Pintu Rezeki...

Wednesday, December 1, 2010

Assalamualaikum...

Promosi Seminar dulu.... sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang pelaburan hartanah... bole daftar untuk Seminar Hartawan Hartanah - Langkah 1 di sini SEMINAR HARTAWAN HARTANAH.

ok la.. entri kali ni sekadar nak share info dan kajian yg aku terima dari kawan aku... Ingat.. hanya sekadar kajian dan pendapat peribadi....

Kali ni kita fokus pada area Shah Alam... iaitu di sekitar UITM... kenapa UITM???.. sebab ia merupakan antara sebab yang mempengaruhi pembangunan di sekitar area Shah Alam...

Di sekitar tahun 2000 dahulu kalo tak silap aku... masa tu aku tinggal kat sek 10... kawasan yang pesat membangun adalah seksyen 2... sebab masa tu pintu utama UITM adalah menghala ke seksyen 2... dengan medan selera yg sentiasa padat dengan student2 UITM... mungkin masa ni abangensem dah start invest dalam hartanah kot... huhu... masa tu rasanya seksyen 7 masih lagi tidak dibangunkan... yang merupakan pintu belakang UITM....



Setelah pintu belakang UITM ni siap sepenuhnya... akses yg lebih mudah dr Federal highway... kita dapat lihat seksyen 7 pesat membangun macam cendawan  yg tumbuh lepas hujan... kini kalo kita tanya orang pasal nak beli rumah kat seksyen 7.. pasti nya oarang akan cakap... " huh... area tu mahal la... payah nak dapat harga murah... "...
Apa dah jadi dengan seksyen 2??.. agak sepi kan....

Sekarang kita lihat pula senario kat UITM Puncak Alam... dan mesti korang perasan pasal harga hartanah kat Puncak Alam dah pon naik... tidak seperti sebelum ini... tiada pelabur yang sudi membeli... bank2 pon tanak kasi loan untuk hartanah kat area tu... rumah2 yg tiada penghuni melambak2...

Kini.. Puncak Alam dah mula dapat perhatian... yang prospek penyewanya adalah student UITM... dan nak dapat rumah yg murah2 pon dah payah... dah ada McD... Econsave... huhu.. rugi tak beli dulu masa murah2.... hahaha....

Mengikut cerita kawan aku... kini projek pintu belakang UITM Puncak Alam tengah dibuat... kat mana??.. katanya menghala ke Bandar Saujana Utama... huhuhu... yang mana.. kalo korang tengok peta... Saujana Utama ni lebih hampir dengan Pusat Bandar berbanding Puncak Alam... Dan harga hartanah di Saujana Utama ni... masih lagi dalam level mampu milik....

Persoalannya.. adakah senario Seksyen 2 dan 7 akan berlaku di situ?.. huhuhu... Terpulang pada korang pulak untuk buat kajian...

Itu saja untuk kali ini...

p/s: cerita ni merupakan kajian member aku je... jangan korang ambil serius sangat..... buat kajian sendiri... pastikan korang tahu apa yang korang buat.. jangan ikut cakap orang je...
Apa2 yang silap dalam cerita diatas.. tolong betulkan...

4 comments:

anip said...

bro, salah statement u tu...pintu utama sebenarnya yang akan dibina menghala ke Bandar saujana utama tu...pinta sediada uitm puncak alam sekarng nie merupakan puntuk kedua bagi Uitm puncak alam tu...sbb tu kalau kita masuk pintu uitm puncak alam tu akan lalu dulu STP, PPU etc...

Spezzy Shah said...

Tq Tuan Anip sebab betulkan cerita aku tu...

Unknown said...

hah, saujana utama.bagus2..kita dah beli rumah kat sana..tapi 'pintu utama ' tuh masih hutaler..biler nak siap tah

Spezzy Shah said...

remizati.. nak jual tak rumah tu?.. hahahaha

Post a Comment