Nak buat apa dengan duit ??

Wednesday, November 24, 2010

Assalamualaikum...

Ni antara soalan yang masuk ke petisurat emel kuasahartanah@gmail.com
" Jika saya ada rm20000.. adakah perlu saya melabur dalam bank saja atau membuat pelaburan hartanah?"..

Sapa nak jawab soalan ni...??? huhu...
Kalo nak jawab soalan ni... kita kene tanya dulu beberapa soalan pada si tukang tanya ni....
kene tgk dr banyak aspek...
Apa matlamat ?
Keadaan kewangan si tukang tanya?
dan beberapa aspek lain...



Ok la.. senang cerita .. kita tgk ilmu hisab kat bawah ni..

Simpanan dalam institusi kewangan.
Kadar keuntungan : 7% setahun..
RM20000 x 7% = RM1400 setahun.

Jadi.. kita masukkan je ke dalam akaun... dapat RM1400 setahun... yum yum yum...

Buat Pelaburan Hartanah
Dengan RM20000 kita bole jadikan deposit untuk rumah yang berharga RM200000
Kita anggap kadar kenaikan nilai rumah tu adalah 3% setahun.
RM200000 x 3% = RM6000 setahun.

Untuk pengiraan ni.. tidak termasuk kos2 lain.. spt.. guaman.. maintenance.. cukai2... penalty...  dll...


Walaupun kiraan ni menunjukkan bahawa keuntungan pelaburan hartanah adalah tinggi.. kita kene ambil kira aspek2 lain... seperti.. kecairannya...  kos2 yg berkaitan.... dan lain-lain..


contohnya .. dari segi kecairan.. kalo simpan dalam akaun... bila2 masa kita bole pegi keluarkan duit tu... berbanding dengan hartanah... perlukan proses penjualan yang memakan masa yang lama... sama juga bila nak amik keuntungan...


Tetapi kalau hartanah kita tu mempunyai ciri2 pelaburan yg bagus... semestinya kita akan dapat hasil yang bagus... seperti lebihan duit dari sewaan setiap bulan....

jadi kalau nak jawab soalan yang kat atas sekali tu... kita kene lah jelaskan dulu matlamat dan tujuan kita dulu...

sebab adalah tidak sesuai membandingkan keduanya... sama juga seperti pelaburan emas... forex... bisnes... masing2 ada kelebihan dan kekurangan....

Dan untuk korang nak dapat penjelasan tentang matlamat pelaburan.... sila la pegi ke SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.

Kat seminar ni akan dijelaskan bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan anda....

Sekian..

4 comments:

Unknown said...

persoalan yang menarik... dalam dilema. Satu lagi pilihan yang ada adalah buat kedua2 cadangan kat atas tu... 10k simpan dan 10k lagi invest dalam property (property below 100k sesuai untuk langkah pertama). Dan satu lagi pilihan simpan saja 20k tu... beli property yang tak memerlukan deposit...:) subsale easily boleh dapat 10% below MV.

Spezzy Shah said...

yaa.. ini yang kita mahu.... beli property yg tak memerlukan deposit...

so bole peram duit rm20k tu dalam bank...

wan ej8 said...

huhuhu....

Duit Bukan Segala-galanya...tetapi segala-galanye adalah duit...

Anonymous said...

terbaikkk

Post a Comment