"Aku tak bole buat loan"

Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum..

"Bro.. aku bukan tanak invest dlm property.. tapi komitmen aku tinggi la.. loan tak lepas punya.." atau " Nama aku blacklisted la... cemana aku nak buat loan.. tu pasal aku tak beli rumah "...

Ayat2 mcm kat atas ni mesti korang selalu dengar dari kawan2 kan.... dan semestinya aku sendiri pon kerap dengar bila aku ceritakan pasal pelaburan hartanah....



Dan keadaan inilah yang membuatkan orang2 kita ni "stuck" di takuk yg sama je... tanpa mengambil apa2 tindakan.. dan terus hidup dlm keadaan kewangan yg sama...

Disebabkan kesilapan masa lalu... kita terus membiarkan keadaan itu menjadi penghalang untuk kita mengorak langkah untuk memajukan diri kita...

Seperti pernyataan yang selalu kita dengar " takkan berubah nasib seseorang itu selagi dia tidak berusaha mengubah nasibnya sendiri"...

Jadi.. kenapa kita tidak mengambil langkah2 untuk menghapuskan halangan2 yg menyebabkan kita terhalang??.. Jika berada di dalam status "blacklisted"... tidakkah ada cara untuk keluar dr status tu??.. takkan kita nak biarkan selama2nya dalam keadaan itu??

Jika dari segi komitmen kewangan yang tinggi... kenapa kita tidak ambil langkah untuk mengurangkan komitmen2 yg sedia ada??.. Adakah kita hanya perlu tunggu kenaikan gaji setiap tahun sahaja.. walaupon tak seberapa pon kenaikan tu...

Semestinya ada jalan2 keluar dari masalah2 ni....  yang penting kita ambil tindakan... bukan sekadar membuat plan sahaja... ia mesti dilaksanakan...

Kepada sesiapa yg mempunyai masalah kewangan tu... silalah buat tindakan segera.... jangan biarkan masa terus berlalu begitu sahaja.... Tindakan anda hari ini merupakan keadaan anda pada masa akan datang....

Rasanya.. banyak pakar2 pengurusan kewangan kat luar sana tu..... sila la rujuk pada mereka... tak rugi keluar sedikit modal untuk mendapat manfaat yg besar.....

Ok la.. itu saja...

Wassalam...

brobudin: KEpada sesiapa yang masih belum mendaftar untuk Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah.. anda bole berbuat demikian. ---> Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah
Ikut arahan kat situ..

3 comments:

Erwan Nur Ali said...

pemikiran ditakuk lama...ader plak yg cakap kalo nak beli rumah kena pakai duit banyak....

semang said...

dah takleh buat loan la... LVR70% sakit nak keluar deposit.... :(

wan_ej8 said...

relax bro semang...

masih ade lagi property yg bleh beli lagi even 70& LVR..hehe

kene cari dgn teliti

Post a Comment