Semak samun

Thursday, December 1, 2011

Assalamualaikum...

Nampaknya semak samun dah tinggi kat blog ni... huhu.. dah lama sangat tak update... bila check traffic ke blog ni.. dah lengang... sunyi sepi... maaf pada semua sebab dah lama tak menaip kat sini... ada hal lain kat luar sana yang aku kene buat...

Apa2 pon... aku masih dalam landasan hartanah.. dan masih aktif turun padang walaupon tidak sekerap dahulu....

Baru2 ni.. ada 2 org client yang dah settle urusan pembelian... duit pon dah dapat.... masyuk... Tahniah dan selamat menjaga harta korang tu....

Dan minggu lepas dapat tolong jualkan 1 unit teres kat Shah Alam... Dan dah pon serahkan dokumen pada bank dan lawyer untuk tindakan seterusnya...

Semalam jugak.. dapat 2 permintaan untuk menjual rumah... 2-2 low cost... 1 unit kat Damansara dan 1 unit lagi kat Kinrara... cuma aku belum dapat detail pasal unit2 tu je lagi...

Ini je utk entri kali ni yg dibuat utk elakkan semak samun makin tinggi kt blog ni.... huhu...

Wassalam...

p/s: hujung tahun ni.. ramai geng2 kita yg mau kawen... huhuhu...
Klik sini utk Oakley 

Ada sesapa yg nak jual kete model ni tak.. atau nampak kt mana2... yg tersadai pon takpe...
READ MORE - Semak samun

Ruang Jualan

Tuesday, October 25, 2011

Assalamualaikum..

Ruangan ni untuk sedikit promosi perniagaan.

Mungkin akan dikemaskini selalu untuk barangan terbaru.

Emel/SMS/Call/Whatsapp 019-3099990


Oakley Frogskins Grenade
RM120















Oakley Frogskin Greg Lutzka Good Livin
RM120















Oakley Frogskin 4 Legged Matte Torquise
RM120















Oakley Frogskin Camo
RM140


















Oakley Frogskins Revert95
RM120




Rayban Cats 5000 Warna Ungu
RM120















Rayban Cats 5000 Warna Hitam
RM120
READ MORE - Ruang Jualan

Rumah ke3.. 4.. 5...???

Tuesday, October 18, 2011

Assalamualaikum...



Aku buat entri baru untuk soalan Tuan mamat dalam entri sebelum ni...

Harap.. korang2 suma bole kasi pandangan dan komen membina...

salam bro..

minta pandangan..kes sy ni lebih kurang mcm kes dlm entri sblm nie..huhu..tapi buntu ckit la..nak tny jgk le,hehehh

- 1st rumah saya beli lelong (thn 2010), cash flow rm 150
- 2nd house subsale guna agent (thn 2011), cash back 10k, cash flow rm 100
- 3rd house, tgh fikir strategi..

strategi yg ada:

1. msk lelong guna 10k tu sbg modal..cari rumah below market value..menang je, setelkan urusan semua, try jual blk pada MV or lbh ckit..so, dpt cash lagi..

2. cari subsale below market value..tp loan hanya blh pegi 70%...

mcm mana yg terbaik ek bro budin dan otai2 sekalian..

target, nak kumpul cash ckit2 utk penuhkan financial freedom punya akaun..huhuh..

Harap korang boleh membantu Tuan Mamat...

brobudin: ketagih nak soping rumah...
READ MORE - Rumah ke3.. 4.. 5...???

"Senang Atau Kaya"

Monday, October 17, 2011

Assalamualaikum...

Aku minat kata2 Abang Ensem... " Aku cuma nak hidup senang.. bukan nak kaya"... lebih kurang itu lah maksudnya.... tu pasal kalo tgk cara dia... dia lebih kepada "rental return" bukannya "capital app"....



Korang pulak cemana??... pastinya korang ada target masing2... tak kisah la melalui cara "rental return' atau "capital app".. yang penting ia membantu ke arah matlamat korang....

Timbul pula persoalan... " macam mana nak dapat/maintain "rental return" kalau kita buat flipping??.. sudah pasti rumah yg kita jual dah tak memberi pulangan sewa bulanan... tu pasal planning tu penting...

Tetapkan matlamat... atur strategi... buat planning... Planning Jangka masa panjang... sederhana dan pendek.... dan baru lah guna teknik2 yang ada...

Sebagai contoh... Matlamat 'Cashflow' dari 10 buah rumah... tetapi modal tak beberapa nak ada...
Mungkin kita bole praktikkan mcm kes dlm entri sebelum ini untuk 2 rumah pertama... dan yang ke3.. bole buat flipping untuk kumpul modal semula... bole masuk ke arena rumah lelong untuk menjanakan wang lebih cepat... dan kembali buat pembelian untuk "cashflow'.. dan macam2 cara dan teknik lagi....

Yang penting kene fokus pada matlamat atau garisan penamat... sebab tak semua kita ni sama status kewangan... ada yang banyak modal.. ada yg sikit... ada yg bergaji besar.. ada yg kecil...  ada yang berani ambil risiko.. ada yang berhati2... ada yang sibuk.. ada yang lapang....

Tak kisah bagaimana cara untuk capai matlamat.. yang penting kita sampai ke garisan penamat tu... dan yang terlebih penting.. pastikan apa2 yang berkaitan.. tidak melanggar hukum Allah... semoga usaha kita diberkati.. dan rezeki yang kita dapat bukan dari perkara2/sumber2 yang terlarang..

Janganlah kita tidak ambil peduli perkara ini semata2 mengejar harta dunia... tak guna kita hidup senang lenang atau kaya jika ianya hasil dari jalan yg tidak betul..

Sekian..

brobudin: dah lama tak berperang....
READ MORE - "Senang Atau Kaya"

"Tunai sekali" atau "aliran Tunai bulanan"

Friday, October 14, 2011

Assalamualaikum semua....


"Saya ingin membeli rumah pertama saya utk tujuan pelaburan.. mana yang lebih bagus antara ambil "cash" yang tinggi atau menikmati cashflow yg lebih setiap bulan?"..



Korang sume pasti dah tahu apa maksud soalan di atas.... dan korang pon mesti dah mengalaminya...

Seperti yg kita sedia maklum... "cash from mark up loan" adalah berkadar songsang dengan "cashflow dr sewa bulanan"... Jika amik cash yg tinggi... bermakna.. cashflow dr sewaan akan berkurangan... begitu lah sebaliknya.... jadi yang mana satu pilihan korang??..

Sebenarnya ini semua bergantung pada planning dan strategi korang sendiri... bukan ikut saja apa orang kata... kerana setiap orang lain targetnya... ye la.. jika anda perlukan duit yg banyak untuk apa2 tujuan.contohnya nak kawin... mungkin anda akan lebih kepada mengambil cash dr loan itu kan...

Kita buat 1 contoh... iaitu seorang pemuda yg bernama wanEj20 yang mempunyai impian memiliki beberapa buah rumah dgn tujuan cashflow... mempunyai modal yg terhad... ( kita anggap setiap pembelian memerlukan deposit)
1. Pembelian pertama... apakah pilihan terbaik untuknya?? Cash atau cashflow bulanan??
Jika kita ambil "tujuan wanej20" iaitu cashflow bulanan... bagaimana dia ingin membeli rumah yang ke2.. ke3 ke4?... sedangkan modalnya terhad untuk pembayaran deposit... jika ingin mengharapkan cashflow bulanan.. berapa lama dia perlu kumpul untuk membuat pembelian seterusnya??
Kita lihat pula jika wanej20 mengambil cash yg agak tinggi dr pembelian pertama... pastinya wanej20 bijak utk mengira setinggi mana cash yg bole dikeluarkan tetapi cashflow bulanan cukup2 makan utk cover installment.. dgn ini dia dapat cash dan sewaan masih boleh cover installment..
2. Dengan cash tadi + modal asalnya... wanej20 membuat pembelian ke2... dan masih mengambil cash dgn syarat sewaannya boleh cover installment.... dengan ini wanej20 berjaya mengumpul cash yang banyak hasil dari pembelian 2 buah rumah pertamanya... katakan lah.. modal asal rm10k... pembelian pertama +20k.. pembelian ke2 +20k... jumlah cash yang ada sekarang rm50k.. tetapi cashflow.. rm0... nampaknya tujuan asal wanej20 masih belum tercapai... iaitu "cashflow bulanan dr sewaan"...
3. Wanej20 membuat pembelian ke3 menggunakan teknik pencarian yang sama seperti sebelum ini... dan seperti yang kita sedia maklum.. pembelian ke3.. hanya layak mendapat 70% pinjaman... tidak seperti sebelum ini.. 90% utk 2 rumah pertama ( abaikan SRP)...
Kita ambil contoh.. pembelian rumah ke3 ni dinilaikan oleh bank sebanyak rm100k.. dan wanej20 terpaksa sediakan 30% pendahuluan iaitu rm30k... jadi baki duit wanej20 skrg tinggal rm20k... dan pastinya jika pinjaman rendah.. bermakna cashflow bulanan akan meningkat... jadi pembelian ke3 ini telah menjana cashflow bulanan untuk wanej20...
4. Wanej20 membuat pembelian ke4 yg pastinya mirip dgn pembelian ke3nya.... yg juga akan menjana cashflow bulanan kepada wanej20...

Macam mana wanej20 nak beli rumah ke5??.. modal dah abis... huhu...
Jika kita perhatikan... pembelian ke3 dan ke 4 dilakukan dengan cara "biasa"... jika wanej20 melakukan dengan cara "tak beberapa biasa"... pastinya deposit rm30k itu boleh dikurangkan atau dihapuskan sama sekali... huhu.. takpe.. perkara ni lain masa kita cerita....

Kali ni kita cuma nak lihat bagaimana untuk membuat pilihan antara "cash tinggi dr mark up loan" atau "cashflow dr sewa bulanan"...

Contoh wanej20 tu hanya rekaan semata2... tiada kene mengea dgn sesiapa pon... pastikan korang membuat pengiraan yg betul berdasarkan tujuan dan strategi korang... yg kat atas ni hanya sekadar contoh....

Sekian wassalam..

brobudin: setelah 2-3 tahun pembelian rumah pertama n ke2 tu... jika ikut trend kebiasaan sewaaan kat Msia ni... pastinya sewa akan meningkat.. bermakna.. kemungkinan rumah pertama dan ke2 wanej20 tadi tu dapat menjana + cashflow ketika itu....
READ MORE - "Tunai sekali" atau "aliran Tunai bulanan"

3 unit !!!

Saturday, October 1, 2011

Assalamualaikum...

Sementara tade keje ni... aku rajinkan diri untuk buat entri ni... di kala hujan turun mendinginkan suasana... huhu...

Esok ada beberapa jemputan makan2... termasuklah jemputan dari penyewa unit aku kat Damansara... emmm.. best jugak... kalo sume penyewa aku jenis macam ni.. bole kenyang aku tiap2 hujung minggu....

Sekarang ni... aku dapat beberapa deal yang menarik... 2 unit di Shah Alam... dan 1 unit di Damansara... Buat mereka2 yang menunggu tu .. aku akan hubungi korang dalam masa terdekat... Diharap dapat closed deal untuk kali ni... huhu.. dah lama tak jenguk hartanah... rasa seram2 pulak...

Dan pada mereka yang dah pon memiliki E-Book Tukar Ganda Silver yg dibuka untuk sessi ke2 ni... Aku dah pon memulangkan RM10 untuk korang... harap korang manfaatkan info2 yang ada dalam ebook tu... Sesiapa yang masih belum memilikinya... bole klik Iklan Ebook kat sebelah kanan tu..

Ok.. itu je untuk kali ni...

Sekian.. Wassalam.

brobudin: Nak beli Silver pon.. korang bole carik aku... huhu

Set dirham negeri Perak
READ MORE - 3 unit !!!

Act Now!!!

Thursday, September 29, 2011

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi info... Anda nilaikan sendiri...




Terjemahan n Komen dr Rakan FB:

terjemahan selepas minit 2:17

"Saya mohon semua yang menonton supaya ambil perhatian pada perkara yang saya nak perkatakan"

"Keadaan ekonomi sekarang ialah seperti penyakit barah yang semakin merebak, anda tak boleh membiarkannya tanpa berbuat apa-apa dan berharap penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya, ini tak akan berlaku"

"Anda mesti bertindak dan bersedia sebelum barah jadi terlalu parah dan ketika sudah terlambat untuk berbuat apa-apa"

"Bertindak dan bersedialah, kerana masa sudah semakin suntuk"

"Ini bukan masanya untuk berharap suatu yang mustahil, berharap kerajaan akan dapat mengatasi krisis ekonomi ini"

"Kerana bukan kerajaan yang menguasai dunia (ekonomi), yang menguasai dunia (ekonomi) ialah Goldman Sachs"

"Goldman Sachs tak peduli mengenai usaha menyelamatkan dunia (ekonomi)"

Komen:

Ingat orang ini pun puak kapitalis juga (sila perhatikan komen dia sebelum minit 2:17, sangat memualkan)

namun Allah swt guna dia untuk sampaikan mesej penting kepada kita wallahu'alam.

dia secara tidak langsung mengaitkan kesengsaraan rakyat akibat ketidakseimbangan ekonomi di beberapa bahagian dunia dengan usaha kerajaan untuk mengatasinya sejak puluhan tahun lepas; usaha kerajaan ini tak berjaya kerana BUKAN kerajaan (ahli politik) yang menguasai ekonomi, yang menguasai ekonomi (golongan kapitalis) tak peduli mengenai kesengsaraan rakyat tersebut)


Lagi terjemahan:

‎"Saya sebenarnya mahu kongsikan kebaikan dengan anda semua, anda boleh kurangkan kesengsaraan yang akan ditanggung nanti; bertindaklah sekarang juga dengan melindungi aset dan simpanan anda"

"Kerana dalam masa 12 bulan ini, mengikut jangkaan saya, akan berlaku keadaan dimana harta simpanan berjuta-juta orang akan hilang begitu sahaja"

".. dan keadaan yang teruk ini hanya PERMULAAN sahaja berbanding dengan apa yang akan berlaku seterusnya"

"Saya ulang amaran saya sebentar tadi, bertindak dan bersedialah bermula sekarang ini juga - kerana tindakan anda yang paling berisiko seterusnya setelah dengar amaran saya ini ialah bila anda duduk diam tak berbuat apa-apa"



Lagi dan lagi:

Ok, utk faham apa yg mamat ni cerita, kita kena paham apa fungsi seorang trader.

Trader yang dimaksudkan adalah sama seperti trader silver di SLS ni, berurusan jual beli barangan. Tiada masalah. Cuma trader yg disebutkan dalam video duduk dalam sebuah “exchange” mcm BSKL

Katakan di Comodity Exchange yg meniagakan kacang soya, gandum, tebu .. produk, produk ini tidak diniagakan secara fizikal. Perjanjiannya dibuat secara kontrak (paper contract). No problem dengan ini.

Kalau perniagaan dijalan dengan jujur, tiada hanky panky .. fair market. Very good !

Masalahnya sekarang, ada hanky panky dalam pasaran. Dan itu matlamat video ini. “Kebocoran” berlaku di tangan traders ni.

Iaitu sifat tamak, untuk mendapat untung semaksima boleh dengan kos paling minimum. Dengan modal $1,000 boleh niagakan kontrak gandum bernilai $1,000,000 contohnya

Macamana $1,000 boleh beli barang $1,000,000 ??

Jawapanya dengan pinjaman. Dalam istilah trading “margin” atau “leverage”. Contohnya tanye org yg main FOREX, derang tau benda ni. Modal $100 je leh trade beribu-ribu dollar.

Jadi leverange ini dah jadi darah daging trading di exchange. Dan pinjamannya sangat mudah, automatik sahaja bila masuk trade. Sampai satu tahap menjadi “excess leverage”. Saham, komoditi, matawang dibeli dengan hutang.

Kemudian datang pula pasaran masa hadapan (futures market)

Iaitu perjanjian paper kontrak untuk membeli atau jual barangan tertentu pada masa hadapan. Bermakna diwaktu perjanjian dibuat barang takde pun takpe. Jadi orang boleh cipta kontrek sesuka hati. Kontrek kosong !

Dan kontrek-kontrek kosong ini pula diborong berbakul-bakul dengan pinjaman-pinjaman ini. Barang takde, beli pulak duit pinjam.

Dan siapa yang banyak duit boleh monopoli market seperti investment bank Goldmansach, JPMorgan, Citibank gunakan instrumen ini utk manipulasi market.

Mereka boleh cipta kontrek kosong utk dibeli berbakul-bakul oleh trader pada harga murah. Ini akan push harga naik.

Dan mereka boleh beli bali kontrek ini dari trader pada harga yang tertentu, menyebabkan jualan lelong membuatkan harga turun menjunam.

Jadi boleh bayangkan apabila market crash, kontrek kosong, pakai duit pinjam lagi. Mau tak panic.

Trader apa kisah, janji untung ! Naik untung, turun pun untung !



Lagi.. dan lagi.. dan lagi..: 
Dan untuk menjawab persoalan yg  diberikan beberapa hari lepas, mengenai kenapa silver terlalu murah dengan ratio 1:55. Ideally harganya patut sekitar RM500/oz

Investment bank JPMorgan dan HSBC gunakan kaedah ini untuk manipulasi pasaran. Kedua bank ini ada "short trade" (sell kontrek kosong) yg besar sehingga menekan harga pasaran. Search Pak Google dan cari term "Silver Manipulation Andrew McQuire".

Andrew McQuire dedahkan manipulasi ini kepada umum, dan dia nyaris dibunuh. Dan dia juga telah buktikan pd orang ramai "timeline" yg terperinci bila ianya akan berlaku, minit demi minit.

Jadi harga yg kita lihat hari ini tidak menunjukan harga fair market sebenar. Ini harga JPMorgan :D

Oleh itu, kita gunakan kesempatan ini utk borong silver banyak2. lagi lama derang kontrol lagi bagus. Ikan bilis boleh shopping sakan. Bila tupai dah jatuh ke tanah, masa tu dah mahal mcm emas pulak.




Dan yang terakhir... Kalo korang tak tau mcm mana nak mulakan.... korang klik banner bawah ni.. atau iklan kt sebelah kanan tu...





brobudin: tgh kumpul sikit demi sikit...
READ MORE - Act Now!!!

Junam Tiruk

Monday, September 26, 2011

Assalamualaikum...

Manchester tuu....

Cuba korang tgk graf gold/silver kt tepi tu... menonggeng junam tahap gaban sejak Jumaat lepas... pasti ada antara korang yg frust menonggeng jugak kan... huhu... jangan risau... korang kene kaji semula tujuan korang membeli logam2 ni... dan pastinya korang pon baru je berjinak2 kan...

Cuba tengok akaun simpanan pula... setahun baru korang dapat dividen.. jadi apa kata korang tunggu setahun jugak setelah membeli logam2 tu...

Aku sendiri pon baru sebulan lebih je dalam dunia logam ni... masih mentah.. dan pastinya harga aku beli lebih kurang dengan harga korang beli jugak.. sebab dlm 2 bulan lepas.. harga tak byk beza...

Tapi aku masih bole buat duit bila menjual silver yang aku beli bulan puasa dulu... walaupon aku jual dgn harga pasaran sekarang.... best kan... ala.. matematik mudah je....
Beli : rm140 / kpg
Jual : rm130 / kpg

Aku untung 6%... huhu.. pening kan... takpe la.. lupakan matematik tu... sekadar selingan je...

Apa2 pon... teruskan menyimpan gold/silver untuk masa depan korang.... tetapkan tujuan.. target... dan yakin lah engan logam2 ni....

wassalam..

brobudin: rm130(jual) - Rm140(beli) = -rm10.... ( tapi aku untung 6%)...

Sesiapa yang masih berminat nak memiliki ebook Pelaburan Silver.. bole klik iklan kt sebelah kanan tu atau klik je banner bawah ni... diskaun rm10 untuk korang selepas membelinya...
READ MORE - Junam Tiruk

Flipping??

Wednesday, September 14, 2011

Assalamualaikum..

Cantikkan Maple Leaf Coin tu...


Kali ni kita cerita pasal Silver pulak... haha.. mentang2 la aku tengah kumpul koleksi Silver.. asyik nak cerita pasal Silver je... Ingat.. aku kumpul silver sebagai simpanan.... bukan untuk dagangan... buat masa ni la... kene cukupkan dulu target simpan... lepas tu baru bole fikir pasal nak berdagang...

Manchester 2002


Semenjak awal Ramadhan lepas... aku mula membeli silver... secara kecil2an je... sambil2 tu aku banyak membaca artikel berkenaan logam bernilai.. gold/silver... juga artikel berkenaan wang kertas dan keadaan sistem kewangan sekarang.... macam2 perkara aku mula tahu... yang membuatkan aku lebih serius untuk mengumpul 2 jenis logam ni....

Jika kita nak kaitkan silver ni dengan pelaburan... semestinya ia bersifat "capital gain".. lebih senang untuk dikategorikan dalam pelaburan aktif.. kerana ia melibatkan aktiviti jual dan beli untuk mendapatkan keuntungan.... atau ianya sama dengan teknik 'flipping' jika dalam bidang hartanah.... beli harga rendah.. dan jual harga tinggi....

Bagi korang2 yang dah mula membeli silver.... apa objektif korang ?? mesti ada sebab kan... takkan main belasah je kot....

Sekian..

brobudin : pendek je entri kali ni... sebab nak idea lain nak tulis dlm entri yang lain pulak... huhu
READ MORE - Flipping??

"there is no floor to the dollar thus no ceiling to gold." -Schiff

Thursday, September 8, 2011

Assalamualaikum...


 Kalo korang free... bole tonton video ni... seminar free... 90minit...
15 minit korang tgk.. mesti nak tengok sampai abis...



Selamat Beramal...

brobudin : sesapa yg dah tengok nnti.. bole cerita kat aku ye... aku tak faham bahasa omputih...
READ MORE - "there is no floor to the dollar thus no ceiling to gold." -Schiff

Better late than never..

Wednesday, September 7, 2011

Assalamualaikum...

Maaf sebab lambat update lepas raya ni... banyak benda nak diuruskan... ditambah dengan tade idea akibat makan lemang banyak sangat... mana2 yang aku belom reply emel tu.. dalam masa terdekat akan aku usahakan untuk reply....

Seperti yang aku cakap sebelum ni... lepas raya .. aku akan aktif semula memburu unit2 berpotensi untuk pelaburan... dan setelah 2 bulan tak buat.... rasa janggal la pulak... huhu... dan tengok2 listing.. nampak perubahan harga pasaran jualan sekarang... nampaknya kene kerja keras sikit kalo nak dapat unit yg sesuai...

Pada korang2 yg proses guaman tengah berjalan tu.. aku minta maaf sebab kurang update status.. insyaAllah dalam masa terdekat aku akan update dkt korang... memandangkan lawyer yg handle tu dalam pantang sekarang ..  jadi yang ambil alih tu kene sambung.. dan seperti biasa.. kalo sambung keje orang ni.. agak pening sket...

Dan rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin pada semua yang mengikuti blog ni.. sama ada aktif atau tidak....



sekian untuk kali ni..

wassalam..

brobudin : Tunggu jemputan 'makan besar' dari kawan kita yang 'makan besar'.....
READ MORE - Better late than never..

Duit Daun Pisang???

Tuesday, August 23, 2011

Assalamualaikum...

Duit kertas 'DAun Pisang' Jepon


Kebelakangan ni aku asyik cerita pasal silver/gold je kan... maklum la.. sempena 'cuti panjang' aku dalam bidang hartanah.. aku banyak menguruskan simpanan aku... dan salah satu caranya.. aku membeli emas dan perak..



Kalo korang buat kajian sikit... korang mesti perasan yang sekarang ni harga emas dan perak semakin hari semakin mahal jika kita nilaikan dengan wang kertas yang guna sekarang...Lebih kurang 10 tahun dahulu.. waktu tu harga emas 1gram bersamaan rm36... dan kita anggap ianya mahal... Lepas beberapa tahun.. nilainya dah jadi rm70 untuk 1 gram.. masih kita kata mahal... dan sekarang ni pon kita kata mahal lagi.. huhu... bermakna sampai bila la kita takkan simpan emas.. sebab kita nak tunggu emas murah punya pasal...

Cuba kita ingat kembali beberapa peristiwa lalu...

1. Sebelum merdeka, British memperkenalkan wang kertas mereka yang bersandarkan pada nilai emas... Orang2 kita pon menggunakan wang kertas ni... tapi lepas Jepun masuk.. wang kertas British dah tade nilai.. Melopong orang2 kita sebab nak tukar kembali wang kertas tu pada emas dah tak laku... British berjaya membawa keluar bertan2 emas ke negara mereka...

2. Ketika zaman Jepun...diorang bawak wang kertas 'daun pisang'... perkara sama berlaku... dan orang kita rugi bertan2 emas lagi...

3. Tahun 1997, krisis ekonomi Asia... wang kertas kita jatuh teruk nilainya....

Dan bile kita tengok kembali peristiwa2 kat atas ni... sesiapa yang menyimpan Emas / Perak.. akan merasa selamat...

Sekarang ni dah ramai yang sedar tentang kepentingan menyimpan emas/perak ni...

Memandangkan nilai emas yang sudah pun tinggi, maka yang betul2 tebal poket je yang dapat simpan.... Manakala yang tipis poketnya .. sudah mula menyimpan perak...

Kalau kita lihat harga perak sekarang ni.. adakah murah atau mahal????.. Dah mahal?? cuba baca balik perenggan awal tadi... nak tunggu harga perak murah?? bila nak jadi murah?? huhu.. cuba korang buat kajian sikit pasal harga perak tahun lepas... awal tahun ni... dan sekarang.... semakin murah atau mahal??

Kalo semakin mahal.. bila nak jadi murah???.. jadi ambil la tindakan sekarang.... masih belum terlambat..
Korang hanyalah beberapa peratus sahaja yang sedar perkara ni dari kebanyakan meraka yang kat luar sana tu...

Tahniah pada korang2 yg dah memiliki simpana emas/perak.... aku sendiri pon baru nak start je...

Pada korang2 yang masih belum dan tak tahu kat mana nak mula.. sekali lagi aku sarankan untuk mendapatkan Ebook- Tukar Ganda Silver ni.. Diterangkan didalamnya perkara2 asas sehingga lah bagaimana untuk menggandakan simpanan emas/silver korang.. bole klik kat banner ni.. atau iklan kat sebelah kanan tu..



Mungkin segala persoalan pasal emas/perak yang bermain2 dalam kepala korang tu akan terjawab bila baca ebook ni..

sekian..

brobudin ; Jumpa korang dalam bidang emas/silver...

Nota : Entri kali ni diolah semula hasil pembacaan aku di Blog Umaralfateh.



READ MORE - Duit Daun Pisang???

Sepagi di Damansara..

Saturday, August 20, 2011

Assalamulaikum...

Tetiba rajin pulak nak menaip sementara menunggu waktu berbuka ni..

Pagi tadi aku pergi ke rumah aku kat Damansara.. Sebab ada 2 org nak datang tengok rumah utk sewaan bulan 9 nnti.. Setelah mendapat keizinan penyewa skrg untuk menunjukkan keadaan rumah pada bakal penyewa baru...

Setibanya aku kat sana, salah seorang yang nak dtg tengok call dan menyatakan dia tak dapat datang sebab ada urusan lain... Ye le.. Ni la hujung minggu last utk bershopping.. Sebab minggu depan dah sibuk2 nak balik kampung...

Memandangkan kunci spare aku dipegang oleh orang pihak pengurusan situ sebab sebelum ni aku minta tolong diorang bersihkan rumah aku tu setelah penyewa sebelumnya keluar... So set nak jumpa pukul 11.30pg. Bila aku sampai je dan call.. Diorang cakap lewat sikit pulak.. Pukul 12.30 pulak.. Terpaksa la tunggu je.. Dan memandangkan orang yg nak tengok tu dah pon sampai.. Aku beri la tahu yang kunci masih dalam perjalanan.. Huhu...

Sementara menunggu kunci tiba.. Aku pon borak2 la dengan bakal penyewa tu... 2 org anak muda yang baru je bekerja... Setelah bertanyakan serba sedikit pasal kerja diorang... Aku pon bukak la cerita pasal hartanah.. Aku pon cerita macam mana aku start mula dalam hartanah ni... Dan kasi nsedikit nasihat pada diorang untuk ceburi bidang hartanah ni memandangkan mereka ni masih muda dan masih belum terikat dengan hutang2 yang kurang baik...

Tapi nampaknya.. Reaksi yang bersahaja je dari diorang.. Mungkin cara aku yang kurang betul kot.. Atau diorang ni memang tak pernah terdedah langsung dengan apa2 pelaburan.. Atau mungkin juga diorang takut tertipu.. Tak pe la.. Sekurang2 nya aku dah bercerita serba sedikit...

Setelah selesai tengok keadaan rumah.. Aku terus balik... Dan sampai kat rumah.. Aku terus buka emel.. Dan ada terima 1 emel bertanyakan tentang pelaburan Silver... Ada beberapa soalan yang ditanyakan dan aku sendiri tak dapat nak beri jawapan yang tepat.. Aku sendiri pon masih baru dalam bidang ni.. Cuma yang aku dapat sarankan.. Dpatkan ebook - tukar ganda silver tu jika mahu masuk dalam bidang ni.. Sebab dalam ebook tu banyak fakta2 dan beberapa kajian yang dibuat oleh penulis berkenaan silver... Dari topik pengenalan silver hingga bagaimana untuk menambah simpanan silver dengan mengeluarkan modal yang sedikit...

Ok la.. Itu je untuk kali ni... Anak aku dah jaga dari tidur ni... Ibu dan kakak dia berbuka puasa kat luar... Huhu...

Wassalam..

Brobudin : silver ditutup tinggi semalam... Adakah masa yang sesuai untuk beli?? Apa kata korang ? ( ditujukan pada korang2 yg dah baca ebook tu)..
READ MORE - Sepagi di Damansara..

Macam mana nak kenalpasti rumah dibawah harga pasaran

Friday, August 19, 2011

Assalamualaikum...

"Nak tanya sikit Bro.. saya baru dalam bidang hartanah ni.. dah baca beberapa ebook berkenaan pelaburan hartanah.. ada dinyatakan bahawa perlu mencari rumah yang di bawah market value.. iaitu sekurang2nya 20%"...  ada cara ke nak kesan rumah macam ni?"...

Begitulah lebih kurang soalan yang aku dapat melalui sms dari seorang pembaca senyap blog ni seperti yg dinyatakan dalam sms sebelumnya...



Banyak cara untuk mengenalpasti rumah2 yang dibawah harga pasaran ni... bergantung pada skill masing2... Kita kongsikan sedikit cara untuk mengesan rumah2 macam ni... rasanya cara ni bagus unutk yang baru dalam bidang ni...

1. Pastikan dahulu kawasan yang korang nak invest - Yang bagusnya ialah kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal korang dan kawasan yang korang tahu selok beloknya...

2. Kenalpasti area/flat/apartment/condo (selepas ni disebut apartment) yang berda disekitar kawasan yang korang pilih tu - Senaraikan sekurang2nya 5 - 10 apartment yang korang target nak beli.

3. Dah ada senarai tu, korang survey harga jualan setiap apartment yang ada dalam list tu. Bole try survey online je... tengok purata harga jualan...

4. Hubungi Penilai hartanah atau bank untuk bertanyakan harga pasaran setiap apartment dalam list korang tu.. Pandai2 la korang nak tanya diorang... sebab tak semua penilai dan bank akan layan soalan2 mcm tu...

5. Sekarang korang dah ada list harga jualan semasa dan harga pasaran kat tangan korang.... buat kira2 target korang.. macam 20% di bawah harga pasaran...

6. Bandingkan dengan harga jualan semasa yang korang dah survey tadi... dan selalu survey list2 jualan yang terbaru lebih kerap... Mungkin korang tak jumpa yang betul2 20% dibawah market value... tapi mungkin ada yang hampir2 20% dibawah harga pasaran.. disini lah korang kene guna skill negotiation korang untuk picit harga tu di bawah harga pasaran...

7. "takde jugak la bro.. sume jual kt harga pasaran .. dan lebih dari tu pon ada..."... Haha.. apa lagi.. korang keluarkan apartment tu dari list korang... dan gantikan dengan apartment yang lain pulak...

Jadi sekarang korang dah ada data berkenaan hartanah yang berada disekitar korang... rajin2 la tengok iklan jualan...  insyaAllah.. pasti akan ketemu...

Harus diingatkan... 20% di bawah harga pasaran bukan lah satu2nya syarat untuk korang bole beli... ada beberapa syarat lain yang perlu korang tengok....

Ok la.. itu je untuk kali ni.. kalo nak lebih detail... kene la pegi seminar2 hartanah.. atau amek je personal coaching....

Kepada sesiapa yang belum dapatkan ebook - Tukar ganda Silver... ko rang boleh dapatkan dengan klik kat banner bawah ni... aku pasti korang akan puas hati dengan info2 dalam ebook ni... dan akan sedar pentingnya untuk menyimpan silver/gold.



brobudin : Harga emas dan perak dah mula mencanak...  huhu..
READ MORE - Macam mana nak kenalpasti rumah dibawah harga pasaran

Rebutlah Peluang..

Thursday, August 18, 2011

Assalamualaikum...

Selamat hari khamis untuk semua... Kepada korang yang cuti semalam.. dan bershopping kat Kl semalam.. aku ucapkan.. selamat kembali berkerja... aku dengar cerita semalam jalan kat KL.. 'jammed' tahap cipan... huhu... kenapa la korang2 nak jugak shopping kat KL... aku sendiri yang duduk kat KL ni.. bershopping kt luar... huhu...

Kali ni kita cerita pasal "Peluang"... kita khususkan kepada Pelaburan... tak kisah la dalam apa juga cabang pelaburan...

Korang 2 yg telah berada dalam bidang hartanah amatlah beruntung berbanding mereka2 di luar sana yang masih belum ambil tindakan apa2.. Cuba kita ambil contoh 'otai'2 yang dah bertahun2 dalam bidang ni... masa tu.. harga rumah masih rendah.. pilihan pun banyak.. dan pasaran lelong pula tidak banyak saingan.. lihat bagaimana diorang ambil peluang sehingga dapat mengumpul koleksi rumah berpuluh2 unit.. dan kini mereka telah pon bebas kewangan....

penimbang yg dah lama aku beli..


Kita lihat pula keadaan sekarang.. dengan harga rumah yang melambung tinggi... dengan saingan2 daripada mereka2 yang celik hartanah hasil dari seminar2 hartanah yang semakin bercambah... dan juga dengan kekangan membuat pinjaman perumahan.... Kalo kita ambil kes kebiasaan.. kita cuma bole memiliki 2 buah rumah sahaja dengan membuat pinjaman 90%... Jika setiap rumah itu berharga rm100k.. bermakna  kene sediakan rm20k untuk pendahuluan.... suatu nilai yang agak besar untuk disediakan oleh anak muda sekarang... dan jika membuat pinjaman untuk rumah ketiga.. hanya 70%... dan rm30k diperlukan sebagai pendahuluan untuk hartanah bernilai rm100k... huhu....

Sekarang ni ada antara korang yang merebut peluang macam2 sempena bidang hartanah ni semakin mendapat perhatian golongan muda..... ada yang ambil peluang menjadi ejen hartanah... ada yang ambil peluang membuat seminar2 hartanah... ada yang beralih kepada pasaran saham/cpo/forex... ada yang masuk bidang pelaburan emas/perak... ada yang buka bisnes... mesin air(vending machine)...

Apa pon peluang yang korang ambil... pastikan korang tau dan faham apa yang korang buat... jangan kedekut untuk memdapatkan info2 tentang bidang yang korang ceburi tu... jangan terlalu berharap dengan pertolongan orang lain sahaja.. pastikan korang menolong diri korang sendiri...

Bila kita dengar2 cerita pasal peluang ni... mesti kita pernah dengar atau mengalami sendiri... " kenapa la aku tak buat dulu.. kalau tidak mesti dah untung banyak"... " kenapa la aku tak pegi seminar hartanah tu dulu.. rupa2nya bole beli rumah tanpa keluar duit"... dan macam2 ayat kesalan lagi yang kita bole dengar... semuanya sebab sikap kita yang tidak mengambil peluang walaupon peluang itu ada didepan mata..

Jadi.. kepada korang2 yg masih ada niat untuk menceburi bidang hartanah... masih belum terlambat untuk korang hadiri mana2 seminar hartanah yang ada... peluang tu masih terbuka.... pilih la seminar mana yang korang berkenan.. yang mahal .. yang murah.... ataupon belilah buku2 berkenaan hartanah... ebook pon banyak...
Bole kira baju raya tak???


Kalo untuk yang berminat dengan pasaran saham/cpo/forex... rasanya dah banyak ebook2 yang ada dalam pasaran... tak kurang juga bengkel2 forex oleh otai2 forex....

Jika minat nak jadi ejen hartanah... korang bole ambil kursus sebagai ejen... jika minat emas/perak.. bole beli ebook2 berkenaan logam bernilai ni... antaranya.. korang bole klik kat iklan sebelah kanan tu... atau banner kat bawah ni..



Apa2 pon.. semua terpulang pada anda untuk merebut peluang yang ada... anda penentu hidup anda..dengan izinNya....

Ok la.. cukup merepek untuk kali ni...

Sekian..

brobudin: bawah ni antara koleksi Silver aku... korang bila lagi??


READ MORE - Rebutlah Peluang..

Rehat sebentar..

Wednesday, August 17, 2011

Assalamualaikum....

Selamat bekerja pada sesiapa yang bekerja hari ni... Memandangkan aku cuti hari ni.. jadi aku rajinkan menaip pagi2 ni....



Sebelum aku terus menaip.. aku minta sedikit pandangan dari korang2 yang dah beli Ebook-Pelaburan Silver untuk memberi komen korang berkenaan ebook tu.. Mungkin korang rasa ebook tu tak bagus.. dan mungkin juga korang rasa ebook tu sangat bagus... sebab bagi aku sendiri.. ebook tu telah membuka mata aku dalam dunia pelaburan Silver. Pada korang yang berminat.. bole klik banner kat bawah ni.. atau iklan kat sebelah kanan tu..



 Berbalik kita pada cerita hartanah... nampaknya lepas raya ni.. ada 2 unit rumah aku akan kosong sebab penyewa sedia ada dah nak keluar... 1 unit di Shah Alam.. dan 1 lagi kat Damansara... yang kedua-duanya disewa oleh anak gadis.. huhu.. maka akan bermula lah proses mencari penyewa untuk unit2 tu...

Kepada yang emel bertanyakan berkenaan kenapa aku tidak mencari unit2 yg berpotensi untuk diberikan kepada sesiapa yang berminat.... seperti yang cakap sebelum ni... aku akan aktif semula selepas raya nanti.. InsyaAllah ... kepada korang2 yang menunggu tu.. sabar dulu ye....

Dan aku rasa korang sendiri tau keadaan market rumah sekarang... agak susah nak dapat rumah yang berpotensi untuk pelaburan... kalau ada diiklankan di mudah.com atau web2 carian hartanah.. pasti akan ada saingan untuk mendapatkannya... Maklum la.. sekarang bertambah ramai yang celik hartanah....

Ok la.. setakat ini untuk kali ni.... kat bawah ni aku letakkan sedikit info berkenaan pelaburan Silver... rajin2 kan membaca...

brobudin: cantik jugak syiling2 silver ni wehh....



Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan
silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan
dalam silver  ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak
tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
silver  tak memberi dividen dan turun naik harga
silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam
silver  ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion
dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang
kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang
paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

"Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang
dengan rakyat Malaysia?
Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang,
bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan.
Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
Belanja sakan lagi.
Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve
kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan.
Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa
bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas,
Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.




Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi,
tinggal masukkan masukkan command:
'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga.
Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang
berlambak-lambak tapi takde nilai.
Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis,
manusia akan berpusu-pusu cari silver  untuk
melindungi harta.

Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.
Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'.

Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas
yang cepat sangat susut nilai kepada silver ,
harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
selagi tu la silver  akan naik harga.

Bukan silver  je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

"Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli silver  sebagai pelindung harta."



Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Ebook 'Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver' akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak.

READ MORE - Rehat sebentar..

Bonus : Info tambahan

Tuesday, August 16, 2011

Assalamualaikum..


Info tambahan berkenaan Silver..



Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur bullion perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.




2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

READ MORE - Bonus : Info tambahan

Silver ?? - Ada Berani??

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni... bila baca kebanyakan blog2 pelaburan... banyak yang menceritakan pasal Logam Bernilai... iaitu Emas dan Perak... mungkin ramai yang agak risau dengan kedudukan wang fiat berikutan ekonomi global yang tidak menentu....

Jika dilihat 'kenaikan' harga emas yang mendadak baru2 ni... yang membuatkan para penyimpan emas tersenyum lebar... boleh beraya sakan la nampaknya....

Tak kurang juga tentang spekulasi yang meramalkan harga Emas dan Perak akan terus 'naik' sehingga hujung tahun ini memandangkan trend orang ramai sekarang yang semakin yakin dengan potensi 2 logam bernilai ni...
Berikut adalah antara berita2 berkenaan logam ni.. Kalo ada masa.. bole belek2 baca...
Perak akan mencecah USD200/oz??
Emas memanjat ke USD2000/oz

Terus terang.. aku sendiri dah lama mengikuti dan berminat dalam logam2 ni atau lebih tepat lagi Emas... tetapi kerana sebelum ni agak sibuk dengan hartanah.. aku abaikan begitu saja.... dan akibatnya.. harga sudah pon sangat tinggi...

Dan sebulan lepas.. aku terbaca artikel berkenaan Pelaburan Perak... dan aku mula banyakkan membaca tentang logam ni.... aku pon beli 1 ebook berkenaan pelaburan perak... dan ebook tu menyedarkan aku tentang potensi besar perak sebagai simpanan mahupun pelaburan....

Di sini aku kongsikan pasal ebook yang aku beli.. dan aku anggap sangat sesuai bagi sesiapa yang baru dalam pelaburan perak ni... Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan...

Klik kat sini untuk info                         
Kepada korang yang berminat untuk mengetahui pasal potensi.. dan kenapa perlu kita membeli Perak sekarang.... aku sarankan korang beli Ebook - teknik Tukar Ganda Silver ni... aku rasa korang memang akan puas hati denagn info2 kat dalam ebook tu..

Ok la.. itu saja entri untuk kali ni... iaitu entri yang tidak berkaintan dengan hartanah.. haha....

Sekian..

brobudin: Kalo terdetik nak beli silver... bole contact aku... aku dah kumpul stok sejak 2 mggu lepas...

Klik sini untuk ---> Ebook Tukar Ganda Silver

READ MORE - Silver ?? - Ada Berani??

Cukai Taksiran

Thursday, August 11, 2011

Assalamualaikum....

Baru2 ni aku jumpa dengan kawan sekampung aku... dulu pernah dia tanya berkenaan hartanah ... tapi selepas tu diam menyepi.... tapi kali ni memandangkan cuma aku dengan dia... dia poan cakap yang dia memang berminat tapi segan jika bertanya kalau dalam keadaan ada orang lain.... huhu.. takpe la... sekurang2nya.. dia cerita perkara sebenar dan masih berminat dalam hartanah ni...

Perkara yang paling dirisaukannya ialah... " Macam mana kalau tak ada penyewa??.." "Kene keluar duit sendiri la bayar tiap2 bulan nanti.."... Nampaknya memang perkara ni adalah salah satu perkara yang popular bagi yang baru berjinak2 dalam hartanah... Seperti jugak aku masa mula2 dulu....

Aku pon terangkan berkenaan sewaan... dan cara2 nak tambah keyakinan berkenaan masalah " tiada penyewa".... Aku suruh dia lakukan beberapa perkara untuk tambah keyakinan dia... kasi tempoh sehingga Raya nanti... kita tunggu.. apa keputusannya nanti....

Sedia utk difailkan..


Baru2 ni juga.. aku pergi membayar cukai taksiran untuk unit2 aku... Kene la aku ke kaunter MBSA dan MBPJ untuk selesaikan.... bukannya tak bole bayar secara online atau bayar kat pejabat pos je.... tapi sebenarnya aku nak buat pindah milik untuk unit2 yang baru handover... huhu... Apa yang perlu bawa ialah.. salinan SnP atau Geran... Cuma yang berbeza.. kat MBPJ... kene settlekan bil dahulu... dan baru bole buat pindah milik... tetapi kat MBSA.. pindah milik terus dibuat on the spot... dan selepas itu baru settlekan bil tu...
emm... takpe la.. yang penting kerja aku selesai untuk 2 Majlis tu... Yang belum settle ialah unit dibawah DBKL... huhu...

Ok la... itu je cerita kali ni...

Wassalam..

brobudin : Nak cari parking kete kt area Menara MBPJ tu adalah sangat tidak best.... huhu...
READ MORE - Cukai Taksiran

Kembali...

Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum...

Huhu... lama sungguh tak update blog... dah naik bersawang dah... sunyi sepi je... jadi pagi2 ni aku rajinkan jugak menaip entri ni untuk buang sikit2 sawang yg dah ada.. huhu... walaupon sebenarnya tiada apa yg aku nak ceritakan sebenarnya... maklum la.. 2 bulan kebelakangan ni aku tak ada buat carian2 hartanah baru... apa yang aku buat ialah uruskan unit2 rumah aku yang sedia ada... yang tukar penyewa... yang tukar bil elektrik.. yang baru handover.... dan juga aktiviti menjaga baby baru.. huhu...

Tetapi.. dalam masa tu jugak.. aku ada membaca beberapa artikel berkenaan dengan ekonomi global sekarang ni... yang rata2 penganalisis meramalkan akan berlaku krisis ekonomi dalam masa terdekat... rasanya korang pon ada membaca artikel2 tersebut kan...

Kat US.. baru2 ni... beberapa institusi kewangan telah pon bungkus... dan US meningkatkan Debt ceiling mereka yang aku rasa memberi kesan terus kpd inflasi...

Kat negara kita... baru2 ni.. EON bank telah pon dibeli oleh Hong Leong Group... dan skrg ni perbincangan berlaku antara Maybank dgn RHB bank....
Harga emas meroket naik.. dan bursa saham mengalami kemerosotan.....

Adakah akan berlaku krisis ekonomi dalam masa terdekat ni...??.. Rajin2 la korang membaca... dan disamping tu jangan lupa bersiap sedia jika berlaku krisis ini...

Jangan lupa...diamana apa permasalahan... di situ ada peluang...

Cantik pulak aku tgk Coin Aus Koala ni....


Sekian untuk kali ini...

brobudin: Ada geng kita yang 'menuai' dlm bulan puasa ni... kita tunggu jemputan buffet ramadhan.... huhu


READ MORE - Kembali...

Momentum : Lemau

Friday, July 22, 2011

Assalamualaikum...

Lama betul aku tak update blog ni.... Agak sibuk sikit dengan baby baru....huhu.... blog pon dah bersawang.... sunyi sepi....

Setelah sebulan lebih aku tak aktif dalam hartanah ni.... mood jadi kureng... dah jadi malas nak turun padang cari rumah2 berpotensi... kat internet pon dah jarang aku survey.... itu baru tinggal sebulan... kalo tinggal 2-3 bulan.. setahun.... memang terus berkubur la....

Tu pasal.. dalam apa pon bidang yang kita ceburi.. momentum tu sangat penting... mesti ada kesinambungan dalam tindakan... kalau tidak memang abis la... tambahan kalu gerak sendirian.... kalau gerak berkumpulan.. mungkin masih ada kawan2 kumpulan kita yang ingatkan kita.. 'bakar' kita selalu....

Aku sekarang tengah susunatur semula kerja2 hartanah aku...settlekan bil2... cukai2... kemaskini akaun... sambil study peluang2 lain yang ada... masa untuk mencari cabang lain pula...

Ok la... pada korang yang masih lagi berkobar2 semangat tu... teruskan usaha.... jangn lupa open table tau... haha...

sekian..

brobudin: lemau...
READ MORE - Momentum : Lemau

Info : Penyelenggaraan

Thursday, July 7, 2011

Assalamualaikum...

Malam tadi telah selesai sessi penyerahan kunci pada penyewa baru untuk unit kat Damansara... Pasangan muda yang berpindah dari rumah sewa lamanya akibat tak tahan dengan masalah penyelenggaraan oleh pihak pengurusan...

Seperti yang dipersetujui... baki deposit diselesaikan malam tadi.. dan dengan senang hati.. aku menyerahkan kunci rumah bersama mangga pintu baru pada mereka... Tak lupa.. beberapa perkara penting yang aku terangkan pada mereka berkenaan dengan syarat2 penyewaan... akan aku ceritakan nanti...

Kita cerita sikit pasal penyelenggaraan bangunan iaitu prkara2 seperti.. lift.. lampu korridor..kebersihan bangunan.. tangki air... pump air... dll....



Korang pasti pernah dengar komplen2 berkenaan perkara ni... penduduk tak puas hati dgn pengurusan... lift rosak.... air slalu tade... kawasan kotor.... dan macam2 jenis komplen lagi.... dan disebabkan masalah2 ni.. sesuatu apartment/flat tu turun nilai pasarannya.. sama ada dr segi sewa atau jual....

Ye la.. bila korang dengar pasal masalah2 ni.. mesti korang pikir banyak kali nak sewa atau nak beli kan.... huhu...

Cuba kita lihat dari pihak penduduk... jika masalah2 tadi berlaku.. akan bermasalah jugak la mereka... kalau lift rosak... yang duduk tingkat atas2 tu mesti berpeluh kan... kene pulak air tade... jenuh la berangkut air naik turun lift.... akibatnya... pihak pengurusan akan menjadi tempat mengadu... memaki.. dan mcm2 lagi la...

Kalau kita lihat dar pihak pengurusan pula... dah tentu kebanyakannya makan gaji kerja di situ... selalu kene marah.. maki... huhu... dan tidak pasti sama ada diorg buat keje atau tidak....
Kalau tak buat kerja... wajarlah diorg dpt maki hamun tu.... tapi kalau memang diorg buat kerja... tetapi masalah lain yg membuatkan diorg tak bole buat kerja... macam mana pulak???..

Katakan la... ada 200 unit kat bangunan tu.... kalau la kesemua 200 unit tu membayar yuran penyelenggaraan... aku rasa masalah2 seperti kat atas tu bole diatasi dengan segera... dengan syarat.. pihak pengurusan cepat bertindak la...

Tetapi.. kalau kurang separuh je yang bayar... mcm mana la pihak pengurusan nak uruskan dengan baik.. sebab duit yuran tu la yang akan digunakan untuk servis lift... cuci kawasan bangunan...dan macam2 lagi... kalo duit pon takde.... camne kerja nak jalan.....

Jadi pada korang2 yg telah menjadi Tuan Rumah Kedaung tu... janganlah kita asyik komplen pihak pengurusan.... sebaliknya.. selidik dulu apa punca masalah2 tu.... dan seperkara lagi... jangan lupa jelaskan yuran penyelenggaraan untuk rumah korang tu....

Ok la.. mengarut ntahapapantah plk aku pagi2 ni.....

wassalam..

brobudin: Ke mana menghilang korang2 yang nak open table tu??.. dah nak dekat bulan puasa ni...
READ MORE - Info : Penyelenggaraan

Info : Duit 'booking'.... Part 2

Wednesday, July 6, 2011

Assalamualaikum...

Berikutan dengan entri sebelum ni tentang 'duit booking'... aku terima soalan yang berikutnya pulak.. iaitu " Berapa duit booking yg sepatutnya kita nak mintak?"....

Hmm... terpulang lah pada budibicara korang... bagi aku... kebiasaannya.. aku akan minta nilai sebulan sewa atau sekurang2nya jumlah yang dapat cover installment + maint untuk 1 bulan...

Sekurang-kurangnya.. tade la menjadi beban untuk korang bayar loan korang kalau bakal penyewa korang tu 'cancel' nak sewa... dan dari sudut lain pulak.. korang dapat tapis bakal2 penyewa yang betul2 serius dan mampu menyediakan duit untuk sewa bulanan nanti... ye la.. kalo awal2 pon dah tak dapat nak bayar... nampak macam akan menjadi beban korang kemudian hari... tapi andaian ni tidak la tepat... cuma sekadar peringatan je...
"katak" idaman kalbu..



Seperkara lagi... masa proses booking tu.. pastikan juga korang letakkan tarikh untuk bakal penyewa korang tu menyelesaikan baki yang perlu dibayar... dan serahan kunci dilakukan bila bayarn korang dah terima sepenuhnya... ingat.. jangan lupa terangkan bahawa "booking tidak akan dikembalikan".. jika berlaku pembatalan dari pihak penyewa atau baki bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang korang persetujui...

Bukan apa.. kalo korang tak jelaskan perkara2 tu... nnti mungkin akan mendatangkan masalah... mana la tau.. nanti dah selesai bayar duit booking... penyewa tu kata.. "saya booking dulu.. nnti nak masuk saya akan hubungi encik".. buatnya dia kata pulak nak masuk lagi 2 bulan akan datang... kan problem tu...huhu

ok la.. jumpa lagi dalam entri berikutnya...

Wassalam..

brobudin: Perkara ni bergantung pada situasi juga... kalo tempat yg 'hot'.. korang bole la 'demand'... kalo tempat yg payah nak dpt penyewa... pandai2 la korang nego....
READ MORE - Info : Duit 'booking'.... Part 2

Info : Duit 'booking'....

Tuesday, July 5, 2011

Assalamualaikum...

Semalam aku terima panggilan dari orang yang dah bayar booking untuk unit aku kat Damansara untuk sewa... sebab dia sepatutnya masuk rumah tu semalam... aku ingatkan nak ambil kunci.. rupanya dia nak cakap yang dia tak jadi nak sewa sebab keluarga isterinya ajak tinggal sekali... huhuu... nak buat cemana tade rezeki...

Dan dia juga cakap " Duit booking tu abang ambil lah... silap saya"... Hmm... mungkin korang pon pernah hadapi situasi ini.... aku sendiri pon dah 3-4 kali berdepan situasi ni.... Dulu2 punya kes... diorang cuba minta semula duit booking tu.... jadi.. sekarang ni aku dah cakap awal2 pada bakal2 penyewa yang bayar booking bahawa.. duit booking tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan dari pihak penyewa...

Lebih bagus kalo korang tulis terma tu dalam resit booking... itu pon kalo korang kasi resit la...

Ada orang kata... " kesian la diorang.. pulang je la balik".... tapi ada sesiapa yang kesian kan tuan rumah??.. Tuan rumah kene bayar loan jugak... dan kene cari dan iklan semula rumah tu.... kata kan la.. masa tu dah masuk bulan baru... dah nak kene tunggu bulan berikutnya utk penyewa masuk.... rumah kosong 1 bulan.. tapi loan kene bayar jugak....

Cantik jugak rumah aku kt Dsara ni.. penyewa lepas siap cat lagi...
Kabinet atas ada... table top tade.... huhu.. tu ha table top segera...haha


Berbalik pada kes aku tu.... aku pon mintak halal duit booking tu dari dia..... dia kata tak kisah sebab memang salah dia dan minta maaf sebab lambat info aku....

Ok la... cukup entri pendek ni....

Wassalam..

brobudin: pada korang2 yang nak open table tu... sila2 lah setkan masa.... pastikan tarikh yg berlainan tau...
READ MORE - Info : Duit 'booking'....

Tukar penyewa... naikkan sewa...

Monday, July 4, 2011

Assalamualaikum....

Nampaknya ada beberapa pelawaan untuk belanja aku makan sekarang ni.... maklum la.. dah ada yang menuai hasil... tahniah pada korang...

Dalam pada itu jugak... ada yang bertanyakan pasal Iphone... dan juga Ipad.... hahaha... belanja sakan korang yek... aku harap korang tau apa yang korang nak lakukan pada 'hasil' korang tu...

Memandangkan kebelakangan ni aku tidak aktif dalam mencari rumah2 .. jadi tade la list2 terbaru.... lagi pon aku banyak abiskan masa untuk settlekan rumah2 aku yg bertukar penyewa.... ada 3 unit aku yg berturut2 tukar penyewa... alhamdulillah... 2 unit dah ada yang booking.. tinggal 1 unit lagi je...

Aku dapat naikkan kadar sewa 2 unit tu... 1 unit aku naikkan 10% dr sewa sebelumnya.. dan 1 unit lg.. 25% dr sewa sebelumnya... boleh la cover kenaikan BLR baru2 ni....

Untuk 1 unit yg belum disewakan tu.. aku target dapat naikkan sekurang2nya 5% dr sewa sebelumnya.. agak rendah sebab aku baru je naikkan sewa awal tahun ni...

Ok la.. cukup untuk kali ni...

BERSIH kan kereta hutan...


Wassalam..

brobudin : pada yang nak open table tu... kat mana nak open??
READ MORE - Tukar penyewa... naikkan sewa...

Progres : Musim 'menuai" lagi...

Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum...

Kembali aku menaip dalam blog ni... sebelum ni agak sibuk dengan baby baru... banyak aktiviti ditangguhkan... huhu...

Blog pon aku tak sempat nak jenguk... mesti sunyi sepi je sebab tade entri baru....

Ok la.. kali ni aku update sikit progress kawan2 kita.... sebab aku terasa teruja pulak... haha... apa lagi kalo bukan musim 'menuai'.... ada beberapa kawan kita yang akan menuai hasil dlm masa terdekat... hohoho... Udin.. Anas dan watak glamer dlm blog aku.. Wanej8...diorang ni nampaknya akan menuai hasil.... mesti hati berbunga2 je....

Jentera yg diorg guna utk tuai hasil.. dalam gambar tu.. wanej8 dgn Udin.. haha


Dah dapat duit tu... pandai2 la uruskan... jangan enjoy sampai licin pulak.... sebelum licin tu.. bole la open table utk kawan2.... huhuhu...

ok la.. cukup utk kali ni... nak cerita pon.. tade apa progres aku buat kebelakangan ni... baru nak start semula ni.....

wassalam..
READ MORE - Progres : Musim 'menuai" lagi...

Alhamdulillah...

Saturday, June 18, 2011

Assalamualaikum...

Setelah agak lama tade entri baru yang aku buat... Emel aku semakin sunyi dr soalan2.. Dan henpon aku pon kurang mendendangkan nada dering nya...

2 mggu kebelakangan yg agak mencabar bagi aku... Pertamanya.. Eby kene masuk wad akibat jangkitan kuman di tonsil... Setelah hampir hilang demam campaknya... Huhu.. Dimasukkan ke wad selama 3 malam... Dalam keadaan Qila yang menunggu masa je untuk bersalin....

Alhamdulillah.. Eby dapat balik hari Isnin lepas... Dan Selasa nya pula Qila pula dimasukkan ke wad bersalin sebab dah sampai tarikh bersalinnya...

Alhamdulillah.. Pada hari Rabu.. Pukul 4.30ptg... Qila selamat melahirkan anak ke2 kami... Babygirl... Pengalaman qila bersalin secara normal untk kali pertama.. Setelah secara operation utk lahirkan Eby...

Dan semalam Qila dan Baby dibenarkan pulang.... Dn seperi yg disangkakan.. Giliran aku pulak untuk berjaga malam melayan baby ni... Tak la rasa kekok seperti masa kelahiran Eby dulu....

Cukup dulu paasal diri n keluarga aku....

Pasal hartanah pulak... Loan untuk client yg amik unit kt Dsara Utama tu nampaknya tidak berjaya... Di'reject' oleh manager HQ.. Iaitu last aproval yg diperlukan.. Walaupon officer sebelumnya dah pon membuat komen yang agak baik... Antara alasan yg diberi:
- low solid income
- 2nd property ; not priority buying
- low balance income after new loan calculation ; if including monthly expenses

Lebih kurang macam tu la bunyi nya... Huhu...

Jadi... Apa yang harus dilakukan kalo perkara ni berlaku kat korang?.. Takkan korang tak dapat nak beli lagi seterusnya.... Takkan hanya 1 buah rumah je...

Kita bincang dalam entri yang akan datang...


Wassalam..

Brobudin: entri "jalan" pon tak siap2 lagi ni.. Huhuhu...
READ MORE - Alhamdulillah...

benda 'FREE' memang best..

Wednesday, June 8, 2011

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit pasal seminar2 ni... ye la.. sekarang ni macam2 seminar yang muncul... ada bagusnya juga.. sebab kita bole dapat info2 pasal bidang yang kita nak ceburi.....

Cuba kita kecilkan skop kita.... kita ambil contoh seminar2 hartanah.... berbagai2 pakej ada... ada yang 1hari.. ada yang 3 hari.. ada yang 3 jam.... ada yang macam program.. follow up sampai 3 bulan.. ada yang follow up sampai 1tahun..wowo...   ada yang yurannya puluh2 RM je.. ada yang beratus2.... ada yg beriban2... ada yang buat kat hotel... ada yang buat kat ruang opis... dan ada yang buat secara online.... dan tak lupa.. yang buat kat kedai mamak....

Macam2 jenis ada kan... sebenarnya terpulang pada korang untuk pilih yang mana satu.... tapi korang kene pastikan la dulu isi kandungan seminar yang korang nak join tu.... nanti.. korang cari yang murah2... tapi tak puas hati... ye la.. mungkin murah sebab isi kandungannya memang ilmu asas hartanah.... tapi tak semestinya juga... mungkin murah.. tapi penuh dengan info.... huhu...



Apa2 pon.. korang kene selidik serba sedikit dulu semianr2 yang korang nak pegi.... bagi aku... yang mahal tak semestinya bagus... dan yang murah tak semestinya tak bagus... Mungkin yang mahal tu diorg buat kat hotel... so.. kos nak sewa hotel tu tinggi.. jadi terpaksa la yurannya pon tinggi.. manakala.. yang murah ni sebab buat kat ruang opis je...

Dan pada korang2 yang susah sangat nak keluarkan duit untuk bayar yuran untuk dapatkan info atau ilmu hartanah... cuba la fikir2 balik... jangan asyik nak 'FREE' je... kita kene ingat.. yuran tu adalah mata pencarian para penganjur... kalo korang asyik dok tanya 'FREE' je... kureng la income diorang... diorang pon cari makan jugak...

Dan seperkara lagi... mungkin korang rasa semua seminar yang ada ni gunakan kaedah yang sama.... mungkin betul.. sebab pada asas nya memang begitu.. tetapi aku percaya sangat2 yang.. kaedah je sama... tetapi cara perlaksanannya berbeza... pendekatan dan teknik yg berlainan. Setiap sifu2 hartanah tu ada caranya tersendiri....

Ok la.. cukup membebel hari ni.... entri pasal 'jalan' pon tak siap2 lagi.... haha..

brobudin : pernah pegi seminar riban2.. huhu... abes duit.. huhu
READ MORE - benda 'FREE' memang best..

Info : Pinjam lebih???

Assalamualaikum...

Entri pantas... dapat setelah baca entri Blog AE.. dan ada dinyatakan dalam Blog Syaday tentang penerangan pembelian rumah menggunakan teknik ' Pinjam Lebih".. oleh Ustaz Zaharuddin.. bole baca kat Zaharuddin.net.

Untuk dikongsi bersama...

Ini aku copy isi perut entri tu...

Assalamualaikum

Ustaz, saya ada kemusykilan ttg pinjaman rumah. Bolehkah pinjaman
rumah diambil lebih dari harga rumah sbgi contoh, harga rumah 100,000,
ambil pinjaman 150 ribu utk tujuan mendapatkan wang tunai yg digunakan
utk tujuan lain (sprti berniaga etc) atau utk renovate rumah & bayar
kos2 yg berkaitan pinjaman.
Jika dibolehkan, adakah wang tersebut boleh digunakan utk menunaikan haji?

Wasalam



wa'alaikumussalam,
Ada jawapan panjang dan ada jawapan pendek bagi soalan ini.
Oleh kerana kekangan masa, saya terpaksa memilih jawapan pendek sahaja.
1) Semua pinjaman perumahan yang dibuat dari bank konvensional adalah HARAM dengan dalil al-quran, as-sunnah dan persepakatan ulama semasa (sebab zaman imam syafie dulu tiada bank lagi).
2) Jika sdr maksudkan ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dari institusi kewangan Islam. maka aqad yang akan diguna adalah aqad Jual beli. Dalam kes sdr, katalah nilai semasa rumah sdr itu RM 100,000.
Dalam proses perbankan Islam style Malaysia ( tetapi tidak diamalkan oleh timur tgh) .
Sdr akan membeli rumah itu dari penjual asal atau pemaju dengan hanya membayar 10 % sahaja (selebihnya hutang). Ini bermakna sdr telah membayar RM10 k,  manakala baki RM 90 ribu lagi akan sdr dapatkan dari bank Islam.
Dalam kes biasa, sdr perlu menjual pula rumah sdr tadi dengan nilai RM 90 k secara ‘cash' dan pihak bank kemudiannya akan menjualkan kembali rumah itu kpd sdr dengan harga pokoknya + untungnya ( RM 90 + 7.8 % kadar keuntungan - sebagai controh) dan sdr perlu membayar harga itu kpd bank dalam masa 25 tahun.
Baiklah, itu senario biasa di institusi kewangan malaysia yang diluluskan oleh majoriti ulama Shariah di Malaysia.
Dalam kes sdr , sdr nak lebih sikit, ini bermakna sdr perlulah menjual rumah itu kepada bank bukan dengan harga RM 90 K iaitu harga pasaran, tetapi RM 150 K.
Hal ini adalah harus dari sudut Islam, kerana sdr berhak utk menentukan harga kepada sesuatu barangan yang sdr miliki apabila ingin menjualnya.
Cuma dalam praktikalnya, mungkin agak susah kerana kebiasaannya pihak bank hanya boleh bersetuju dgn sesuatu harga setelah rumah itu di nilai harganya menurut "authorized valuer" . maka valuer biasanya akan meletakkan harga sebenar sahaja dalam laporannya, dan bank hanya akan mengikut harga yang diletakkan oleh valuer bila ingin membeli rumah itu dari sdr.
Justeru, sukar utk sdr mendapat harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar rumah dari sudut praktikalnya, walapun dari sudut hukum, ia adalah harus selagi kedua-dua pihak bersetuju.
Isu gunakan duit lebihan untuk menunaikan Haji dan lain-lain
Adapun, pertanyaan berkenaan gunakan duit tu untuk renovate, Haji, umrah dan lain-lain. Jika ia adalah hasil dari transaksi yang sohih dari sudut Islam dari perbankan Islam, Maka ia adalah harta yang halal dan terpulang kepada sdr untuk menggunakannya, dan harus hukumnya.
Bagaimanapun, jika ia adalah hasil perolehan dari transaksi Riba dengan bank konvensional..maka seolahnya duit yang diperoleh itu juga samada haram atau syuhbat. 

Tatkala itu, tidak sesuai untuk menunaikan haji dengan duit yang diperolehi dari transaski Riba. Ini kerana baginda Nabi SAW menyebut " Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik"
Dan duit dari hasil transaksi riba adalah tidak baik.
sekian

ust zaharuddin
27 Nov 2006
READ MORE - Info : Pinjam lebih???