Sewa atau Jual..

Wednesday, January 4, 2012

Assalamualaikum....



Kali cuma nak cerita sikit je pasal 1 pembelian unit yang pernah aku di pertengahan tahun 2010 dulu.... Berlokasi di Damansara... Unit kos rendah... Dan antara lokasi yang kurang diminati para pelabur pada masa itu... mungkin juga sehingga ketika ini... huhu.

Ketika tu pulangan sewa yang aku dapat ialah sekitar 8% setahun... yang memberikan aku sedikit income setiap bulan hasil dari sewaan unit itu.....

Di awal tahun 2011 pula... unit itu bertukar penyewa... dah ketika itu aku dapat menyewakannya pada ROI 9.6%...

Dan selepas Aidilfitri tahun lepas... sekali lagi bertukar penyewa.... dan kali ini aku berjaya menyewakannya pada ROI 12%....

Tiada penambahan dilakukan pada rumah tu.... dan seperkara lagi... aku berjaya mendapatkan cash hampir RM15k ketika pembelian unit ini dahulu.... yang aku gunakan semula sebagai modal untuk pembelian unit2 yg seterusnya...

Dan minggu lepas... salah seorang client aku yang baru menerima kunci sebuah unit di tempat yang sama... berjaya menyewakannya pada ROI 13% dengan mendapat cash RM2+k dalam proses pembelian unit itu....

Apa yang aku dapat lihat keadaan pasaran di kawasan itu.... Harga jualannya tidak banyak berbeza jika dibandingkan pada awal 2010 dan pada awal 2012 ini... tetapi kadar sewanya semakin meningkat....

Jika diambil kira kes di atas ni....sudah pasti rumah ni sesuai untuk kita jadikan pelaburan untuk sewaan berbanding jualbeli....

Ok lah... sekadar berkongsi cerita dgn kiraan mudah je....

Wassalam..

BroBudin: bagaimana dengan unit2 korang pulak... jom kongsi cerita kat sini...

3 comments:

fiz said...

tgh tunggu nak beli umah ke2.. huhu

Spezzy Shah said...

Pastikan yg no 2 ni lebih hebat dr yang no 1 tu...

da'a said...

en budin mai le habaq port mane tuh..huhuh

Post a Comment