Kes : "Hutang aku sikit je.. Tapi bank reject permohonan aku"

Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum...


"Pergi Bank Negara.. dan print rekod CCRIS korang dulu".... ini adalah antara nasihat aku pada korang yang baru nak berjinak2 dengan pelaburan hartanah....

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ni telah aku ceritakan dalam entri yg lepas2.... korang boleh belek2 semula...



Kenapa perlu korang tengok benda ni??... sebab dalam rekod tu.. dipaparkan segala hutang2 korang dengan institusi kewangan bersama rekod pembayaran korang selama setahun... Rekod ni dijadikan rujukan oleh bank untuk mengira DSR dan tabiat pembayaran korang...

Ada sesetengah kita yang ambil mudah bab pembayaran semula pinjaman bank.... sebulan.. 2bulan.. 3 bulan sangkut.. tak amik kisah pon... " alaa.. nanti bank telefon suruh bayar... aku bayar la.. bukannya aku tade duit.."... akibatnya.. ia direkodkan dlm CCRIS.. dan bila nak buat loan selepas tu... dah sangkut walaupon hutang korang tak banyak mana pon.... mula la nak marah2 dan maki2 bank sebab reject dia punya permohonan...

Cuba korang kaji cerita ni.... Pegawai Bank bahagian kelulusan terima 3 permohonan pinjaman perumahan...
Peminjam A = Pendapatan sederhana... hutang kereta... % DSr masih rendah... rekod pembayaran semula bagus...
Peminjam B = Pendapatan sederhana... hutang kereta.. PL.. % DSR sederhana... rekod pembayaran semula bagus..
Peminjam C = pendapatan sederhana.. hutang kereta.. % DSR rendah.. rekod pembayaran semula buruk...

Kalo korang jadi pegawai bank tu... dan mempuyani kuota 2 kelulusan sahaja... peminjam mana yang korang kasi??..

Sama jugak kalo kawan2 atau sedara mara korang nak pinjam duit... sebelum ni bila pinjam duit... memang liat nak bayar... mesti korang serik nak bagi pinjam kan... berbanding kalo yang nak pinjam tu sebelum ni bayar hutang dia dgn korang seperti yg dijanjikan...

Jadi.. jagalah rekod pembayaran korang tu baik2....

Antara kelebihan kalo korang pegi periksa CCRIS adalah... korang bole tgk2.. mana la tahu ada pinjaman yang korang tak pernah buat.. tetiba ada dlm rekod pinjaman korang... skrg banyak dah kes mcm tu... orang guna dokumen kita untuk buat loan... naya woo....

JAdi.;. kepada yang belum check rekod CCRIS tu... bersegeralah korang.... sekurang2nya.. korang tahu apa yang korang hutang.. tabiat pembayaran korang ( mana la tau korang lupa.. ada pembayaran yg sangkut)... dan juga korang bole berkira2 untuk menceburi bidang hartanah ni....

Sekian.

brobudin: CCRIS bole di print oleh individu .. 3 bulan sekali.... jgn setiap bulan korang nak print pulak..

4 comments:

wan_ej8 said...

huhu...nice entry bro..

pada kwn2 yg ingin membeli rumah byk2...jage lah ccris anda...displin kan diri utk membayar hutang sebelum dari tarikh due date..huhu


p/s:CCRIS yg cantik..syarat utk menjadi jutawan..huhu

john doe said...

sori off topic sket...

lawyer aku ckp, masa nak sains loan agreement ada part kite kena declare status semasa rumah kita adalah 2 biji sahaja..btul ke?

fiz said...

dah x bersawang.. nice arr budin..

Spezzy Shah said...

Tuan John Doe.... ni.. tade pulak aku atau member2 aku kene declare macam tu....

Post a Comment