Progres : Musim 'menuai" lagi...

Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum...

Kembali aku menaip dalam blog ni... sebelum ni agak sibuk dengan baby baru... banyak aktiviti ditangguhkan... huhu...

Blog pon aku tak sempat nak jenguk... mesti sunyi sepi je sebab tade entri baru....

Ok la.. kali ni aku update sikit progress kawan2 kita.... sebab aku terasa teruja pulak... haha... apa lagi kalo bukan musim 'menuai'.... ada beberapa kawan kita yang akan menuai hasil dlm masa terdekat... hohoho... Udin.. Anas dan watak glamer dlm blog aku.. Wanej8...diorang ni nampaknya akan menuai hasil.... mesti hati berbunga2 je....

Jentera yg diorg guna utk tuai hasil.. dalam gambar tu.. wanej8 dgn Udin.. haha


Dah dapat duit tu... pandai2 la uruskan... jangan enjoy sampai licin pulak.... sebelum licin tu.. bole la open table utk kawan2.... huhuhu...

ok la.. cukup utk kali ni... nak cerita pon.. tade apa progres aku buat kebelakangan ni... baru nak start semula ni.....

wassalam..
READ MORE - Progres : Musim 'menuai" lagi...

Alhamdulillah...

Saturday, June 18, 2011

Assalamualaikum...

Setelah agak lama tade entri baru yang aku buat... Emel aku semakin sunyi dr soalan2.. Dan henpon aku pon kurang mendendangkan nada dering nya...

2 mggu kebelakangan yg agak mencabar bagi aku... Pertamanya.. Eby kene masuk wad akibat jangkitan kuman di tonsil... Setelah hampir hilang demam campaknya... Huhu.. Dimasukkan ke wad selama 3 malam... Dalam keadaan Qila yang menunggu masa je untuk bersalin....

Alhamdulillah.. Eby dapat balik hari Isnin lepas... Dan Selasa nya pula Qila pula dimasukkan ke wad bersalin sebab dah sampai tarikh bersalinnya...

Alhamdulillah.. Pada hari Rabu.. Pukul 4.30ptg... Qila selamat melahirkan anak ke2 kami... Babygirl... Pengalaman qila bersalin secara normal untk kali pertama.. Setelah secara operation utk lahirkan Eby...

Dan semalam Qila dan Baby dibenarkan pulang.... Dn seperi yg disangkakan.. Giliran aku pulak untuk berjaga malam melayan baby ni... Tak la rasa kekok seperti masa kelahiran Eby dulu....

Cukup dulu paasal diri n keluarga aku....

Pasal hartanah pulak... Loan untuk client yg amik unit kt Dsara Utama tu nampaknya tidak berjaya... Di'reject' oleh manager HQ.. Iaitu last aproval yg diperlukan.. Walaupon officer sebelumnya dah pon membuat komen yang agak baik... Antara alasan yg diberi:
- low solid income
- 2nd property ; not priority buying
- low balance income after new loan calculation ; if including monthly expenses

Lebih kurang macam tu la bunyi nya... Huhu...

Jadi... Apa yang harus dilakukan kalo perkara ni berlaku kat korang?.. Takkan korang tak dapat nak beli lagi seterusnya.... Takkan hanya 1 buah rumah je...

Kita bincang dalam entri yang akan datang...


Wassalam..

Brobudin: entri "jalan" pon tak siap2 lagi ni.. Huhuhu...
READ MORE - Alhamdulillah...

benda 'FREE' memang best..

Wednesday, June 8, 2011

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit pasal seminar2 ni... ye la.. sekarang ni macam2 seminar yang muncul... ada bagusnya juga.. sebab kita bole dapat info2 pasal bidang yang kita nak ceburi.....

Cuba kita kecilkan skop kita.... kita ambil contoh seminar2 hartanah.... berbagai2 pakej ada... ada yang 1hari.. ada yang 3 hari.. ada yang 3 jam.... ada yang macam program.. follow up sampai 3 bulan.. ada yang follow up sampai 1tahun..wowo...   ada yang yurannya puluh2 RM je.. ada yang beratus2.... ada yg beriban2... ada yang buat kat hotel... ada yang buat kat ruang opis... dan ada yang buat secara online.... dan tak lupa.. yang buat kat kedai mamak....

Macam2 jenis ada kan... sebenarnya terpulang pada korang untuk pilih yang mana satu.... tapi korang kene pastikan la dulu isi kandungan seminar yang korang nak join tu.... nanti.. korang cari yang murah2... tapi tak puas hati... ye la.. mungkin murah sebab isi kandungannya memang ilmu asas hartanah.... tapi tak semestinya juga... mungkin murah.. tapi penuh dengan info.... huhu...



Apa2 pon.. korang kene selidik serba sedikit dulu semianr2 yang korang nak pegi.... bagi aku... yang mahal tak semestinya bagus... dan yang murah tak semestinya tak bagus... Mungkin yang mahal tu diorg buat kat hotel... so.. kos nak sewa hotel tu tinggi.. jadi terpaksa la yurannya pon tinggi.. manakala.. yang murah ni sebab buat kat ruang opis je...

Dan pada korang2 yang susah sangat nak keluarkan duit untuk bayar yuran untuk dapatkan info atau ilmu hartanah... cuba la fikir2 balik... jangan asyik nak 'FREE' je... kita kene ingat.. yuran tu adalah mata pencarian para penganjur... kalo korang asyik dok tanya 'FREE' je... kureng la income diorang... diorang pon cari makan jugak...

Dan seperkara lagi... mungkin korang rasa semua seminar yang ada ni gunakan kaedah yang sama.... mungkin betul.. sebab pada asas nya memang begitu.. tetapi aku percaya sangat2 yang.. kaedah je sama... tetapi cara perlaksanannya berbeza... pendekatan dan teknik yg berlainan. Setiap sifu2 hartanah tu ada caranya tersendiri....

Ok la.. cukup membebel hari ni.... entri pasal 'jalan' pon tak siap2 lagi.... haha..

brobudin : pernah pegi seminar riban2.. huhu... abes duit.. huhu
READ MORE - benda 'FREE' memang best..

Info : Pinjam lebih???

Assalamualaikum...

Entri pantas... dapat setelah baca entri Blog AE.. dan ada dinyatakan dalam Blog Syaday tentang penerangan pembelian rumah menggunakan teknik ' Pinjam Lebih".. oleh Ustaz Zaharuddin.. bole baca kat Zaharuddin.net.

Untuk dikongsi bersama...

Ini aku copy isi perut entri tu...

Assalamualaikum

Ustaz, saya ada kemusykilan ttg pinjaman rumah. Bolehkah pinjaman
rumah diambil lebih dari harga rumah sbgi contoh, harga rumah 100,000,
ambil pinjaman 150 ribu utk tujuan mendapatkan wang tunai yg digunakan
utk tujuan lain (sprti berniaga etc) atau utk renovate rumah & bayar
kos2 yg berkaitan pinjaman.
Jika dibolehkan, adakah wang tersebut boleh digunakan utk menunaikan haji?

Wasalam



wa'alaikumussalam,
Ada jawapan panjang dan ada jawapan pendek bagi soalan ini.
Oleh kerana kekangan masa, saya terpaksa memilih jawapan pendek sahaja.
1) Semua pinjaman perumahan yang dibuat dari bank konvensional adalah HARAM dengan dalil al-quran, as-sunnah dan persepakatan ulama semasa (sebab zaman imam syafie dulu tiada bank lagi).
2) Jika sdr maksudkan ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dari institusi kewangan Islam. maka aqad yang akan diguna adalah aqad Jual beli. Dalam kes sdr, katalah nilai semasa rumah sdr itu RM 100,000.
Dalam proses perbankan Islam style Malaysia ( tetapi tidak diamalkan oleh timur tgh) .
Sdr akan membeli rumah itu dari penjual asal atau pemaju dengan hanya membayar 10 % sahaja (selebihnya hutang). Ini bermakna sdr telah membayar RM10 k,  manakala baki RM 90 ribu lagi akan sdr dapatkan dari bank Islam.
Dalam kes biasa, sdr perlu menjual pula rumah sdr tadi dengan nilai RM 90 k secara ‘cash' dan pihak bank kemudiannya akan menjualkan kembali rumah itu kpd sdr dengan harga pokoknya + untungnya ( RM 90 + 7.8 % kadar keuntungan - sebagai controh) dan sdr perlu membayar harga itu kpd bank dalam masa 25 tahun.
Baiklah, itu senario biasa di institusi kewangan malaysia yang diluluskan oleh majoriti ulama Shariah di Malaysia.
Dalam kes sdr , sdr nak lebih sikit, ini bermakna sdr perlulah menjual rumah itu kepada bank bukan dengan harga RM 90 K iaitu harga pasaran, tetapi RM 150 K.
Hal ini adalah harus dari sudut Islam, kerana sdr berhak utk menentukan harga kepada sesuatu barangan yang sdr miliki apabila ingin menjualnya.
Cuma dalam praktikalnya, mungkin agak susah kerana kebiasaannya pihak bank hanya boleh bersetuju dgn sesuatu harga setelah rumah itu di nilai harganya menurut "authorized valuer" . maka valuer biasanya akan meletakkan harga sebenar sahaja dalam laporannya, dan bank hanya akan mengikut harga yang diletakkan oleh valuer bila ingin membeli rumah itu dari sdr.
Justeru, sukar utk sdr mendapat harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar rumah dari sudut praktikalnya, walapun dari sudut hukum, ia adalah harus selagi kedua-dua pihak bersetuju.
Isu gunakan duit lebihan untuk menunaikan Haji dan lain-lain
Adapun, pertanyaan berkenaan gunakan duit tu untuk renovate, Haji, umrah dan lain-lain. Jika ia adalah hasil dari transaksi yang sohih dari sudut Islam dari perbankan Islam, Maka ia adalah harta yang halal dan terpulang kepada sdr untuk menggunakannya, dan harus hukumnya.
Bagaimanapun, jika ia adalah hasil perolehan dari transaksi Riba dengan bank konvensional..maka seolahnya duit yang diperoleh itu juga samada haram atau syuhbat. 

Tatkala itu, tidak sesuai untuk menunaikan haji dengan duit yang diperolehi dari transaski Riba. Ini kerana baginda Nabi SAW menyebut " Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik"
Dan duit dari hasil transaksi riba adalah tidak baik.
sekian

ust zaharuddin
27 Nov 2006
READ MORE - Info : Pinjam lebih???

Jalan??.. Sabar ye..

Monday, June 6, 2011

Assalamualaikum..

Sejak entri lepas bertajuk 'jalan' untuk terus melabur tu.. ramai yang emel bertanyakan 'jalan' yang aku maksudkan tu... ye la.. tunggu2 entri terbaru.. tade la pulak... huhu... sorry la ye... agak sibuk la.. haha...

sepertimana yang aku tulis diakhir entri lepas supaya korang jangan teruja sangat.... sememangnya 'jalan' ni bukan la sesuai untuk semua orang... aku sebenarnya tengah buat entri pasal 'jalan' ni... dan mencari ayat2 yg mudah difahami... jadi korang tunggu le dulu ye...

Antara 'jalan' lain.. selain dari jalan raya..


Huhu... minggu lepas.. aku berjalan2... tengok 5 buah unit ... dan hanya 1 unit yang aku rasa berpotensi... 4 unit yang lain tu adalah tempat yang baru aku survey.. dan aku rasa kurang sesuai untuk ketika ini... huhu

Perkara lain yang aku buat ialah... memenuhi jemputan kenduri kawin... nasib baik la area dekat2 dgn rumah aku je... waktu lainnya.. standby kat umah... sebab Eby demam... huhu..

Sekian.. entri pendek...

brobudin: entri tade idea... huhu
READ MORE - Jalan??.. Sabar ye..

Info : "Jalan" untuk terus melabur...

Wednesday, June 1, 2011

Assalamualaikum...

Hari ni bermulanya perkiraan menggunakan tarif baru elektrik... dan banyak yang rasa lega bila baca atau dengar bahawa 75% rakyat tidak terkesan oleh tarif baru ini kerana penggunaan elektrik yang rendah.. TAPI... jangan lupa bahawa tarif baru ni sememangnya memberi kesan pada kita semua... disebabkan aku malas nak ulas... korang bole baca kupasan bagaimana tarif baru ini memberi kesan pada kita semua kat blog AbangEnsem.

Kali ni kita stop kejap pasal perkara2 yang mempengaruhi kelulusan pinjaman kita... sebab aku tengok tade sambutan pon kat ruangan komen... mesti bosan kan topik tu...

Jadi kali ni kita cerita2 kosong berkenaan pelaburan hartanah melalui pasaran subsale... Bagi sesiapa yang mula invest sebelum rule LTV 70% untuk rumah ke 3 ... pastinya terasa indah ketika itu kan... bole beli berulangkali dengan selamba... tak perlu nak pening2 cari duit utk sediakan deposit tinggi2.... siap bole dapat duit berpuluh2 riban lagi setiap pembelian... ada yang beli 3-4 buah rumah dalam sebulan.... ada yang dapat kumpul nilai rumah rm1juta tak sampai setahun... best kan...



Bila rules baru tu dikuatkuasakan... ramai yang mengeluh terutama yang baru nak menceburi bidang ni... ye la... dah le modal kecik... beli 2 bijik rumah.. pastu dah sangkut utk rumah ke 3 sebab nak kene sediakan 30% deposit... kalau rolling duit yang dapat dari pembelian 2 rumah pertama tu pon.. mungkin bole cover deposit untuk 1-2 bijik je lagi... pastu terpaksa kumpul modal semula melalui cashflow bulan2...

Hmm.. disebabkan sekatan ini.. ramai yang dah 'sejuk'... hilang dan terus menyepi.... bagi yang mempunyai modal besar.. masih bole teruskan untuk beberapa ketika.... huhu..

Pernah tak korang terfikir untuk teruskan pelaburan dalam bidang hartanah tetapi melalui cara yang lain... melalui lelong ke... projek baru ke.... hmm...

Bila sebut lelong... kita mesti kata.." sama jugak.. loan tetap 70%"... huhu... terus mati idea kita kat situ.... adakah korang terfikir.. dengan harga unit2 lelong yang kebanyakannya jauh lebih rendah dari pasaran semasa... korang masih bole membuat pelaburan walaupon dengan modal yang kecil.... dan korang bole buat berulang2 kali....

Masih ada jalan untuk teruskan jika kita rajin bertanya dan menghadiri seminar2 hartanah... dan kalo korang nak tau macam mana caranya.... korang kene baca entri seterusnya... insyaAllah.. aku akan ceritakan macam mana nak dapatkan peluang itu...

Ok la.. sambung lain kali..

brobudin : jangan teruja sangat pasal 'jalan' tu... tak semudah yang disangkakan...
READ MORE - Info : "Jalan" untuk terus melabur...