Masa

Wednesday, January 18, 2012

Assalamualaikum...

Kali ni kita cerita sikit berkenaan dengan masa atau lebih tepat tempoh masa... tempoh masa apa???... kita ambil contoh....  WanSR20 bercita2 untuk bersara pada usia muda.... Muda??.. muda macam mana??? Ini lah yang perlu kita tetapkan... letakkan 1 tempoh masa yang munasabah... sebagai contoh.. WanSR20 bercita2 untuk bersaya pada usia 25 tahun.... huhu...



Kenapa perlunya kita tetapkan tempoh masa untuk sesuatu yg kita mahukan???.. Sebab jika kita tidak ada target itu... kita akan ambil berat untuk melaksanakannya.. kerana dalam fikiran kita.. tiada tempoh masa untuk mencapai matlamat kita tu...


Contoh lagi... Wok Pestol (30thn) yang berkecimpung dalam bidang hartanah bermatlamat untuk memiliki rumah sewa sebanyak 20 unit ketika umurnya 40thn nanti..
jadi tempoh masa yg perlu dia laksanakan ialah dalam masa 10 tahun untuk membeli 20 unit rumah..

Kita bole kategorikan kepada..
1) target jangkamasa panjang : 10 thn beli 20 unit
2) target jangkamasa sederhana.. : beli 2 unit setahun..
3) target jangkamasa pendek.. : survey.. closed deal 1 unit pada dalam masa 2 bulan dr skrg...

Dengan ada nya tempoh masa yg kita tetapkan... semestinya kita akan dapat menjadualkan masa kita untuk melakukan tidakan2 yg perlu....

Jadi pada kawan2 yang masih tiada halatuju tu... tetapkan dulu target korang... buat planning... susun strategi... dan mesti fokus... ingat FOKUS... dapatkan Momentum jika perlu...

Bukan apa... aku perhatikan ramai antara korang yg dah tenggelam sunyi sepi... tiada fokus... tiada momentum.... nak kasi sedar sikit.. haha...


ok.. wassalam..

brobudin : bergerak sendirian bukanlah alasan untuk jadi lemau.....
READ MORE - Masa

GSR - Bukan VTEC mahupon Turbo..

Monday, January 16, 2012

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin untuk semua... setelah bercuti 2 hari... tentunya rehat yang cukup untuk korang memulakan kerja di minggu yang baru...

Seperti biasa.. hujung minggu aku diisi dengan aktiviti2 lain... hari sabtu.. ada beberapa temujanji dan juga ada taklimat berkenaan kompeni baru yang mengeluarkan produk Emas dan Perak...



Aku perkenalkan serba sedikit berkenaan kompeni ni... didaftar dengan nama GOLD SILVER RESOURCES SDN BHD atau singkatannya GSR... dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera.. beralamat di Shah Alam...
Mengeluarkan produk Emas dan Perak dalam pelbagai bentuk.. untuk pelaburan ataupun simpanan...
Antara produk  yang telah pon berada di pasaran...
1 oz Silver Round Harimau Malaya 2012
1 oz Silver Bar Bunga Raya
Silver Bar Cast
Produk berasaskan emas akan dikeluarkan tak lama lagi...

Aku sendiri telah mendaftarkan diri sebagai pengedar produk GSR ni.... so.. sesapa yang berminat nak memiliki produk2 kat atas ni.. bole hubungi aku terus.... hehe.. Nombor telefon ada kt tepi tu ha...

DAn kepada sesiapa rasa berminat nak menjadi pengedar produk GSR ni... korang juga boleh hubungi aku untuk keterangan lanjut.. Aku akan sedia membantu korang....


Kepada yang dah pon ambil tempahan korang semalam... terima kasih banyak2... dan yang mana yang dah buat tempahan tu... aku akan uruskan...

Ok la.. itu saja untuk kali ini....

brobudin : entri kali ni berbentuk promosi... huhuhu...

READ MORE - GSR - Bukan VTEC mahupon Turbo..

Dapat gaji bayar hutang... lalala..

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum..

Copy n paste je hari ni... emel dr Andrian Chen, FREEMEN.



Hi,


Happy New Year 2012! How was your weekend h0liday?


I’d like to thank you for some of the great feedback I’ve received from my previous mail. To follow up and answer some of your questions, here’s more updates on the change in our countries banking policy.



Have you read The Star news recently? The net income proposal will be effective on the 1st January 2012. According to the news, it was a measurement by the Bank Negara Malaysia (BNM) to control our household debt to GDP as it reaches nearly 76%, which is on the high side compared with countries in South-East Asia.


This will definitely affect the demand for housing, as CIMB Investment Bank Bhd economic research head Lee Heng Guie said that the intention of the proposed change was to get people to own properties that they can afford but can we afford?


He also said that in 2010, for every ringgit of income, households paid 47.8 sen to service their debt. The debt service ratio of household debt was 49 sen in 2009, 39.5 sen in 2008 and 41.1 sen in 2007 and the factors that affect that ratio is household income and the interest rate outlook.


How many of you think that this is scary? We use almost half of our salary to pay off our debts. So can we still own houses with our current income? Government did came out with the My 1st home scheme so that everyone can have their home to stay and developers such as Mah Sing and Sime Darby are heading towards this direction to build affordable houses in the area of Kajang and Seremban, Negeri Sembilan.


It’s  an easy entry to get your 1st home with 100% financing from the bank and some bank even offers extra 5% to finance your legal fees. It sounds good to own your 1st property but have you think about the monthly installment for your house? For example, a RM3, 000 earners bought a RM220, 000 properties with 6% interest rate and 30 years for the repayment, it is about RM1, 319/month. What do you think? Do you think it is quite burden to pay 44% of your salary for a house?


For my opinion, there is a conflict in between the government trying to control the household debts and introducing of the My 1st home scheme. If these run for a long term, we will have a higher household debt and increase of nonperforming loans from the banks. Instead of trying to control the market through measurements, it would be better if government and non govermental sectors focus to work together on revising our salary as everything is expensive nowadays.

What do you think? Should we ask for higher pay?

Cheers,

Adrian Chen, FREEMEN

brobudin: biar betik.. hampir separuh dr gaji bayar utang... huhu
READ MORE - Dapat gaji bayar hutang... lalala..

Maksimakan diri anda...

Friday, January 6, 2012

Assalamualaikum...

Malam tadi kau berjumpa dengan kawan sekolah aku... Merupakan seorang Jurujual kereta... Memang nampak kemas bergaya walaupon dah hampir pukul 10 malam...

Berborak2 pasal kerjaya dia sebagai jurujual kereta.... memandangkan aku ni memang tak tahu pasal bisnes kereta ni... aku dengar cerita dia...



Memang sangat menarik.... baru aku tahu... memang mudah buat duit melalui bisnes kereta ni... jika betul jalannya la.... Dia cerita serba sedikit selok belok bagaimana memanipulasi bisnes kereta ni dengan situasi kita sekarang.... patut la.. aku tengok member2 aku yg jadi jurujual kereta ni sume mewah2.... huhuhu...

Dan dia cerita jugak.. dia juga buat pelaburan hartanah.. sebagai aset katanya.... bagus2...

Apa yang nak disampaikan kat sini ialah... bagaimana kita harus fokus dan memaksimakan pendapatan kita dalam bidang yang kita ceburi... bukan sekadar main2 je...

Contohnya.. bagaimana korang boleh buat duit dlam bidang hartanah.... bagaimana member aku tu bole hidup senang bekerja sebagai jurujual kereta.... bagaimana seorang guru bole menjana pendapatan lebih dengan memaksimakan profession dia sebagai guru.... bagaimana ejen takaful berupaya mendapat income 5 angka sebulan....dan macam-macam lagi....

Apa yang penting ialah.. apa langkah kita ambil untuk memajukan ilmu yang kita ada... bukan setakat tunggu orang lain tunjukkan.... laburkan sedikit modal untuk diri sendiri...

Ok la.. itu je idea yang ada hari ni...

Wassalam..

brobudin : dah start demam... huhu...
READ MORE - Maksimakan diri anda...

Tukar angka2/kertas kepada logam

Thursday, January 5, 2012

Assalamualaikum...

Nampaknya sekarang ni cuaca sangat panas.... Anak2 aku pon dah demam dah ni... aku sendiri pon macam ada tanda2 nak demam ni... huhu... Nak keluar dari rumah pon malas sebab bahang panas...

Semalam.. aku sempat temankan client pegi collect hasil tuai kat pejabat lawyer... kat sini aku kongsi gambar hasil tu... cuma nama tu kene itamkan.. sebab empunya kertas tu pemalu orangnya..

.
Rumah tu pon dah berjaya disewakan dgn ROI 12%... dan sempat juga la client ni belanja makan tengah hari...
Alhamdulillah... selesai lagi satu kes... ada beberapa kes lagi yang masih dalam proses... harap korang2 tu. bersabar...

Malam tadi pulak.. aku turun Shah Alam untuk collect cek utk deposit 1 unit teres kat Shah Alam... tunggu nak kasi kat seller pulak...

Dan sementara graf logam kat tepi tu agak rendah... aku jugak sempat tukarkan angka2 kat dalam komputer kepada barang perhiasan dan dinar... Korang dah tukarkan ke???.. atau masih gemar menyimpan angka2 tu..???

Ok la.. entri pendek je hari ni..

wassalam..

brobudin: berpusu2 orang kt pejabat pos yang membuatkan aku terpaksa beatur panjang utk pos barang.. huhu
READ MORE - Tukar angka2/kertas kepada logam

Sewa atau Jual..

Wednesday, January 4, 2012

Assalamualaikum....



Kali cuma nak cerita sikit je pasal 1 pembelian unit yang pernah aku di pertengahan tahun 2010 dulu.... Berlokasi di Damansara... Unit kos rendah... Dan antara lokasi yang kurang diminati para pelabur pada masa itu... mungkin juga sehingga ketika ini... huhu.

Ketika tu pulangan sewa yang aku dapat ialah sekitar 8% setahun... yang memberikan aku sedikit income setiap bulan hasil dari sewaan unit itu.....

Di awal tahun 2011 pula... unit itu bertukar penyewa... dah ketika itu aku dapat menyewakannya pada ROI 9.6%...

Dan selepas Aidilfitri tahun lepas... sekali lagi bertukar penyewa.... dan kali ini aku berjaya menyewakannya pada ROI 12%....

Tiada penambahan dilakukan pada rumah tu.... dan seperkara lagi... aku berjaya mendapatkan cash hampir RM15k ketika pembelian unit ini dahulu.... yang aku gunakan semula sebagai modal untuk pembelian unit2 yg seterusnya...

Dan minggu lepas... salah seorang client aku yang baru menerima kunci sebuah unit di tempat yang sama... berjaya menyewakannya pada ROI 13% dengan mendapat cash RM2+k dalam proses pembelian unit itu....

Apa yang aku dapat lihat keadaan pasaran di kawasan itu.... Harga jualannya tidak banyak berbeza jika dibandingkan pada awal 2010 dan pada awal 2012 ini... tetapi kadar sewanya semakin meningkat....

Jika diambil kira kes di atas ni....sudah pasti rumah ni sesuai untuk kita jadikan pelaburan untuk sewaan berbanding jualbeli....

Ok lah... sekadar berkongsi cerita dgn kiraan mudah je....

Wassalam..

BroBudin: bagaimana dengan unit2 korang pulak... jom kongsi cerita kat sini...
READ MORE - Sewa atau Jual..

2012

Tuesday, January 3, 2012

Assalamualaikum...


Bermula hari ni.. aku dah ubah domain blog ni kepada www.kuasahartanah.com ...

Mungkin kebelakangan ni blog ni kureng aku update... disebabkan banyak perkara yang perlu aku settlekan di penghujung tahun 2011 lepas...

Alhamdulillah... kepada kawan2 dan client2 yang sudah pon 'menuai' hasil yang kebanyakannya dihujung2 tahun 2011.... semoga korang dapat menggunakan 'hasil' korang tu sebaik mungkin...

Bagi korang2 yang ragu2 berkenaan pulangan pelaburan ni.... sekarang korang sendiri dah merasakan 'hasil'nya....

Tahniah juga pada kawan2 kita yang ' kawin free'.... yang dapat beli rumah secara percuma... yang dapat extra income bulanan tanpa perlu buat kerja... yang dapat menyimpan emas & perak hasil dari pelaburan hartanah....

Apa2 pon.. tahniah sekali lagi kerana korang dah berjaya melangkah dalam mengubah taraf kewangan korang sendiri...

Aku ??... Masih macam dulu2....  hehe... dan aku nak kongsi gambar salah satu hasil 'tuai' untuk tahun 2011...

So... 2012 ni... jom reramai borong rumah bebanyak... hehe..

wassalam..

brobudin: dah lama tak 'membakar' kawan2...
READ MORE - 2012