Sangkut 3 bulan.

Wednesday, March 27, 2013

Assalamualaikum..

Semalam aku terima 'whatsapp' dari salah seorang sabahat dalam bidang hartanah...
Dialog nya macam dalam gambar...



Penyewa ni kalau tak silap duduk tak sampai 6 bulan.... Dah masuk 3 bulan tak bayar sewa....
Masalahnya di sini... kenapa perlu tunggu sampai 3 bulan??? Kenapa tak ambil tindakan masa bulan pertama dulu???

Sahabat kita ni telah ambilkira deposit 2 bulan yg ada pada dia.. tu pasal dia biarkan....
Huhuhu....
Aku sendiri tak dapat cerita secara 'detail'... tapi kan... sebagai tuan rumah.. apa salahnya jika kita tanya apa masalah penyewa tu hadapi... jika sebelum itu pembayaran sewa cantik je.... dan tiba-tiba sangkut.. pasti ada sesuatu yang berlaku...
Dan kita sebagai tuan rumah boleh berbincang untuk mencari jalan bagaimana nak dapatkan duit sewa itu....

Aku tak boleh nak beri komen lebih-lebih sebab tak tahu cerita sebenarnya... cuma aku nak beri pesanan.. jika berlaku kes tak bayar sewa ini... pastikan korang ambil tindakan awal-awal.... jangan tunggu lama-lama...

Korang pulak macam mana?? Apa yang korang buat jika terjadi pada korang???
Cer 'share' sikit kat sini....

Sekian..

p/s : Jadilah seorang tuan rumah kedaung yang baik hati... tapi sewa tetap naik....

1 comments:

moraz said...

Saya orang baru dalam penyewaan rumah hendak tanya pendapatan tuan.

Jika tiba-tiba penyewa hendak beritahu hendak keluar setelah menyewa selama 4 bulan setengah sahaja pada 23/04/2014 dengan short notis.

Berdasarkan perjanjian sewa rumah, penyewa kena tinggal 1 tahun berakhir pada 31/12/2014.

Bagaimana formula pengiraan pemulangan duit deposit kepada penyewa?

Berikut kronologi penyewaan rumah:-

-11/12/2013 sewakan rumah untuk setengah bulan Disember 2013
-19/12/2013 terima deposit (Deposit 3 bulan dan deposit Utiliti)
-30/04/2014 Penyewa ingin keluar.

Post a Comment