Soalan : Apa Syarat-syarat tu ?

Wednesday, February 9, 2011

Assalamualaikum...

Banyak emel yg masuk dan bertanyakan soalan2 yg membawa maksud yang sama... " Bro.. bole senaraikan tak syarat2 untuk pembelian rumah untuk tujuan pelaburan"...



Sebenarnya... syarat2 tu ditentukan oleh individu tu sendiri... bergantung pada strategi dan target masing2... mungkin setiap kita tak sama....

Kita ambil contoh.. LOKASI.... ada antara kita yang begitu ambil berat tentang lokasi terutamanya dari segi jarak dari tempat kita tinggal.... kalo boleh nak dekat dengan rumah.. atas alasan senang nak uruskan.... ada sesetengah juga yg tak kisah perkara ni... asalkan rumah tu boleh mendatangkan income yg telah disetkan.... mungkin ada juga yang menghadkan jarak 10km dr tempat tinggal... macam mana pulak bagi yang tinggal sekitar KLCC??.. huhu .. adakah masih nak membuat pelaburan di sekitar KLCC tu??..

Contoh ke2... ROI ( return of investment).... ni juga bergantung pada individu... ada yang target rendah dan ada yang target tinggi... contoh... ada yang letakkan 10% setahun... ada yang 12% setahun... dan mungkin ada yang letak 6% setahun.... masing2 punya target yg mungkin kene kerja lebih sikit untuk mendapatkan ROI yg lebih tinggi...

Ringkasnya... SYARAT2 itu adalah perkara2 yang kita tetapkan untuk kita dapat apa yang kita rancang... sbg contoh... kita ada 5 syarat... dan jika lulus kelima-lima syarat tu... bermakna rumah tu bole dibeli... dan jika tidak lulus salah satunya... bermakna kita tidak perlu beli...

Apa yang nak ditekankan di sini... kita mesti patuh dgn syarat2 yg kita buat... jika kita langgar... tak perlula kita letak syarat2 tu... campak je dlm bakul sampah... huhu...

Untuk peserta2 Program Hartawan Hartanah... kami telah menetapkan beberapa syarat yg perlu dipatuhi.. dan syarat2 tu kami rasa sesuai untuk org2 yang baru menceburi bidang hartanah ni.... dan apabila bekerja berkumpulan ni... adalah lebih mudah kerana semua mempunyai syarat2 yang sama untuk diikuti...

Jadi kepada sesiapa yang ingin melangkah ke bidang pelaburan hartanah.. dan ingin bekerjasama dgn rakan2 baru yg juga sama keinginannya.... korang bole membuat pra-pendaftaran untuk Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah. Korang bole juga Klik di bahagian kanan atas blog yang berkelip2 tu utk pendaftaran....

Sekian..

Wassalam..



brobudin: KAlo tanak guna perkataan "syarat"... korang bole guna perkataan "faktor".... hahah...

3 comments:

wan_ej8 said...

hahaha..

Pesanan tu mmg ditujukan pada aku ke bro?..kihkihkih

Spezzy Shah said...

tade la... itu untuk Wanej9

wan_ej8 said...

kihkihkih..wanej9 lagi..

glamour die dlm blog bro ni..huhu

Post a Comment