Sepagi di Damansara..

Saturday, August 20, 2011

Assalamulaikum...

Tetiba rajin pulak nak menaip sementara menunggu waktu berbuka ni..

Pagi tadi aku pergi ke rumah aku kat Damansara.. Sebab ada 2 org nak datang tengok rumah utk sewaan bulan 9 nnti.. Setelah mendapat keizinan penyewa skrg untuk menunjukkan keadaan rumah pada bakal penyewa baru...

Setibanya aku kat sana, salah seorang yang nak dtg tengok call dan menyatakan dia tak dapat datang sebab ada urusan lain... Ye le.. Ni la hujung minggu last utk bershopping.. Sebab minggu depan dah sibuk2 nak balik kampung...

Memandangkan kunci spare aku dipegang oleh orang pihak pengurusan situ sebab sebelum ni aku minta tolong diorang bersihkan rumah aku tu setelah penyewa sebelumnya keluar... So set nak jumpa pukul 11.30pg. Bila aku sampai je dan call.. Diorang cakap lewat sikit pulak.. Pukul 12.30 pulak.. Terpaksa la tunggu je.. Dan memandangkan orang yg nak tengok tu dah pon sampai.. Aku beri la tahu yang kunci masih dalam perjalanan.. Huhu...

Sementara menunggu kunci tiba.. Aku pon borak2 la dengan bakal penyewa tu... 2 org anak muda yang baru je bekerja... Setelah bertanyakan serba sedikit pasal kerja diorang... Aku pon bukak la cerita pasal hartanah.. Aku pon cerita macam mana aku start mula dalam hartanah ni... Dan kasi nsedikit nasihat pada diorang untuk ceburi bidang hartanah ni memandangkan mereka ni masih muda dan masih belum terikat dengan hutang2 yang kurang baik...

Tapi nampaknya.. Reaksi yang bersahaja je dari diorang.. Mungkin cara aku yang kurang betul kot.. Atau diorang ni memang tak pernah terdedah langsung dengan apa2 pelaburan.. Atau mungkin juga diorang takut tertipu.. Tak pe la.. Sekurang2 nya aku dah bercerita serba sedikit...

Setelah selesai tengok keadaan rumah.. Aku terus balik... Dan sampai kat rumah.. Aku terus buka emel.. Dan ada terima 1 emel bertanyakan tentang pelaburan Silver... Ada beberapa soalan yang ditanyakan dan aku sendiri tak dapat nak beri jawapan yang tepat.. Aku sendiri pon masih baru dalam bidang ni.. Cuma yang aku dapat sarankan.. Dpatkan ebook - tukar ganda silver tu jika mahu masuk dalam bidang ni.. Sebab dalam ebook tu banyak fakta2 dan beberapa kajian yang dibuat oleh penulis berkenaan silver... Dari topik pengenalan silver hingga bagaimana untuk menambah simpanan silver dengan mengeluarkan modal yang sedikit...

Ok la.. Itu je untuk kali ni... Anak aku dah jaga dari tidur ni... Ibu dan kakak dia berbuka puasa kat luar... Huhu...

Wassalam..

Brobudin : silver ditutup tinggi semalam... Adakah masa yang sesuai untuk beli?? Apa kata korang ? ( ditujukan pada korang2 yg dah baca ebook tu)..

3 comments:

wan_ej8 said...

huhu..Budak2 Muda tu kite kene bagi Minitalk tu bro..insyaallah baru ade kesedaran kot..hehe..

xpun maybe mood raya dah nk dekat..sbb tu xnmpk yg lain dah..haha

Fauzi said...

mungkin diorg belum nampak pasal property investment ni bro....lagi pun direction masa skolah pun blaja untuk kerja makan gaji....selain dari tu xde pun....aku belum baca ebook tu, tapi pendapat aku, beli je...xde masa yg sesuai utk beli silver atau emas....

BroBudin said...

Ada yg bertanya.. Sesuai ke beli silver skrg sebab graf tgh naik.. Perlu tunggu turun ke?.. Seperti yang aku cakap.. Harga silver masih murah jika dibandingkan dgn harga sepatutnya.. Mcm mana nak tau masa sesuai atau tak membeli/menjual.. Sume diterangkan dal ebook tu.. Klik kt tepi tu untuk info lanjut berkenaan ebook tukar ganda silver..

Post a Comment