Progres : Dapat lagi..

Thursday, March 31, 2011

Assalamualaikum...

Semalam agak penat... cuti untuk hantar Qila buat pemeriksaan kat hospital.... dan terus ke Shah Alam untuk uruskan unit kat sana.... Bole tahan jalan sesak... maklum la.. dah lama tak layan jammed pagi2... dulu masa keje kat Kelana Jaya.. hari2 mengadap... huhuhu...

Banyak sms.. ym... emel yang aku tak dapat layan semalam... maklumla... memandu.... so.. mintak maap bebanyak la ye....

Sampai kat Shah Alam... kunci yang aku bawak tak bole bukak pintu pulak... huhuu... kunci pendua yang aku buat minggu lepas... aku pon pegi ke pejabat pengurusan apartment tu... tanya pasal elektrik dan air... rupanya.. elektrik dan air diorang dah serahkan ke TNB dan Syabas... dan segala urusan kene terus dengan pemaju.... ades... letih pulak aku nak kene kutip bil2 sebelum ni... appointment dengan pembuat grill pon terpaksa aku batalkan sebab kunci tadak... nak kene balik amek...

Untuk projek aku bersama Wanej8...  sekarang dalam proses draft perkhidmatan2 yang akan kitaorang sediakan... kepada yang dah jumpa aku dan setuju... nama korang aku dah masukkan dalam list...

Semalam jugak.. aku berjaya dapatkan 1 unit apartment kat PJ... owner dah setuju dengan harga aku mintak.. alhamdulillah... dan unit ni dah aku khas kan pada  yang dah menunggu dlm list...

dah ada kabinet dapur


lot tepi


beli rumah.. percuma air-cond

Untuk yang nak berTT... rasanya Jemaat malam ni tak dapat la.. sebab aku main badminton.... kalo Sabtu Malam bole??

Sekian

brobudin : tetap main badminton walaupon tak pandai... huhu..
READ MORE - Progres : Dapat lagi..

Kes : Penilai Hartanah

Tuesday, March 29, 2011

Assalamualaikum...

Kali ni kita kongsi lagi satu kisah member kita.... iaitu pembelian rumah flat dia kawasan Petaling Jaya... area mana?.. tak perlu la diceritakan...

Member kita telah buat kerja2 awal.. antaranya harga pasaran flat tu.... dia bertanyakan melalui pegawai bank... dan pegawai bank mengesahkan bahawa Penilai panel bank dapat memberi nilai seperti yang member kita ni harapkan... huhuhu.. masyuk2.....



Setelah proses permohonan pinjaman dilakukan... member kita ni telah memberi lawyer kegemarannya untuk memulakan tugas2 dokumentasi...

Dan alhamdulillah... permohonan pinjaman dia dah lulus.... dan bank pon tugaskan penilai untuk menyediakan laporan.... dan member kita ni dapat panggilan dari pegawai bank dan menyatakan penilai tu tak dapat memberikan harga seperti yang diberi sebelum ni... nilai yang diberi adalah lebih rendah.... huhu...

Member kita ni pon segera hubungi penilai tu... dan penilai tu cakap.. "bos" dia yg tidak luluskan nilai sebelum ini.... huhu...

Memandangkan member kita ni dah ada ntah berapa bijik rumah.. dan yg pastinya LTV nya pasti tak lebih 70%... sudah pasti deposit yang perlu disediakan agak tinggi.... agak tak best bagi orang yang sebelum ini beli rumah secara percuma......

Ok.. cerita sampai kat situ je... cerita seterusnya aku belum dapat lagi.....

Apa pendapat korang.. atau nasihat korang pada member kita ni... apa perlu dia buat??.. batalkan pembelian?? teruskan??? atau cara2 lain??...

Wassalam..

brobudin : moralnya... hati2 jugak dgn penilai.... perit jugak kalo kene mcm ni..
READ MORE - Kes : Penilai Hartanah

Progres : Amek kunci..

Monday, March 28, 2011

Assalamualaikum...

Memandangkan Qila outstation 3 hari sejak sabtu lepas... jadi... kebanyakan masa aku ialah menjaga Eby kat rumah... bangun pagi kalo hujung minggu.. mesti dia mintak beli kuih "bulat-bulat"... yakni.. kuih donut kat depan markas PAS Tmn Melewar....

Sebelum tu.. hari Jumaat malam... aku jumpa client aku lepas main badminton kat Subang Valley... Client kasi dokumen2 dia untuk unit kat PJ... setelah tunjuk kira2... dia setuju... alhamdulillah...

Hari Sabtu.. aku pegi amek "kaki" aku kat Subang Bestari.. alhamdulillah.. telah siap dikemaskini... sambil jumpa client dan pegi tengok 1 unit rumah kat Shah Alam... client pon setuju dengan unit tu.. cuma tunggu closed deal dgn ejen je...

Sungai apa tu?..


Untuk unit Qila kat Seksyen 16... aku baru je collect kunci dari owner.... tekujat jugak aku tengok kawasan tu... masa aku datang dulu masa nak beli dr owner... cuma beberapa unit je yang berpenghuni.... parking kosong... sekarang.. unit2 dah penuh... parking pon dah penuh.... huhu....

Aku cadang nak pasang tiles untuk unit ni beserta nak letak beberapa perabot... target penyewa adalah student... sebab aku tengok student je ramai kat situ... dan jalan utama masuk dah pon dibuka... memang bole direct ke main road dan terus ke seksyen 7.... berbanding sebelum ni... kene pusing masuk ikut celah2 kilang...



Unit teres kat Tmn Equine pon ... dah dapat dokumen sumenya... next nak apply loan.... client agak gembira bila aku buatkan beberapa pilihan kiraan untuk dia... sebelum ni dia ingatkan akan berhabis dalam rm30k untuk rumah tu... rupa2nya.. dia dapat simpan duit tu.. dan dapat duit extra lagi.... huhu...

DAn kepada yanhg emel dan sms aku untuk berbincang dan masih belom berkesempatan.... kita aturkan pada lain masa... dan kalau bole pada weekdays malam... sebab weekend ... jadual aku agak padat...

Sekian untuk entri kali ni..

brobudin: untuk yg nak berTT.... apa kata kita TT minggu ni.. Jumaat Malam....
READ MORE - Progres : Amek kunci..

Kes : "Hutang aku sikit je.. Tapi bank reject permohonan aku"

Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum...


"Pergi Bank Negara.. dan print rekod CCRIS korang dulu".... ini adalah antara nasihat aku pada korang yang baru nak berjinak2 dengan pelaburan hartanah....

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ni telah aku ceritakan dalam entri yg lepas2.... korang boleh belek2 semula...



Kenapa perlu korang tengok benda ni??... sebab dalam rekod tu.. dipaparkan segala hutang2 korang dengan institusi kewangan bersama rekod pembayaran korang selama setahun... Rekod ni dijadikan rujukan oleh bank untuk mengira DSR dan tabiat pembayaran korang...

Ada sesetengah kita yang ambil mudah bab pembayaran semula pinjaman bank.... sebulan.. 2bulan.. 3 bulan sangkut.. tak amik kisah pon... " alaa.. nanti bank telefon suruh bayar... aku bayar la.. bukannya aku tade duit.."... akibatnya.. ia direkodkan dlm CCRIS.. dan bila nak buat loan selepas tu... dah sangkut walaupon hutang korang tak banyak mana pon.... mula la nak marah2 dan maki2 bank sebab reject dia punya permohonan...

Cuba korang kaji cerita ni.... Pegawai Bank bahagian kelulusan terima 3 permohonan pinjaman perumahan...
Peminjam A = Pendapatan sederhana... hutang kereta... % DSr masih rendah... rekod pembayaran semula bagus...
Peminjam B = Pendapatan sederhana... hutang kereta.. PL.. % DSR sederhana... rekod pembayaran semula bagus..
Peminjam C = pendapatan sederhana.. hutang kereta.. % DSR rendah.. rekod pembayaran semula buruk...

Kalo korang jadi pegawai bank tu... dan mempuyani kuota 2 kelulusan sahaja... peminjam mana yang korang kasi??..

Sama jugak kalo kawan2 atau sedara mara korang nak pinjam duit... sebelum ni bila pinjam duit... memang liat nak bayar... mesti korang serik nak bagi pinjam kan... berbanding kalo yang nak pinjam tu sebelum ni bayar hutang dia dgn korang seperti yg dijanjikan...

Jadi.. jagalah rekod pembayaran korang tu baik2....

Antara kelebihan kalo korang pegi periksa CCRIS adalah... korang bole tgk2.. mana la tahu ada pinjaman yang korang tak pernah buat.. tetiba ada dlm rekod pinjaman korang... skrg banyak dah kes mcm tu... orang guna dokumen kita untuk buat loan... naya woo....

JAdi.;. kepada yang belum check rekod CCRIS tu... bersegeralah korang.... sekurang2nya.. korang tahu apa yang korang hutang.. tabiat pembayaran korang ( mana la tau korang lupa.. ada pembayaran yg sangkut)... dan juga korang bole berkira2 untuk menceburi bidang hartanah ni....

Sekian.

brobudin: CCRIS bole di print oleh individu .. 3 bulan sekali.... jgn setiap bulan korang nak print pulak..
READ MORE - Kes : "Hutang aku sikit je.. Tapi bank reject permohonan aku"

Sebelum bersawang

Monday, March 21, 2011

Assalamualaikum...

Setelah 1 minggu lebih aku tak update blog ni.... huhu... nampak suram je... hahaha.... Saja aku biarkan ... amik masa berehat sikit... tempoh bertenang dan masa untuk aku selesaikan kerja2 aku yang lain....

Ramai yang YM aku... sms aku... kenapa aku tak buat entri baru....minta maaf la...


Kebelakangan ni.. macam2 cerita yang kita dengar... Skim rumah pertamaku la... rumah kos rendah bakal berharga mencecah rm200k masa akan datang la... Kadah faedah pinjaman nak naik la.... MRT sana.... LRT sini.... macam2 lagi la....

Ada antara kita yang cepat2 amik peluang.... ada yang tunggu dan tengok keadaan... dan ada yang buat tak kisah..... dan mungkin ada yang tak bole buat apa2 sebab ada kekangan tertentu.....

Apa pon situasi korang.... harap tindakan yang korang ambil tu betul dan mengambil kira aspek2 tertentu.... jangan main ikut2 orang je... atau main belasah je.....

Kelak korang yang tersungkur...

Ok la.. entri pendek je kali ni....

Wassalam...
READ MORE - Sebelum bersawang

Seminar : Cari la Ilmu...

Friday, March 11, 2011

Assalamualaikum...

Kali ni kita cerita-cerita sikit pasal ilmu2 kewangan.... sebab sekarang ni.. banyak seminar2 kewangan yang ditawarkan oleh pakar2 atau pon separa pakar.... huhu.... dan dah banyak jugak penganjur2 dari kalangan orang kita... bagus2... bermakna kita dah banyak pilihan sekarang... yang bahasa "omputih" ada.. yang bahasa "1 Mesia " pon ada... dah tade alasan utk korang yang ada masalah bahasa...



Sekarang macam2 seminar ada... emas la.. forex la.. hartanah la.. saham la... macam2 lagi la... yang aku rasa bagus untuk sesiapa yang nak menambah ilmu kewangan... tapi pastikan la seminar yang korang pergi tu berbaloi...

Korang bole tanya orang2 yang dah pernah sertai... sama ada diorg rekomen atau tidak.... atau korang bole selidik serba sedikit latarbelakang penganjur...

Ntah apa la aku taip hari ni.... hahaha.... ok la... pada korang2 yang dah sertai seminar atau akan sertai... semoga berjaya dalam bidang korang....

Setiap apa yang kita nak tu.. mesti ada pengorbanannya... duit... masa... anggap la ianya sebagai modal untuk korang mula "berniaga".... dan "berniaga" la bersungguh2.. supaya korang mendapat keuntungannya...

Dah dah ada ilmu nanti... sekurang2nya.. peluang korang kene tipu rendah la sikit... betul tak...

Sekian..

brobudin : korang dah pandai nanti... bole la aku belajar dari korang... aku bayar la yuran nanti... hahah
READ MORE - Seminar : Cari la Ilmu...

Motivasi : Tahniah dan Fokus

Thursday, March 10, 2011

Assalamualaikum...

Banyak pertanyaan yang datang berkenaan dengan Skim Rumah Pertama Ku yg baru dilancarkan tu... Ada yang memang menunggu saat ni.. dan ada jugak yang baru tahu.. dan teruja.....

Pastikan anda tergolong dalam golongan yang layak untuk Skim tu.... Ye la... ada yang kecewa sebab stelah menunggu sejak belanjawan lepas.. tup tup... tak layak pulak.... huhu... apa nak buat... terima je la kenyataan...

Dan kepada korang2 yang baru je lepas "musim menuai" tu... pastikan fokus anda tepat... hahaha... maklum la.. kedengaran bunyi-bunyi nak tukar kereta la.... nak beli henpon mahal la... nak beli DSLR la... nak beli emas la...dan ada jugak yang gian nak beli rumah lagi..... apa pon rancangan korang pastikan fokus korang tak tersasar... target masih dilandasan yang betul...


Dan ingat jugak... pastikan ada bahagian untuk amal jariah.... itu yang penting...

Bagi yang bergerak solo... pastikan terus bergerak... dan bagi yang berkumpulan... pastikan rakan-rakan juga berjaya... beri pertolongan jika perlu.... mungkin kejayaan korang juga di atas pertolongan mereka...

Dan perenggan ni khas buat En JJ yang permohonan pembiayaan perumahannya telah pon lulus... dengan cash yang bakal diterima melebihi RM20k.. dgn +ve cash flow melebihi rm100 sebulan... Tahniah... Tahniah.. Aku khas kan perenggan ni kerana aku kagum dengan semangat En JJ ni yang begitu kental... dari detik memulakan langkah ke dalam bidang hartanah ni sehingga berjaya mendapatkan deal rumah pertamanya ini... Banyak rintangan yang dilaluinya di awal langkahnya.. yang mungkin ada di antara kita yang mungkin akan putus asa...

Ok... cukup entri pendek kali ini....

wassalam..

brobudin : terharu dengan kejayaan korang sume...
READ MORE - Motivasi : Tahniah dan Fokus

Peluang : Skim Rumah Pertamaku

Wednesday, March 9, 2011

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.
Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.
"
Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.
Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).
Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.
Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
brobudin : korang baca dulu... pastu bole komen...
READ MORE - Peluang : Skim Rumah Pertamaku

Peluang : Pakej??

Tuesday, March 8, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Loan untuk kawan opis aku dah lulus untuk 1 unit flat area Shah Alam...  Maklumlah.. ini merupakan pembelian rumah pertamanya... Harga yang menarik dan lebihan sewa bulanan yang agak tinggi...

Dokumen2 berkaitan telah pon aku hantar pada lawyer untuk mulakan kerja2 guaman...



Berikutnya adalah giliran member sekampung aku... En Z... yang merupakan teman racing motor aku masa zaman remaja dulu2... dan sekarang ni dia aktif dengan kereta pulak... memang jiwa resing tak bole nak buang...

Walauapapon.. dia bukan asyik dgn resing je... dia memang berminat dalam pelaburan hartanah ni.. cuma tugasnya sebagai penjawat awam atau lebih jelasnya.. "penguatkuasa"... jadi memang kurang masa untuk meneruskan niatnya ...

Jadi.. 1 unit flat telah pon  aku dapatkan untuk En. Z ni... dan dia pon dah beri lampu hijau untuk aku mendapatkan deal tersebut... harga yg murah dan kadar sewa yang tinggi... ROI nya lebih kurang 12% setahun.... woow... sangat menarik.... Harap kes ni berjalan dengan lancar...

Opps.. lupa pulak nak kasi tahu... bagi sesiapa yang mempunyai masalah "masa" seperti member2 aku ni... korang bole emel aku.... dan aku ada "pakej" untuk korang...

Sekian...

brobudin : harap "pakej" aku tu dapat membantu korang...
READ MORE - Peluang : Pakej??

Progres : Musim menuai

Friday, March 4, 2011

Assalamualaikum...

Nampaknya musim menuai bagi beberapa kawan kita dah sampai... alhamdulillah... masyukk...... tahniah...
Penantian beberapa bulan dah membuahkan hasil... hati ada senang muka ada sunyum....



Patut la senyap sunyi je... rupanya dah masyuk.... terbaek.... Ingat... jangan joli sampai habis pulak.... kasi teruskan perjalanan tu.... fokus pada target.... belanja sikit2 tu bole la.... termasuk belanja aku pizza cheezy larva dgn kepak ayam..... terbaek..... hahaha...

Dan mesti korang dah rasa sedikit kepuasan dalam bidang hartanah ni... dan dah yakin yang pelaburan ni tidaklah sukar.... Cukup satu proses lengkap dari proses mencari rumah sehingga dapat kunci... walaupon ada yang dah sebat duit sewa awal2 lagi.... tahniah.. tahniah... rasa seronok pulak aku... macam aku pulak yang menuai... hahaha...

Takpe2.. yang penting kawan2 aku dah berjaya.... aku tumpang gembira... bertambah lagi Tuan2 Rumah Kedaung dari bangsa kita.. muda2 dah jadi Kedaung... haha...

sekian

brobudin: patut la dalam minggu ni aku ada bau2 pizza... tapi tak sampai2.... hahaha
READ MORE - Progres : Musim menuai

Proses : Draft SnP??

Thursday, March 3, 2011

Assalamualaikum...

Kita sambung topik entri sebelum ni... sebab ada yang bertanya.. dokumen apa lagi yang perlu untuk memohon pinjaman bank....



Dokumen yg lainnya ialah... emm.. mcm2 org panggil dokumen ni... ada yang panggil LOI ( Letter Of Intent )... Letter Of Purchase... Surat Setuju Pembelian... memacam lagi la.... iaitu surat yang menunjukkan persetujuan pembelian antara pembeli dan penjual... tak kira la melalui ejen atau secara terus dengan pemilik... dan semestinya kalau melalui ejen... mereka akan menyediakan surat ini ... Dalam surat ini .. akan dinyatakan alamat hartanah... harga.. deposit... dan beberapa perkara lagi...
Dan surat ini diperlukan oleh pihak bank bagi membuktikan pembelian itu memang berlaku dan alamat hartanah tersebut diperlukan untuk proses seterusnya oleh bank...

Dokumen yang seterusnya ialah... Sale And Purchse Agreement ( SnP atau SPA )... yang bole diperolehi dari penjual/ejen.... Dokumen ini diperlukan untuk pihak bank melihat butiran lengkap penjual.. geran hartanah.. dan bebrapa maklumat lain yang terkandung dalam dokumen itu....

2 dokumen diatas ni bole juga digantikan dengan hanya 1 dokumen.. iaitu draft SnP antara penjual dan pembeli baru... yang mana draft ni disediakan oleh firma guaman yang korang lantik... didalam dokumen ni akan menyatakan maklumat2 yang diperlukan oleh pihak bank...

Tetapi aku lebih sarankan untuk memilih 2 dokumen yg pertama itu.. kerana ia tidak memerlukan khidmat guaman lagi... ye la... belom tentu permohonan pinjaman kita tu lulus lagi.... betul tak... kalo kita dah suruh peguam buat draft snp untuk buat permohonan pinjaman.. dah tentu la caj telah dikenakan atas kerja diorang tu... melainkan la kalo diorang memang tak caj apa2...

Jadi kita bole minta hantar dulu LOI dan SnP asal penjual untuk buat permohonan.... dan bila dah lulus.. baru la lantik peguam dan mulakan kerja...

Mungkin cara ni berbeza dengan cara orang lain... terpulang pada korang....

Sekian

Wassalam..

brobudin: Ada lagi dokumen2 sokongan lain yang korang bole guna untuk yakinkan pihak bank... kita sambung nanti...
READ MORE - Proses : Draft SnP??

Proses: Dokumen Permohonan Pembiayaan Perumahan

Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum..

Kita sambung pulak proses permohonan pembiayaan perumahan... tapi sebelum buat permohonan tu adalah lebih baik korang sediakan dokumen2 yg perlu dulu...

Bukan apa.. ini untuk memudahkan kita dan juga officer bank tu.... cuba la korang yg jadi officer bank... dan client yg datang dah lengkap dokumen2nya.... kan senang hati.... dah tak perlu nak mintak itu.. mintak ini...



Dan kita sebagai pemohon pulak.. tak perlu la nak kene pegi bank berulang kali sebab ada dokumen2 yg kita tak bawak.... sekali datang je.. officer tu dah bole proceed utk proses...

Berikut adalah dokumen2 asas yang perlu korang hantar bersama borang permohonan..
1. Kad Pengenalan - Kalo bole korang photostat siap2...
2. Surat Pengesahan Bekerja oleh Majikan
3. Slip gaji - 3 bulan terkini - photostat siap2 jugak
4. Penyata Bank yg gaji korang masuk - Yg ni korang tandakan kat tempat gaji korang masuk tu.. senang officer tak tercari2 dah...
5. Penyata KWSP - Nak senang.. korang register online punya.. so bole print bila2 masa..
6. Penyata pendapatan tahunan( EA Form) - photostate siap2 jugak...

Ini adalah dokumen2 asas yang perlu bagi mereka yg makan gaji... ada lagi dokumen2 sokongan yang lain.. nanti kita sambung pada entri seterusnya...

Aku buat entri ni bukan apa.. sebab masih ada lagi antara korang yang pegi redah je masuk bank... pastu dah kene ulang2 datang sebab dokumen tak cukup.... bazir masa woo..

ok la.. itu saja utk entri yg sume orang dah tau... hahaha

brobudin: sume org dah tau??.. emm.. rasanya ramai yang tak tau.....
READ MORE - Proses: Dokumen Permohonan Pembiayaan Perumahan

TT : 28/2/2011 - Sri Rampai

Tuesday, March 1, 2011

Assalamualaikum..

Petang semalam aku dapat sms dari salah seorang rakan hartanah kita.... ajak menom2 sebab ada beberapa perkara yang nak dibincangkan....

Respect jugak aku sebab sanggup datang dari jauh.... dan aku pon menyanggupkan diri untuk turun jugak malam tadi di Wahab's Cendol Sri Rampai... sempat jugak la aku ajak2 member2 yang duduk sekitar situ... dan tak sangka datang sorang lagi yg agak jauh jugak... bagus2... semangat ni yg kita nak...



Agak terkejut jugak aku... masing2 dah dapat rumah... ada dapat sebijik... ada yang sampai 3 bijik sekaligus.... bravo2.. dan ada jugak yg blom dapat deal bagus lagi... mungkin target tinggi sangat kot... haha.... " orang tamak selalu untung"... haha....

Terima kasih pada member tu sebab belanja aku cendol special... nak makan..perut kenyang lagi... lagi pon aku tgh tunggu org open table lobster ke... dinner kat hotel kuda ke.... hahaha....

Pada yang nak apply loan.. atau sedang apply.. aku nasihatkan.. sediakan dokumen secukupnya... dan jgn lupa dokumen2 sokongan korang tu.... Kepada yang dah lulus loan... Tahniah!!.... pada yg gagal... korang tanya sebab kenapa permohonan korang gagal... mesti ada reason... dan cari jalan selesaikan.. jgn putus asa pulak...

Minggu ni akan berakhir Peringkat ketiga Program Pelaburan Hartanah untuk batch ke3.... yang membawa maksud... Sessi baru untuk batch seterusnya akan dilaksanakan tak lama lagi... Kepada yang dah buat pra-pendaftaran... tunggu emel dari aku untuk makluman seterusnya.... dan pada yang belum mendaftar... korang bole ikut langkah2 yg ada kat Pra-Pendaftaran Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah.

Sekian

brobudin: aku rindu nak beli rumah....
READ MORE - TT : 28/2/2011 - Sri Rampai