Tegangkan Rantai dan Masak Nasi Goreng

Wednesday, December 8, 2010

Assalamualaikum...

Yang seringkali diceritakan oleh TuanBri di Seminar Hartawan Hartanah ..yg pastinya seringkali aku dengar memandangkan aku tukang jaga muzik di setiap kali sessi minitalk diadakan...

Cerita 1 :
Seorang Apek yang seringkali menyuruh anaknya untuk menolongnya di bengkel motor... dan memandangkan anaknya masih muda... kerja yang diberikan ialah sekadar menegangkan rantai motor dan menukar tayar... setelah 2 tahun anak Apek tu melakukan kerja yang sama saban hari.... apa yang berlaku???



Cerita 2 :
Seorang anak dara yang tinggal bersama keluarganya.... Ibunya seringkali menyuruhnya memasak nagi goreng kegemaran ayahnya.... Ibunya mengajar ramuan2 yang diperlukan..... setelah 2 tahun berlalu dengan si anak dara ni boleh dikatakan setiap hari membuat nasi goreng itu.... apa yang jadi??


Sambung Cerita 1:
Sudah pasti anak apek tu dah terrer tegangkan rantai dan tukar tayar... pejam mata pon selambe je... dah tau mana ckru yg perlu dibuka atau dilonggarkan....

Sambung Cerita 2 :
Anak dara tadi dengan pantas bole masak nasi goreng tu dgn rasa yang sama.... dia dah tau berapa byk garam.. cili... nasi.. dan rencah2 lain...

Agak-agak korang bila diorang ni tinggalkan kerja tu selama 2 tahun.... kalo disuruh buat kerja yang sama selepas itu.... apa akan jadi??
Dah tentu terkial2 nak buat... anak apek tu dah menggelabah nak cari skru mana nak bukak.... dan si anak dara tu pulak.. terpaksa bertanyakan ibunya.. berapa sukatan rencah2 yg diperlukan.....

So... cuba kita apply dalam kehidupan kita yg aku khususkan dalam bidang hartanah... Kalo korang dah berjaya beli rumah dengan Rm0 sekali... korang haruslah teruskan selalu.... untuk menjadi terrer dalam bidang ni.... kalo korang  beli 1.. pastu duduk diam 2~3 tahun.... lepas tu.. dah lupa dah selok belok beli rumah... terpaksa la belajar semula...

Apa yang perlu untuk kekalkan momentum ni??... Pastinya kita perlu bijak dalam mengatur masa dan pergaulan... dari segi masa... luangkan sedikit masa untuk mengkaji perihal2 hartanah... perkara2 terbaru.... dan apa2 lagi la yg berkaitan...
dari segi masa.... bergaul lah dengan orang yang sama minat dengan kita.... contoh.. kalo kita minat pelaburan hartanah... bergaullah dgn org yang minat hartanah jugak.... baru la kita punya semangat sentiasa ada.... bukannya tak bole bergaul dengan kawan2 yg tak sama minat dengan kita... tapi cuba had kan....
sebab katakanla... kita bergaul dengan kawan2 yang suka memancing... bole katakan tiap2 hari lepak sama2... dah tentunya kawan2 kita tu akan cerita pasal memancing je... apa akan jadi pada kita??.. nak cerita pasal pelaburan hartanah.. kawan2 plk tak layan... so.. terpaksalah kita cerita jugak pasal memancing.. dan lama kelamaan... kita pon akan ikut memancing jugak...

korang mesti pernah dengar ayat " Kalau nak berjaya... berkawan lah dengan orang2 yang dah berjaya"...
so.. kalo nak berjaya dalam bidang hartanah.. carilah kawan2 yg dah berjaya dlm bidang hartanah... kalo nak berjaya dlm bidang kamera... cari kawan2 yg berjaya dlm bidang kamera... kalo minat emas.. cari kawan2 yg berjaya dalam emas....

Apa yang aku tulis ni bukanlah nak mengatakan bahawa.. kita perlu kawan dengan yg sama minat dgn kita je... yg minat tak sama.. tak bole kawan..... huhuhu... apa yang aku nak tekankan ialah.. bagaimana kita nak kekal kan momentum kita dalam sesuatu bidang tu untuk kita berjaya....
Berkawanlah dengan semua orang walaupon tak mempunyai minat yang sama .. kerana setiap yang Allah jadikan tu ada hikmahnya....

sekian...

Budin : sesiapa yang masih berminat untuk menyertai Seminar ringkas tu... masih bole berbuat demikian dengan melayari website Seminar Hartawan Hartanah . kami akan membuat beberapa sessi lagi memandangkan beberapa sessi yang lepas telah dibatalkan atas sebab2 tertentu.. korang jugak bole emel aku kat kuasahartanah@gmail.com untuk pertanyaan mengenai seminar ringkas ni...

4 comments:

Farid Adam said...

kata orang...asah belakang pisau lagikan tajam

www.faridadam.com

Selalu bersama dan borak benda yang sama. Baru boleh kekalkan momentum! :-)

mahafiz said...

langkah 2 pon x pergi lagi.. langkah 1 dah lepas.. harap2 dapat la ngeteh ngn otai2 hartanah semua.. mau keep momentum juga..

www.tuanbri.com said...

eh, ada lagi banyak cerita lain yg aku share...

hehehe..

Post a Comment