Nak Jadi JUTAWAN ?? Part 2

Tuesday, November 23, 2010

Assalamualaikum....

Nampaknya ada perbezaan pendapat tentang status Jutawan Hartanah dalam entri sebelum ni... terima kasih pada komen2 korang.... kita sambung lagi pasal nak jadi jutawan... hahaha... kalo baca entri sebelum ni... macam senang je nak jadi Jutawan Hartanah...( dalam konsep pelaburan hartanah )

Berbalik kita kepada nilai hartanah ( kita anggap sbg rumah ) yang mencecah nilai jutaan ringgit... kita amek contoh WanEJ6 ( bukan WanEJ8 )... yang mempunyai 5 buah rumah yang bernilai rm1 juta semuanya...
Dan pada sesetengah kita.. WanEJ6 ni telah pon menjadi Jutawan Hartanah... dan pandangan lain... WanEJ6 ni masih blom layak digelar Jutawan Hartanah..kerana masih ada hutang dengan pihak Bank... tak kisah la apa2 pon... setiap orang ada pemahamannya sendiri...

Yang perlu dijelaskan di sini... jika korang mempunyai nilai hartanah jutaan ringgit... harus diingat... korang juga mempunyai hutang bernilai jutaan ringgit... dan dengan ini pengurusan kewangan dan hartanah korang mesti lah dipantau dengan rapi...kesilapan dan kelalaian bole menyebabkan apa yang korang ada.. lenyap begitu sahaja......



Dari sudut pelaburan hartanah pula.... jika kita mengambilkira hutang yang bernilai jutaan ringgit tu... kita lihat semula... adakah kita yang membayar semua hutang itu?? ini seperti komen WanEJ8 dalam entri sebelum ni... yang mana dia menyatakan bahawa.. penyewa hartanah/rumah kita yang membayarnya.... itu pon kalau hartanah itu memenuhi syarat2 untuk pelaburan...

Kita lihat logik kat bawah ni:
WanEJ6 mempunyai hartanah bernilai RM1Juta yang DIBELI menggunakan duit BANK dan DIBAYAR oleh PENYEWA.

Jadi.. apa pendapat korang??.. adakah layak WanEJ6 bergelar Jutawan Hartanah?? hahaha...

Tak penting pon status tu.... yang lebih penting apa yang kita dapat dari hartanah yg bernilai jutaan ringgit tu... sebab kita tak dapat apa pon dari status Jutawan Hartanah tu... itu pon kalo layak la... cuma mungkin ia boleh dijadikan pembakar semangat kita....

ok la... cukup kali ini... sambung part 3 pulak nanti.... huhu...

p/s 1. WanEJ6 adalah watak rekaan semata2.. tade kene mengena dgn WanEJ8... huhu
     2. Sebarang komen amatlah dialu2kan... 

3 comments:

wan ej8 said...

huhu..mme best entry bro kali ni...ia boleh mmebuka minda kite kearah jutawan..huhu

Thumbs Up..

p/s:xkesa la bro watak wanej6 tu rekaan semata2..aku amin kan aje..semoga kite same2 mencapai apa yg kite rancangkan selama ini..huhu

Unknown said...

budin & wan, satu perbincangan yg menarik...:)

apa ada pada status jutawan? boleh baca pendapat aku tentang jutawan di http://mylife-wakif.blogspot.com/2010/11/siapakah-jutawan.html

Spezzy Shah said...

Terima kasih Tuan Wakif...

So.. sesapa yang amik berat nak tau.. bole pegi kat link blog Tuan Wakif tu... banyak info kat blog tu... berbaloi2 kalo korang follow...

Post a Comment