untung sikit atau banyak.... sebab rumah yg korang beli tu pastinya bukan rumah terakhir yg korang beli... kalo mindset korang betul... pastinya korang akan terus membeli rumah... dan pastinya korang akan lebih arif mcm mana nak cari rumah yg lebih untungnya dr rumah pertama....

Ingat.. tak semestinya rumah pertama korang dpt untung rm25k... korang yg seterusnya bole dapat rm30k... sebab peluang tak semestinya sentiasa ada... bagi aku... sekiranya dapat beli rumah dgn PERCUMA pon dah kira bagus...
Rezeki kita Allah yg tentukan.... untung yg banyak tu sekadar bonus pada kita... jd.. jgn la letakkan target untung yg banyak sgt... sebab itu menbuatkan kita terlepas peluang untung yg kecil2 ni...

Bagi yg masih belum bertemu dgn rumah yg sesuai... jgn putus asa.. teruskan usaha...

Ok la.. cukup utk kali ini...

Sekian
READ MORE - tahniah!!!

Market value !!!

Tuesday, June 1, 2010

Assalamualaikum...

Malam tadi aku pegi jumpa owner rumah yg nak jual kt Damansara..... jumpa kt sentul je.. nasib baik dia tinggal dekat dgn area rumah aku jugak.... saja2... nak tgk SnP rumah tu... pastu nego2 le kalo bole....

Rupanya owner tu tentera.. dah nak pencen... dan nak balik kampung kat Johor lepas bersara nnti... tu pasal dia nak jual rumah kt Damansara tu...

Borak2 punya borak... aku pon tanya la pasal market value rumah tu.... dia cakap... dia pon kurang pasti... tapi dia kata ada yg jual mencecah rm140k.... biar betul... tapi.. semalam sebelum aku pg jumpa dia tu.. memang aku ada study skit2 pasal area tu... dan tgk iklan2 lain... mmg harga jualan area tu rm120k ke atas.... mcm tak percaya je... rumah low cost bole pegi smpi mcm tu harganya... aku pon mintak copy SnP... nak tanya bank hari ni.... kalo betul value setinggi tu pon.. tak bole masuk tinggi2 sgt... nnti tak bole cover installment.... sewa situ dlm rm500 ~ rm700...
Takpe la... kita tunggu je value dr bank....

Malam ni plk ... aku nak tgk landed property... malam td tak jadi sebab owner lambat balik... semalam kebetulan aku pegi bank... dn aku sempat tanya anggaran vaalue rumah teres tu.... officer tu cakap... bole pegi atas rm200k... emm.. mcm menarik je... apa2 hal.. aku mau tgk rumah dulu.... kalo beli rumah ni pon... mmg aku kene kluar duit skit... dan sewa mgkn tak bole cover installment... takpe la... aku berminat sebab kawasan tu mmg berpotensi tinggi pada masa depan...

Cuma yg agak merisaukan aku... pasal loan aje... huhu.. ye la.. gaji aku kecik... mana bole buat loan byk2...hahaha.... btw.. smlm aku dah tanya dgn officer bank... aku cakap la.. pasal support document yg aku ada.... dan.. dia kata... masih bole dapat loan.... harap2 betul la kata2 dia....
Dapat MOF 80% pon aku sebat je....

Ok la... cukup utk kali ini... pesanan pada kawan2... jgn putus asa mencari rumah yg sesuai dibeli... teruskan usaha.. nnti mesti jumpa.... kalo tk untung banyak... untung kecik pon kira OK... jgn tamak nk untung byk2.... huhu...

wassalam...
READ MORE - Market value !!!