Shopping Rumah Lagi ?? dan Amanah Hartanah Bumiputera

Tuesday, November 30, 2010

Assalamualaikum...


Nampaknya minggu ni merupakan minggu yang agak meletihkan... seperti juga minggu lepas...
Jika minggu lepas aku sibuk dengan sessi Langkah 2 Hartawan Hartanah.... minggu ni pula... sessi Langkah 1 Hartawan Hartanah dilangsungkan.. huhu... asyik balik lewat je... kesian pulak tengok anak aku.. bila aku sampai rumah.. dia dah tidur... yang lebih buat aku tersentuh ialah wife aku... dah le tak beberapa sihat... sekarang pulak memang time dia sibuk... ditambah lagi dengan mual2 sebab pregnant anak ke2... huhu.. denagn keadaan ni pon dia masih setia menunggu aku balik rumah walaupon lewat malam... I Love U bebeh...

Ok la.. cukup cerita sikit pasal diri aku.... dan sebenarnya... aku sendiri tatau nak tulis apa untuk entri kali ini... hahaha....

Disebabkan itu... kali ni kita kongsi la progres kawan-kawan kita...

WanEJ8 - Baru sebentar tadi dia sms aku.. loan rumahnya yg ke..tuttt... dah lulus... dan magicnya.. bole dapat MOF 90% lagi... hmmm... cemana ye... huhu.. apa2 pon.. tahniah aku ucapkan...

Nizam - Mamat hensem sorang ni pon dah berjaya beli rumah ke 2 nya... Loan pon dah lulus.... dan sekarang tengah tunggu keputusan loan rumah ke 3 nya... syabas....

Zainudin - sahabat karib aku dari kecik ni pulak ambil keputusan untuk ambil tempoh bertenang sehingga proses rumah2 yang dia beli sebelum ni selesai.... senang cerita.. tunggu DUIT...

Anuar - Bakal biras aku ni pulak baru2 ni dapat unit kat Damansara.. hmm.. tempat tu memang antara target aku... huhu... mamat ni nak kawin bulan 1 tahun depan.. dekat sgt dah... sempat lagi shopping rumah....

Sarman - Last berita yang aku dapat... mamat ni berjaya beli 1 unit lagi kat Bangi fasa 4... loan pon dah lulus...

Mim - Mamat ni pon amik strategi untuk bertenang seketika waktu setelah berjaya dapatkan 1 unit kat Shah Alam... skrg tgh fokus dalam bidang jual spare part Honda...

Da'a - Lama aku tak dengar progres mamat ni... last sekali yang aku tahu.. dia dapat 3 unit... Cheras.. Shah Alam dan Kinrara...

Fauzi - Baru balik dari oversea... dan katanya dah dapat 2 unit kat Bangi....

yang lain2... tak larat aku nak update... huhu...

Semalam.. PM dah merasmikan Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB )... yang dilancarkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad ( PHB )... yang bole dijadikan alternatif untuk sesiapa yang minat dalam pelaburan unit amanah. Ianya patuh syariah seperti yang tertulis dalam buku propektus nya...



Antara lokasi2 pelaburannya ialah :
1. 3C4 Putrajaya
2. CP Tower
3. Logistic warehouse di Shah Alam
4. Setia Alam - tesco
5. Wisma Consplant

Pelaburan minimum ialah rm500 dan pengeluaran adalah terhad sekali dalam sebulan. Penambahan pembelian dalam gandaan rm100 dan jumlah maksimum adalah rm200,000. Unit yang ditawarkan berjumlah 1 billion unit yg berharga rm1 untuk 1 unit.

Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Maybank sebanyak 2 kali setahun... Berapa target dividennya?.. korang tanya la orang2 Maybank sendiri...

Bole klik sini untuk berita : Amanah Hartanah Bumiputera

Ok la... cukup untuk kali ini....

Pada sesiapa yang berhajat untuk menceburi bidang pelaburan hartanah.. segera la melangkah dengan mendaftar sebagai peserta Seminar Hartawan Hartanah Langkah 1. Sila ke Seminar Hartawan Hartanah untuk membuat pendaftaran..

Sekian.
READ MORE - Shopping Rumah Lagi ?? dan Amanah Hartanah Bumiputera

Seminar Hartawan Hartanah Kembali Lagi !!!

Monday, November 29, 2010

Assalamualaikum...

Setelah berjaya melangsungkan Seminar Hartawan Hartanah - Langkah Kedua pada awal November lepas... yang kini peserta-pesertanya dalam fasa Langkah Ketiga.... Kini Seminar Hartawan Hartanah - Langkah Pertama dibuka semula untuk perndaftaran baru.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang Pelaburan Hartanah... ini merupakan peluang terbaik anda untuk membuat langkah permulaan dalam merubah prestasi kewangan anda.

Sila ke laman SEMINAR HARTAWAN HARTANAH untuk mengetahui lebih lanjut dan seterusnya mendaftar sebagai peserta.

Anda juga bole telefon 019-3099990 atau emel ke kuasahartanah@gmail.com untuk membuat sebarang pertanyaan.





READ MORE - Seminar Hartawan Hartanah Kembali Lagi !!!

Bot karam akibat MOF 70%..

Thursday, November 25, 2010

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ni ada beberapa benda yang aku kene buat.. so entri hari ni agak lewat... dan sebenarnya tade idea pon... ditambah pulak dgn keadaan perut aku yg lapar ni... huhu... pusing2 kedai kat sekitar ni.. tade yang menarik pon,....

Malam tadi.. atas permintaan seorang pembaca blog ni yang bukan lah termasuk dalam follower yg kat sebelah kanan tu... ajak aku menom2.. walaupon aku agak lewat sikit disebabkan aku balik pon lewat... aku turun juga... ada beberapa oarang lagi yang rajinkan diri diorang turun.... terima kasih...


sempat la aku berkongsi satu surat pekeliling berkenaan dgn peraturan baru pinjaman perumahan yang merunsingkan para pelabur hartanah kini... yang aku dapat melalui salah seorang Banker yang sempoi...

Ini tajuk surat tu..
BNM Circular dated 3/11/2010 on Measures to Ensure Sustainability in the Residential Property Market.
Dan ada beberapa perkara yang menarik.. antaranya.. 
a. Max LTV at 70% + 5% = 5% financing is for MRTA / insurance only. Legal fee and valuation fee financing is not allowed.
~ Bermakna.. legal fee dan valuation fee dah tidak dibenarkan masuk sekali dalam loan... huhu 

b. Not applicable to Refinancing of residential property.
~ Ini yang aku tak pasti... ikutkan pemahaman aku yg tak lulus bahasa ingeeris ni...  maknanya tidak melibatkan kes refinance... betul ke?... bole Otai2 property atau banker2 kat luar tu kasi komen sikit.... just nak clearkan point ni.. 

c. The number of Home Loan is to be determined as follow:
 i.To include Home Loan application approved earlier with Bank but pending acceptance.
~ yg membawa maksud..   loan yg dah lulus akan diambilkira jugak walaupon belum diterima oleh pemohon.

Ini adalah antara isi kandungan surat tu.. dan adakah semua bank kat Malaysia ni perlu ikut peraturan yang sama mcm bank ni... yg secara logiknya.. mesti lah sama kan....

Mari kita bincangkan....

sekian
READ MORE - Bot karam akibat MOF 70%..