Public Mutual Unit Trust

Friday, July 2, 2010

 Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalam Skim Unit Amanah Public Mutual, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya.
Telefon : 019-3099990
Emel : shahbudin@shahbudin.com

 Berikut adalah 3 funds utama yang menjadi pilihan aku untuk clients aku..
1. Public Islamic Sector Select Fund
2. Public Islamic Optimal Growth Fund
3. Public Islamic Equity Fund.

Dan berikut adalah carta 1 tahun bermula 11/1/2010 hingga 10/1/2011.




Dipetik dr site BJ...


Tentu ramai di antara kita yang mempunyai persepsi berbeza mengenai Unit Amanah , ada yang telah berpuashati tak kurang juga yang terasa tertipu dek kerana nilai yang di laburkan ternyata menunjukkan angka negatif.

Sebenarnya isu-isu sebegini memang sudah kerap sangat berdesing di telinga pakcik , kadang pakcik langsung tak salahkan pelabur, cuma terkilan dengan perunding yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Oleh itu pakcik menyeru la kepada semua pelabur supaya tidak mudah melatah apabila mengalami kerugian. Cuba perhatikan beberapa soalan di bawah ini. Andainya jawapannya tidak berpihak kepada anda maka langkah drastik diperlukan di sini. Apakah langkah drastik itu? , nanti dulu….

Apakah Objektif kita membuat pelaburan?

Sebenarnya objektif sangat penting sebelum kita memulakan pelan perancangan pelaburan kita. Sudah pasti perancangan 3 hingga 5 tahun dan seterusnya di perlukan di sini. Bermaksud pelan pelaburan di perlukan di Unit Amanah sepert Pelan Persaraan , Pelan Pendidikan Anak , Pelan bagi menyediakan dana bagi menghadapi kegawatan akan datang dan lain-lain lagi perancangan jangka masa sederhana ke panjang.

Objektif inila yang perlu kita semai sebelum kita membuat pelaburan kerana produk anda yang tentukan Unit Amanah hanyalah platform atau vehicle bagi merealisasikan objektif anda itu.

Pendek kata , ini adalah satu platform utk menyimpan duit dan bukannya utk menjana keuntungan segera!!!!!.

Sebab itu ada masa kita terdengar teriakan yang mengatakan “ Ala tak bagus la company ni…aku dah setahun masuk tak de untung” atau “penipu besar la company tu , kata dialah yang terbaik tapi smp sekarang aku rugi”

Sebagai Perunding Unit Amanah , pakcik bukan la nak mempertahankan atau menegakkan benang yang basah , cuma pakcik perlu memperbetulkan beberapa perkara yang pakcik rasa berlakunya “miss understanding” di sini. Di sini la mind set kita perlu di tukar.

Berbalik kepada komplen-komplen di atas. Kemungkinan besar mengapa keuntungan belum mampu di jana adalah kerana anda membeli semasa pasaran berada di kemuncaknya dan nilai seunit berada di tahap yang tinggi dan belum pun sempat ia mampu memberikan pulangan , kejatuhan harga seunit pula berlaku ekoran dari berlakunya kegawatan atau pasaran merundum.

Usah panik !!! , anda perlulah berbalik kepada objektif anda. Kerugian hanya di atas kertas “paperloss” lebih-lebih lagi usia pelaburan anda baru setahun jagung. Seharusnya di saat kejatuhan ini la anda mengambil peluang dengan membuat penambahan terutamanya bagi mereka yang merancang utk pelan persaraan atau pendidikan anak.

Dan yang paling penting seharusnya anda meyakini akan syarikat-syarikat gergasi yang terlibat didalam transaksi perniagaan anda , cuba semak portfolio pelaburan anda atau semak dimanakah duit anda di laburkan. Bukan satu atau dua syarikat bukan? , pastinya mereka bukan calang-calang ? apatah lagi sekiranya anda memilih pelaburan islamik , bagi pakcik ianya adalah lebih terjamin.

Untuk itu pastinya anda sudah mengetahui akan langkah drastik yang perlu anda ambil bukan?

0 comments:

Post a Comment