Salam Perkenalan Dari Saya

Wednesday, December 9, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua.....

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog saya yg tak seberapa ni... Blog ni saya buat untuk mengisi masa lapang saya (walaupon skrg ni tade sgt masa lapang)... dan juga untuk berkongsi pengalaman saya mengenai pengurusan kewangan dan juga cara2 atau langakah2 untuk ke arah kebebasan kewangan... seperti tajuk blog saya "TOWARDS FINANCIAL FREEDOM"...

Sebenarnya dah ramai dikalangan kita iaitu orang2 melayu kita dah berjaya ke arah kebebasan kewangan ni... dah banyak nama2 besar yg kita slalu tgk sama ada dalam TV atau majalah ataupun dalam dunia internet. Banyak juga blog2 yg muncul untuk berkongsi pengalaman untuk ke arah ini... mesti kita pon ada cita2 untuk mencapai kebebasan kewangan ni... cuma usaha ke arah tu masih belum ada atau kita tak tau apa nak buat... macam mana nak mula....

Sebelum saya meneruskan penulisan blog ni... terlebih dahulu saya nak perkenalkan diri saya dulu... mestilah tuan rumah kene kenalkan diri.. betul tak? .. heheh...
Nama saya Shahbudin... kelahiran Perak yg membesar di Pahang. Umur awal 30-an... dan sudah berkahwin... mempunyai sorang anak pompuan... umur hampir 3thn.... skrg tgh melayan anak bercakap sbb dia dah mula pandai bercakap...huhuu... Pendidikan saya tak tinggi.... sebab masa muda2 dulu.. tak tahan godaan kawan2 yg dah bekerja... maklumla... kawan2 pakai kereta... saya masih lagi belajar... tu yg tak tahan tu.... saya amik keputusan untuk kerja selepas tamat pengajian kat IPTA... Saya mula bekerja tahun 1999.. kerja kilang sebagai technical staff... maklumla... belajar dulu bahagian kejuruteraan... so.. keje kilang la paling sesuai.... keje Kilang MInolta... mesti korang pelik dengar nama kilang tu... Minolta adalah pengeluar kamera... cuma pasarannya bukan kat Malaysia.... tahun berganti tahun... ekonomi merudum.... Minolta pon bergabung dgn Konica.... jadilah KOnicaMinolta..... aku masih bertahan kerja kat sini... maklum la... keje kilang ni sedap belasah overtime... mmg la dapat duit lebioh setiap bulan... tapi mmg tade kehidupan luar la... asyik keje je... sabtu ahad pon belasah keje untuk dapat duit lebih.... tambahan pulak aku ni jenis suka main kereta... main drag.... duit mengalir deras je... huhuu... maklum la... org muda....
Sehingga tahun 2006, satu perubahan besar dlm hidup aku.... nak tahu apa dia?.... Aku Kahwin.... hahha.... bersyukur pada Allah sebab kurniakan aku seorang ISteri yg sangat baik.. cantik... serbaserbi bagus la.... dan aku pon pindah dr rumah bujang aku kat Shah Alam ke rumah mertua aku kat Gombak... duduk dgn mertua beb.... huhu...
Masuk tahun 2007... Sony pulak beli KonicaMInolta.... so jadi la aku pekerja Sony secara paksa rela... dan aku masih lagi setia dgn overtime... huhu... Awal tahun 2009.. tahun ni la... aku dapat offer kerja di IPTA... apa lagi .. aku amik keputusan aku untuk tamatkan karier aku sbg pekerja Kilang.... dan yang bestnya wife aku pon keje kat IPTA ni jugak... so... senang nak pergi dan balik keje... sekarang dah hampir setengah tahun aku bekerja kat IPTA ni... Alhamdulillah... kerja pon bagus... walaupon pendapatan aku berbeza dr aku keje kilang dulu... tapi masa dgn keluarga aku skrg dah byk... hujung minggu .. aku dah tak kerja lagi... dan bermula la pemikirang aku untuk mendapat sumber pendapatan yg lain....
CUkup la dulu untuk hari ni.... nnti aku akan coretkan permulaan aku untuk ke arah pendapatan yg lebih... hehehehe.... wassalam....

0 comments:

Post a Comment