Kes : Mati!!

Monday, April 18, 2011

Assalamualaikum..

ketemu lagi kita dalam entri kali ni... kali ni kita cerita pasal 1 kes kawan kita... walaupon kes ni tak la best macam cerita avatar... tapi serba sedikit bole kita ambik iktibar... hahaha... macam cerita anak durhaka la pulak...

Kes nya... pembelian 1 unit apartment di area Bandar Sunway... pembelian melalui ejen... dan disebabkan deal itu agak menarik... Wan2JZ ( bukan nama sebenar) telah bersetuju untuk membeli unit tersebut... dan ejen telah meminta deposit sebanyak rm3k... utk persetujuan pembelian.. agak tinggi jika dibandingkan dgn standard 3% yg selalu diamalkan oleh ejen2.... pembayaran telah dibuat.... dan Wan2JZ pon memulakan proses memohon pembiayaan perumahan.. seperti yg dia lakukan pada rumah2 dia sebelum ni.... beberapa bank menjadi pilihannya...



Dan disebabkan beberapa perkara... sume permohonan pembiayaannya telah gagal.... demi menyelamatkan deal yang bagus tu dr terlepas ke orang lain.... Wan2JZ telah kasi deal tu pada member dia.... yang bernama WanRB26.... dan Wan2JZ memaklumkan pada WanRB26 yang deposit rm3k tu.. bole bayar pada dia setelah loan lulus...

WanRB26 pon buat la proses yang sama..... dan dengan rekod kewangan yg cemerlang... loan dia lulus yang menjanjikan pulangan duit yang agak lumayan.... dan WanRB26 pon menghubungi ejen tersebut untuk memaklumkan berita tu... dan nak menyatakan bahawa proses SnP akan dimulakan oleh peguam yg dia lantik...

Ketika itu... ejen pon menyatakan sesuatu.... bahawa sebenarnya pemilik unit tu telah meninggal dunia... dan bapanya baru nak start buat proses penukaran kepada waris ( lebihkurang mcm tu la).... yang mengikut ejen tu mungkin akan mengambil masa yg agak lama... mungkin sehingga 3 bulan... 6 bulan... tak pasti...

Memandangkan WanRB26 ni tidak sanggup menunggu lama disebabkan modal yang kecil... jadi dia meminta untuk membatalkan deal tu... sebab jika dia tau perkara sebenarnya.. sudah pasti dia tak ambil deal tu....

Jadi perkara ni kembali pada Wan2JZ.. kerana deposit rm3k tu adalah dr dia..... dia menghubungi ejen itu untuk mendapatkan semula deposit itu... tetapi ejen menyatakan bahawa... deposit tu akan dikembalikan setelah ada pembeli lain yang bersetuju untuk membeli.... dan dengan alasan bahawa pihak pembeli yg membatalkan pembelian.. dan bukan pihak penjual...

Dan perkara lain ialah.. tiada dinyatakan dalam surat setuju pembelian bahawa deposit dikembalikan jika pinjaman tidak berjaya.....

Surat setuju pembelian masih lagi atas nama Wan2JZ dan penjual ( yg sudah meninggal)- tak pasti siapa yg tandatangan surat tu...

Jadi.. apa nasihat korang kepada Wan2JZ??

brobudin : tidak semestinya jalan yg kita lalui senantiasa lurus... kadang2 berliku2 dan ada selekoh tajam jugak.... tapi best woo layan selekoh naik 4wd.... huhu...

2 comments:

pokcik zarull said...

cam sama jerrr kes aku hu hu hu sabar jelahh

Anonymous said...

lebih kurang masa saya nak beli apt kat keramat. agen x ckp ada masalah asik push suh byr depo. saya mintak byr melalui loyer. bila loyer dah wat keje didapati umah 2 ada 2 nama dan salah seorg dah meninggal. bila tya kat agen 2 br dia ngaku dan ckp jgn bimbang sbb dia ada org dalam tp my loyer advice suh cr umah lain jer sbb kes mcm ni katanya mungkin amik masa berbulan ataupun bertahun. tp alhamdulilah duit saya x jd apa2 sbb loyer pegang.

k long

Post a Comment