Sessi Seminar Ringkas Tamat

Thursday, September 30, 2010

Assalamualaikum semua...

Buat pengetahuan semua.. sessi seminar ringkas ' langkah 1' malam tadi adalah merupakan sessi terakhir utk musim ini... 5 sessi semuanya bermula dari minggu lepas...

Aku ucapkan jutaan terima kasih pada kawan2... pembaca2 yg sudi datang mengorbankan masa dan rm10 untuk mendapatkan info2 pasal hartanah.... pada yg rasa seminar 'langkah 1' ni tak bermanfaat pada korang... aku minta maaf banyak2... sebab bagi aku byk info berguna dalam seminar tu....

Bagi yg ambil keputusan untuk tidak meneruskan langkah ke arah pelaburan hartanah.... aku hormati keputusan korang.... semoga korang berjaya dalam bidang yg korang ceburi.... sekurang2nya korang dah tau serba sedikit pasal pelaburan hartanah....

Dan bagi yg meneruskan langkah seterusnya.... aku ucapkan selamat datang ke dunia pelaburan hartanah.... aku harap korang usaha sungguh2... dan berjaya seperti org2 yg dah berjaya... masih byk ruang dalam pelaburan hartanah ni... cari ilmu sebanyak mungkin... bertindak... berdoa.... dan bertawakal.... insyaAllah korang akan berjaya.....

Dan bagi mereka yg masih atas pagar atau ragu2.... minta lah petunjuk dr Allah... tiada paksaan utk korang teruskan atau berhenti.... buat lah pilihan yg bijak...

" Tidak akan berubah nasib seseorang itu selagi dia tidak berusaha untuk mengubahnya"...

Sekali lagi aku mohon maaf sekiranya dalam sessi seminar ringkas ni.. ada perkara yg buat korang tak puas hati... walaupon bukan aku yg memberi taklimat... mungkin cara pengurusan yg tidak teratur....

Semoga kita jumpa lagi pada langkah seterusnya....

Wassalam..
READ MORE - Sessi Seminar Ringkas Tamat

Apa jenis hartanah yg sesuai?

Tuesday, September 28, 2010

Assalamualaikum...

Kali ni kita cerita pasal jenis hartanah yg sesuai untuk kita buat pelaburan.... kalo ikutkan... sebenarnya.. jawapannya adalah bergantung pada diri kita sendiri mengikut keadaan kewangan dan target kita sendiri....
Sebab setiap org ada target masing2... yg pastinya tak semestinya sama...

Mula2.. kita bahagikan jenis2 hartanah dulu...

1. Highrise Residential (HR)- yang mana rumah untuk kediaman.. spt.. flat.. condo... jenis yg bertingkat2 tu la..
2. Highrise Commercial ( HC) - bertingkat2 jugak... cuma dibina utk office.. kedai.. untuk tujuan komersial...
3. Landed Residential (LR)- ni rumah kegemaran org kita... contoh.. teres... banglo...
4. Landed Commercial (LC)- ini pulak lot2 kedai .. office.... dan seangkatan dgnnya..

So.. apa pilihan korang?.. mesti pilihan kita tak sama kan... ye le.. macam aku tulis tadi... pemilihan bergantung pada keadaan....
Setiap jenis hartanah di atas ni.. ada kelebihan... dan ada kekurangan nya..
Apa dia?... kita bole bincang2 kat sini... huhu... sebab aku nak buat kerja aku dulu....
Korang bole nyatakan pilihan korang... dan bole huraikan sekali sebabnya...
AKu harap ada la yg akan letakkan komen kt entri ni.... jadilah pembaca yg menyumbang... huhu...
pada WanEJ8.. kalo ko baca entri ni.. aku harap ko org pertama yg buat komen... hahha... ni kira paksa rela...

sekian...
READ MORE - Apa jenis hartanah yg sesuai?

Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah - Langkah Pertama

Monday, September 27, 2010

Assalamualaikum..

Pepatah pujangga mengatakan " gambar memberitahu beribu2 perkataan"

jadi.. kali ni aku letak gambar je la...

gambar2 seminar ringkas....





READ MORE - Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah - Langkah Pertama

Ekspo Hartanah (MAPEX) 2010

Tarikh: 22-24 Oktober, 2010
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Sesapa yg berminat... mari kita jalan2....

READ MORE - Ekspo Hartanah (MAPEX) 2010

MOF Kekal 90%

Thursday, September 23, 2010

Assalamualaikum...

Petikan dr Utusan Online

Source:utusan online
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Bagi memastikan golongan muda dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan pembiayaan rumah kepada 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak berhasrat mengurangkan kadar pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus pada masa ini.

"Bagi pembeli yang sudah memiliki beberapa buah rumah dan berhasrat untuk membeli rumah lagi, kemungkinan jumlah pinjaman akan dikurangkan kepada 80 peratus sebagaimana dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan BNM yang mahu mengkaji semula cadangan supaya bank-bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus.

Namun, cadangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat ia akan menjejaskan peluang golongan muda untuk memiliki rumah.

Malah, ada gesaan supaya BNM menangguhkan cadangan menurunkan nisbah pinjaman berbanding nilai (LVR) pajakan sesuatu hartanah kepada 80 peratus.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil sikap terbuka berkenaan cadangan untuk membenarkan ringgit diniagakan di luar pesisir, 12 tahun selepas ia dihentikan.

Ringgit kini diniagakan pada paras tinggi dalam tempoh 13 tahun pada RM3.10 berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Ringgit kita mengukuh seiring dengan asas-asas ekonomi yang menggalakkan dan ini tidak menyebabkan sebarang kesan teruk pada perdagangan dan pelaburan ke Malaysia," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil beberapa langkah serta mengkaji secara mendalam sebelum rancangan ringgit diniagakan.

Katanya, kerajaan sentiasa berhati-hati dengan langkah tersebut agar kesan krisis kewangan 1997 tidak berulang di samping menjejaskan nilai ringgit yang dilihat begitu kukuh ketika ini.
READ MORE - MOF Kekal 90%

Peta Lokasi Seminar Ringkas

Wednesday, September 22, 2010

assalamuaaikum...

Kt bawah ni peta lokasi tempat seminar ringkas tu akan dibuat...
Aku pon tk beberapa mahir...
Kita jumpa disana...

33-2, Jalan Dwitasik
Dataran Dwitasik
Bandar Sri permaisuri
Kuala lumpur..

Photobucket

Photobucket
READ MORE - Peta Lokasi Seminar Ringkas

Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah

Monday, September 20, 2010

Dipetik dari blog Bri... iaitu Penganjur Kelas Pelaburan Hartanah ni..


Program Hartawan Hartanah telah bermula dengan adanya “Langkah Pertama”.

Sila lihat pada tarikh yang sesuai dengan anda dan daftar dengan kami sebelum terlambat.

Setiap sesi mempunyai tempat yang terhad. Anda perlu mengorak langkah dengan segera.

1. Langkah Pertama – Seminar ringkas Hartawan Hartanah

Penerangan bagaimana :

- untuk bersara dengan matlamat

- untuk bebas hutang dalam masa yang ditetapkan

- untuk belajar asas pelaburan hartanah (rumah lelong/sekunder/baru)

- untuk mengerti erti gaji pasif

- untuk menjadi “Hartawan Hartanah” (lelong atau sekunder atau baru)

Kepada sesiapa yang berminat nak hadiri seminar ringkas ni.. jangan la segan2 atau malu nak hubungi aku.... bole call 019-3099990/012-2471339 atau emel atau YM pon bole... maklumat tarikh dan masa macam kat bawah ni... ada yuran skit... rm10...
lokasi pon dah ditulis kt bawah ni...

Photobucket

Maklumat Lanjut -- klik sini!!
READ MORE - Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah

Unit Amanah

Friday, September 17, 2010

Assalamualaikum....

Masih mood raya walaupon sudah start keje.. huhuh....

kali ni off topic skit.. asyik cite pasal property je...huhuuh....

So kali ni aku cerita pasal Unit Amanah atau Unit Trust dalm bahasa omputihnya...
Hari ni aku check dalam sistem Public Mutual... ye le.. sebab dah dekat 2 minggu aku tak update sistem tu ... nak tengok prestasi fund2 yg aku laburkan utk client2 aku...


Milford Sound in New Zealand


Alhamdulillah.. nampaknya prestasi fund2 tu agak memberangsangkan.... ada client aku yg profit cecah 9.6% dlm masa 6 bulan.... dan purata profit client2 aku dalam lingkungan 8% dalam masa 6 bulan... huhu.. ye le.. aku start jadi consultant pon baru 6 bulan.... hahaha...

Ok.. pada client2 a.k.a kawan2 aku yg nak tambah pelaburan tu... bole le calling2 aku... dan pada yg baru nak melabur pon bole calling2 aku... sms pon bole... jangan malu2... guna duit dlm KWSP pon bole... tapi kene cukup syarat la...

Ok.. selamat beramal...
READ MORE - Unit Amanah

MOF 80% - Kesannya...

Thursday, September 16, 2010

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia.... hari ni cuti umum... aku duduk rumah je .. tunggu org datang beraya... Qila demam.... huhuhu.... jadi tade plan la nak ke mana2....

Kali ni kita cerita pasal MOF yg ura2 dikatakan akan jadi maksimum 80% shj... ikutkan dr sumber2 internet.. perkara ni masih diperingkat awal perbincangan... dan cuma property yg bernilai rm500k keatas sahaja yg terlibat... ini semua yg aku baca dr blog2 otai2 property... jadi belum tentu maklumat ini tepat... hanya sekadar info sahaja.... supaya tade la terkujat sgt nanti kalo benar2 perkara ni dilaksanakan...

Kalo ikutkan property rm500k ni... memang tak mampu lagi la aku nak beli... ye le.. gaji aku kecik... pada yg bergaji besar tu... mungkin la berminat... huhu...

Kita tgk pulak kesan2 jika perkara ni benar2 berlaku.... dan jika ia melibatkan semua nilai propery... kira macam untuk semua property kt Mesia ni la... bukan hanya yg rm500k ke atas...

Bila dikatakan 80%.. bermakna secara kiraan mudah... buyer/pelabur kene sediakan 20% deposit utk membeli property... hmmm.. kira byk jugak.... kalo unit tu rm100k... dah kene sediakan duit rm20k.. tak masuk yuran2 lain lagi tu... huhuhu... dan pastinya menyebabkan pelabur2 akn berfikir panjang untuk melabur... bagi yg memang banyak modalnya... tade le masalah... tapi bagi yg baru mula berjinak2 dan tak ada modal yg tinggi mesti akan menghadapi masalah....

Keadaan ini akan memberi kesan pada harga property yg kini dikatakan overprice... kalo masa kini permintaan rumah adalah tinggi... yg menyebabkan harga melebihi pasaran.... bila perkara ini dilaksanakan... mungkin dapat mengekang fenomena overprice ni.... ye la... bila ramai yg tak sanggup sediakan 20% deposit... bermakna kurangla permintaan utk membeli rumah... jadi pembeli2 tidak perlu lagi bersaing harga.... bila permintaan menurun.. pastinya akan memberi kesan pada harga jualan... ye la.. penjual semestinya akan bersaing menurunkan harga utk menjual rumah2 mereka... ini adalah peluang yg baik bagi pelabur2...

Dan pemaju pula pastinya juga akan memberikan pakej harga yg menarik utk memastikan projek mereka dapat dijual... ye le... tak semua pelabur sanggup mengeluarkan 20% deposit.... hhmmm... jadi antara kesimpulannya... perkara ini dibincangkan adalah untuk mengawal harga property yg kini bole dikatakan melebihi harga pasaran... selain mengawal fenomena sub-prima seperti yg berlaku di Amerika....
Apa dia 'sub-prima'?... korang google la sendiri utk fahamkan apa dia menatang tu... sebab tak mustahil perkara ni akan berlaku di negara kita....

Bagi yg dah belajar teknik2 beli rumah secara percuma... seperti yg aku katakan sebelum ni... tiada masalah bagi korang walaupon MOF hanya 80%.... yg penting mesti ikut garis panduan yg korang dah belajar....

Apa yg aku tulis diatas adalah atas pemerhatian dan pendapat aku sendiri... kalo korang ada pendapat berbeza... bole la kongsi bersama...

Ok la... tade apa nak taip lagi... nak tanya atau komen... silalah ke bahagian komen... huhuu

Hari Isnin baru2 ni.. banker call aku mintak info pasal rumah yg aku nak beli... dan aku kasi... petangnya dia submit ke HQ... dan semalam petang (Rabu) dah pon lulus... 90% MOF dgn BLR-1.9.... alhamdulillah...

nampaknya... kene cari lagi 1-2 unit lagi untuk capai target aku tahun ni...
sama2lah kita mencari....

Sekian..
READ MORE - MOF 80% - Kesannya...

Tempoh Pinjaman

Wednesday, September 15, 2010

Assalamualaikum...

Rasanya masih belom terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir batin"....

Maaf sekali lagi kerana dah lama tak update... bukan tanak update blog ni... tapi coverage telco yg aku guna kat kampung wife aku tu agak teruk... liputan 3G tadak...
Merangkak nak bukak internet.... jadi memandangkan aku dah kat Kl ni.. bole le aku update...

Sempena cuti yg agak lama ni... dan hari raya... byk la aku jumpa sedara mara.. sedara mara belah wife aku la sebab aku beraya kt belah wife aku tahun ni..... tak banyak yg berubah pon... cuma ada la sepupu2 wife aku yg baru tukar kereta baru... ada yg amek Wish.. ada yg amek Vios... ada yg pakai Perdana... hmm... yg membuatkan mertua aku suruh aku tukar kete lain... huhu... apa2 pon aku masih setia dgn Honda Tua aku tu.... ok la.. kita lupakan pasal hal ni.... nnti 4 tahun lagi kita cerita balik.... hahah

Berbalik pasal property... ada emel2 dr pembaca senyap bertanyakan pasal tenure loan rumah ni... apakah perlu amik sependek yg bole atau memaksimumkan tempoh pembayaran....
Soalan ni sepatutnya didatangkan sekali dgn tujuan property tu dibeli... adakah untuk duduk sendiri atau investment....
1. kalo untuk duduk sendiri.... terpulang la pada korang... sama ada nak pendek atau panjang... sebab keadaan kewangan kita berbeza... tapi sebagus2nya.. carilah tempoh sesingkat yg bole dgn installment yg tidak membebankan korang....
2. kalo untuk investment... seelok2nya.. amik la semaksimum yg bole...
a. Bila buat tempoh panjang... installment bulan2 pon jadi kurang....
b. Bila installment kurang... duit lebihan dr sewaan tu bole la korang dapat lebih...
c. Tak perlu risau sebab installment tu penyewa yg bayar...
d. duit lebih tiap2 bulan tu.. korang bole invest utk buat duit lagi...

Jadi korang fikir dan buat la kira2 sendiri.. yg bersesuaian dgn strategi invesment korang... Apa yg aku tulis kat atas tu berdasarkan pendapat aku sahaja... dan kalo korang rasa tak bagus... tak perlu la korang ikut... macam aku selalu cakap la.. setiap orang tak sama status kewangannya... dan tentu tak sama strateginya...

Ok la.. cukup utk kali ini... utk pertanyaan2 lain... nnti aku try tulis dlm topik akan datang...

Wassalam..
READ MORE - Tempoh Pinjaman

RHB Offer... up to -1.9

Monday, September 6, 2010

Assalamualaikum...

Minggu lepas aku rajinkan diri aku untuk pegi Bank Negara utk cek aku punya rekod bayaran.. CCRIS... Alhamdulillah.. nampaknya rekod pembayaran cemerlang... dan dapat jugak tengok loan2 application yg aku buat dalam 1 tahun lepas... hmm... sume ada kt situ... sehingga loan Public Bank utk rumah shah alam yg lulus 3 minggu lepas...

pada korang2 yg dah byk utang tu... kalo ada masa pegi la print CCris korang kt bank negara tu.. bole tengok rekod korang... mana la tau ada sangkut mana2 ke... ye la.. bank ni setakat sangkut sebulan diorang tak call pon... tapi nnti dalam CCRIS tetap tunjuk jugak yang sangkut tu....

Minggu lepas jugak aku nak try submit 1 loan utk rumah kt Shah Alam jugak... aku try RHB...sebab aku tak pernah try RHB lagi sebelum ni.... huhu.. aku pegi dengan dokumen yg bole tahan tebalnya... huhuhu... jumpa officer dan tanya pasal rate yg RHB offer... hmmm.. dia kata utk promosi musin raya ni.. diorg bole kasi up to -1.9 utk property over Rm100k... macam best je... tapi tempoh bayaran maksimum umur hingga 65thn je.. tak bole pegi hingga 70thn... takpe la...

Mula2 officer tu kira komitmen aku.. dia kata dah tinggi.. hmm.. aku pon tunjuk la dokumen sokongan... dia kata dia tak bole kira pendapatan sampingan aku tu... huhu... aku pon cakap la.. bank lain terima aje... dan aku cakap la nak pegi submit kat branch RHB lain.. dia kata nanti dulu.. dia nak rujuk kat boss dia... hmmm.. tapi boss dia tade masa tu... so dia akan call aku nnti.... aku pon cakap .. OK..
Esok pagi nya dia call dan cakap yg dokumen sokongan aku tu bole diterima.. huhu.. so dia akan proceed utk apply....

So.. pada kawan2... yg dah tak lepas kt bank2 yg korang suka... bole la beralih ke RHB... huhuu...

Sekian...
READ MORE - RHB Offer... up to -1.9

OPR Tidak berubah..

Assalamualaikum...

Nampaknya kadar OPR masih sama 2.75 point... desas desus bahawa kadar BLR akan naik dlm masa terdekat nampaknya kembali sepi... Hmm.. kira macam berita baik jugak la pada kita semua... still bole enjoy kadar BLR skrg....

Cuma kadar MOF seperti tajuk sebelum ni.... Bank Negara masih dalam proses mengkaji... huhuhu... bole pening jugak kalo MOF up to 80% je... letih nak cari deposit 20%... hmm... tapi bagi yg dah belajar pasal selok belok property ni... rasanya tiada masalah bagi korang kan.... hahaha.... sesungguhnya masih bole elak deposit 20% tu.... elak... jangan tak elak... hahaha...

Kalo betul MOF 80% tu terjadi... mungkin pelaburan hartanah akan menjadi sedikit perlahan.. ye la... pada investor yg guna cara konvesional... mmg sedikit terasa la utk sediakan 20%....

Tapi... berita2 ni sume masih belum pasti... hanya pendapat2 dan spekulasi2 sahaja... kita tunggu aje la... lagi pon bagi korang2 yg dah belajar ni... rasanya tak jadi masalah untuk terus shopping rumah kan....

Ok.. cukup setakat ini....
Ni berita tentang OPR...

Bank Negara Malaysia, 2 September 2010

At the Monetary Policy Committee (MPC) meeting today, Bank Negara Malaysia decided to maintain the Overnight Policy Rate (OPR) at 2.75 percent.

The global growth momentum has moderated in recent months. In the advanced economies, growth has slowed by more than expected following continued weakness in the labour market and the fading impact of the temporary boost to economic activity provided by the inventory build up and the policy stimulus. For the regional economies, after registering strong economic expansion in the first half of the year, the slower pace of export growth will have some impact on economic performance. Domestic economic activity, however, remains strong. Given these developments, the assessment going forward is for the global recovery to proceed at a more moderate pace.

The Malaysian economy expanded strongly in the first half of this year, underpinned by strengthening domestic demand, particularly in the private sector. As in other regional countries, Malaysia’s export growth has, however, slowed in recent months. These conditions are expected to continue with the slowing of global growth. While these external developments may result in a moderation in the pace of growth of the Malaysian economy, moving forward, the overall growth will continue to be supported by the robust domestic economic activity. Leading indicators suggest that private consumption and private investment will continue to expand. This is also supported by the favourable labour market conditions, positive consumer and business sentiments, low inflation and conducive credit conditions.

Domestic inflation edged higher in June and July mainly on account of increases in food and energy prices. Despite the adjustment in retail fuel prices in July, inflation is expected to rise at a modest pace in the coming months. Going into 2011, inflation is projected to continue to remain moderate.

The MPC considers the current monetary policy as appropriate and consistent with the latest assessment of the economic growth and inflation prospects. At the current level of the OPR, the stance of monetary policy continues to remain accommodative and supportive of economic growth.
READ MORE - OPR Tidak berubah..

MOF Up to 80% only??

Wednesday, September 1, 2010

Jumpa petikan ni kt site B-H...

Will Bank Negara Reduce Home Loan Margin to 80%?

Business Times Online, 30 August, 2010

The property sector is likely to be downgraded if Bank Negara Malaysia imposes a lower mortgage Loan-to-Value (LVR) ratio, says Kenanga Research.

Milford Sound in New Zealand


Bank Negara is reported to have written to financial institutions to secure feedback on the possibility of capping the LVR for mortgages at 80 per cent to avert the risk of a potential property bubble.

Currently, banks can usually lend up to 90 per cent of the house value, or up to 100 per cent in selected cases, which has been handy for developers promoting their newly launched under interest absorption schemes like 10/90 home loan schemes.

Kenanga Research in a research note today said it would not be surprised if Bank Negara implements the 80 per cent cap on the mortgage LVR, or at least for properties more than RM500,000, as the government is clamping down on investment related property acquisitions.

“If implemented, we are likely to downgrade our sector call, as we expect property transactions to fall since deposit requirements will double, or essentially doubling the investment risk, limiting the number of homes that an individual can buy.

“We expect buyers to become more discerning when it comes to property choices, meaning stronger market leaders with branding and quality will be winners, when it comes to grabbing the market share of a smaller pie,” Kenanga Research explained.
READ MORE - MOF Up to 80% only??