Info : Perkara2 Penting Untuk Kelulusan Pinjaman..bah.2

Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... unit aku kt Sek 16 Shah alam dah pon ada orang bayar booking utk masuk Jun ni... dan malam ni pulak ejen akan bawak orang tengok unit kat Tmn Medan... harap sumenya berjalan lancar...

Entri kali ni kita sambung pasal perkara2 yang mempengaruhi kelulusan permohonan pinjaman... jika semalam berkenaan dengan tabiat perbelanjaan... kali ni kita tengok pulak dari segi "kebolehsediaan" deposit... haha.. perkataan terdesak aku nak cepat abiskan entri ni...

Kita ambil contoh rumah rm100k... dalam amalan biasa urusan jualbeli.. pembeli mestilah menyediakan deposit 10% dari harga belian... betul tak.. bermakna kene la ada sekurang2nya rm10k untuk beli rumah yang berharga rm100k....

Apa kaitan dengan permohonan pinjaman korang???.. Di sini bank akan melihat sama ada korang boleh atau tidak sediakan rm10k tu sebagai deposit... apa yang korang perlu buat ialah menunjukkan kobolehsediaan korang... contohnya penyata terkini akaun simpanan korang yang mempunyai jumlah yang cukup untuk menampung deposit tersebut... tu pasal kalo korang baca blog Otai Hartanah AE... dia ada tulis entri pasal memberi penyata segala akaun yang korang ada simpan duit.. antara sebabnya ialah untuk meyakinkan bank bahawa korang memang layak dan bersedia untuk membeli rumah tersebut...

Bagi yang mungkin tiada simpanan sebanyak itu... korang boleh tunjukkan penyata KWSP korang... tapi pastikan yang akaun 2 korang ada duit secukupnya la... dan cakap kat officer yang proses permohonan loan korang tu bahawa.. korang akan keluarkan duit dari akaun 2 itu untuk dijadikan deposit...



Tapi.. kalo yang baru bekerja.. mesti KWSP nya tak banyak kan.... so.. pandai2 la korang pinjam dulu duit sesiapa dan "parking" dalam akaun korang sementara menunggu kelulusan...

Apa yang aku tulis ni adalah secara umum je la... ada 'cara2' tertentu dalam melaksanakannya... untuk menyakinkan bank bahawa korang berupaya menyediakan deposit 10% itu....

Sekian..

brobudin : tak semua bank ambilkira perkara yang aku tulis ni... aku tulis berdasarkan apa yang banker2 kasi tau kat aku...

3 comments:

abang ensem said...

Agreed..

isa hashim said...

huhuh.... betul bro, penat jugak nak cari 10% deposit tu.... nasib la ada saving ckit2..lepas jugak la utk deposit..

kalo xde saving, susah jugak nak setel...peringatan utk geng-geng baru, nak beli subsale, stanby la siap-siap utk bahagian 10% deposit tu..

ikhwan said...

btol2...

Post a Comment